• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

2

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

ARAHAN: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) ayam tambatan (2) tajam hati

(3) seperti air dalam kolam (4) makan suap

(5) bagai dakwat dengan kertas (6) bagai lebah menghimpun madu (7) seperti ikan pulang ke lubuk (8) seperti menatang minyak yang penuh

1 Sazali ialah seorang anak tunggal. Dia telah kehilangan ibunya sejak kecil lagi. Ayahnya kini membesarkan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Setiap kemahuan Sazali akan sering dituruti.

2 Haliza sering melakukan kerja sukarela. Dia gemar mengajar pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran secara percuma di rumah tumpangan anak-anak yatim. Selain itu, beliau juga aktif sebagai kaunselor. Dia sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak yatim itu.

3 Nurul Atikah adalah seorang peserta pertandingan Bahas Antara Sekolah. Dia seorang pemidato yang petah berbicara. Oleh kerana kepetahannya berhujah, dia dianggap seorang peserta yang mungkin bakal membawa pasukan bahas sekolahnya mara ke peringkat akhir. Pasukannya menaruh harapan tinggi agar mereka boleh menang.

4 Majlis perkahwinan Zailan dan Zalina akan berlangsung minggu ini. Keluarga mereka amat merestui hubungan mereka sejak dulu lagi. Ada di antara mereka berpendapat Zailan dan Zalina sangat cocok sekali. Sejak mula berkenalan, mereka saling memahami dan sentiasa bersikap bertolak ansur.

5 Syarikat tempat Hilmi bertugas telah mengembangkan sayapnya ke negara China. Beliau telah dilantik sebagai pengarah daerah. Setelah lima tahun bertugas di sana, Hilmi bercadang untuk pulang ke Singapura walaupun ditawarkan gaji yang lumayan. Dia prihatin akan kebajikan kedua-dua orang tuanya yang kini melewati usia senja.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(2)

3

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

ARAHAN : Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Televisyen merupakan salah satu alat penting dalam kehidupan kita. Selain berfungsi sebagai satu alat hiburan, pelbagai bentuk fakta dan maklumat boleh didapati melalui rancangan-rancangan televisyen. Tambahan pula, setiap rumah di dalam (6) tempat kita ini pasti ada sekurang-kurangnya sebuah televisyen. (7) Antara penyampai maklumat dan penghibur hati manusia, televisyen banyak mempengaruhi cara seseorang itu berfikir.

Walaupun begitu, menonton televisyen secara (8) melebih boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh dan minda kita. Oleh itu, para doktor sering menasihatkan untuk menghadkan masa tontonan televisyen bersesuaian dengan peringkat umur kita. Ini bertujuan untuk (9) dielak kita daripada dijangkiti penyakit yang merbahaya. Para ibu bapa pula haruslah sentiasa mengawasi pilihan rancangan yang ditontoni anak-anak supaya tidak terikut-ikut dengan budaya yang tidak (10) cantik. Bak kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

(Diubah suai dari artikel Keluaran 2 - Majalah Riang Ria, Ogos 2006)

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

4

KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

ARAHAN : Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan.

Kemudian, tulis nombor jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan.

(1) Peraduan ini bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar.

(2) Para pelajar yang berminat bolehlah mendaftar sebelum tarikh tutup.

(3) Penghantaran projek yang dilewat tidak akan diterima oleh pihak penganjur.

(4) Filem dan projek yang dihasilkan itu akan dimuat naikkan ke laman penganjur.

(5) Bagi kategori ini, para pelajar boleh menghantar idea projek mereka yang inovatif itu.

(6) Peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dunia di kalangan pelajar.

(7) Pasukan yang terpilih ke peringkat akhir akan diberikan empat bulan untuk menyiapkan filem atau projek yang terbaik.

