Pedoman Transliterasi
2.7 Faktor Luaran
2.7.1.3 Strategi Pengurusan Sumber (Resource Management Strategies)
2.7.1.4.1 Peringkat Sebelum Menghafaz Al-Qur’an
Pada peringkat sebelum menghafaz al-Qur‟an, terdapat beberapa perkara yang sentiasa dititikberatkan (Mohd Nazri, 2010). Antaranya ialah adab menghafaz al-Qur‟an dan proses talaqqī. Adab merupakan perkara yang dirujuk sebagai pengetahuan berkenaan tingkah laku (Azmil, et al., 2014). Kajian Azmil, et al. (2014) mengetengahkan adab menghafaz al-Qur‟an sebagai peri laku sepanjang pembelajaran tahfiz. Dalam kajian Boyle (2006) menyatakan bahawa pelajar tahfiz kebiasaannya diajar untuk mempelajari akhlak Islam. Terdapat beberapa adab perlu
151
diberi perhatian (al-Khālidī, 1994) semasa proses menghafaz al-Qur‟an, di antaranya ialah niat yang ikhlas (Abd Hafiz & Hasimah, 2004; Muhammad Khalifatullah, 2013). Al-Masyāʿīlah (2010) menjelaskan keadaan ini sebagai meletakkan matlamat hanya kepada Allah s.w.t. serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan niat seperti riyak, sumʿaṯ dan sebagainya.
Selain itu, dalam kajian Abdul Hafiz dan Hasimah (2004) menyatakan bahawa aspek lain yang perlu dijaga ialah suci dari hadas dan najis, membaca dan menghafaz di tempat yang bersih, menghadap kiblat, Istiʻādhaṯ atau taʿawwudh di samping membaca secara tartil (Abu al-Wafā, 2003). Mohd Nazri (2010) menjelaskan perkara-perkara tersebut termasuk dalam kategori adab-adab umum yang asas sebelum membaca al-Qur‟an. Dalam kajian Anisa da (2014), adab-adab tersebut wajar dipersiapkan oleh para pelajar tahfiz sebelum memulakan hafazan. Proses hafazan al-Qur‟an juga dikaitkan dengan amalan sunah yang seharusnya dipraktikkan oleh para pelajar tahfiz (Muhammad Sofyan, 2015). Amalan-amalan sunnah lain juga disebut oleh al-Masyāʿīlah (2010) sebagai solat sunat taqwiyatul-ḥifẓ. Keadaan ini sejajar dengan kajian Umi Kalthom, Nurul Fitriah dan Ady Hameme (2015) yang menyatakan solat-solat sunat yang dilakukan oleh para pelajar tahfiz bertujuan dapat memberikan semangat kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih baik.
Dalam komponen yang lain, kajian Abdul Hafiz dan Hasimah (2004) menyatakan bahawa amalan tadabbur bacaan yang dihafaz (H. Aboebakar, 1973; al-Khālidī, 1994; al-Qarḍāwī, 1999) akan memudahkan lagi proses menghafaz. Hal ini kerana, kefahaman yang dapat dicapai melalui amalan tadabbur akan dapat memberi impak kepada hafazan yang diingati. Dalam kajian Fathima (2013) menjelaskan terdapat
152
dua kategori penghafaz al-Qur‟an, iaitu kategori yang pertama ialah bagi mereka yang berasal dari kalangan keluarga yang tidak berkomunikasi menggunakan bahasa Arab. Selain itu, mereka dididik oleh guru-guru yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertama, namun mereka berkemampuan untuk mencapai fonologi al-Qur‟an berdasarkan tajwid yang betul. Kategori yang kedua pula ialah mereka yang mempunyai keluarga yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertama atau kedua. Mereka juga mempunyai guru-guru yang berkomunikasi menggunakan bahasa Arab. Dalam konteks ini, menurut al-ʿAuratānī (2006), kendatipun para penghafaz al-Qur‟an berada dalam kategori yang tidak memahami makna Qur‟an secara huruf, seyogialah dilakukan rancangan untuk memahami al-Qur‟an dengan lebih komited. Usaha pembacaan terjemahan dan tafsir-tafsir muktabar merupakan salah satu rancangan terbaik dalam menghayati isi kandungan al-Qur‟an (Raed, 2008).
