• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN ULAMA KONTEMPORARI DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH SEMASA BERASASKAN PERUBAHAN SOSIAL

4. Nas yang Zanniyyat al-Thubut dan Zanniyyat al-Dalalah

3.2 Pendekatan Ijtihad Ulama Kontemporari Dalam Penetapan Hukum Fiqh Wanita Wanita

3.2.2 Pendekatan Ijtihad ‘Ali Jum‘ah

Seorang mufti yang tidak kurang bandingnya dari sudut pengiktirafan pada ilmunya dengan Yusuf al-Qardawi bukan sahaja di negara Mesir bahkan dikenali penularan fatwanya di peringkat antarabangsa yang menjadi rujukan ahli akademik, sarjana dan ilmuan-ilmuan Islam. Dalam ijtihad atau penfatwaannya, beliau mempunyai pendekatannya yang perlu dilalui dalam proses pengeluaran fatwa. Dalam karya yang menyentuh tentang fatwanya ada menyebut tentang empat elemen atau tingkatan tahap

yang perlu diadaptasikan dalam proses penilaian atau pengeluaran sesuatu hukum semasa yang berlaku iaitu251:

3.2.2 (a) Tahap Memahami Masalah (Marhalah al-Taswir)

Tahap memahami masalah perlu dilihat dalam dua dimensi iaitu situasi masalah dan situasi individu atau kumpulan yang bertanya. Seseorang mufti atau mujtahid yang akan menganalisis dan menilai hukum bagi sesuatu isu yang berlaku perlu melalui tahap ini kerana ianya penting bagi memahami gambaran, situasi, latar belakang, faktor, punca dan implikasi dari sesuatu masalah yang berlaku. Proses gambaran masalah yang tepat akan mencetuskan ketetapan hukum yang praktikal, relevan dan tidak menyeleweng. Begitu juga situasi orang yang bertanya mempengaruhi cara penfatwaan sesuatu hukum. Fakor masa dan tempat berlaku sesuatu isu juga perlu diambilkira bagi menghasilkan jawapan hukum yang komplit.

3.2.2 (b) Tahap Adaptasi (Marhalah al-Takyif)

Al-takyif al-fiqhi merupakan terminologi baharu dalam kalangan ulama kontemporari252. Ia didefinisikan sebagai satu pendekatan memadankan permasalahan yang timbul dengan permasalahan sedia ada dalam kitab-kitab fiqh atau seumpamanya dari aspek sumber yang boleh digunakan253. Al-Qahtani mendefinisikan al-takyif al-fiqhi sebagai satu “gambaran yang menyeluruh terhadap isu kontemporari dan menilai isu tersebut dengan nusus syarak dalam menyelusuri hukumnya”254. Penjelasan terperinci tentang definisi tersebut ialah gambaran tentang isu kontemporari yang boleh dicapai oleh akal dan mampu digambarkan realiti isu tersebut. Ia juga melibatkan pemahaman terperinci

251‘Ali Jum‘ah Muhammad, al-Kalim al-Tayyib Fatawa ‘Asriyyah, (al-Qaherah: Dar al-Salam, 2007), 2:7; ‘Ali Jum‘ah Muhammad, al-Ifta’: Haqiqatuhu wa Adabuhu wa Marahilihu, (Mu‘tamar al-Fatwa wa Dawabituha allati Yunazzimuha al-Majma‘ al-Fiqhi al-Islami, t.t.), 13-14.

252Al-Qahtani, Manhaj Istinbat Ahkam al-Nawazil al-Fiqhiyyah al-Mu‘asirah: Dirasah Ta’siliyyah

Tatbiqiyyah, 344.

253 Sanu, Mu‘jam Mustalahat Usul al-Fiqh, 145.

254 Al-Qahtani, Manhaj Istinbat Ahkam al-Nawazil al-Fiqhiyyah al-Mu‘asirah: Dirasah Ta’siliyyah

dan pengatahuan yang sempurna tentang masalah tersebut dari setiap sudut dan aspek secara menyeluruh. Manakala tentang isu kontemporari iaitu isu yang belum wujud hukumnya serta belum ada persamaan pada isu tersebut dengan isu sebelumnya. Seterusnya dalam proses menilai iaitu penilaian tentang masalah tersebut belum wujud sebarang dalil aqli dan naqli atau sebarang kaedah atau masalah yang telah dinaskan dalam mencapai hukum kepada isu kontemporari tersebut.