(8) Pertama, peraduan menghasilkan filem pendek dibuka kepada semua pelajar di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Para pelajar kini boleh membantu menyebarkan mesej tentang perubahan iklim menerusi Peraduan Perubahan Iklim. (11) __________. Terdapat dua bahagian pada peraduan bahagian iaitu menghasilkan filem pendek dan membuat perbentangan projek teknologi. (12) __________. Para peserta boleh menghantar video sepanjang lima minit yang mengetengahkan sebab dan kesan terjadinya perubahan iklim. Kedua, perbentangan Projek

Teknologi pula dibuka kepada para pelajar di peringkat maktab rendah dan universiti. (13) __________. Projek itu juga harus menjelaskan usaha untuk mengurangkan

pengeluaran karbon menerusi penggunaan teknologi. (14) __________. Dalam penghasilan filem atau projek ini dalam jangka masa yang diberikan, pakar-pakar bidang sains dan teknologi akan memberi bimbingan mereka. (15) __________. Hadiah berupa sebuah piala dan wang tunai menanti para pemenang. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Julai 2016 nanti.

SOALAN

JAWAPAN

11

12

13

14

15

Markah yang diperoleh

(4)

5

MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

ARAHAN:

Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang

berikut.

Kereta Kabel Langkawi merupakan salah sebuah ikon tarikan pelancong yang terkenal di Pulau Langkawi. Perkhidmatan itu telah mula beroperasi sejak tahun 2003. Menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Chincang setinggi 420 meter itu merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Kabel sepanjang 2.2 kilometer itu telah mencipta rekod di dalam Buku Rekod Malaysia.

Selama 20 minit perjalanan, anda akan melalui kawasan air terjun dan kanopi hutan hujan tropika yang sangat tebal. Anda juga berpeluang melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah. Mengembara pada kecuraman 42 darjah dari stesen dasar ke stesen puncak gunung dan ditambah pula dengan keadaan tergantung di udara dengan hanya menyusur pada seutas kabel, cukup membuatkan anda gementar. Namun di saat menghirup udara nyaman dan menikmati panorama alam dari puncak gunung pasti akan membuatkan anda teruja dan terpesona.

(Dipetik dan diubah suai dari artikel puncakkembara.com,13 Februari 2014)

ARAHAN:

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam

teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16

Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah

(2 markah)

17

Anda pasti akan berasa gementar apabila

(2 Markah)

Markah yang diperoleh

(5)

6

KEFAHAMAN SUBJEKTIF (26 MARKAH)

ARAHAN: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Petang itu, ayah telah pulang ke rumah dengan wajah yang sugul. Lemah sahaja

langkahnya, tidak seperti biasa. Walaupun memakai pakaian seragamnya, dia tidak segak seperti hari-hari lain. Ayah pulang lebih awal hari itu. Aris, yang rapat dengan ayahnya itu, seolah-olah dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ayahnya kelihatan seperti dibebani dengan masalah. Dia tegas memastikan adik-adiknya tidak berbuat bising supaya tidak menambahkan kerunsingan yang ditanggung ayah.

Dari ruang tamu, kedengaran suara ibu dan ayah sedang berbincang di dalam bilik. Suara mereka seperti sedang membicarakan tentang satu masalah. Kedengaran pula tangisan ibu yang sayup-sayup sahaja. Selang beberapa minit, ayah keluar dari bilik lalu memanggil Aris. Dengan nada yang perlahan, ayah memberitahu Aris bahawa dia telah diberhentikan kerja. Menurut ayah, ramai para pekerja bergaji rendah terpaksa diberhentikan. Tambahan pula, ayah tidak berpelajaran tinggi. Kelulusan ayah hanya di peringkat sekolah menengah sahaja. Mulut Aris terlopong apabila mendengar berita buruk ayahnya itu. Terdetik di hatinya untuk mencari kerja agar dapat membantu ayahnya. Namun begitu, ayah Aris dapat membaca hatinya.