Dalam kajian Abdul Hafiz dan Hasimah (2004) juga menyatakan bahawa membaca al-Qur‟an dengan suara yang indah (al-Qardhāwī, 1999; Muhammad Khalifatullah, 2013) merupakan amalan sunat serta mendapat pahala. Kajian Muhammad Khalīfatullāh (2013) menyatakan bahawa amalan membaca al-Qur‟an yang dihafaz dengan melodi-melodi tertentu akan menjadikan hafalan bertambah kuat dan mudah diingati. Keadaan ini selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan hal memperelokkan bacaan semasa mengalunkan ayat-ayat al-Qur‟an, iaitu:
نْ سُكسِت عَ نْ عَأسِ عَ نْ سُ نْا سُل فَ عَز
Maksudnya: ―Hiasilah bacaan al-Qur‟an itu dengan suara kamu yang merdu dan lunak.”
153
Hadis ini mengandungi lafaz perintah agar mencantikkan bacaan al-Qur‟an dengan suara yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. terhadap sekalian hamba-Nya.
Kajian Abdul Hafiz dan Hasimah (2004) turut menjelaskan tentang makruhnya membaca al-Qur‟an ketika mengantuk (al-Kilānī, 2006). Oleh yang demikian, secara rasionalnya, orang yang mengantuk tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada al-Qur‟an dengan bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, al-ʿAuratānī (2006) menjelaskan membaca al-Qur‟an ketika berehat dan ketika masuk tidur merupakan salah satu cara untuk para pelajar tahfiz mengulang al-Qur‟an kerana ditakuti hafazan yang diingati akan hilang begitu sahaja.
Selain dari itu, para pembaca al-Qur‟an digalakkan membaca ميظعلا الله قدص setelah selesai membaca dan meletakkan al-Qur‟an di tempat yang lebih tinggi sebagai tanda hormat (H. Aboe Bakar, 1973). Identifikasinya, keadaan ini sejajar dengan perspektif Islam yang meletakkan al-Qur‟an sebagai paksi tertinggi dalam hierarki syariah Islamiahah. Atas dasar ciri-ciri intensiti yang tinggi ke atas al-Qur‟an inilah, adab dengan al-Qur‟an diangkat sebagai akhlak yang mulia (karīm) (al-Qarḍāwī, 1999). Hal ini turut diakui Irfana (2015) yang melakukan pemerhatian terhadap pelajar-pelajar tahfiz di salah sebuah Pesantren di Indonesia. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa mereka meletakkan al-Qur‟an di tempat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar mereka juga memeluk al-Qur‟an dengan meletakkannya berhampiran dengan dada semasa membawa al-Qur‟an dalam perjalanan (Irfana, 2015).
154
Mohd Nazri (2010) membahagikan adab menghafaz al-Qur‟an kepada tiga kategori, iaitu adab umum, adab sebelum dan adab semasa membaca berdasarkan ilustrasi Jadual 2.5.
Jadual 2.5
Adab-adab menghafaz al-Qur‘an
Adab Umum Adab Sebelum Adab Semasa
Solat berjemaah Niat ikhlāṣ Sentiasa berdamping dengan golongan penghafaz
Memelihara wuduk Doa bersungguh-sungguh
Sentiasa hormat guru
Menghadap kiblat Istighfar dan meninggalkan maksiat
Memperbanyakkan solat sunat dan membaca ayat yang dihafaz dalam solat atau masa
terluang Suci, bersih dan menutup
aurat
Sabar dan mempunyai azam yang kuat
Mengelak dari menghafaz ketika mengantuk
Menghindari maksiat, makruhāt, dan syubhaṯ
Menyediakan waktu dan jadual tersusun Meninggalkan
perkara-perkara laghā
Jadual 2.3 menyenaraikan beberapa adab yang wajar diberi perhatian oleh para penghafaz al-Qur‟an. Kajian Abdul Hafiz, et al. (2005) menyatakan bahawa penjagaan adab sebelum dan selepas menghafaz haruslah dijaga dengan sempurna agar proses menghafaz al-Qur‟an menjadi mudah. Berdasarkan kajian Shahrulkarnain pada tahun 2013, sejumlah 88.9% pelajar tahfiz mengakui akan peri pentingnya adab dalam menghafaz al-Qur‟an.
