• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN ULAMA KONTEMPORARI DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH SEMASA BERASASKAN PERUBAHAN SOSIAL

4. Nas yang Zanniyyat al-Thubut dan Zanniyyat al-Dalalah

3.2 Pendekatan Ijtihad Ulama Kontemporari Dalam Penetapan Hukum Fiqh Wanita Wanita

3.2.1 Pendekatan Ijtihad Yusuf al-Qardawi

Ulama kontemporari yang terkemuka di persada antarabangsa mempunyai pendekatannya tersendiri dalam menangani isu-isu semasa yang berlaku lebih-lebih lagi cetusan kepada pembukuan fatwa beliau yang dibukukan dengan judul “fatawa

mu‘asirah” adalah salah satu faktornya dipengaruhi oleh kesedaran agama dalam

kalangan kaum wanita yang melontarkan pelbagai persoalan dan kemusykilan kepada beliau249. Al-Qardawi memutuskan enam pendekatannya250 sebagai teras yang diaplikasikan dalam menganalisis atau memutuskan hukum isu-isu yang berlaku.

3.2.1 (a) Bebas dari ‘Asabiyyah dan Taqlid

Pendekatan ini diaplikasikan bagi mengelakkan situasi memutuskan hukum dengan bertaqlid secara membuta tuli. Prinsipnya dalam membebaskan pandangan atau pemutusan hukum adalah mesti didatangi dalil dalam pemfatwaannya berpandukan ayat:        

Al-Baqarah 2:111 Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

249 Al-Qardawi, Yusuf, Fatawa Mu‘asirah, (Bayrut: al-Maktab al-Islami, 2000), 1:33-35; Muchlis Bahar, “Metode Ijtihad Yusuf al-Qardhawi Dalam Masalah-Masalah Kontemporer” (Tesis Doktor Falsafah UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, 2001), 215-222.

3.2.1 (b) Mempermudahkan Bukan Menyukarkan

Pendekatan ini menjadi prinsipnya kerana beliau berpegang kepada prinsip syarak yang ditunjangi nas-nas al-Quran antaranya ialah firmanNya:

                

Al-Mai’dah 5:6 Terjemahan: …Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Selain itu, ayat tentang rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan syarak dalam mengurangkan bebanan umatnya juga menjadi tunjang kepada pendekatan beliau, ayat tersebut ialah:

        Al-Baqarah 2:185 Terjemahan: …(dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Ayat seterusnya ialah yang menyokong pendekatannya atau metod dalam penfatwaannya adalah:           Al-Nisa’ 4:28

Terjemahan: Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

          Al-Haj 22:78 Terjemahan: …Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

Selain nas dari al-Quran, intipati dari hadis Nabi SAW seperti hadis

“ لاو اورسي

اورسعت”

, dan hadis “

نيرسعم اوثعبت لمو نيرسيم متثعب انّإ

”. Kesemua dalil yang dinyatakan itu memperkukuhkan pendekatannya yang menyimpulkan satu konsep mempermudahkan bukan menyukarkan iaitu dengan memperbanyakkan al-Taysir dan al-Takhfif dengan mengurangkan al-tashdid dan al-ta‘sir dalam memutuskan hukum fiqh semasa.

3.2.1 (c) Penjelasan Hukum Menggunakan Bahasa Yang Mudah Difahami Selaras Dengan Situasi Dan Lokasi

Teras yang dipegang oleh al-Qardawi ini sangat menepati piawaian dalam penfatwaan iaitu memenuhi keperluan orang yang memerlukan jawapan hukum pada isu yang timbul. Keadaan dan situasi masyarakat berbeza latar belakang dari segi taraf pendidikan, ekonomi dan suasana sosial hidup juga mempengaruhi keupayaan berfikir seseorang. Justeru, pendekatan tersebut menepati keperluan dalam berfatwa kerana penjelasan hukum dengan menggunakan bahasa asing atau bahasa yang sukar difahami tiada manfaat kepada individu atau kumpulan yang memerlukan jawapan hukum atas ketidakjelasan syarahan hukum tersebut.

