• Tidak ada hasil yang ditemukan

Segmen Perkara yang diperhatikan

Keadaan Fizikal - Bahasa yang digunakan guru (kandungan)

- Respon murid

- Perlakuan guru dan murid

Dalam Bilik Darjah - Guru menitipkan nilai dalam sesi P&P - Soal-jawab guru dan murid

- Penyoalan (nilai) - Aktiviti (nilai)

- Motivasi/Kisah Teladan (nilai)

- Hormat menghormati

- Mengekalkan Keserasian

- Pembimbing

- Prihatin

- Nasihat

Luar Bilik Darjah - Tegur-menegur antara guru dan murid - Aktiviti/Persatuan

- Perjumpaan di bilik guru

- Sapaan

- Senyuman

- Memberi salam

- Pantauan

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian umumnya merujuk kepada perancangan yang disediakan untuk menjalankan sesuatu kajian dalam satu-satu bidang (Bogdan & Biklen, 1998). Kajian ini adalah kajian dalam bidang Falasafah Pendidikan Islam yang memfokuskan kepada komponen (i) peranan guru, (ii) hubungan guru-murid dan (iii) pembentukan akhlak murid. Komponen boleh dihayati secara tersiratnya dalam Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia iaitu:

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Qur’an dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (Akta

Pendidikan Malaysia 1996, hlmn, 11).

Secara umum, bidang kajian kependidikan ini juga diklasifikasikan dalam bidang sains sosial. Kajian dalam bidang sains sosial selalunya dipengaruhi oleh dua pendekatan utama yang menjadi asas kepada proses dan prosedur pelaksanaannya. Pendekatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (Cresswell, 2008; Othman Lebar 2006, 2007 & 2009).

Kajian ini sepenuhnya menggunakan rekabentuk penyelidikan kualitatif. Teknik-teknik yang digunakan dalam pendekatan kajian ini ialah analisis kandungan, temu bual dan pemerhatian. Penyelidikan kualitatif ialah satu bentuk kajian yang menjalani proses penyelidikan berasaskan pengalaman manusia (Cresswell, 2008). Ia melibatkan siri-siri tertentu serta langkah-langkah yang sistematik bagi mencari, mengumpul dan menyaring sebarang maklumat atau data bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pengkaji terhadap sesuatu isu yang ingin dikaji (Silverman, 1985; Merriam, 1998; Othman Lebar, 2009).

Bogdan & Biklen (1998) mengatakan rasional pemilihan pendekatan penyelidikan kualitatif dalam sesuatu kajian adalah untuk menambah pengetahuan, memahami tingkah laku dan pengalaman manusia. Penyelidikan kualitatif tidak dijalankan bertujuan untuk menjustifikasikan sesuatu situasi atau kes, namun ia dijalankan adalah untuk memahami bagaimana tingkah laku dan pengalaman manusia memberi makna terhadap kes yang dikaji. Dalam kajian ini sebagai contohnya, peranan guru dikaji berdasarkan pengalaman guru dan murid bagi mendapatkan pendekatan terbaik untuk membentuk akhlak murid melalui sistem pendidikan semasa. Bagi memaknakan lagi kajian ini, pemikiran Abu Talib al-Makki berkaitan konsep hubungan guru-murid (suhbah sufiyyah) telah dipilih menjadi teori asas kajian. Dengan yang demikian, pendekatan penyelidikan kualitif dikira amat bertepatan untuk diaplikasikan sepenuhnya dalam kajian ini.

Dari sisi yang berlainan, kajian ini dikategorikan dalam kajian kes. Kajian kes adalah satu bentuk kajian yang mengkaji fenomena manusia dalam konteks sebenar (Othman Lebar, 2009) khususnya apabila terdapat ruang kosong antara fenomena dan kontek yang tidak mempunyai bukti jelas. Dalam kajian ini, peranan guru adalah kontek utama perbincangan mengkaji pembentukan akhlak murid berasaskan fenomena hubungan guru dan murid yang berlaku di sekolah. Didapati sehingga kini peranan guru tidak mempunyai bukti yang jelas mempengaruhi pembentukan murid di sekolah (Azizah Lebai Nordin, 1999). Justeru, kajian ini akan cuba menjawab persoalan berdasarkan pengalaman dan fenomena yang berlaku di sekolah. Kajian ini akan melihat realiti peranan yang dimainkan secara khusus oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) serta mendapatkan corak hubungan guru-murid yang berlaku di sekolah. Realiti peranan tersebut didasarkan dari pemilihan pola pemikiran Abu Talib al-Makki dari konsep hubungan guru-murid beliau.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat dua kategori instrumen kajian yang akan dibincangkan. Ianya sebagaimana berikut:

