Kajian Kualitatif
PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DALAM PROSES PEMBENTUKAN AKHLAK DARI ASPEK HUBUNGAN GURU-MURID BERASASKAN
4.4.1 Profil Guru
4.4.1.1 GPI01 Ustazah Normah
Ustazah Normah, seorang yang berwajah ceria dan amat ramah ketika kali pertama bersua dengannya. Beliau amat menunjukkan minat untuk berkongsi pengalaman sepanjang bergelar Guru Pendidikan Islam (GPI) lebih-lebih lagi bila perbincangan menyentuh tentang isu semasa dunia pendidikan dan hala tujunya. Beliau berumur lewat 30-an ketika temu bual ini dijalankan. GPI yang berkaca mata ini adalah seorang guru yang kemas ketika memperlihatkan pemakaiannya yang mematuhi prosedur seorang pegawai penjawat awam. Sekolah di mana beliau ditugaskan sekarang bukanlah sekolah pertama beliau semenjak bergelar GPI terlatih kerana sebelum ini beliau telah berkhidmat di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.
Beliau yang berasal dari kawasan pedalaman di sebuah negeri Pantai Timur semenanjung merupakan GPI terlatih lepasan dua buah IPTA dalam jurusan Usuluddin pengkhususan Pengajian Islam (Dirasat Islamiah). Kehidupan serba kekurangan menurutnya tidak sedikitpun menggugat usahanya menimba ilmu bahkan ia menjadi inspirasi serta motivasi dan dorongan untuk belajar dengan tekun. Dalam keadaan ekonomi keluarga ketika itu yang terhad, anak kedua dari enam beradik ini merupakan anak pertama dalam keluarga yang Berjaya melanjutkan pengajian ke universiti. Kemudian kejayaan beliau ini ditiru oleh tiga orang adiknya yang mana ketiga-ketiga mereka itu pun bekerjaya sebagai pendidik.
Beliau juga telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai beberapa orang cahaya mata. Beliau dikatakan sebagai seorang yang agak pendiam namun pengkaji mendapati beliau adalah invidu yang mesra dan mudah didampingi.
Beliau berpengalaman mengajar Pendidikan Islam selama 16 tahun di beberapa buah sekolah menengah di beberapa buah negeri. Menurut Ustazah Normah beliau pernah dilantik oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggubal soalan Pendidikan Islam dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah sepanjang kariernya sebagai GPI. Menyoroti perjalanan karier Ustazah Normah, beliau pernah
memenangi Anugerah Guru Inovatif (Peringkat Individu Menengah) peringkat kebangsaan pada satu tahun tertentu. Selang beberapa tahun kemudian, beliau dinobatkan pula sebagai Guru Inovatif Peringkat Negeri bagi kategori ICT. Namun penghargaan yang paling dihargai olehnya ialah ketika mana diberi kepercayaan unuk menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan untuk Pendidikan Islam.
Sebagai seorang yang telah berpengalaman berbelas tahun dalam bidang ini, penyelidik merasakan beliau adalah seorang yang komited dengan kerjaya kerana dalam beberapa kali temu bual dijalankan beliau sering kali menyebut “Syukur, saya dapat
bekerja sebagai seorang ustazah”. Dan tidak mustahillah kerana beliau telah memberi
kerjasama yang baik dalam menyiapkan pengumpulan data temu bual ini.
Sepanjang temu bual dilakukan bersama beliau, penyelidik tidak menghadapi sebarang masalah untuk berhubung dengan guru ini. Temu janji yang dibuat melalui panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) sentiasa disambut baik oleh beliau. Namun terdapat juga, pembatalan temu janji yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada penyelidik disebabkan pertembungan dengan sesi mesyuarat guru atau aktiviti sekolah.
Proses pemerhatian yang melibatkan Ustazah Normah juga berlaku dalam kondisi yang baik dan lancar. Daripada beberapa sesi temu bual dan pemerhatian yang melibatkan beliau, penyelidik mendapati guru seperti Ustazah Normah ini amat tinggi dedikasinya dan beliau mempunyai sifat karismatik yang jarang ditemui. Kejujuran dan sifat amanah beliau begitu terserlah walaupun kadang-kadang beliau menzahirkan juga sifat ketegasannya itu.
