Cochlear, Hear now. And always dan logo elips merupakan sama ada tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cochlear Limited.
© Cochlear Limited. Hak cipta dokumen ini dan maklumat yang terkandung di dalamnya terletak pada Cochlear Limited. Dokumen ini tidak boleh disalin, dihasilkan semula atau diedarkan semula tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Global Code of Conduct
(Tatakelakuan Sedunia)
PESANAN DARIPADA KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF & PRESIDEN
Di Cochlear, kita berbangga dengan pengalaman bersejarah dalam menyediakan bantuan pendengaran sejak lebih daripada tiga dekad – dan dengan itu wujud satu tanggungjawab
yang besar. Kini, lebih daripada 450,000 orang di dunia
dapat mendengar disebabkan teknologi kita – dan mereka terus bergantung pada kita untuk Hear now. And always (Mendengar sekarang. Dan selamanya).
Melalui produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, kita gigih berusaha demi memperoleh kepercayaan daripada 450,000 penerima tersebut– begitu juga para profesional yang menyokong mereka. Global Code of Conduct (Tatakelakuan Sedunia) kita memberi pedoman kepada kita untuk terus membina dan memelihara kepercayaan itu – ia membentuk hala tuju untuk segala tindakan, keputusan dan tingkah laku kita.
Global Code of Conduct (Tatakelakuan Sedunia)
menetapkan cara setiap Wakil Cochlear kita menjalankan perniagaan bagi memastikan kejujuran, keadilan,
profesionalisme dan integriti diamalkan mengikut standard yang tertinggi. Tidak kira peranan anda dalam organisasi, kita semua memainkan peranan dalam meningkatkan dan menjaga reputasi Cochlear. Menerusi janji dan amalan kita, kita menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pihak berkepentingan dan sesama kita dalam membantu orang yang kehilangan pendengaran di seluruh dunia.
Sila gunakan Global Code of Conduct (Tatakelakuan Sedunia) ini – serta dasar syarikat, tatacara dan Tingkah laku HEAR – dalam tugas seharian untuk membimbing anda melakukan perkara yang betul. Keputusan yang perlu anda buat tidak semestinya mudah atau jelas – dokumen inilah yang menjadi rujukan untuk memberikan panduan dan sokongan kepada anda. Jika anda berasa sangsi tentang sesuatu tindakan, sila rujuk kepada pengurus anda atau Pegawai Pematuhan setempat, People & Culture (Pakar Perhubungan Pekerja) atau Penasihat Undang-undang.
Terima kasih atas komitmen anda kerana memberi keutamaan kepada pelanggan dan memberikan perkhidmatan kepada mereka dengan penuh etika dan tanggungjawab.
Dig Howitt
Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden
“ Tidak kira peranan anda
dalam organisasi, kita
Tingkah laku One Cochlear HEAR kita dapat merealisasikan misi syarikat dan menggambarkan nilai kita sebagai sebuah organisasi. Tidak kira tempat anda bekerja, kejujuran, integriti, kepercayaan, rasa hormat, ketelusan dan kerjasama merupakan asas untuk reputasi perniagaan yang baik dan berkekalan. Kita menunjukkan komitmen terhadap tingkah laku ini menerusi tatakelakuan kita dengan berpandukan Global Code of Conduct (Tatakelakuan Sedunia).