Selain itu, pemakanan yang sihat, halal lagi bersih juga merupakan suatu tuntutan. Terdapat beberapa makanan yang dapat menyebabkan hafazan bertambah kuat, antaranya ialah madu, kismis, susu lembu, air zamzam dan makanan-makanan berzat dan mengandungi gizi yang seimbang (al-Āuratānī, 2016). Kenyataan ini disokong oleh kajian Shahrulkarnain (2013) yang menggariskan pemakanan halal sebagai
155
salah satu faktor yang memberi pengaruh kepada proses menghafaz al-Qur‟an. Kajian lepas juga menjelaskan bahawa pemakanan halal amat dititikberatkan oleh para pelajar tahfiz kerana dapatan kajian mencatatkan interpretasi skor min pada tahap yang tinggi pada item tersebut, iaitu (min=4.51) (Azmil, et al., 2014).
Selain itu, peringkat sebelum menghafaz al-Qur‟an juga diterangkan sebagai elemen proses talaqqī. Kajian-kajian lepas mengimplikasikan bahawa proses talaqqī merupakan suatu proses yang signifikan dalam bidang hafazan al-Qur‟an (Ekom, 2010; Sedek, 2012; Edi 2012; Juliyanto, 2014). Kajian-kajian tersebut menjelaskan bahawa proses talaqqī merupakan proses yang tidak asing dalam dunia penghafazan al-Qur‟an. Proses ini diamalkan kerana matlamat penghafazan al-Qur‟an yang menuntut pemeliharaan ayat-ayat al-Qur‟an secara tepat dari segi bunyi suara serta tajwid yang betul. Kajian Abdul Hafiz dan Norhanan (2009) memfokuskan kaedah hafazan Turki yang digunapakai segelintir masyarakat Melayu di Tangkak, Muar. Kajian yang menggunakan instrumen soal selidik tersebut dilakukan dengan tujuan dapat mengetengahkan keistimewaan kaedah yang digunapakai dalam menghafaz al-Qur‟an. Dapatan kajian merumuskan bahawa di antara perkara penting di dalam kaedah hafazan Turki ialah kelas kelancaran al-Qur‟an. Menurut Anisa Ida (2014), kelancaran membaca al-Qur‟anmerupakan aktiviti pemanasan sebelum beralih kepada aktiviti seterusnya. Berdasarkan kaedah Turki, kehadiran dalam kelas kelancaran al-Qur‟an tersebut adalah diwajibkan bagi setiap mereka yang berhajat untuk menghafaz al-Qur‟an. Tempoh kelancaran dikira dalam minit tertentu, dan sekiranya tidak mencapai tahap, ia masih belum boleh dikategorikan sebagai tahap lancar yang terbaik (Abdul Hafiz & Norhanan, 2009).
156
Tambahan lagi, dalam kajian brahim (2013) menyatakan bahawa para pelajar yang mempelajari bidang al-Qur‟an seharusnya menguasai hukum tajwid. Hukum tajwid tersebut adalah seperti pengeluaran bunyi makhraj bertanda tanwīn, huruf nun bersabdu, huruf mim bersabdu, huruf nun bertanda sakin, huruf mim bertanda sakin dan sebagainya. Menurut kajian yang dijalankan Anisa Ida (2014), pada kebiasaannya, pelajar yang dapat menjaga tajwid dengan bunyi makhraj yang betul akan lebih mudah mengingati ayat-ayat yang dihafaz berbanding mereka yang tidak fasih. Dalam konteks ini, elemen talaqqī bacaan al-Qur‟an (Muhammad Khalīfatullāh, 2013) dengan guru atau syeikh sebelum menghafaz al-Qur‟an (al-Kilānī, 2006; Mohd Nazri, 2010) dan bacaan diuji sebelum kelas hafazan bermula (Abd Hafiz dan Norhanan, 2009) harus dipraktikkan.
