Rajah 2.2; Model Konseptual Pendidikan Guru (Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 1996)
2.4.1 KITAB QUT AL-QULUB OLEH ABU TALIB AL-MAKKI (w.386H/996M) Kitab Qut Qulub Fi Mu‘amalat Mahbub wa Wasf Tariq Murid ila Maqam
al-Tawhid merupakan antara kitab yang dinobatkan sebagai rujukan utama tasawuf-Sunni
sejak dari kurun ketiga Islam (Makki, 1997) selain dari karya sezamannya iaitu
Luma‘ karya Abu Nasr Sarraj (w.377H/987M) dan Ta‘arruf li Madhhab Ahl al-Tasawwuf karya Abu Bakr al-Kalabadhi (w.385H/995M).
Kitab ini tertonjol dengan jolokan Qut al-Qulub di kalangan para pengkaji tasawwuf dan ia adalah karya penting bagi Abu Talib al-Makki (w.386H/996M). Disamping itu Muchtar Solihin (2008a) mencatat bahawa al-Makki mempunyai satu lagi karya lain iaitu ‘Ilm al-Qulub akan tetapi ia tidak setanding dengan kemasyhuran
Qut al-Qulub.
Para pengkaji rata-rata menyatakan al-Ghazali (w.505H/1111M) menjadikan
Qut al-Qulub karya al-Makki ini sebagai rujukan utama dan inspirasi beliau dalam
menghasilkan karya ulungnya iaitu Ihya’ ‘Ulum al-Din (Brockellman, 1964). Bagi mengukuhkan pernyataan ini, ‘Abd al-Halim Mahmud (2003) mengutarakan pernyataan al-Ghazali tersebut dalam al-Munqidh min al-Dalal bahawa beliau (w.505H/1111M) telah memulakan penulisan dan membangunkan teori sufistik beliau hasil garapan dan pemerhatiannya terhadap kita Qut Qulub ini disamping menjadikan pandangan al-Junaid, al-Syibli, al-Bustami dan sebagainya.
‘Abd al-Halim Mahmud (t.t) dan Muchtar Solihin (2008a) juga ada menyatakan bahawa al-Ghazali banyak dipengaruhi al-Makki bukan sahaja dalam penulisan Ihya’
‘Ulum al-Din bahkan mewarnai pemikiran tasawufnya. Antara tokoh sufi yang
menjadikan al-Makki sebagai ikon ialah Syihab al-Din Yahya al-Suhrawardi (w.587M/1191H). Dalam karya ulung al-Suhrawardi iaitu al-Hikmah al-Isyraqiyyah banyak tempat dikesan wujudnya pengaruh pemikiran tasawuf al-Makki dan yang paling khusus ialah melalui bab al-Ma‘rifah (Muchtar Solihin, 2008a & al-Baghdadi, 1960). Muhyi al-Din Ibn ‘Arabi (638H/1240M) disenarai antara ulama’ sufi yang
banyak mencedok pandangan al-Makki dan hal itu terbukti banyak tempat Muhyi al-Din Ibn ‘Arabi telah mengambil pandangan Makki dalam penulisan kitab Futuhat
al-Makkiyyah.
Seyyed Hossein Nasr (1999) menyatakan kitab Qut al-Qulub mengandungi pemikiran akhlak sufi awal yang dijadikan pedoman oleh pemikir sufi selepas era al-Makki dengan wujudnya al-Risalah al-Qusyairiyyah karya Abu al-Qasim bin Hawazin (w.465H/1072M) dan Ihya’ ‘Ulum al-Din karya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (w.505H/1111M). Seyyed Hossein Nasr (1999) juga memetik pandangan Ahmad Mahdavi Damghani (1975) yang menyatakan bahawa Qut al-Qulub itu adalah karya sufisme klasik yang memiliki kemampuan yang terhad kerana setiap perbincangan hanya dibincangkan secara ringkas disamping hadis-hadis yang terkandung di dalamnya pula juga menjadi pertikaian ulama hadith. Dalam pada itu, dikatakan juga banyak pandangan ulama’ aliran tasawuf Khurasan dikesan dalam kitab ini (Seyyed Hossein Nasr, 1999).
Brockellman (1964) menyatakan Qut al-Qulub ini pernah diringkaskan sebagai
mukhtasar oleh al-Husain bin Ma‘an yang ditemui di Perpustakaan al-Fateh, Turki.
