• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pedoman Transliterasi

2.6 Faktor Dalaman

2.6.2 Strategi Pembangunan Dalaman Pelajar Tahfiz

Pembangunan dalaman merujuk kepada intuisi yang berasal dari peribadi seseorang untuk melakukan sesuatu tugasan dan dalam erti kata yang lain ialah motivasi. Motivasi merupakan faktor dalaman (internal) yang perlu ada dalam jiwa setiap pelajar (Fifi Lutfiah, 2013). Berdasarkan teori motivasi pembangunan yang diperkenalkan oleh Csikszentmihalyi (1993) menjelaskan bahawa pembangunan dalaman mempunyai perkaitan dengan matlamat, ganjaran dan persekitaran. Beliau juga turut menjelaskan tentang aliran (flow) yang bukan sahaja wujud pada situasi yang menggembirakan tetapi juga pada aktiviti yang penuh dengan cabaran. Brophy (1998) menghuraikan situasi ini sebagai kesediaan dan penerimaan seseorang untuk bertindak dalam menyempurnakan tugasnya.

113

Strategi pembangunan dalaman juga berkait-rapat dengan motivasi. Majoriti para

ḥuffaẓ yang telah menghafaz al-Qur‟an 30 juz, mereka mempunyai motivasi

menghafal al-Qur‟andengan cara yang tersendiri (Halilovic, 2005). Situasi ini diterangkan dalam konteks pembelajaran tahfiz. Menurut Elizaberth (2001), aktiviti pembelajaran dirangkumkan dalam tiga perkara, iaitu motivasi, penglibatan pelajar dan pembelajaran aktif. Beliau menggabungkan tiga perkara tersebut sebagai satu teknik pembelajaran yang berkualiti. Dalam memperkatakan tentang penglibatan pelajar, Chapman (2003) menjelaskannya sebagai kesediaan pelajar dalam menunaikan amanah pembelajaran. Hal ini dikaitkan dengan aplikasi kognitif, tingkah laku dan afektif (Nor Najihan, 2014) yang boleh digambarkan sebagai motivasi.

Kajian Rusmita (2014) mengandungi elemen motivasi namun ia hanya menekankan komponen tersebut dalam pencapaian secara umum. Sementara Heri Saptadi (2012) turut membincangkan motivasi dalam aktiviti pembelajaran tahfiz, walau bagaimanapun kajian beliau didapati tidak menggunakan instrumen soal selidik kerana menggunakan instrumen pemerhatian secara langsung, dokumentasi dan wawancara in-depth interview dalam mengukur tahap pencapaian pelajar tahfiz sedangkan Pintrich, et al. (1991) mencadangkan bahawa pengukuran aspek motivasi dapat diukur melalui kaedah soal selidik.

Kenyataan diperkuat oleh Pintrich dan Schunck (1996) dengan menjelaskan bahawa abstraknya motivasi dapat diukur dengan soal selidik melalui beberapa domain seperti penilaian kognitif dan psikomotor. Walau bagaimanapun Bloom, David & Bertram (1988) mengkategorikan domain-domain kepada tiga penilaian iaitu

114

kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif diaplikasikan sebagai mental manakala psikomotor adalah sebagai fizikal (Pintrich & Schunck, 1996). Keterampilan fizikal seperti usaha seseorang pelajar merupakan domain psikomotor yang berbentuk fizikal. Sementara keterampilan intelektual seperti pengetahuan merupakan domain kognitif berbentuk mental (Bloom, David & Bertram, 1988).

Justeru, secara fizikalnya, pelajar yang mempunyai motivasi akan menggunakan usaha secara aktif dalam sesi pembelajaran seterusnya memproses bahan pembelajaran secara intelektual ke atas memori. Sebaliknya bagi pelajar yang tidak mempunyai motivasi akan bertindak secara berlawanan dengan tindakan pelajar yang mempunyai motivasi. Umumnya pelajar yang mempunyai motivasi dalam aspek hafazan terdiri daripada mereka yang mencari kekuatan untuk menghafaz al-Qur‟an dari pelbagai cara. Menurut al-Masyāʿīlah (2010), mereka bukan sahaja mempunyai nilai intrinsik dalam jiwa tetapi juga mempunyai semangat ekstrinsik yang kuat contohnya menganugerahkan diri sendiri dengan suatu ganjaran positif bilamana berjaya melakukan sesuatu dengan baik.

