AGIHAN PENDAPATAN FAKTOR DAN HARTA
UNSUR-UNSUR SEMULA JADI
Abu-Saud dan al-Sadr (lihat Siddiqi 1981: 57) selain daripada secara jelas menonjolkan unsur-unsur semula jadi sebagai salah satu daripada faktor pengeluaran yang utama, juga menganggap sebagai sumber yang terpenting.
Baqir al-Sadr (1982: 83) membahagikan unsur-unsur semula jadi kepada empat subfaktor yang mengandungi:
(1) Tanah (permukaan).
(2) Bahan yang terkandung di dalam tanah, termasuk galian.
(3) Saliran semula jadi sebagai sumber kegiatan pertanian dan per-hubungan.
(4) Kekayaan semula jadi yang lain di bumi dan di laut, seperti binatang, ikan, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya.
Dalam kategori tanah (permukaan) bolehlah dimasukkan segala tanah rata, bukit-bukau dan kesuburannya. Sementara kategori ketiga termasuklah segala sungai, tasik dan laut. Air hujan, udara, cuaca, dan iklim boleh juga dimasukkan sebagai unsur-unsur alam semulajadi.
Dalam al-Quran dan seterusnya mengikut istilah fiqh tanah disebut sebagai al-ard (bumi). Di dalam al-Quran, kalimah al-ard
mi
disebut lebih daripada 400 kali dengan pengertian yang luas (lihat Sobri 1989: 75 dan 77). Afzal Ur-Rahman (1974: 161—169) merangkumkan istilah bumi untuk meliputi tanah permukaan, galian, gunung, hutan, binatang, hujan dan iklim. Dengan itu, diperkatakan bahawa sumber tanah atau sumber bumi itulah juga merupakan sumber semula jadi. Dengan itu,jelaslah bahawa yang membezakan antara sebahagian bumi daripada sebahagian yang lain ialah mutu atau kandungan yang boleh didapati pada bumi tersebut, termasuk kandungan di dalam perut, di permukaan atau di persekitaran bumi.
Bumi (tanah) adalah segala yang diciptakan oleh Allah di ataSnya dalam bentuk semula jadi. Unsur-unsur semula jadi inilah yang akan menentukan pulangan terhadap tanah. Tanah yang di dalamnya terdapat galian misalnya, akan menjadikan pulangan terhadap tanah itu lebih tinggi daripada tanah yang tiada sumber tersebut, dan pulangan
mi
diperoleh melalui pengusahaan sumber tersebut.
Tanah Permukaan
Tanah permukaan merupakan subfaktor yang terpenting kerana tanah tersebut menjadi tapak kepada segala kegiatan kehidupan manusia. Semua kegiatan kehidupan manusia termasuk ekonomi berada di atas tanah. Ukuran kepadatan penduduk adalah berpandukan keluasan tanah permukaan
mi.
Walaupun penawarannya terhad, namun penambahan dapat dilakukan dengan penambakan, biarpun kesannya mungkin minimum.Saliran, Sungai, Tasik, Laut, Air Hujan, Udara, Cuaca dan Iklim Saliran, sungai, tasik, laut, udara, cuaca dan iklim yang mempengaruhi kegiatan ekonomi adalah juga merupakan subfaktor pengeluaran yang penting. Kegiatan ekonomi memerlukan sumber tersebut, sama ada sebagai input langsung (seperti air) ataupun secara tidak langsung, seperti sebagai media perhubungan atau kesesuaiannya dengan jenis kegiatan yang akan dijalankan (seperti cuaca dan iklim). Walaupun sumber
mi
percuma (anugerah Allah), namun satu dimensi tingkat harga amat wajar ditentukan seandainya berlaku penggunaan terhadap sumber tersebut. Harga atau nilai yang sesuai bagi sumbermi
ialah kos pencemaran yang dapat dielakkan. Sebarang kos yang terlibat bagi menjamin keaslian kualiti sumbermi
dianggap sebagai harganya.Bahan dalam Perut Bumi
Bahan dalam perut bumi, seperti galian bukanlah merupakan bahan akhir, tetapi adalah bahan mentah yang perlu melalui proses penge-luaran untuk menjadikannya berguna. Oleh itu, galian adalah input bagi
menghasilkan sama ada barang perantaraan atau barang akhir.
