• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pedoman Transliterasi

2.5 Karakteristik Pelajar

2.5.1 Aspek Demografi

2.5.1.2 Lokasi Tempat Tinggal

Selain daripada jantina, faktor lokasi tempat tinggal juga memainkan peranan dalam kejayaan menghafaz al-Qur‟an. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh persekitaran

76

yang memberi impak kepada daya usaha seseorang individu terbabit. Situasi ini diakui oleh Azmil, et al. (2014) yang menyifatkan bahawa lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz di institusi tahfiz sebagai pengaruh persekitaran.Lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz seharusnya jauh dari kebisingan dan pemilihan tempat yang sesuai untuk mereka ialah kawasan luar bandar (Heri Saptadi, 2012). Heri Saptadi (2012) mengulas kenyataan ini secara kritikal apabila mencadangkan perlunya perpindahan lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz ke kawasan luar bandar sekiranya masih berada di kawasan bandar.

Kajian Abdul Hafiz dan Hasimah (2003) turut menggariskan bahawa antara masalah luaran para pelajar tahfiz ialah pengaruh persekitaran tempat tinggal. Hal ini disokong oleh Safwat (2005) yang menyatakan bahawa latar belakang keluarga sangat mempengaruhi persekitaran pelajar tahfiz di Bosnia Herzigovina. Persekitaran dan suasana yang tidak melambangkan dorongan untuk menghafaz al-Qur‟an seperti hiburan berlebih-lebihan dan sebagainya menjadikan pencapaian hafazan al-Qur‟an mengalami gangguan (Abdul Hafiz dan Hasimah, 2003; Abdul Hafiz, Siti Norlina & Hasimah, 2008). Dalam kajian Arif (2013) menambah pengaruh persekitaran yang melibatkan rakan-rakan berlainan bidang turut menyumbang kepada hambatan pencapaian seseorang pelajar tahfiz. Hal ini kerana suasana bidang yang berlainan dari teman-teman rapat menjadikan pelajar tahfiz tersebut alpa akan tugasnya untuk lebih dekat dengan al-Qur‟an kecuali bagi mereka yang mempunyai kendiri serta jati diri yang mantap.

Selain itu, kajian Nurul Ain dan Azizi (2012) menyatakan bahawa persekitaran dan lokasi tempat tinggal pelajar yang jauh daripada kemudahan serta fasiliti akan

77

menyebabkan pencapaian pelajar merundum. Keadaan ini dibuktikan dengan kajian Shahrulkarnain (2013) yang menumpukan pengaruh sosioekonomi pelajar pensijilan Darul Quran terhadap pencapaian hafazan telah membuktikan bahawa pelajar yang bertaraf sosioekonomi lebih tinggi yang kebanyakannya di kawasan bandar memperolehi keputusan lebih baik. Seramai 60 pelajar, iaitu 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan semester akhir pensijilan Darul Quran telah dijadikan responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, ujian, tinjauan, dan pemerhatian. Walau bagaimanapun, kajian ini melibatkan pelajar tahfiz di peringkat pra-universiti (Shahrulkarnain, 2013).

Perbezaan lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz berkait rapat dengan budaya persekitaran yang didedahkan dalam peribadi mereka. Dapatan kajian-kajian lepas sering mengungkapkan lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz yang berada di kawasan bandar tidak begitu strategik untuk menempatkan aktiviti penghafazan al-Qur‟an. Kenyataan tersebut menjadi satu persoalan apabila banyak institusi-institusi tahfiz yang didirikan di kawasan-kawasan bandar. Justeru kajian berkenaan tahap pencapaian hafazan al-Qur‟an berdasarkan lokasi tempat tinggal wajar diselidiki secara lebih mendalam. Secara keseluruhannya, bahagian ini membincangkan lokasi tempat tinggal pelajar berdasarkan tinjauan kajian lepas yang menyentuh aspek ini kepada lokasi luar bandar dan bandar.

i) Kajian Lokasi Luar Bandar

Secara terminalogi, lokasi luar bandar sering dikaitkan dengan kawasan pedalaman yang mempunyai kurang fasiliti kemudahan asas dari segi infrastuktur, kemudahan teknologi komunikasi dan pengangkutan awam yang terhad. Malah dalam kajian

78

Mustaffa, Mohd Samsudin, Ishak dan Sharina (2012) mengaitkan kehidupan masyarakat luar bandar dengan beberapa perkara yang dilihat sebagai satu persepsi kemudahterancaman. Hal ini merangkumi kemampuan mereka dari segi persaraan diri dan juga aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat setempat (Mustaffa, et al., 2012). Namun, dalam perkembangan pengajian tahfiz, lokasi luar bandar dilihat sebagai satu kawasan yang ideal untuk para penghafaz al-Qur‟an menjalankan aktivitinya.

