• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pedoman Transliterasi

2.7 Faktor Luaran

2.7.1.2 Strategi Pembelajaran Metakognitif

Strategi metakognitif merupakan usaha meningkatkan kesedaran terhadap proses pembelajaran atau proses kognitif. Menurut Pintrich, et al. (1991), keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran kendiri (self-regulated learning). Zimmerman (2008) melihat pembelajaran kendiri dalam strategi metakognitif sebagai proses organisasi diri terhadap kemampuan mental dalam mencapai sesuatu matlamat. Zimmerman (2008) menyatakan bahawa proses pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang bertugas mengarahkan minda melalui proses recall dan remind, bertujuan membina keyakinan dalaman untuk mampu belajar (self-efficacy).

133 2.7.1.2.1 Regulasi Kendiri

Regulasi kendiri mempunyai kaitan dengan pengawasan diri yang melibatkan faktor dalaman. Kajian Mardzelah, Abdul Halim, Mohd Aderi dan Mohamad Fadhli (2012) menyatakan bahawa pengawasan kendiri diperkenalkan sebagai ḥisbaṯ. Dapatan Mardzelah, et al. (2012) menjelaskan elemen ḥisbaṯ sebagai proses kawalan

muḥāsabaṯ al-nafs mempunyai enam item. Enam item tersebut ialah persyaratan hati

(musyārataṯ), waspada (murāqabaṯ), menghitung diri (muḥāsabaṯ), penambahbaikan rohani (muʿāqabaṯ), bersungguh-sungguh (mujāhadaṯ) dan taubat (muʿātabaṯ). Kajian ini juga mempunyai hubungan dengan strategi kognitif dan metakognitif seseorang pelajar misalnya bentuk kawalan yang selari dengan konsep penyusunan dalam strategi kognitif serta bentuk waspada, menghitung diri dan penambahbaikan rohani yang selari dengan konsep regulasi kendiri.

Kajian Fitria dan Muhari (2013) memfokuskan hubungan di antara pembelajaran kendiri (self-regulated learning) pelajar tahfiz terhadap penundaan (procrastination) dalam menghafaz al-Qur‟an. Kajian mereka menjelaskan penundaaan dalam menghafaz al-Qur‟an sebagai penundaan (procrastination) akademik. Misalnya para pelajar dipertanggungjawab untuk tasmiʿ hafazan di hadapan guru sekurang-kurangnya empat halaman dalam satu minggu. Walau bagaimanapun kebanyakan pelajar hanya tasmiʿ hafazan sebanyak dua atau tiga halaman di hadapan guru semasa dalam sela waktu tersebut. Dalam kenyataan Mohd Nazri (2010), matlamat menghafaz sehari bersamaan satu halaman merupakan usaha yang memadai. Hal ini kerana, perkara pokok yang lebih utama dalam menghafaz al-Qur‟anialah istiqamaṯ dengan matlamat harian yang dirancang (Al-Masyāʿīlah, 2010). Prestasi menghafaz al-Qur‟an akan terganggu sekiranya pelajar tidak dapat memenuhi perancangan

134

jadual yang sepatutnya dipatuhi pada setiap hari. Situasi ini dijelaskan dalam kajian Fitria dan Muhari (2013) sebagai prokrastinasi akademik. Antara penyebab berlakunya penundaan akademik tersebut ialah timbulnya rasa malas, sibuk dengan tugas lain, tidak mempunyai keyakinan diri dan terasa berat hati untuk menghafaz al-Qur‟an. Kajian Anisa Ida (2014) turut mengulas pembelajaran kendiri ke atas penghafaz al-Qur‟an dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti niat, tujuan, motivasi, kesediaan dan proses pemeliharaan.

Menurut pemerhatian yang dilakukan dalam kajian Fitria dan Muhari (2013) juga, kebanyakan pelajar lebih gemar berpeleseran dan membuang masa di kantin, tidur sehingga melebihi had dan berborak-borak kosong bersama kawan-kawan mereka. Aktiviti ini amat berbahaya sekiranya diamalkan oleh seseorang penghafaz al-Qur‟an. Kajian mereka menjelaskan bahawa tahap penundaan akademik menjadi semakin meningkat apabila regulasi kendiri atau pembelajaran kendiri (self-regulated

learning) pelajar berada pada tahap yang rendah. Kajian Tazkia dan Dewi (2014)

mengaitkan situasi penundaan dengan mewujudkan tindakan pengawalan kendiri. Misalnya keperluan metakognitif dan faktor dalaman dapat meningkatkan pembelajaran kendiri (Fitria & Muhari, 2013). Walau bagaimanapun, kajian mereka membincangkan elemen regulasi kendiri dari sudut penundaan dalam menghafaz al-Qur‟an serta pencapaian dari segi kandungan juz al-al-Qur‟an (Fitria & Muhari, 2013).

Kajian Khālid (2013) berkenaan keupayaan meta-memori terhadap pencapaian hafazan al-Qur‟an. Secara analitis, meta-memori digambarkan sebagai satu bentuk penting dalam elemen metakognitif. Responden kajian ini melibatkan pelajar Quranic Secondary School di daerah Taif. Dapatan kajian menjelaskan bahawa

135

terhadap hubungan signifikan di antara komponen meta-memori dengan gred pencapaian menghafaz al-Qur‟an. Kajian ini membina komponen meta-memori berdasarkan kepada tiga bahagian utama yang bersangkutan dengan kemampuan mengingat, iaitu kepuasan memori, kapasiti memori dan strategi memori.

