• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta

Dalam dokumen METAMORFOSIS KEPIMPINAN AMBILAN 2/2019 (Halaman 90-95)

TRANSFORMASI SEORANG PEMIMPIN

DAPATAN AKTIVITI 1. e-NPQEL

5. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta

Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta (LPIS) merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta untuk melawat sesebuah institusi swasta bagi melihat amalan pengurusan dan kepimpinan mereka. Pemilihan institusi swasta ini dilakukan oleh pihak Institut Aminuddin Baki dan setiap kumpulan mempunyai tugasan spesifik yang perlu disempurnakan semasa lawatan tersebut. Kompetensi yang dilihat semasa LPIS ini adalah berkomunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi. Setiap dapatan akan dibentangkan kepada panel penilai dalam bahasa Inggeris.

LPIS telah membawa kami ke Ibiz Style Hotel, Inanam. Aktiviti lawatan ini telah memberikan pendedahan kepada saya mengenai amalan institut swasta dalam tadbir urus organisasi, pengurusan sumber manusia dan urusan kenaikan pangkat . Amalan yang dilakukan oleh pihak swasta ini jelas sekali berbeza dengan amalan di sekolah. Peluang untuk bersoal jawab dan berkomunikasi dengan pengurus dan staf di hotel ini dapat menunjukkan tahap profesional mereka dalam bidang ini. Amalan mereka dalam bidang tadbir urus amat mengagumkan. Hotel ini mempunyai lebih 28,000 rangkaian di seluruh dunia, namun pengurusan dan pentadbiran organisasi amat terancang dengan barisan kepimpinan yang berkualiti. Aspek lain seperti pengurusan sumber manusia yang melibatkan kebajikan pekerja, kenaikan pangkat dan lain-lain juga amat menarik minat saya untuk lebih mendalami dan memahami konsep pengurusan hotel ini.

Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan info daripada mereka maka beberapa pendekatan telah dibuat seperti menghadiri sesi taklimat, lawatan, di samping sesi soal jawab bersama pihak pengurusan. Selain itu, saya juga cuba untuk mendekati pengurus hotel secara peribadi bagi mendapatkan lebih banyak maklumat daripada beliau. Saya telah berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris dengan beliau kerana beliau lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Ini secara tidak langsung dapat membantu mewujudkan satu persekitaran perbincangan profesional bersama pengurus hotel tersebut. Dalam sesi perbincangan profesional tersebut, saya cuba untuk mengetengahkan kompetensi berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi bersama pengurus hotel tersebut.

Hasil dapatan daripada aktiviti LPIS ini saya telah melihat konsep pengurusan dan pentadbiran dari perspektif sektor swasta. Amalan yang berbeza di sini boleh diguna pakai di sekolah saya kelak dengan lebih memfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran yang lebih berkualiti. Perkara ini boleh dicapai dengan memberikan golongan pemimpin Middle

Leader Team (MLT) dan Senior Leader Team (SLT) di sekolah kursus kepemimpinan dan menggalakkan mereka untuk menyambung pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi bagi memperbaiki tahap kemahiran mereka sebagai pemimpin. Selain itu, amalan mereka di dalam pengurusan sumber manusia boleh dicontohi dengan memberikan lebih banyak perhatian kepada kebajikan guru dan mula memberikan penghargaan dan insentif kepada guru-guru di sekolah saya. Kemahiran bahasa Inggeris guru juga perlu ditingkatkan lagi kerana beberapa orang guru sahaja yang mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Semua guru perlu sedar tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris ini dan keperluannya dalam sistem pendidikan kita pada hari ini. Program seumpama ini boleh dibawa ke sekolah dengan membuat lawatan penandaarasan ke sekolah-sekolah lain, bagi melihat proses dan amalan terbaik yang boleh dicontohi. Lawatan penandaarasan seumpama ini akan dapat menggalakkan proses pertukaran buah fikiran, pendapat dan idea daripada pelbagai pihak. Penggunaan sumber secara terancang dan optimum di sekolah juga akan diperbaiki agar akan dapat membentuk budaya pengurusan organisasi yang lebih mampan di sekolah. Konsep mengutamakan pelanggan di hotel tersebut boleh diadaptasikan ke sekolah dengan menambah baik kualiti perkhidmatan sekolah kepada murid-murid dan ibu bapa yang merupakan antara stakeholders ataupun pemegang taruh di sekolah.

