• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pedoman Transliterasi

2.7 Faktor Luaran

2.7.1.3 Strategi Pengurusan Sumber (Resource Management Strategies)

2.7.1.4.3 Peringkat Selepas Menghafaz Al-Qur’an

Peringkat selepas menghafaz Qur‟an merupakan situasi sebaik sahaja hafazan al-Qur‟an telah diingati oleh seseorang pelajar. Pada bahagian ini, ulasan karya

170

diterangkan sebagai proses murājaʿaṯ. Proses murājaʿaṯ merupakan fasa pengulangan al-Qur‟an sebaik sahaja al-Qur‟an telah dihafaz. Pada tahap ini pembacaan semula ayat-ayat yang telah dihafaz mempunyai tujuan yang tertentu, iaitu agar kalāmullah yang dihafaz terlekat betul di mata hati.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

زاذ يبا هع : يبىلا نا ( ص ) ح اهددسي تياب ماق حبصا ىت " : كدابع مهواف مهبرعت نا , ( ةدئاملا : 118 ") Maksudnya:

Dari Abū Zār: Bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang ayat sehingga menjadi (terlekat): (Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu-(al-Māidaṯ,, 6: 118);

(Riwayat al-Nasā‟ī, 2010: 1083)

Berdasarkan kenyataan Abū Zār dalam riwayat al-Nasā‟ī ini, jelas kepada kita bahawa proses murājaʿaṯ al-Qur‟an memerlukan latihan yang jitu dalam matlamat memantapkan pencapaian hafazan. Menurut Anisa Ida (2014), terdapat dua prinsip

murājaʿaṯ hafazan al-Qur‟an, iaitu membacanya secara batin (hati) dan yang

keduanya ialah mengeluarkan suara ketika membacanya.

Tinjauan kajian-kajian lepas seperti Abdul Hafiz, et al. (2003), Abdul Hafiz, et al. (2005, 2009) dan Sedek (2012; 2013) bertujuan mencari kaedah yang paling efektif dan sistematik bagi membantu para pelajar dalam proses menghafaz al-Qur‟an di institusi tahfiz al-Qur‟an.Terdapat pelbagai kaedah menghafaz yang dipraktikkan di institut-institut tahfiz di Malaysia dan luar negara. Rata-rata kaedah menghafaz memiliki gaya tersendiri dan menerapkan kaedah pengulangan bacaan secara kerap.

171

Hafazan yang perlu diulang tidak hanya dikhususkan ke atas penghafazan al-Qur‟an yang baru sahaja dihafaz tetapi juga hafazan yang telah sekian lama dihafaz turut dituntut untuk proses pemeliharaan. Kaedah mengulang hafazan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu; kaedah mengekalkan hafalan baru, mengekalkan hafalan lama, dan panduan mengekalkan hafalan (Abdul Hafiz, et al., 2003). Ketiga-tiga kaedah mengulang ini haruslah dipraktikkan oleh para penghafaz al-Qur‟an secara tetap. Keadaan ini akan menjadi satu kesalahan sekiranya para ḥuffaẓ mempunyai semangat yang bermusim dalam proses murājaʿaṯ, walhal usaha pengulangan ini wajib dilakukan secara khusus setiap hari sebagaimana solat lima waktu (Abdul Hafiz & Hasimah, 2003). Dalam komponen metod Tasmur juga menerapkan pengulangan hafalan baru sebagai teknik Setoran dan teknik Murājaʿaṯ sebagai ulangan hafalan lama (Wiyoto, 2009).

Kajian Azmil dan Abdul Halim (2012) menggunakan instrumen soal selidik, mencatatkan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha cronbach 0.96 dengan merumuskan bahawa kaedah murājaʿaṯ merupakan kaedah yang menjadi satu kelaziman dalam pengajaran dan pembelajaran di Darul Quran (DQ), Jakim dan Maaahad Tahfiz Negeri (MTQN) kelolaan Jakim. Justeru, pelajar seharusnya dilatih untuk menjadi imam dalam solat fardu, solat jumaat dan solat sunat sebagai aktiviti

murāja ʿaṯ al-Qur‟an (Mohd Nazri, 2010). Peri pentingnya proses murājaʿaṯ, dalam

Azmil dan Abdul Halim (2012) mengimplikasikan bahawa kefahaman yang lebih baik terhadap al-Qur‟an boleh dicapai pada waktu murājaʿaṯ di luar kelas. Hal ini kerana penekanan kepada kefahaman tidak banyak dilakukan di dalam kelas oleh kerana terdapat kekangan masa (Azmil & Abdul Halim, 2012). Keadaan ini selari dengan saranan Khoirul Huda pada tahun 2010 yang mencadangkan aktiviti

172

murājaʿaṯ dapat dilakukan di kawasan selain daripada kelas, iaitu di dataran sekolah,

bawah pokok dan di dalam masjid sebagai variasi. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa masalah pelajar yang tidak dapat melakukan aktiviti murājaʿaṯ tersebut secara trend semasa mereka pulang ke rumah mereka.