TINGKAH LAKU SEDUNIA KITA
01 PENGENALAN
...21.1 APAKAH COCHLEAR GLOBAL CODE OF CONDUCT (TATAKELAKUAN SEDUNIA COCHLEAR)? ...2
1.2 MENGAPAKAH KITA PERLU MENGIKUTI TATA? ...2
1.3 SIAPAKAH YANG PERLU MENGIKUTI TATA? ...2
1.4 CARA UNTUK BERTANYA SOALAN ATAU MENYATAKAN KEBIMBANGAN ...2
1.5 TANGGUNGJAWAB SETIAP WAKIL COCHLEAR ... 4
1.6 TANGGUNGJAWAB SETIAP PENGURUS ... 4
1.7 MELAPORKAN PELANGGARAN TATA INI ATAU PELANGGARAN YANG BERKEMUNGKINAN ... 4
1.8 TINDAKAN DISIPLIN UNTUK PELANGGARAN TATA ... 6
1.9 UNDANG-UNDANG SETEMPAT ... 6
02 TINGKAH LAKU: DALAM INDUSTRI PASARAN ...
82.1 ANTIRASUAH DAN SOGOKAN ... 8
2.2 MENERIMA MANFAAT ... 8
2.3 UNDANG-UNDANG PERSAINGAN DAN PENGGUNA ... 10
2.4 KONFLIK KEPENTINGAN ... 10
2.5 SEKATAN PERDAGANGAN...12
2.6 DASAR AWAM ...12
2.7 AKTIVITI POLITIK ...12
03 TINGKAH LAKU: REKOD PERNIAGAAN DAN MAKLUMAT ...
143.1 PERDAGANGAN ORANG DALAM ...14
3.2 PRIVASI ...14
3.3 HARTA INTELEKTUAL ...16
3.4 KERAHSIAAN ...16
3.5 REKOD PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ...16
3.6 KUALITI DAN KAWAL SELIA ... 18
3.7 PENGGUNAAN BAHASA DAN SUMBER DALAMAN ... 18
04 TINGKAH LAKU: DI TEMPAT KERJA ...
204.1 KESIHATAN DAN KESELAMATAN ...20
4.2 PERSEKITARAN KERJA YANG ADIL ...20
05 GLOSARI ...
2206 KEY CONTACTS (PERHUBUNGAN UTAMA) ...
2307 KAWALAN VERSI ...
24Dengar Keprihatinan Pelangga: Fokuskan pada keperluan pelanggan
• Dengar dan bertindak demi pelanggan
• Berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan
• Bertekad untuk mengetahui lebih lanjut dan memahami pelanggan kita
• Bantu orang lain mengutamakan pelanggan kita
Terima Perubahan & Inovasi: Hasilkan buah fikiran yang unik untuk berubah dan berkembang
• Bangkitkan inspirasi dan kuat kuasakan cara pemikiran dan pengendalian yang baru
• Ringkaskan kerja dan tentukan keperluan minimum
• Ubah status quo dan ambil risiko yang terhitung
• Terima kesilapan untuk dijadikan iktibar
Berhasrat untuk Menang: Galakkan pencapaian
• Tingkatkan kemahiran anda dan orang lain untuk mengembangkan perniagaan
• Buat keputusan, tunjukkan keberanian dan atasi halangan
• Bertindak dan sesuaikan diri terhadap perubahan
• Iktiraf dan raikan kejayaan serta pencapaian
Hapuskan Sekatan: Bersatu padu
• Sejajarkan keputusan dan tunjukkan kebertanggungjawaban bersama
• Kerja bersama-sama untuk mengenal pasti dan memanfaatkan peluang
• Pertimbangkan pelbagai pandangan untuk menyelesaikan masalah
• Bina kepercayaan, kukuhkan perhubungan dan berkomunikasi secara terbuka Embrace
Change &
Innovate
Aspire to Win
Remove Boundaries
Hear the customer
KANDUNGAN
1.1 APAKAH COCHLEAR GLOBAL CODE OF CONDUCT (TATAKELAKUAN SEDUNIA COCHLEAR)?
Cochlear Global Code of Conduct (Code) (Tatakelakuan Sedunia Cochlear (Tata)) menetapkan tingkah laku yang wajib untuk semua Wakil Cochlear (seperti yang ditakrifkan di bawah) agar sejajar dengan tingkah laku warga korporat sedunia yang baik. Tata adalah sebahagian daripada komponen utama Program Pematuhan Cochlear dan merupakan satu komitmen untuk bertindak dengan penuh etika dan tanggungjawab berlandaskan pada semua undang-undang, peraturan, dasar dan tatacara Cochlear yang berkenaan serta mengekalkan standard etika perniagaan dan integriti yang tinggi.
1.2 MENGAPAKAH KITA PERLU MENGIKUTI TATA?
Cochlear komited dalam menjalankan perniagaannya dengan adil, jujur dan mengikut undang-undang di mana-mana sahaja kita beroperasi di seluruh dunia.
Tata ini menetapkan peraturan asas untuk menjalankan perniagaan demi memajukan industri, mengekalkan dan meningkatkan reputasi sebagai sebuah organisasi yang mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai dan menawarkan perkhidmatan penuh integriti dan profesionalisme.
1.3 SIAPAKAH YANG PERLU MENGIKUTI TATA?
Tata digunakan pada semua individu:
a. Pekerja, pegawai dan pengarah, pekerja kontrak, kontraktor dan perunding Cochlear; dan
b. pihak ketiga yang menjalankan perniagaan untuk atau bagi pihak Cochlear,
(bersama dirujuk sebagai Wakil Cochlear).
Mengikut kesesuaian, peruntukan Tata ini hendaklah termasuk dalam kontrak pihak ketiga yang menjalankan perniagaan untuk atau bagi pihak Cochlear.
1.4 CARA UNTUK BERTANYA SOALAN ATAU MENYATAKAN KEBIMBANGAN
Tata tidak boleh menjangkakan semua senario dan kebimbangan yang berkemungkinan. Jika terdapat isu yang rumit, keputusan perniagaan yang sukar dibuat atau situasi lain yang tidak ditangani oleh Tata, Wakil Cochlear mesti mendapatkan bantuan dan bertanya soalan. Untuk menggalakkan komunikasi yang bebas dan terbuka mengenai isu pematuhan, Cochlear telah membentuk Program Pematuhan Cochlear untuk memaksimumkan pilihan dengan sebanyak mungkin untuk bertanya soalan dan menyatakan kebimbangan.