Binatang, Ikan dan Tumbuhan
Jika dilihat secara yang tersendiri, sumber dalam kategori
mi
Iebih merupakan barang akhir, yang akan digunakan bagi penggunaan akhir dan tidak sebagai alat untuk menghasilkan barang lain. Walau bagai-manapun, beberapa pengecualian, seperti untuk alat kenderaan, kulit, minyak atau kayunya dijadikan alat untuk menghasilkan barang lain.Tanah dan Sewa
Pulangan terhadap tanah antaranya ditentukan oleh jenis kegunaannya. Sementara kegunaannya pula bergantung pada kesesuaian yang me-rupakan penentu kepada pulangannya. Tanah yang di dalamnya terdapat galian berharga adalah lebih sesuai untuk penggunaan perlombongan kerana pulangannya lebih tinggi daripada kegunaan lain. Tanah yang tidak subur, kering (kekurangan hujan) beriklim padang pasir, berbukit batu tidak sesuai untuk ditanam dengan getah, tetapi lebih sesuai untuk penggunaan kegiatan pemecahan batu. Kegiatan pemecahan batu akan menghasilkan pulangan yang lebih kepada tanah tersebut.
Pulangan faktor tanah ialah sewa.1 Pada umumnya, tingkat sewa tanah bergantung hasil atau perolehan yang dapat dikeluarkan dan tanah tersebut. Semakin tinggi hasil, maka semakin tinggilah sewanya.
Secara zahir, sewa seolah-olahnya sama seperti bunga, cuma sewa terhadap tanah, dan bunga terhadap modal. Malah setengah-setengah penulis Islam memasukkan tanah sebagai faktor modal.2 Mannan (1986: 115) menjelaskan enam sebab mengapa sewa itu berbeza daripada bunga, iaitu:
(1) Sewa terhasil danipada inisiatif, pengusahaan dan kecekapan. (2) Adanya unsur keusahawanan dalam sewa.
1 Perbincangan sewa di sini dihadkan kepada sewa yang dibayar oleh penyewa kepada than tanah dan tidak kepada sewaekonomi.
2 al-Najjar (lihat Siddiqi 1981: 57) memasukkan tanah ke dalam faktor modal. Walaupun begitu beliau tidak mengiktiraf pulangan bunga terhadap faktor tanah/
(3) Pemilik tanah terlibat dalam penentuan corak, saiz dan nilai faedah keluaran.
(4) Sewa tidak dimasukkan ke dalam harga hasil keluaran kerana sewa sendiri ditentukan oleh hasil.
(5) Adanya unsur kerugian dalam sewa.
(6) Tanah tidak boleh diubah bentuknya, dan sewa tanah lebih hampir menyamai upah dan gaji.
Dalam kes penggunaan tanah untuk tujuan pertanian, penentuan sewa berdasarkan dua prinsip asas, iaitu keadilan dan kebajikan, dan satu prinsip tambahan, iaitu menjaga kepentingan bersama (Afzal Ur-Rahman 1975: 106—108). Dan segi keadilan, penentuan sewa terletak pada keupayaan membayar oleh penyewa supaya ia merasa puas hati dan seterusnya bekerja dengan lebih keras untuk menambah-kan daya pengeluaran tanah tersebut. Sementara kebajimenambah-kan bertujuan untuk memelihana kebajikan penyewa termasuk keluanganya. Sewa akan hanya dikeluarkan sekiranya hasil pengeluaran tanah melebihi keperluan asas penyewa. Dan segi kepentingan bersama, sewa mesti tidak mencederakan atau memudaratkan sama ada pihak penyewa mahupun tuan tanah. Sewa mesti tidak terlalu tinggi hingga mem-bebankan penyewa atau terlalu rendah sehingga menjejaskan kepenting-an tukepenting-an tkepenting-anah. Demi menjaga kepentingkepenting-an kedua-dua pihak, Afzal Ur-Rahman (1975: 108) mencadangkan supaya tiga perkara diambil kira, iaitu daya pengeluanan tanah, penyewa dan kebajikannya, dan kos penanaman.