Aktiviti LPIS ini merupakan satu aktiviti untuk melihat amalan terbaik sesebuah organisasi swasta. Dengan melihat dan menilai dapatan ini, maka saya sebagai pemimpin akan dapat membuat perubahan dan penambahbaikan kepada amalan sedia ada di sekolah. Ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan dan memperbaiki kualiti persekitaran dan tahap kompetensi guru-guru tetapi akan dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bilik darjah. Dengan berpandukan kepada dapatan yang diperolehi daripada institusi swasta maka satu pendekatan baharu yang lebih holistik dan berkesan akan dapat diambil oleh pemimpin untuk mengatasi masalah ataupun isu di sekolah.

Transformasi seorang pemimpin ini sedikit sebanyak telah menggambarkan perjalanan saya sebagai seorang pemimpin. Proses untuk menjadi seseorang yang layak digelar pemimpin berprestasi tinggi bukannya perkara yang mudah. Aspek usia, pengalaman, keadaan persekitaran dan banyak lagi menambahkan lagi halangan di sepanjang perjalanan untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Namun demikian, bantuan dan dorongan yang saya terima selama ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang digalas. Perkongsian saya melalui karya ini juga merupakan satu catatan pengalaman dalam mengikuti semua aktiviti semasa kursus yang telah berjaya mengubah dan membawa saya untuk mengenali lebih dekat dan jelas lagi mengenai empat (4) domain dan 10 kompetensi sebagai seorang pemimpin. Walaupun hanya terdapat lima (5) aktiviti yang dapat saya kongsikan melalui karya ini, namun kesemua kompetensi dan domain ini telah digerapkan di dalam kelima-lima aktiviti ini. Aktiviti pembelajaran melalui kursus ini telah banyak membantu saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan, membangunkan jalinan hubungan dengan stakeholders atau pemegang taruh, dan pendedahan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan di sekolah sebenar supaya saya dapat melaksanakan tugas di sekolah kelak dengan lebih berkesan.

Pengalaman berada di IAB dan aktiviti di lapangan telah banyak memberikan saya input mengenai perjalanan dan senario sebenar yang bakal saya hadapi sebagai seorang pengetua/guru besar pada masa akan datang. Kaedah latihan yang pelbagai melalui tugasan yang mencabar, melakukan kerja buat PGB (on the job learning experiences), rangkaian komuniti pembelajaran dan latihan formal seperti bengkel, kursus dan bicara ilmu telah berjaya memecahkan kepompong gaya kepimpinan yang lama dan mula merubah gaya pemikiran saya untuk menerima ciri-ciri kepimpinan berprestasi tinggi yang baharu. Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah semakin kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.

Secara kesimpulannya, karya TRANSFORMASI SEORANG PEMIMPIN ini merupakan tugasan akhir saya bagi Program NPQEL ini. Namun demikian, ini bukanlah titik noktah tetapi titik permulaan bagi saya untuk satu perjalanan yang baharu bagi membuktikan saya mampu untuk menjadi seorang pemimpin berprestasi tinggi suatu hari nanti. Bak kata pepatah ”Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan barisan pemimpin berprestasi tinggi pada masa kini dan mengangkat identiti sebagai seorang pemimpin tidak kira

peringkat usia, pengalaman, lokasi sekolah dan sebagainya. David M.Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini kerana segala keputusan yang dibuat bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi.

RUJUKAN

Alimuddin Mohd Dom. 2006. Kepimpinan instruktional: Peranan pengetua dan

guru Besar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Putrajaya: Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan.

David M.Travesi (2007), “Eight Drivers of the High-Impact Leader”. Retrieved September 10,2008 dari values.com/Content/detail. asp?ContentDetailIID=1308

Institut Aminuddin Baki. (2005). Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Dan

Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah

Malaysia. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,Pahang.

Institut Aminuddin Baki. (2018). Kamus Kompetensi Program Kelayakan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL. Versi 2018. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Institut Aminuddin Baki. (2018).Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan

Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL. Versi 2018. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

KPM. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahimah Hj. Ahmad. 2004. Principalship and School Management. Kuala

Dalam dokumen METAMORFOSIS KEPIMPINAN AMBILAN 2/2019 (Halaman 90-95)