Dalam kajian Azmil dan Abdul Halim (2012) menyatakan bahawa kaedah talaqqī dan musyāfahaṯ merupakan kaedah P&P yang dipraktikkan di Darul Quran dan MTQN seliaan DQ. Namun, kaedah talaqqī dan musyāfahaṯ yang dikawal oleh pensyarah tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya (Azmil & Abdul Halim, 2012). Proses ini amat penting bagi memastikan bacaan al-Qur‟an yang dihafaz terlekat betul di mata hati (Abdul Hafiz & Norhanan, 2009). Sementara kajian Abdul Hafiz, et al., (2005), merumuskan bahawa kaedah melancarkan bacaan sebelum menghafal amat penting untuk dikuasai agar proses menghafaz al-Qur‟an menjadi mudah (Muhammad Khalifatullāṯ, 2013; Sedek, Mohd Zaini, Muhamad Ali, Khadher, Mohd Murshidi & Amin, 2012).
Kelancaran bacaan mempunyai perkaitan dengan cara pembacaan al-Qur‟an. Misalnya, menurut Intan Zakiah dan Munif (2015), penguasaan lahjaṯ al-ḥuruf
157
merupakan suatu kesenian yang menjadi tuntutan ke atas pelajar yang tugasnya menghafaz al-Qur‟an sehari-hari. Penguasaan lahjaṯ al-ḥuruf menunjukkan bahawa kemampuan membaca al-Qur‟an dengan sempurna telah tercapai.
Kajian Edi (2010) tentang metod pembelajaran tahfiz di Surakarta, Indonesia, menjelaskan bahawa kaedah talaqqī merupakan aktiviti yang dilakukan secara intensif. Kadar bacaan setiap pelajar di hadapan guru mereka juga adalah berbeza-beza. Segelintir pelajar memperdengarkan bacaan dengan kadar bilangan ayat dan segelintir pelajar menggunakan halaman sebagai aras penanda untuk membaca hafazan yang seterusnya (Edi, 2010). Proses ini merupakan elemen utama dalam fasa awal menghafaz al-Qur‟an. Pada peringkat ini juga, guru akan mendengar bacaan pelajar dengan teliti. Guru akan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar semasa mendengarkan bacaan mereka (Nur Solihah, 2015).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Sedek, et al. (2012) aktiviti talaqqī dilakukan setelah pelajar melancarkan bacaan yang ingin dihafaz sebanyak 40 kali. Bacaan 40x tersebut dibaca dalam keadaan melihat muṣḥaf. Hafalan baru harus diperdengarkan kepada guru sekurang-kurangnya setengah hingga empat halaman (Sedek, et al., 2012). Peri pentingnya proses talaqqī memperlihatkan adanya komunikasi yang berlangsung di antara guru dan pelajar. Kajian Mutmainnah (2008) menjelaskan situasi ini sebagai pendekatan personal dan komunikasi instruksi. Projeksi pendekatan personal yang melibatkan proses belajar secara individual menjadikan suasana pembelajaran mempunyai daya empati tersendiri yang bersifat komprehensif. Daya empati dari seorang guru akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif (Ikbal, 2013). Dalam konteks komunikasi instruksi pula,
158
para guru bebas memberikan arahan kepada pelajar sehingga guru berasa puas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan pelajar setiap hari.
Secara keseluruhannya, Kajian ini menerangkan peringkat sebelum menghafaz al-Qur‟an dengan tinjauan kajian-kajian lepas yang menekankan tentang adab-adab menghafaz al-Qur‟an dan proses talaqqī. Elemen adab-adab menghafaz al-Qur‟an memberi fokus kepada beberapa item yang bersifat umum dan khusus, manakala proses talaqqī menumpukan kepada item talaqqī dengan guru.