Ketika penyelidik mengajukan soalan-soalan berkaitan isu hubungan guru-murid dan akhlak serta isu-isu yang berkaitan dengan kedua-dua isu ini, Ustazah Normah menjawabnya dengan penuh keyakinan disamping melontarkan idea-idea yang bernas dan komprehensif. Apa yang menarik, sepanjang ditemubual beliau selalu merujuk sukatan-sukatan Pendidikan Islam, buku teks dan dokumen-dokumen Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bukti menyokong pandangan-pandangan yang diutarakan. Sikap inilah yang menyebabkan penyelidik makin berminat untuk mendapatkan dapatan-dapatan baru dan meneroka pandangan Ustazah Normah dengan lebih terfokus.
4.4.1.2 GPI02 Ustazah Huda
Ustazah Huda merupakan graduan dari salah sebuah IPT di Timur Tengah dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Beliau yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air. Beliau berumur pertengahan 30-an (ketika penyelidikan ini dijalankan) dan mempunyai 6 orang cahaya mati hasil perkongsian hidup dengan suaminya yang juga seorang pendidik dalam jurusan Bahasa Arab di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan.
Sebelum bergelar GPI tetap di sekolah ini, beliau pernah bertugas sebagai seorang penterjemah di sebuah syarikat swasta. Asalnya beliau memang ingin menceburi bidang penterjemahan itu dengan serius namun banyak halangan yang perlu dihadapi bagi mencapai tujuan tersebut. Oleh sebab yang demikian minat beliau berubah ketika mana melihat abangnya menceburi bidang pendidikan ini.
Berlatar belakangkan pendidikan agama secara tidak formal seawal dari rumah, beliau didapati amat komited dengan tugasnya ini dan menaruh minatyang mendalam dalam lapangan Pendidikan Islam ini. Keadaan ini mungkin disebabkan pengaruh ayah beliau yang merupakan seorang guru agama dan al-Qur’an di kampung. Walaupun keluarganya bukan dari golongan yang berada, namun ajaran agama yang disemaikan sejak kecil oleh ayah dan ibunya itu membuahkan semangat yang luar biasa dalam hidupnya sehingga mampu ke universiti Islam di luar Negara. Ujarnya, selama 4 tahun belajar di luar negara beliau hanya pulang sekali sahaja itupun sekadar menziarahi arwah datuknya yang uzur. Beliau menyatakan prinsip hidup beliau ialah: “selagi
Ustazah Huda adalah seorang guru Pendidikan Islam yang mempunyai pengalaman mengajar subjek pendidikan Islam dan Bahasa Arab selama 16 tahun. Selama Dalam tempoh tersebut beliau telah berkhidmat di bebrapa buah negeri seumpama di Malaysia Barat dan Timur.
Gambaran awal menunjukkan beliau seorang yang pendiam, namun setelah bersama pengkaji dalam beberapa siri temu bual ternyata beliau mudah diampingi, berfikiran terbuka dan boleh dikatakan beliau adalah sorang guru yang mmpunyai pemikiran yang ilmiah dan serius dalam perbincangan. Beliau adalah seorang individu mudah disapa, tidak mustahillah semasa menjalankan kajian beliau sering didatangi para murid serta pihak pentadbir sekolah. Namun demikian, ada juga sebilang murid menyatakan beliau seorang yang tegas dan tetap pendirian. Rakan sejawatan beliau juga menyatakan beliau amat komited dengan kerjayanya dan memang seorang yang Islamik dari pelbagai sudut.
Perkara yang amat menakjubkan penulis ialah kefasihan beliau bertutur dalam Bahasa Arab ketika sesi temu bual dijalankan. Beliau selalu merujuk nas-nas daripada Qur’an dan hadis jika diajukan persoalan-persoalan yang agak ilmiah sifatnya. Tidak menghairankan, dalam ketenangan wajahnya beliau tlah dilantik beberapa kali untuk mengetuai sidang pengukuhan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang membabitkan penambahbaikan kurikulum dan hala tuju di peringkat sekolah mahupun JPN. Dalam penyelidikan, penyelidik terpaksa membatalkan beberapa pertemuan dengan beliau ekoran kekerapan beliau mengikuti aktiviti di luar sekolah. Bagaimanapun, penyelidik amat berterima kasih dan berpuas hati dengan kerjasama beliau kerana banyak sekali dapatan yang diperolehi semasa sesi bersamanya.