Allah SWT juga menceritakan dalam firmannya tentang kepentingan keselarasan bahasa mengikut keupayaan berfikir sesuatu kaum atau individu. Ayat tersebut ialah:           Ibrahim 14:4 Terjemahan: dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Justeru, langkah menjelaskan hukum mestilah selaras dengan keupayaan akal yang bertanya bukan dengan bahasa yang terlalu tinggi di luar kemampuan mereka

untuk memahami. Selain itu perlu juga diraikan penjelasan hukum dengan meggunakan perumpamaan atau istilah-istilah yang digunakan oleh masyarakat sekeliling dengan

lahjah atau loghat mereka agar matlamat penyampaian hukum tercapai. Dalam

penjelasan hukum al-Qardawi mengambil pendekatan dengan menyatakan hikmah atau

‘illah hukum serta falsafah sesuatu hukum dalam Islam. Metod ini diadaptasikan oleh

beliau berpandukan gaya kalam Allah SWT iaitu apabila menyebut tentang hukum atau cara pengagihan harta al-Fay’, Allah SWT menyebut perlu diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, ibn al-sabil seterusnya Allah SWT menyebut hikmah disebalik perintah hukum tersebut iaitu agar tidak berlaku kitaran pusingan harta dalam kalangan golongan kaya sahaja. Metod ini menjadi sandaran dalam penfatwaan beliau.

3.2.1 (d) Mengelakkan Diri Dari Situasi Atau Perkara Yang Tiada Manfaat

Antara pendekatan yang diamalkan oleh al-Qardawi ialah tidak menghiraukan persoalan-persoalan temeh yang tiada manfaat baginya serta untuk ummat. Beliau mengambil pendekatan dengan tidak menyibukkan diri dengan urusan-urusan seperti ini iaitu seperti tidak menghiraukan persoalan yang berbentuk ke arah mencetuskan perdebatan atau perbahasan yang bukan untuk mencari kebenaran, atau penyertaan pertandingan mufti untuk mencari kelemahan mufti lain, atau percakapan yang tiada manfaat, berada dalam suasana yang boleh mencetuskan kebencian atau fitnah sesama mereka dan masyarakat atau yang seumpama dengannya kerana dengan mengambil tempat dalam perkara atau situasi sedemikian hanya memberi mudarat, meruntuhkan dan memecahbelahkan masyarakat. Ia tidak memberi manfaat, tidak membina dan tidak menyatukan ummat.

Begitu juga beliau tidak menghiraukan persoalan-persoalan rumit dalam perkara al-ghaybiyyat atau dalam perkara agama dan akidah yang mana di luar kemampuan akal untuk memahami dan menggambarkan jawapannya. Begitu juga

persoalan-persoalan yang berbentuk teka-teki atau seumpama dengannya. Bagi al-Qardawi, prinsipnya melayan persoalan-persoalan seumpama itu adalah satu pekerjaan golongan yang kekosongan masa hidupnya. Sebagai contoh persoalan yang tiada manfaat untuk menjawab seperti antara malam dan siang, langit dan bumi, musim sejuk dan panas, kereta api dan kapal mana yang lebih baik. Dalam situasi ini tiada apa-apa manfaat jika menjawabnya dengan melebihkan salah satu dari dua perkara tersebut. Begitu juga beliau tidak berminat menjawab persoalan-persoalan tentang tafsir mimpi kerana baginya keupayaan mentafsirkan mimpi adalah satu anugerah khusus dari Allah SWT kepada seseorang.

3.2.1 (e) Pertengahan (al-I‘tidal)

Mengambil sikap pertengahan dalam penfatwaan menjadi salah satu pendekatan yang diamalkan oleh al-Qardawi. Apa yang dimaksudkan oleh al-Qardawi tentang pendekatan i‘tidal ialah mengambil pendekatan pertengahan antara dua golongan

al-mutahallilin (golongan yang terlalu mengambil mudah atau golongan yang menjadikan

perubahan sosial sebagai keperluan yang membenarkan sesuatu perkara) dan

al-mutazammitin (golongan yang terlalu menyukarkan atau mengharamkan sesuatu secara

mutlak).