Brockellmen (t.t) juga menyatakan Ibrahim bin ‘Abbad al-Nafazi al-Rundi (w.781H/1378M) telah menghuraikan beberapa bab tertentu Qut al-Qulub secara tidak langsung dalam karya beliau al-Bayan al-Syafi.
Bagi mendapat bacaan pengaruh yang diterima dalam pemikiran tasawwuf al-Makki, kitab Qut al-Qulub ini menyaksikan bahawa al-Makki banyak terpengaruh dengan Sahl bin ‘Abd Allah al-Tusturi dengan menobatkan beliau dengan gelaran “syaikhuna” dan mengabadikan pandangannya sebanyak 93 kali dalam ruang perbincangan yang berasingan. Al-Makki juga merujuk pandangan Bisyr al-Hafi (w.227H/842M), Ibrahim al-Khawas (w.291H/904M), Yahya bin Mu‘adh al-Razi (w.258H/871), Abu Yazid al-Bistami (w.261H/875M), Syaqiq al-Balkhi (w.194H/810M), Habib al-‘Ajami (w.156H/772M), Hatim al-Asamm al-Balkhi
(w.237H/852M), Abu Hafs Haddad Naisaburi (w.265H/878M) dan Abu Turab al-Nakhsyabi (w.245H/859M) yang merupakan diantara tokoh-tokoh sufiyyah yang mewarnai kitab Qut al-Qulub ini.
M. Shukri (1997) menyatakan, kefahaman tentang struktur dan bentuk kitab Qut
al-Qulub ini amat penting dan perbincangannya perlu didahulukan bagi memahami dan
mendapatkan aprearisasi selayaknya bagi kitab ini. Kitab Qut al-Qulub ini tidak mempunyai kata pengantar seumpama karya-karya ilmiah yang lain. Lazimnya seseorang pengarang sesebuah kitab akan memulakan perbicaraan dengan menerangkan isi kandungan karya melalui kata pengantar disamping memberikan indikasi tentang perbincangan sesuatu tajuk serta menjelaskan pendirian tentang penyusunan karyanya. Justeru, justifikasi bagi kitab Qut al-Qulub ini bergantung kepada pemahaman para pengkaji dan mengikut M. Shukri (1997), judul kitab ini sudah mampu menggantikan mukadimah kitab dan ia mempunyai makna yang tersendiri.
Jika diteliti dari struktur judul kitab ini iaitu Qut Qulub Fi Mu‘amalat
al-mahbub wa Wasf Tariq al-Murid ila Maqam al-Tawhid dan ianya mempunyai maksud
yang tersendiri. Dari itu anggapan awal mendapati kitab ini sebagaimana dakwaan M. Shukri (1997) dan ia dipersetujui oleh W. Mohd Azam W. Amin (1991) bahawa ia mempunyai dua matlamat iaitu pertama, memberi garis panduan bertauhid disamping yang keduanya memperkenalkan doktrin ilmu tasawuf-Sunni. Hal yang demikian meliputi prinsip-prinsip umum kepercayaan dan kewajipan beragama sebagaimana yang tertera pada kandungan kitab Qut al-Qulub ini. Doktrin kesufian pula diperjelaskan hampir keseluruhan kitab dalam 44 bab yang berasingan.
Setiap tajuk yang diperbahaskan dalam kitab Qut al-Qulub didapati tidak diulang lagi perbicaraannya pada bab yang berlainan sekaligus meletakkan kitab ini sebagai kitab tersusun dengan rapi dan teliti. Pada masa yang sama, kandungan Qut
al-Qulub ini menampilkan kesinambungan topik antara satu sama lain dan hal ini amat
Hijrah. Menurut W. Mohd Azam W. Amin (1991) dan M. Shukri (1997) kebanyakan kitab tasawuf pada awal kurun ke-3 Hijrah bersifat referensi dan tidak mempunyai kesinambungan bab antara satu sama lain dan ianya sekadar pembentangan isu secara sehala sahaja tanpa menimbulkan polemik.