3.3.1 Instrumen Analisis Kandungan

Fasa I dalam kajian ini menumpukan kajian analisis kandungan terhadap kitab utama yakni Qut al-Qulub dan beberapa buah kitab terpilih. Bagi beberapa pengkaji kualitatif seperti Lincoln dan Guba (Thompson 2002) dan Thompson (2002), mereka menyatakan kajian menggunakan metode seumpama ini menjadikan diri manusia iaitu penyelidik sendiri sebagai instrumen utama. Menerusi kajian menggunakan teknik analisis dokumen secara kualitatif, pengkaji sebagai pengekod yang melaksanakan aktiviti pengekodan bagi kajian Fasa I. Teknik kajian seumpama ini telah digunakan oleh Thompson (2002) dalam kajian bertajuk ‘An analysis of the framing of an

media’ dari Texas A&M University. Lincoln dan Guba (1985 dlm Thompson 2002)

turut menyatakan bahawa pemilihan instrumen dalam kajian inkuiri naturalistik ialah manusia itu sendiri. Justeru itu, Thompson (2002) menyatakan bahawa dirinya sebagai pengkaji adalah instrumen utama dalam mengumpulkan data. Bagaimanapun, proses kebolehpercayaan pengkodan dalam kajian ini turut diadili dengan menggunakan kebolehpercayaan antara pengekod (inter-coder reliability). Penjelasan berkaitan terdapat dalam bahagian kesahan dan kebolehpercayaan.

3.3.2 Instrumen Temubual

Fasa II dalam kajian ini adalah menggunakan teknik temu separa formal dan pemerhatian. Instrumen yang digunakan ialah soalan temubual separa formal sebanyak dua set. Jenis teknik yang digunakan ialah tembual bersemuka (face to face interview). Set pertama ialah soalan-soalan temubual separuh struktur untuk guru Pendidikan Islam (GPI). Set yang kedua pula adalah juga soalan-soalan temubual berstruktur untuk murid. Rekabentuk soalan temubual separa formal adalah berasaskan kepada kehendak kajian ini. Sebelum instrumen ini digunakan dalam kajian sebenar, terlebih dahulu dilaksanakan kajian rintis untuk mengukur kebolehpercayaan penggunaannya.

3.3.3 Instrumen Pemerhatian

Semasa pemerhatian, pengkaji membuat rakaman menggunakan rakaman audio dan juga video (untuk sesetengah kes). Catatan lapangan (field notes) juga dilakukan yang mana ia ditulis secara kasar dan dan ringkas sebagai data mentah berkaitan persekitaran (dan prosedurnya; Rujuk Jadual 3.1), perlakuan yang diperhatikan, suasana dan apa sahaja yang berlaku dalam konteks sebenar berdasarkan protokol yang dibina mengikut kemampuan pengkaji. Catatan lapangan dan rakaman audio menjadi alat utama dalam pemerhatian yang dilakukan bagi merangsang pemikiran yang kritikal mengenai apa yang diperhatikan. Melalui pemerhatian, data verbatim dan catatan akan terhasil. Ia

meliputi segala pemerhatian berkaitan dengan tingkah laku guru dan murid berkaitan tema kajian.

3.4 SAMPEL DAN PESERTA KAJIAN

Berikut ialah jadual-jadual yang menerangkan Unit Sampel Analisis Kandungan dan Peserta Temubual dalam kajian.

3.4.1 Unit Sampel Analisis Kandungan

Kajian fasa ini menggunakan sampel khusus (purposive sampling) yang telah ditentukan iaitu kitab Qut al-Qulub karya Abu Talib al-Makki (386H/996M) iaitu bab ke-44: al-Fasl; al-Ukhuwwah fi Allah wa al-Suhbah wa al-Mahabbah.

Jadual 3.2 Unit Sampel Analisis Kandungan Nama Singkatan Nama Kitab Sandaran /Pengarang Unit Analisis QQ Qut al-Qulub fi Mu‘amalat

al-Mahbub ila Maqam al-Tawhid

Abu Talib al-Makki

(w.386H/996M)

Bab ke-44: al-Fasl; al-Ukhuwwah fi Allah

wa al-Suhbah wa al-Mahabbah.

3.4.2 Peserta Temubual

Sampel kajian ini melibatkan 8 orang peserta.