Al-Masyāʿīlah (2010) mengkategorikan genre tidak bermotivasi yang selalunya ada pada para pelajar tahfiz terbahagi kepada dua jenis, iaitu; i) al-Muzminaṯ yang bermaksud selamanya tidak mempunyai motivasi dan yang kedua ii) al-Muaqqataṯ, iaitu pada permulaannya sahaja tidak mempunyai motivasi sebaliknya semangat tersebut akan datang kemudian pada waktu yang lain. Keadaan ini menggambarkan motivasi para pelajar tahfiz harus disuburkan dari semasa ke semasa. Motivasi merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dilihat secara nyata, namun dapat dilihat dari segi tingkah laku yang menggambarkan bahawa azam dan nilai semangat

115

tersebut dibangunkan secara sedar (al-Masyāʿīlah, 2010). Salah satu elemen motivasi ialah nilai yang berkaitan dengan sikap (Ghazali, 2012). Perilaku seseorang pelajar tahfiz yang mengoptimumkan potensi usaha serta bertawakal kepada Allah s.w.t. merupakan sikap terpuji dalam menghafaz al-Qur‟an (Al-Masyāʿīlah, 2010). Di samping itu, al-Masyāʿīlah (2010) turut menekankan pelajar tahfiz agar sentiasa mendapat reda daripada kedua orang tua mereka sebelum melakukan sesuatu perkara termasuk menghafaz al-Qur‟an dan menerima pelajaran.

Kenyataan ini sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Āli-ʿImrān pada ayat yang ke-139. Ayat ini menggambarkan suatu kaedah bahawa perjuangan yang dilakukan itu sangat memerlukan amalan yang tepat dan faktor dalaman yang kuat lagi tegar sehingga diperingatkan oleh Allah s.w.t. melalui kalam-Nya agar tidak pernah merasa lemah dan putus harapan dalam melakukan sesuatu yang bersifat sakral. Firman Allah s.w.t.:          

Maksudnya; Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

(Surah al-Baqaraṯ, 3: 139)

Selain daripada mencari amalan yang tepat dalam membantu proses penghafazan al-Qur‟an, pelajar tahfiz disarankan agar mendapatkan kekuatan daripada pelbagai pihak dalam memenuhi matlamat (Moh Nasrudin, 2012). Kajian Umu Hani (2014) menggambarkan keterlibatan pihak lain dalam mendorong proses menghafaz Qur‟an akan dapat membangunkan lagi motivasi dalam diri seseorang penghafaz

al-116

Qur‟an. Dalam aspek yang lain, kesedaran tentang aspek kejelasan tugas turut memandu diri agar tidak mudah berputus asa dan bangkit semula apabila semangat didapati tidak konsisten (al-Masyāʿīlah, 2010). Bagi memastikan kesedaran tentang aspek kejelasan tugas yang dibawa, al-Qābisī (1955) meletakkan satu matlamat dengan denotasi maʿrifatuddīn sebagai landasan utama sebelum melakukan sesuatu tugasan.

Selain itu, al-Masyāʿīlah (2010) juga menyatakan tentang elemen jangkaan dalam strategi pembangunan dalaman pelajar tahfiz. Misalnya pelajar tahfiz harus menyemaikan sifat yakin dalam diri bahawa usaha yang dilakukan mendapat kejayaan. Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat yang dirancang, pelajar tahfiz tersebut dicadangkan agar dapat membuat pembaharuan dari segi perancangan (al-Masyāʿīlah, 2010). Keadaan ini sejajar dengan Thorndike (2001) yang menerangkan tentang konsep pembelajaran trial and error.

Selain cadangan dalam aspek jangkaan, al-Masyāʿīlah (2010) turut mengetengahkan aspek kebimbangan dalam penghafazan al-Qur‟an. Misalnya kebimbangan pelajar tahfiz yang semakin meningkat sekiranya mereka tidak berjaya mencapai matlamat pada hari-hari yang tertentu. Situasi kebimbangan ini bertambah teruk apabila pencapaian pelajar didapati merundum, oleh kerana bebanan hutang hafazan yang sepatutnya dipersembahkan di hadapan guru, gagal dilakukan pada waktu yang ditetapkan. Menurut Mohd Nazri (2010), keadaan ini menyebabkan pelajar tahfiz bertambah malas untuk meneruskan hafazan mereka. Hal ini kerana tanggungjawab mereka yang bertambah dari sehari ke sehari menjadikan para pelajar tahfiz merasakan mustahil untuk melakukannya semula dalam waktu yang singkat dan

117

cepat. Yudhi (2012) menungkapkan situasi ini sebagai kekecewaan kerana matlamat yang tidak kesampaian.

Menurut kajian Azmil, et al. (2013), kaedah menulis semula al-Qur‟an yang dihafaz sebagai satu jalan untuk para pelajar membezakan ayat-ayat al-Qur‟an yang mudah diingati dan ayat-ayat yang sukar diingati. Rasionalnya, kebimbangan dapat diatasi apabila para pelajar dapat mengukuhkan hafazan masing-masing melalui kaedah yang pelbagai. Secara keseluruhannya, strategi pembangunan dalaman pelajar tahfiz yang diterangkan dalam kajian ini melibatkan tinjauan kajian-kajian lepas yang menumpukan kepada tiga elemen, iaitu nilai, jangkaan dan afektif; kebimbangan. Kajian-kajian lepas yang ditinjau berkenaan atribut ini juga menggambarkan bahawa kesemua elemen-elemen yang ditunjukkan merupakan projeksi peringkat amalan para penghafaz al-Qur‟an.