Kajian Husni, et al. (2013) menyentuh tentang bagaimana pelajar tahfiz menangani isu-isu peribadi dengan konsep personaliti beragama. Menurut kajian ini, di antara perkara domain yang menunjukkan seseorang itu mempunyai personaliti beragama ialah elemen regulasi kendiri. Carver dan Shcheir (2001) menjelaskan sekiranya regulasi kendiri pelajar menjadi superordinat dalam aspek pembelajaran, mereka akan mampu melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan lebih terserlah. Manifestasi tugasan yang baik tersebut diterangkan kepada beberapa perkara seperti matlamat, prestasi dan tingkah laku (Carver & Shcheir, 2001).

Berdasarkan perkembangan yang lain, kajian Javed dan Amina (2014) menyimpulkan bahawa pengalaman menghafaz al-Qur‟an dapat memandu pelajar untuk mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan. Kajian ini membandingkan dua kumpulan pelajar yang mempunyai pengalaman menghafaz al-Qur‟an dengan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman menghafaz al-al-Qur‟an. Dapatan kajian membuktikan kumpulan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam menghafaz al-Qur‟an mempunyai tahap kendiri ke atas subjek pembelajaran yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman menghafaz al-Qur‟an. Walau bagaimanapun kajian ini memfokuskan kendiri pelajar perubatan ke atas pembelajaran akademik seperti biokimia, fisiologi dan anatomi.

136

Menurut kajian yang dijalankan oleh Hannatul Malihah (2015), aplikasi pembelajaran kendiri sangat mustahak diterapkan ke dalam jiwa pelajar tahfiz. Hal ini akan dapat membina semangat untuk bertanggungjawab terhadap tugasan yang dibawa. Kajian ini menyatakan beberapa masalah pelajar tahfiz dalam menghafaz al-Qur‟an ialah ponteng kelas, tidak tetap pendirian untuk menyegerakan tugas menghafaz, mempunyai perasaan malas dan mengalami kejenuhan dalam menghafaz ayat-ayat al-Qur‟an pada tahap yang maksimum. Beliau mengetengahkan beberapa contoh pembelajaran kendiri yang diterapkan di Maahad al-Muayyad Surakarta ialah menambah aktiviti hafalan sebanyak satu mukasurat dan melakukan murājaʿaṯ pada waktu selepas Subuh dan Maghrib. Dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat korelasi di antara pembelajaran kendiri dengan kemampuan menghafaz al-Qur‟an pada nilai koefisien 0.387. Walau bagaimanapun, kajian ini menjelaskan aspek kendiri pelajar tahfiz terhadap kemampuan pelajar tahfiz dengan tahap nilaian halaman muka surat.

Dapatan kajian Zur‟ah (2015) turut menyatakan tetang kepentingan regulasi kendiri, namun menghubungkan aspek tersebut dengan sifat sabar. Hasil dapatan menjelaskan bahawa terdapat hubungan antara sifat sabar pelajar tahfiz dengan regulasi kendiri. Kajian ini melibatkan 100 orang pelajar tahfiz yang datang daripada lapan buah sekolah tahfiz di Indonesia. Kesabaran merupakan antara kekunci paling utama dalam menghafaz al-Qur‟an(Abdul Hafiz & Norhanan, 2010). Hal ini dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qiyāmaṯ:

     



Maksudnya; “Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al-Qur'an kerana hendak cepat-cepat menguasainya” (Surah al-Qiyāmaṯ, 75: 16)

137

Ayat ini menekankan kepada pembaca al-Qur‟an mahupun penghafaz al-Qur‟an untuk memiliki sifat sabar dalam melontarkan bacaan. Situasi ini boleh dikaitkan dengan usaha menghafaz al-Qur‟an yang memerlukan masa dan waktu tertentu dalam memastikan al-Qur‟an dapat dihafaz dengan sifat kesempurnaan, iaitu sama ada pada lafaz, huruf, bunyi makhraj, maksud yang tepat, lahjaṯ dan sebagainya. Menurut Yunis (2012), pembacaan yang baik akan dapat dihasilkan sekiranya penghayatan ilmu tajwid dapat diterapkan sebagai kurikulum utama dalam kehidupan seseorang muslim yang menjunjung al-Qur‟an sebagai rujukan mereka.

Secara keseluruhannya, strategi metakognitif yang diterangkan dalam kajian ini melibatkan tinjauan kajian-kajian lepas yang menumpukan kepada elemen regulasi kendiri. Ciri-ciri yang ditonjolkan dalam elemen regulasi kendiri ialah aktiviti pengulangan, penyelesaian masalah dalam menghafaz, penggunaan metod yang sesuai, dan penetapaan matlamat menghafaz. Tinjauan kajian- kajian lepas berkenaan atribut ini juga mengimplikasikan bahawa kesemua elemen yang ditunjukkan merupakan projeksi peringkat semasa menghafaz al-Qur‟an.