• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Kualitatif

DAPATAN KAJIAN

4.1 DAPATAN ANALISIS PERANAN GURU DALAM FASAL KE-44: KITAB

4.1.2 Melazimi Sikap Berkasih-Sayang

Salah satu peranan penting seorang guru dalam pendidikan ialah memupuk dan menyemai perasaan kasih kepada murid. Hal yang perlu diperhatikan ketika menanggapi peranan ini ialah sebagai langkah awal seseorang guru itu sendiri perlu melazimi sikap berkasih-sayang serta memiliki kemampuan untuk mentafsir dan menunjukkannya disamping memikirkan kaedah terbaik untuk memupuk sikap kasih-sayang itu terhadap murid.

Kasih sayang merupakan elemen dan faktor penting dalam mewujudkan serta meneguhkan ikatan persaudaraan. Bukan semata-mata dalam hal ehwal persaudaraan, dalam apa-apa jenis perhubungan pun, faktor kasih sayang adalah faktor utama untuk mengekalkan ikatan tersebut. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لهظ في الله مهلظي ةعب س " : لاق لمسو هيلع الله لىص بينلا نع هنع الله ضير ةريره بي أ نع

، دجاسلمبا قلعم هبلق لجرو ، الله ةدابع في أشن باشو لداع مام ا ، لهظ لا ا لظ لا موي

تاذ ة أرما هتعد لجرو ، هيلع اقرفتو هيلع اعتمجا الله في بااتح نلاجرو

ني ا لاقف لماجو بصنم

الله ركذ لجرو ، هنييم قفنت ام لهماش لمعت لا تىح اهافخ أف ةقدصب قدصت لجرو . الله فاخ أ

هانيع تضافف ًايلاخ

"

هيلع قفتم

.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bahawa

Baginda bersabda: Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim).

Berdasarkan hadis di atas dua orang yang saling kasih mengasihani kerana Allah akan mendapatkan lindungan dariNya akhirat nanti, dan Allah Ta’ala mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

Diriwayatkan dalam kitab Qut al-Qulub, juga Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di

dalam perjalanannya Allah Ta’ala mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?”.“Lelaki itu menjawab; “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat itu bertanya lagi, “Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?” Lelaki itu menjawab; “Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah.” Kemudian malaikat itu berkata; “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah ta’ala yang diutus kepadamu, bahawa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”

Dari hal yang demikian, al-Makki mengatakan;

Seorang guru (al-‘alim) disyaratkan [memiliki] sifat berkasih-sayang dan mesra. Bukan sahaja kealimannya itu membawa kasih sesama manusia, tapi ia juga sebagai bukti kasih kepada Allah Ta’ala dan redhanya. Ilmu yang terpancar dari keadaan inilah yang tidak akan terpadam cahaya, walaupun si ’alim itu tidak lagi bernyawa, ini kelebihan seorang guru yang alim”. (al-Makki, hal. 364).

Namun, sebelum itu beliau ada menjelaskan:

Kata sekumpulan ulama’: Kasih-sayang berpanjangan (al-tawadud) yang melazimkan keintiman (al-uns) dari satu sudut

menunjukkan kasih sayang dan persahabatan itu adalah satu praktik [yang berkesan], setiap hubungan memerlukan pengakhiran yang baik untuk menyempurnakan hubungan tersebut. Sekiranya perjalanan hidup tidak diakhiri dengan persahabatan yang penuh kasih-sayang, maka [dikhuatiri] ia akan mengalami pengakhiran yang buruk (su’ al-khatimah) yang [mana] ia akan menghapuskan segala kebaikan [yang terbentuk] sebelumnya. [Contohnya] pasangan yang telah dua puluh tahun berkawan akan tetapi tidak dipahatkan dengan kasih-sayang (al-mawaddah), maka [pengakhiran yang buruk itu] akan menghancurkan apa-apa [kebaikan] yang terpahat sepanjang persahabatan itu”. (al-Makki, hal. 364).