“Ayah tidak akan benarkan kau keluar bekerja. Berikan perhatianmu sepenuhnya kepada pelajaran sahaja. Aris seorang pelajar yang cemerlang. Rugilah kalau Aris tidak belajar dengan gigih. Ayah berjanji pada diri ayah agar Aris dan adik-adik tidak akan berhenti sekolah,” ucap ayah Aris yang tenang walaupun dilanda kesempitan. Aris berasa sebak mendengar kata-kata ayahnya itu. Hebat sungguh ayahnya sebagai seorang ketua keluarga. Ibu yang berada di sebelahnya hanya mampu mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Mujurlah, mereka ada simpanan wang untuk menampung perbelanjaan keluarga sementara ayah mendapatkan kerja baharu. Ibu pula menjelaskan bahawa mereka perlu lebih cermat menguruskan perbelanjaan harian di rumah dan di sekolah. Hidangan makanan di rumah hanya nasi putih dengan sup sayur yang sederhana. Apabila ke sekolah, Aris dan adik-adiknya akan dibekalkan roti dengan sebotol air minuman. Aris juga mengajar adik-adik-adiknya menabung selain daripada berjimat menggunakan elektrik dan air di rumah. Ayah Aris mendapat pekerjaan yang baharu enam bulan kemudian. Dia juga mula mengambil kursus untuk mempertingkatkan dirinya. Keadaan sudah beransur pulih seperti sediakala. Keluarga Aris semakin akrab. Pengalaman itu telah mendewasakan keluarganya. Dia sedar bahawa kehidupan ini pasti ada pasang dan surutnya.

(6)

7

ARAHAN:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan berikut.

Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.

18

Apakah tujuan Aris memastikan adik-adiknya tidak berbuat bising?

(2 markah)

Markah yang diperoleh

19

Nyatakan dua perkara yang luar biasa pada diri ayah menurut pengamatan Aris.

(4 markah)

Markah yang diperoleh

20 Berikan dua punca ayah diberhentikan kerja.

(4 markah)

Markah yang diperoleh

(7)

8

21 Pada pendapat kamu, mengapakah mulut Aris terlopong apabila mendengar berita buruk ayahnya itu?

(4 markah)

Markah yang diperoleh

22 Peristiwa ini telah mengubah cara kehidupan keluarga Aris untuk hidup lebih cermat. Berikan dua contoh.

(4 markah)

Markah yang diperoleh

23 “Hebat sungguh ayahnya sebagai seorang ketua keluarga.” Jelaskan maksud pernyataan itu.

(4 markah)

Markah yang diperoleh

(8)

9

24

Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut:

(i)

terlopong

(2 markah)

(ii)

dilanda ke

sempitan (2 markah)

Markah yang diperoleh

Referensi

Dokumen terkait

(3) Pelaksanaan Pelindungan Setelah Bekerja sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dan ayat (2), dilakukan oleh Perangkat Daerah Provinsi yang melaksanakan urusan

Metode Simpleks merupakan salah satu metode yang tepat untuk digunakan pada linear programming yang memiliki variabel lebih dari dua dengan fungsi kendala yang

Tujuan pada penelitian ini untuk mengedukasi anak sekolah TK di Kecamatan Blimbing menggunakan masker di masa pandemi COVID-19 yaitu menggunakan bahan berupa buku cerita

Penelitian ini diharapkan memiliki manfaat secara teoretis yaitu dapat menjadi bukti empiris dan pengembangan wawasan pengetahuan ilmiah atau pengembangan keilmuan dalam

Pemberdayaan pemangku kepentingan dengan demikian merupakan suatu proses memberikan daya, kekuatan, kemampuan, kekuasaan kepada pemangku kepentingan pendidikan untuk

Peningkatan Pendapatan Asli Daerah (PAD) juga dapat dipengaruhi oleh investasi, seperti pada penelitian Wulandari dan Ayuningsasi (2014) adanya pengaruh positif Investasi

Dari hasil penelitian yang sudah dilaksanakan maka dapat disimpulkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe TPS berbantuan kartu berpasangan terbukti

Meskipun kedua indikator memiliki capaian yang cukup baik pada tahun 2019, terdapat beberapa capaian indikator lain pada TPB 10 yang belum memenuhi target dan juga hasil analisis