Hal ini kerana lokasi tempat tinggal pelajar tahfiz seharusnya jauh dari kebisingan serta suasana yang sibuk. Muhammad Iẓhār (2015) menjelaskan kawasan kejiranan institusi tahfiz sewajarnya bersifat tenang dari sebarang gangguan bunyi. Kenyataan ini telah dibuktikan dalam kajian Abdul Hafiz (2007), iaitu seramai 40 peratus pelajar mengakui bahawa di antara pengaruh buruk dalam proses menghafaz ialah persekitaran bandar yang mereka diami. Pemilihan tempat yang sesuai untuk mereka yang menghafaz al-Qur‟an ialah kawasan luar bandar (Heri Saptadi, 2012).

Di Malaysia, selain daripada penubuhan Darul Quran di kawasan pedalaman, beberapa maahad tahfiz kerajaan cawangan negeri (MTQN) turut didirikan di kawasan pedalaman, iaitu negeri Sabah dan Terengganu. Menurut Resti (2014), banyak institusi tahfiz yang mengamalkan konsep tradisional didirikan di kawasan pedalaman. Kedudukan kawasan pedalaman yang mempunyai pelbagai kekurangan akan dapat menjadikan usaha untuk memperolehi kehidupan lebih berkualiti semakin meningkat (Mohamad Johdi, Che Noraini, Ismael & Amir, 2009). Contoh yang boleh dimisalkan ialah dalam konteks pembelajaran. Analoginya, oleh kerana terdapat

79

bebanan dalam kehidupan yang harus dipikul, maka usaha utuk menghilangkan tekanan tersebut diambil peduli.

Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Ismail, Wan Maizatul dan Azman (2013) membuktikan bahawa sama ada pelajar luar bandar atau bandar hakikatnya mempunyai semangat dan aspirasi positif yang seiring dalam pencapaian. Kajian ini menyokong kajian Azlina dan Iran Herman (2009) yang menyatakan bahawa pencapaian pembelajaran golongan luar bandar tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan golongan bandar. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut tidak menumpukan kepada responden-responden yang tugasnya menghafaz al-Qur‟an.

Dalam perkembangan yang lain, kajian Rajeev dan Mark (2010) menjelaskan bahawa pengaruh kedaifan pelajar luar bandar terhadap pencapaian akademik berkait rapat dengan impak negatif terhadap pemikiran. Kajian ini menambah bahawa kekurangan zat dan tenaga disebabkan kemiskinan luar bandar turut mempengaruhi perkembangan kognitif neurosains dan motivasi seseorang penuntut ilmu untuk berjaya (Rajeev & Mark, 2010). Akan tetapi, dari satu sudut yang lain, kemiskinan dan kehidupan yang serba kekurangan akan menjadikan seseorang individu lebih mengingati Allah s.w.t. Keadaan ini selari dengan Sofyan (2009) yang menjelaskan kekurangan sebagai satu keadaan yang bersifat relatif. Menurut golongan sufi dan zuhud dengan duniawi, kekurangan merupakan suatu nikmat yang harus dihayati kerana kecukupan dalam hidup mempunyai potensi menjadi kufur dengan nikmat yang diperolehi (Sofyan, 2009).

80

Penubuhan maahad-maahad tahfiz tidak hanya didirikan di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar (Muhammad Qadri, 2010; Darul Quran, 2014). Mutakhir ini, terdapat banyak institusi tahfiz swasta dan persendirian dijalankan dalam bangunan rumah-rumah kedai. Institusi-institusi tahfiz tersebut didirikan di kawasan pusat bandar. Menurut Najihah dan Rozilah (2012), kemudahan yang lengkap dengan fasiliti dan ilmu merupakan satu keperluan kepada penduduk bandar. Justeru, kewujudan maahad-maahad tahfiz di kawasan tersebut digambarkan sebagai pelengkap untuk penduduk bandar memanfaatkan kemudahan awam.

Di Malaysia, arus perkembangan dunia pendidikan tahfiz yang dikelolakan oleh pihak JAKIM, lokasi Darul Quran Kuala Kubu Selangor yang terletak di kawasan pedalaman dan jauh daripada kesibukan kawasan bandar telah mencatatkan peratusan lulus yang lebih tinggi daripada Maahad Tahfiz al-Qur‟an Negeri (MTQN). MTQN kebanyakannya mempunyai latar belakang dari segi lokasi yang sebaliknya, iaitu kawasan bandar atau berhampiran bandar. Situasi ini menunjukkan kelebihan kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian lepas membincangkan pro dan kontra penempatan pelajar tahfiz di kawasan luar bandar.