Menurut al-Attas (1999), seseorang murid disarankan untuk tidak tergesa-gesa mendampingi seseorang guru. Sebaiknya mereka harus meluangkan waktu untuk mencari siapakah guru terbaik baginya. Secara khusus di sini, al-Makki menggariskan bagaimana mendapatkan seorang guru dengan mengemukakannya dalam bab suhbah ini.

Al-Makki telah menggunakan perkataan al-‘alim di dalam perbincangan suhbah dalam Bab ke-44 ini. Dari sini pengkaji dapat mengesan dan membuat penemuan yang mana ini adalah hujah kukuh untuk menyatakan bahawa perbincangan suhbah al-Makki ini lebih menumpukan peranan guru (al-‘alim) berbanding peranan murid bahkan tidak ada langsung perkataan murid sebagai muta‘allim disebut dalam bab ini. Namun dalam mengkaji pemikiran suhbah al-Makki, inilah satu-satunya pandangan nyata secara bertulis dan isyarat langsung dari al-Makki yang menerangkan peranan guru secara jelas. Dalam pernyataan-pernyataan lain tidak ditemui beliau menggunapakai istilah ini. Justeru, bertepatan dengan kajian yang ingin menonjol peranan guru dalam hubungan guru-murid ini, maka boleh sahaja diandaikan bahawa apa yang diajukan dalam perbicaraan suhbah al-Makki ini adalah ada sebenarnya perihal peranan guru terhadap murid dan sekurang-kurangnya pun ia adalah topik yang langsung berkaitan dengan peranan guru (al-‘alim).

meletakkan syarat kasih-sayang (al-tawadud wa al-mawaddah) sebagai pengisian terhadap hubungan yang terjalin. Menurutnya dengan kasih-sayanglah seseorang itu akan dapat dibahagiakan rujuk: “Kata sekumpulan ulama’: Kasih-sayang berpanjangan

yang melazimkan keintiman dari satu sudut menunjukkan kasih sayang dan persahabatan itu adalah satu amalan mulia, setiap hubungan memerlukan pengakhiran yang baik bagi menyempurnakan hubungan tersebut). Dengan itulah syarat

persahabatan mesti dipandu dengan kasih sayang. Lebih penting, mengikut pandangan al-Makki seseorang itu berkemungkinan terjerumus dalam kecelakaan sebelum tiba waktu ajalnya dengan mengatakan bahawa orang yang tidak mendapat kasih sayang dalam pertalian akan meninggal dengan penghabisan yang celaka (su’ al-khatimah). Secara langsung, kasih-sayang ini adalah sikap dan amalan yang perlu membuahkan keimanan dan kerana hanya iman yang akan menentukan status seseorang di hujung usianya, berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dharr al-Ghiffari:

نم

ةنلجا لخد للها لاأ هلأ لا هملاك رخآ ناك

Maksudnya: ”Sesiapa yang perkataan terakhir menyebut la ilah

illa Allah [tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah] maka dia akan masuk syurga”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan

Muslim).

Berkemungkinan juga di sini al-Makki ingin menyatakan bila seseorang berkasih sayang semata-mata kerana Allah maka tautan dan kesan dari kasih sayang itulah yang akan membuahkan iman. Dan iman itulah yang menghindarnya dari terjerumus ke dalam su’ al-khatimah. Begitu juga ikatan yang terjalin tanpa kasih sayang sebagaimana yang tercatat dalam kenyataan al-Makki di atas tidak layak untuk digelar sebagai persahabatan hakiki. Justeru, sesebuah persahabatan menurut pandangan al-Makki adalah diasaskan dengan kasih-sayang dan keikhlasan.