Sementana kadi Abu Yaala (lihat Afzal Ur-Rahman 1975: 109) menyimpulkan tiga prinsip bagi penentuan sewa tanah dalam negara Islam, iaitu perbezaan tanah (kesuburan), perbezaan tanaman (jenis tanaman), dan perbezaan pengairan (kemudahan air). Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa sewa yang wajar dalam Islam perlu mengam-bil kira beberapa perkara, antaranya:
(1) Daya pengeluanan tanah (hasil), termasuk kesuburannya. (2) Perbezaan jenis tanaman.
(3) Lokasi tanah, termasuk iklim, suhu dan kemudahan pengangkutan. (4) Kos penanaman, termasuk kemudahan air.
(5) Kebajikan penyewa.
kegunaan-ke-gunaan lain, misalnya untuk perlombongan,3 sewanya bergantung pada jenis galian, kos perlombongan, lokasi tanah perlombongan, dan aspek
kebajikan penyewa.
OIeh itu, sewa tidak boleh ditetapkan oleh tuan tanah dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira perkara di atas. Begitu juga, sewa tidak boleh ditentukan pada tingkat jumlah tertentu, misalnya sekian gantang untuk seekar kerana penentuan seperti
mi
menyerupai bunga.
Kontroversi Sewa
Pada prinsipnya, setiap tanah yang dimiliki mestilah diusahakan dan tidak dibiarkan. Tuntutan hak milik terhadap tanah terbiar boleh digugur, dan kerajaan boleh mengambil tanah itu untuk diberikan kepada orang lain. Setiap tanah yang dimiliki lebih baik diusahakan sendiri oleh pemiliknya. Kalau pemiliknya tidak mampu mengerjakan tanah itu atas sebab-sebab tertentu, maka lebih baik dia membenarkan orang lain mengusahakannya tanpa mengenakan bayaran. Hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tanah, mestilah mengusahakannya sendiri, ataupun memberikannya kepada saudaranya secara percuma”. Dalam hadis lain, ada dinyatakan bahawa “seseorang itu lebih balk
mem-berikan tanah itu kepada saudaranya secara percuma daripada mengenakan sejumlah bayaran (sewa) yang tertentu”.
(Hadis RiwayatBukhari)
Hadis di atas tidak memberi isyarat tentang haramnya sewa, sebaliknya mengutamakan penggunaan tanah kepada orang lain secara percuma. Kalau tanah terpaksa disewakan, biarlah tingkat bayaran itu tidak menekan penyewa. Walau bagaimanapun, keharusan sewa
her-gantung pada jenis-jenis sewa itu sendiri. Di sini diperturunkan beberapa jenis sewa, seperti yang dituliskan oleh Yusuf (1957: 30—31)
iaitu:
3 Bagi setengah-setengah negara (termasuk Malaysia) yang bahan galian yang terdapat di dalam tanah menjadi miliknegara, maka harga bayaran lesen yang diberikan kepada pelombong merupakan pulangan terhadap tanah, yang menyerupai sewa.
(1) Sewa tentu plot, iaitu sewa yang menetapkan supaya hasil pada plot
yang berhasil tinggi (kerana terdapat kemudahan air atau subur)
diserahkan kepadatuan tanah dan hasil bagi plot-plot lain kepada penyewa.
(2) Sewa hasil tetap iaitu menetapkan sewa padajumlah kuantiti yang tertentu tanpa mengambil kira hasil yang dikeluarkan, misalnya seguni bagi setiap seekar.
(3) Sewa berkadar hasil, iaitu satu kadar atau nisbah tetap sewa bagi hasil yang dikeluarkan, misalnya 30 peratus (atau 30: 70) daripada hasil keluaran tanah.
(4) Sewa tunai, iaitu sewa yang dibayan dalam bentuk tunai yang tertentu jumlahnya, bergantung pada keadaan tanah.
Antara keempat-empat bentuk sewa
mi,
yang pastinya bentuk pertama dan kedua adalah dilarang dalam Islam. Sementara bentuk ketiga merupakan muzaraah4 seperti dalam kes mudarabah, dalam kes in modalnya ialah tanah. Cara in dianggap sebagai halal oleh sebahagian ulamak, termasuk Imam Syafii5 (Yusuf 1957: 32). Semen-tara bentuk keempat, bukan merupakan muzaraah, tetapi termasuk dalam konsep dan hukum ijarah yang secana umumnya juga halal(Yusuf 1957: 33).