ii) Kajian Lokasi Bandar

Lokasi bandar sering dikaitkan dengan kawasan yang strategik serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas. Kawasan ini bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat setempat tetapi juga pelawat, pelancong dan golongan luar bandar yang datang mencari rezeki. Keadaan lokasi bandar yang dilihat lengkap dengan pelbagai kemudahan menjadikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa

gangguan-81

gangguan kemudahan seperti pengaksesan komunikasi, bekalan makanan dan sebagainya. Situasi ini dinyatakan oleh Jabil, Mazdi dan Zikri (2014) yang mengaitkan kawasan bandar dengan cara hidup yang lebih moden, sosio ekonomi yang tinggi, malah digambarkan lebih menarik dan memenuhi keperluan asasi yang merangkumi sosial, ekonomi, taraf hidup dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sejumlah 40 peratus pelajar tahfiz mengakui bahawa persekitaran di kawasan bandar yang mereka diami merupakan salah satu bentuk cabaran yang perlu mereka lalui (Abdul Hafiz, 2007). Situasi kawasan bandar yang penuh dengan kesibukan dunia dan gangguan-gangguan bunyi menyebabkan proses menghafaz al-Qur‟an menjadi kurang selesa berbanding situasi yang bebas dari gangguan tersebut (Abdul Hafiz, 2007). Fajar Ghandi (2013) menjelaskan situasi yang sibuk dengan urusan dunia ini adalah sebagai faktor eksternal pelajar tahfiz yang dapat mengurangkan kewibawaan pelajar sebagai penghafaz al-Qur‟an.

Dalam perkembangan yang lain, dapatan kajian Najihah dan Rozilah (2012) menyifatkan kewujudan pelbagai jenis sekolah di kawasan bandar akan dapat memberi peluang kepada penduduk kawasan bandar agar turut sama menikmati kemudahan mendapatkan ilmu pengetahuan. Situasi ini juga telah dinyatakan dalam kajian Abu Bakar (2008) berkenaan pembudayaan membaca dan menghafaz al-Qur‟an yang giat dijalankan di kawasan perbandaran Lembah Klang. Kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian beliau merekodkan pengukuran tahap pembacaan dan penghafazan al-Qur‟an yang tinggi, iaitu 0.96 bagi pembacaan al-Qur‟an dan 0.88 bagi aktiviti menghafaz al-Qur‟an. Dapatan beliau menjelaskan bahawa keadaan sosioekonomi ibu-bapa di bandar tidak dikira sebagai

82

penyumbang kepada aktiviti menghafaz al-Qur‟an. Walaubagaimanapun, kajian beliau memfokuskan kepada pelajar yang berumur 10-12 tahun (Abu Bakar, 2008).

Secara keseluruhannya, dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan lokasi tempat tinggal seseorang pelajar adalah tidak seragam. Kesediaan pelajar tahfiz untuk menyesuaikan diri dengan latar belakang tempat tinggal masing-masing seharusnya dibuktikan dengan hasil dapatan yang tidak signifikan ke atas pencapaian menghafaz al-Qur‟an di antara lokasi bandar dan luar bandar. Hal ini kerana tidak semua pelajar dilahirkan dalam lingkungan budaya yang sama, malah kehidupan serta pengalaman yang dilalui turut berbeza di antara satu sama lain sesuai dengan ujian dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. ke atas setiap insan. Dalam konteks penghafazan al-Qur‟an, kesediaan pelajar tahfiz dalam mengimbangi karakter yang diamanahkan dalam menghafaz al-Qur‟an selari dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah Āli-ʿImrān ayat 191 yang berbunyi:

                     

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Surah Āli-ʿImrān, 3; 191)

Ayat ini menjelaskan bahawa secara rasional, keadaan manusia pasti disulami bentuk keadaan diri yang pelbagai, selari dengan fisiologi manusia sebagai hamba Allah s.w.t.. Pergerakan manusia secara sunnatullah tidak terhad kepada satu bentuk

83

keadaan sahaja. Sinonim dengan fitrah kejadian manusia tersebut, Allah s.w.t. mengingatkan bahawa hakikat al-Qur‟an bersifat sesuai dijiwai dalam semua bentuk rutin manusia yang duduk, berdiri mahupun baring. Kenyataan ini selaras dengan rutin manusia yang berkeadaan tenang dan berkeadaan sibuk pada waktu yang lain disebabkan oleh tuntutan-tuntutan naturalisme individu secara bersilih-ganti. Justeru, peranan lokasi tempat tinggal seharusnya tidak memberikan pengaruh ke atas pencapaian menghafaz al-Qur‟an.

Keadaan ini tidak selari dengan kajian Shahrulkarnanin (2013) yang menjelaskan pencapaian pelajar tahfiz bertaraf sosio-ekonomi tinggi dilihat lebih dominan dalam menguasai hafazan. Kajian Noor Najihan (2014) menjelaskan bahawa sosioekonomi dapat memberi kesan secara langsung kepada sesebuah keluarga, misalnya dalam konteks pembelajaran, pemakanan, corak kehidupan dan sebagainya. Kajian Bill (2011) misalnya telah mengetengahkan beberapa pelajar tahfiz yang menyertai program menghafaz al-Qur‟an di tengah-tengah kota metropolitan. Kajian Bill (2011) mempertalikan aktiviti menghafaz al-Qur‟an dengan budaya dan corak kehidupan keluarga yang mementingkan al-Qur‟an sebagai suatu nilai estetika yang autentik.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian lepas menumpukan perbincangan kepada manfaat dan keburukan penempatan pelajar tahfiz di kawasan bandar dalam konteks pencapaian.