Hal inilah mengundang al-Makki membuat andaian yang mana sesuatu hubungan yang tidak disertai dengan kasih sayang adalah hubungan yang telah

dirosakkan (ifsad) dengan sifat-sifat terkutuk seperti hasad dengki. Menurut al-Makki hasad dengki adalah contoh utama atau agen ifsad terhadap satu-satu hubungan yang terjalin. Beliau menyatakan pandangannnya itu bersandarkan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Isra’ ayat 53 yang bermaksud: ”Dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada

hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia”dan juga surah

Yusuf ayat 100 yang bermaksud: ”...dan ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah

Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku...”.

Memperincikan kepentingan menyemai sikap kasih-sayang ini, al-Makki menyatakan:

”Diantara sifat orang yang bertakwa [darihal berkasih sayang] ialah mereka yang membaikkan tutur-kata (husn al-maqal) kata dalam percakapan dan juga [mereka adalah] manusia [yang terkesan dengan] kata-kata yang elok ketika berpisah”.

(al-Makki, hal. 364)

Pertuturan yang baik, susunan kata yang elok dan penggunaan ayat yang sesuai dengan sesuatu situasi menurut al-Makki mampu memberi kesan positif kepada persekitaran sekeliling. Pengamatan al-Makki lagi terjelma apabila beliau memetik kata-kata Bisyr al-Hafi (w.150H/767M) yang dikaitkan dengan husn al-maqal ini sebagaimana berikut; ”Tidak akan berlaku perbalahan di antara mereka yang

bersahabat melainkan bila wujudnya ketidaksopanan”. Ketidak-sopanan ini dianggap

oleh al-Makki selalunya berpunca dari lidah. Bila terkeluar kata-kata yang kesat maka sesuatu persahabatan, ikatan dan mana-mana jalinan yang terjadi akan terurai dengan mudah.

Sebelum dari itu, al-Makki telah menyebut bahawa gangguan (naz‘) syaitan selalu dikaitkan dengan bisikan jahat atau tutur kata yang jahat. Kerana termakan

hasutan syiatan maka gugurlah sifat ketakwaan seseorang. Beliau telah merujuk ayat ke-53 dalam surah al-Isra’ sebagai bukti penghujahan beliau itu. Dari itu perkataan yang buruk adalah sinonim dengan hasutan syaitan, dan bila sesuatu disandarkan kepada syaitan maka ia akan memberi implikasi yang buruk, termasuk darihal bercakap buruk atau kasar. Hasil dari itu, al-Makki mengatakan sifat ketakwaan seseorang itu boleh diukur melalui percakapan.

Al-Makki mengatakan sikap orang yang pandai mengelokkan tutut kata adalah sifat orang yang bertakwa kepada Allah Ta’ala dan beliau melampirkan sifat ini sebagai sebahagian dari sifat yang perlu ada bagi seorang guru (ulama’) dan cendikiawan (hukama’). Beliau memetik kata penyair:

Lihatlah pada orang yang mulia, bila kamu luahkan kebaikan,

Nescaya dia melindungi keaibanmu dan menyebut perkara yang elok, Pandanglah pula pada si keji, apabila kamu bertikam lidah dengannya Disorokkan kemuliaanmu dan dicari-cari kelemahan yang ada padamu.

Demikian saranan-saranan al-Makki ketika mengemukakan peranan seorang guru sebagai penyubur sifat kasih-sayang. Menurut beliau antara amalan yang praktikal dalam menekuni sifat kasih sayang dan mengekalkannya adalah dengan melazimi kata-kata yang baik. Maknanya, kata-kata-kata-kata yang baik dan elok untuk didengari akan membangkitkan keselesaan di kalangan mereka yang mempunyai seterusnya akan menanamkan sifat berkasih sayang, hormat-menghormati diantara satu sama lain.

Sikap sedemikian menurut al-Makki adalah akhlak generasi terdahulu (ma salafa) yang begitu tekal mengekali, menjaga dan menghargai suhbah antara mereka. Dengan hanya mengatur bahasa, mencantikkan perbicaraan, sesuatu ikatan dapat diteruskan dalam tempoh masa yang panjang dan ia perlu pupuk sedari awal usia manusia lagi.