3.2.2 (c) Tahap Penerangan Hukum (Marhalah Bayan al-Hukm)

Metod penerangan hukum yang diaplikasikan dalam fatwa beliau mencakupi empat unsur iaitu pertama soal jawab dan penerangan jawapan tanpa membuka ruang soalan dalam penjelasan hukumnya. Kedua, membuat penjelasan atau penerangan hukum secara detail dan terperinci pada penyelesaian hukum yang sukar difahami. Ketiga, pendekatan tidak terburu-buru dalam memberi jawapan dan meninggalkan persoalan yang samar tanpa jawapan hukum bagi mengelakkan kesilapan dalam berfatwa. Keempat, meringkaskan jawapan hukum dalam fatwanya sekiranya jawapan pada fatwa itu berbentuk pengulangan jawapan bagi persoalan yang berulang atau pada perkara yang mudah difahami255.

3.2.2 (d) Tahap Pengeluaran Hukum atau Fatwa (Marhalah al-Ifta’)

Tahap ini merupakan marhalah akhir yang dilalui oleh seseorang mufti atau mujtahid, dalam proses pengeluaran hukum atau fatwa, beliau menjadikan jenis jawapan fatwanya kepada dua kategori iaitu yang pertama, sandaran jawapan kepada sesuatu masalah dengan menjadikan sumber dalil hukum yang disepakati sebagai dalil hukum atau fatwanya. Selain merujuk kepada sumber dalil yang disepakati iaitu Quran, al-sunnah, ijmak dan al-qiyas, beliau menjadikan sandaran jawapan dalam fatwanya pada

255 Wan Muhammad Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin, “Metod Fatwa Sheikh ‘Ali Juma‘ah Dalam

Kitab al-Kalim al-Tayyib-Fatawa ‘Asriyyah” (Tesis, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,

kaeadah fiqh, masalih mursalah, ‘uruf, sad al-dhara’i‘, fatawa al-sahabah, Istihsan dan

Istishab256. Selain dari rujukan yang dinyatakan itu, beliau juga menjadikan karya turath

dalam pelbagai mazhab dengan merujuk pendapat-pendapat dalam mazhab sebagai mekanisme rujukan utama kepada fatwanya sebelum membuat kesimpulan hukum atau fatwa kepada sesuatu masalah yang dilontarkan kepadanya257.

Manakala kategori jawapan yang kedua pula ialah dengan menyatakan terus hukum tanpa mengemukakan dalil-dalil hukum sebagai sandaran pada jawapannya. Justifikasi beliau adalah kerana persoalan yang ditanya hukumnya jelas dan mudah difahami serta tidak memerlukan penjelasan dalil kepada sesuatu fatwa atau sumber rujukan bagi menguatkan hujah jawapannya258.

Cara pengeluaran fatwa yang diaplikasikan juga adalah dengan mengambil pendekatan mazhab atau pun menjadikan fiqh perbandingan antara mazhab sebagai medium rujukan dalam memutuskan hukum sebelum beliau menentukan pendapat yang paling bersesuaian atau pandangan yang terpilih bagi sesuatu isu yang berlaku.

Kesimpulan, pendekatan al-Qardawi dalam metod menganalisis hukum lebih menjurus ke arah menjamin kemaslahatan ummah. Metod beliau juga mempunyai relevansinya dalam menjadikannya sebagai satu landasan yang wajar diadaptasi oleh mujtahid, mufti, sarjana dan ilmuan-ilmuan Islam dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari yang berlaku. Manakala kecenderungan pendekatan ‘Ali Juma‘ah adalah lebih kepada menilai isu semasa dengan merujuk pandangan-pandangan ulama silam berpandukan karya-karya turath selain menjadikan sumber pendalilan yang disepakati sebagai sandaran dalam pengeluaran fatwanya. Gaya fatwanya tidak terikat kepada satu-satu mazhab sahaja bahkan beliau mengambil pelbagai pendapat yang paling relevan

256 Wan Muhammad Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin, “Metod Fatwa Sheikh ‘Ali Juma‘ah Dalam Kitab al-Kalim al-Tayyib-Fatawa ‘Asriyyah”, 162.

257 Ibid., 166.

pelaksanaannya sesuai dengan situasi permasalahan yang berlaku selagimana ia tidak bercanggah dengan nilai atau prinsip syarak259.

3.3 Metodologi Ijtihad Dalam Menganalisis Hukum Isu Kontemporari Fiqh