Berikut merupakan jadual yang menerangkan kandungan Qut al-Qulub:
Bab Perbincangan
1 hingga 22 Ingatan Kepada Allah, doa, solat, wirid, etiket. Kepentingan kerohanian,
puasa dan cara membaca al-Qur’an
23 hingga 30 Persediaan awal seseorang murid, Pemeriksaan Diri, Kriteria Jiwa Yang
Hina, Musyahadah, Muraqabah dan Khawatir al-Qulub
31 Konsep Ilmu dan Ma‘rifah
32 Kedudukan yakin, taubat, sabar, syukur, tawakal, reda dan kecintaan
33 Prinsip Rukun Islam, Sembahyang, Zakat, Puasa dan Haji
34 Perkaitan Iman dan Islam serta mazhab-mazhabnya
35 Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan prinsip umum Syariah
36 Kewajipan sesama muslim
37 Penjelasan dosa besar
38 Ikhlas dan niat yang baik dalam beramal
39 dan 40 Makanan dan adab makan
41 Keutamaan fakir
42 Persahabatan
43 Kepemimpinan
44 Persaudaraan dan perdampingan sufistik
45 Perkahwinan
46 Adab menyendiri
47 Perniagaan dan perdagangan
48 Penjelasan halal dan haram
Rajah 2.3 :
Pembahagian Bab dalam Qut Qulub Fi Mu‘amalat Mahbub wa Wasf Tariq
al-Murid ila Maqam al-Tawhid karangan Abu Talib al-Makki
Demikian digambarkan secara umum pembahagian bab dalam kitab Qut
Qulub yang secara langsung menggambarkan aliran tasawuf-sunni (Ahl Sunnah wa al-Jama‘ah) yang tersemat rapi dalam karya Abu Talib al-Makki (386H/996M) ini.
Setelah mengetahui kerangka kandungan kitab ini, perlu bagi pengkaji menerangkan reka bentuk perbincangan atau sifat umum kitab Qut al-Qulub. Dalam menerangkan hal ini secara tidak langsung, W. Mohd Azam W. Amin (1991) menyatakan kitab ini bukannya sebuah kitab biografi seumpama kitab-kitab tasawuf yang lain akan tetapi ia adalah kitab yang mengandungi informasi tentang anekdot yang bertaburan secara bersendirian. Kenyataan W. Mohd Azam W. Amin (1991) ini dikukuhkan dengan pandangan M. Shukri (1997) bahawa setiap informasi itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.
M. Shukri (1997) juga menyifatkan karya ini mampu mempersembahkan dengan baik dan praktikal tentang dua aspek utamanya iaitu tauhid dan tasawuf. Kitab ini membicarakan sesuatu isu dengan jelas dan terfokus disamping argumentasinya disokong dengan dalil-dalil langsung dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Pendekatan yang digunakan oleh al-Makki ini diteliti dan berkesan untuk difahami. Disamping penggunaan dua sumber utama di atas, al-Makki juga memanfaatkan tulisannya dengan mengambilkira pandangan para salaf serta golongan sufi muktabar. Ia sekaligus meningkatkan mutu dan autoriti kitab ini dalam kelasnya.
Berbeza dengan kitab-kitab sezaman dengannya iaitu al-Luma‘ dan al-Ta‘arruf li Madhhab Ahl al-Tasawwuf, kitab ini didapati menggunakan hujah logik yang minimum disamping jarang menekankan kelangsungan terhadap sumber yang berkaitan dan tidak langsung membicarakan amalan kebaikan (fada’il).
Hal ini sekaligus mengkategorikan al-Makki sebagai pemuka aliran
tasawuf-salafi di zamannya berbanding Abu Nasr Sarraj (w.377H/987M) dan Abu Bakr
al-Kalabadhi (w.385H/995M) yang dilihat lebih moderate dengan mencampuradukkan beberapa aliran tasawuf Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
Rajah 2.4:
Gambaran Aliran Pengaruh Penulisan Karya Tasawwuf dari kurun ke-3 hingga ke-7 bermula dengan penulisan al-Harith al-Muhasibi (w.241H/857M) hingga
Ahmad Ibn ‘Ata’ Allah Sakandari (w.732H/1309M) Abu al-Asad al-Harith al-Muhasibi
(w.241H/857M)
al-Ri‘ayat li Huquq Allah
Abu Talib Muhammad al-Makki (w.386H/996M)
Qut al-Qulub Fi Mu‘amalat al-Mahbub
Abu ‘Abd al-Rahman Muhammad al-Sulami (w.416/1026M)
al-Muqaddimat fi al-Tasawwuf
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (w.505H/1111M)
Ihya’ Ulum al-Din, Mukhtasar al-Ihya’, Adab Suhbah wa Mu‘asyarah dan Bidayat
al-Hidayah
Ahmad Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari (w.732H/1309M)