ARAHAN KEPADA CALON:
1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut
berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan.
4. Disertakan lampiran 1, 3 dan 4 untuk panduan murid.
TUGASAN
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2014
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.
1.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014.
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
1.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
1.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4).
2.0 TUGASAN
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:
2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.
Lampiran 1
3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL PERKARA HURAIAN
1 – Jadual kerja
– Pengagihan kerja
– Objektif kajian
– Penentuan kaedah kajian
(10 markah)
Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
2 Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber (20 markah).
Punca
Kesan
Langkah
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.
3 Grafik (10 markah)
Tajuk
Idea utama
Maklumat
Grafik mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis.
Tafsiran:
(a) Konsep (5 markah)
Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul berserta contoh.
(b) Punca (15 markah)
Fakta
Huraian
Contoh
Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas, teratur dan kritis serta
menunjukkan keaslian.
(c) Kesan (20 markah)
Fakta
Huraian
Contoh
Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.
(d) Langkah (20 markah)
Idea kreatif dan kritis
Rasional
Lampiran 3
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945 -1965. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya Press.
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta
Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 45 JalanTun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.
Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
Lampiran 4
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2014
BORANG AKUAN PENGESAHAN
PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.
RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH
Murid
Pentaksir (Guru)