Sebagai contoh golongan al-mutahallilin yang mengambil pendekatan menghalalkan faedah bank ekoran perubahan sosial yang berlaku dengan kewujudan bank-bank. Bagi mereka nas yang mengharamkan riba adalah kerana pemberi riba adalah golongan yang memerlukan iaitu orang-orang miskin dan pengambil riba pula adalah mereka yang kaya raya. Namun, situasi amalan riba pada hari ini sudah berbeza amalannya iaitu penerima riba adalah mereka yang miskin iaitu dengan menerima faedah hasil simpanan sejumlah wang di bank dan pemberi riba adalah mereka yang kaya raya iaitu hasil keuntungan pelaburan kumpulan wang simpanan

golongan-golongan miskin tersebut. Begitulah gambaran sikap golongan-golongan yang mengambil mudah atau gemar menghalalkan sesuatu perkara barhujahkan kepada perkembangan zaman atau perubahan sosial yang diperlukan.

Manakala contoh bagi golongan al-mutazammitin pula ialah mereka mengambil pendekatan keras atau ketat dalam pemfatwaan seperti wanita bekerja di luar rumah haram, nyanyian haram, penggambaran atau tayangan haram, muzik haram, televisyen haram, saham haram. Mereka menghukumkan sesuatu yang baharu ini secara total haram tanpa menganalisis secara terperinci dalil-dalil syarak sejauhmana sesuatu itu diharamkan atau dihalalkan.

Justeru, menjadi pendekatan al-Qardawi mengambil pendekatan al-i‘tidal dalam penfatwaannya dengan memutuskan hukum sesuatu isu kontemporari berpandukan nilai wasatiyyah.

3.2.1 (f) Memberi Hak Berfatwa Dengan Huraian Yang Jelas

Bukan pendekatan atau cara al-Qardawi mengeluarkan hukum isu semasa atau isu-isu yang dilontarkan dengan hanya menjawab hukumnya adalah harus, hukumnya adalah makruh, hukumnya adalah haram tanpa menyatakan mengapa ia diharuskan, diharamkan atau menjadi makruh. Pendekatannya adalah memberi hak fatwa iaitu menjelaskan secara detail dan terperinci tentang dalil penghujahan, kemudian hikmah sesuatu keputusan hukum. Baginya adalakala beliau menjawab soalan, beliau menjadikan dirinya sebagai mufti, sebagai guru yang perlu kepada syarah pada hukum tersebut, adakalanya sebagai kaunselor, tabib (perawat) dan mursyid. Beliau tidak menjadikan konsep menjawab persoalan yang dikemukakan dengan hanya menjawab ini adalah benar, ini hak dan ini batil.

Cara pengendalian menjawab fatwa yang diamalkan beliau adalah dengan memberi sedikit muqaddimah kepada persoalan yang diajukan, kemudian menyebut

dalil-dalil dengan membincangkan dalil-dalil bagi pandangan yang mempunyai perselisihan pandangan. Seterusnya menyatakan apakah hikmah atau ‘illah hukum serta membuat perbandingan hukum dalam isu-isu tertentu.

Enam pendekatan yang diaplikasikan dalam ijtihad al-Qardawi ini menggambarkan bahawa beliau merupakan mujtahid atau pemikir hukum Islam yang individualis dan mu‘tadil. Pemikiran beliau dikatakan individualis kerana beliau tidak menjadi pengikut imam mazhab tertentu dan pandangannya yang cenderung kepada memilih pendapat daripada beberapa imam mazhab yang relevan untuk diadaptasi mengikut rentak atau corak suasana perubahan sosial masyarakat. Selain itu, dalam beberapa situasi penyelesaian hukum beliau melontarkan pandangan yang berbeza dari pandangan imam-imam mazhab terdahulu. Adapun sifat mu‘tadil yang disandarkan kepada beliau, sentiasa berusaha menjadikan pandangannya bersifat pertengahan dengan mengambilkira unsur-unsur perubahan sosial hidup dalam penentuan sesuatu hukum semasa. Bukan prinsipnya mengharamkan sesuatu yang baharu kerana beranggapan semua hukum telah dibahaskan oleh fuqaha terdahulu dan bukan prinsipnya juga menghalalkan semua penemuan-penemuan baharu, bahkan beliau mengambil jalan pertengahan antara golongan al-Mutahallilin dan al-Mutazammitin.