Kajian Sedek (2013) menyimpulkan bahawa terdapat empat kaedah murājaʻaṯ

dharurī yang dipraktikkan setiap hari dengan menetapkan syarat menepati piawai;

tanpa melihat muṣḥaf al-Qur‟an iaitu i) murājaʿaṯ hafazan sabak, ii) murājaʿaṯ hafazan para sabak iii) murājaʿaṯ hafazan ammokhtār dan murājaʿaṯ semasa ḥalaqaṯ

daurī. Istilah Ḥalaqaṯ daurī hanya dilakukan khas untuk pelajar yang telah khatam

kesemua sabak (Sedek, 2013) dan ia serupa dengan istilah murāja ̒aṯ majmu‘ (Azmil dan Abdul Halim, 2012) yang dikhaskan kepada mereka yang telah khatam silibus 30 juz mengikut sistem Darul Quran. Manakala kelas murāja ̒aṯ untuk imtiḥān syahadaṯ bagi mereka yang telah khatam hafazan 30 juz digalakkan oleh tenaga pengajar dan bersifat terbuka (Abdul Hafiz & Norhanan, 2009).

Menurut Sedek, et al. (2012), dalam kaedah hafazan yang diamalkan di Maahad Tahfiz Kubang Bujuk, Terengganu, para pelajar yang telah menyelesaikan hafazan sebanyak 30 juz dikehendaki melalui satu proses murāja ̒aṯ peringkat akhir. Proses tersebut merupakan proses wajib sebelum para pelajar meninggalkan pusat itu secara rasmi. Misalnya, para pelajar harus dapat mengkhatamkan al-Qur‟an selama enam hari terlebih dahulu. Setelah itu, guru memberikan kebenaran kepada mereka untuk membaca al-Qur‟an 30 juz tanpa melihat muṣḥaf selama satu hari, iaitu dengan kadaran 30 minit bersamaan satu juz. Aktiviti ini merupakan aktiviti terus-menerus secara langsung, iaitu mengambil masa selama lebih kurang 15 jam untuk

173

menamatkan 30 juz al-Qur‟an. Usaha mengkhatamkan al-Qur‟an yang telah dihafaz dalam masa sehari ini disebut sebagai tes sumatif (Mokhamad, 2011). Kesemua aktiviti ini berada di bawah pengawasan guru (Sedek, et al., 2012). Pemantauan guru dari semasa ke semasa sangat penting agar pelajar lebih berdisiplin dengan jadual masing-masing (Sedek, 2012; 2013). Galakan dan motivasi tenaga pengajar dalam merealisasikan matlamat pelajar dengan menggalakkan amalan murājaʻaṯ bersama guru harus sentiasa dilatih (Abdul Hafiz & Norhanan, 2009).

Dalam kenyataan Mohd Nazri (2010) turut menerangkan beberapa panduan sekiranya menambah hafalan pada hari berikutnya, maka hafalan lama harus diulang seminimum 10 kali. Hafalan tidak boleh ditambah sekiranya hafalan yang sebelumnya tidak diulang (Mohd Nazri, 2010; Sedek, 2012). Hal ini kerana proses

murājaʿaṯ menjadi bertambah sukar dan terbeban seolah-olah bermula daripada

kosong (zero), sekiranya hafazan lama terus ditinggalkan. Cara yang paling baik ialah dijamakkan antara murājaʿaṯ hafalan lama dan hafalan baru (Mohd Nazri, 2010; Muhammad Saleem, 2012). Hal ini kerana, apabila amanah pelajar semakin bertambah dalam memelihara hafazan al-Qur‟an, maka para pelajar biasanya akan berasa malas untuk melakukannya semula lebih-lebih lagi apabila hafazan tersebut telah hilang daripada ingatan sepenuhnya (Umu Hani, 2014). Konteks ini menggambarkan kesabaran mujahadah dari segi emosi, mental dan fizikal harus disertai dengan doa yang berpanjangan kepada Allah s.w.t. demi mendorong hati untuk kekal melakukannya (Umu Hani, 2014).

Kajian Anisa Ida (2014) memperkenalkan langkah murājaʿaṯ dengan konsep 3P, iaitu persiapan, pengesahan dan penjagaan. Berkenaan dengan persiapan, beliau

174

menjelaskan pelajar harus mempunyai matlamat dari segi jumlah murājaʿaṯ pada setiap hari seperti satu halaman sebelum tidur dan sebagainya. Bagi pengesahan pula, beliau mencadangkan agar pelajar menandakan kesemua ayat yang silap supaya minda dapat mengesan kesilapan tersebut pada pusingan murājaʿaṯ yang seterusnya. Beliau juga memperingatkan pelajar agar tidak beralih kepada ayat yang lain kecuali setelah guru mengarahkannya dalam konsep penjagaan (Anisa Ida, 2014). Namun, timbul masalah apabila pelajar merasa bosan dan jenuh untuk meneruskan perjuangan menghafaz al-Qur‟an, justeru Anisa Ida (2014) mencadangkan agar para pelajar tahfiz tidak menumpukan fikiran kepada hasil murājaʿaṯ, tetapi memfokuskan tumpuan kepada aktiviti tersebut secara santai.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian lepas menumpukan kepada keperluan

murājaʿaṯ melebihi daripada keperluan menghafaz. Selain itu, murājaʿaṯ bacaan

bersama orang lain seperti rakan atau guru (Abdul Hafiz, et al., 2003; Abu Mazaya, 2010; Sedek, 2012; 2013; Muhammad Saleem, 2012; Muhammad Khalifatullah, 2013), membaca ayat yang dihafaz dalam solat (Abd Hafiz, et a.l, 2003; Mohd Nazri, 2010) dan pemantauan guru (Azmil, Abdul Halim & Misnan, 2013) di samping doa merupakan perkara-perkara yang dapat melatih diri agar terus istiqamaṯ dengan

murājaʿaṯ subjek Ḥifẓ al-Qurʾān.