Setiap rantau mempunyai pegawai pematuhan yang bertugas dalam pembangunan, pelaksanaan, operasi dan pengubahsuaian Program Pematuhan Cochlear (Pegawai Pematuhan). Pegawai Pematuhan boleh membantu Wakil Cochlear dengan sebarang soalan mengenai undang-undang persekutuan dan negeri yang berkenaan; pengurusan program pematuhan, latihan pekerja dan komunikasi;
serta audit dan pemantauan. Sesetengah rantau, seperti CAM, mempunyai Jawatankuasa Pematuhan yang terdiri daripada eksekutif kanan Cochlear yang bertugas dengan Pegawai Pematuhan dan memberi panduan kepadanya serta berkongsi tanggungjawab dalam menyelia isu pematuhan.
Cochlear menjalankan latihan pematuhan dari semasa ke semasa yang wajib untuk semua Wakil Cochlear. Bergantung pada rantau di tempat Wakil Cochlear bekerja dan
jawatan yang disandang, latihan yang lebih khusus boleh disediakan bagi membantu prestasi tugas mereka sebagai Wakil Cochlear. Semua Wakil Cochlear menerima latihan asas yang memberikan gambaran keseluruhan Program Pematuhan Cochlear termasuk dasar dan tatacara, undang- undang dan peraturan yang berkenaan dengan perniagaan Cochlear dan Tata ini.
Wakil Cochlear yang mempunyai soalan atau kebimbangan mengenai Tata hendaklah menghubungi Pegawai Pematuhan, pengurus atau penyelia mereka (jika ada), People & Culture (Pakar Perhubungan Pekerja), Penasihat Undang-undang atau mana-mana Perhubungan Utama berkaitan yang lain.
01 PENGENALAN
Cochlear komited dalam menjalankan perniagaannya dengan adil, jujur dan mengikut
undang-undang di mana-mana sahaja kita beroperasi di seluruh dunia.
4 1.5 TANGGUNGJAWAB SETIAP WAKIL
COCHLEAR
Semua Wakil Cochlear bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi Tata. Cochlear mengharapkan semua Wakil Cochlear:
a. melaporkan sebarang pelanggaran Tata yang disyaki atau yang sebenar;
b. mematuhi semua undang-undang, peraturan dan amalan yang berkenaan di negara tempat Wakil Cochlear bekerja;
c. bertindak demi kepentingan Cochlear;
d. bertindak dengan jujur dan penuh integriti diri;
e. tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika;
f. tidak terlibat dalam sebarang aturan atau menyertai sebarang aktiviti yang berkonflik dengan kepentingan Cochlear atau yang boleh menjejaskan reputasi Cochlear;
g tidak mengambil kesempatan atas harta atau maklumat Cochlear atau pelanggannya untuk manfaat sendiri atau yang boleh menjejaskan Cochlear atau pelanggannya;
dan
h. tidak mengambil kesempatan atas jawatan mereka atau peluang yang timbul disebabkan jawatan mereka untuk manfaat sendiri.
1.6 TANGGUNGJAWAB SETIAP PENGURUS
Semua Wakil Cochlear dalam bidang pengurusan atau penyeliaan mempunyai peranan tambahan untuk menjadi teladan yang positif kepada pekerja di bawah pengawasan mereka. Para pengurus atau penyelia perlu membantu pekerja dalam pasukan mereka agar menyedari, memahami dan menggunakan Tata. Para pengurus atau penyelia juga perlu mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pekerja mereka bersuara.
Pengurus atau penyelia Cochlear yang membiarkan atau gagal mencegah tingkah laku yang tidak wajar boleh dikenakan tindakan disiplin yang bersesuaian.
1.7 MELAPORKAN PELANGGARAN TATA INI ATAU PELANGGARAN YANG BERKEMUNGKINAN
Semua Wakil Cochlear berperanan untuk melaporkan sebarang pelanggaran Tata yang disyaki atau yang sebenar dengan segera, dengan syarat laporan itu tulen. Dengan melakukannya, Cochlear berpeluang untuk menangani isu itu dengan cara yang wajar.
Keupayaan Cochlear untuk mencegah atau mengesan tingkah laku yang melanggar Tata dengan segera bergantung pada usaha yang dilakukan oleh semua Wakil Cochlear.
Selain itu, semua Wakil Cochlear perlu memberikan bantuan jika diminta dengan wajar oleh Cochlear bagi menyiasat sebarang pelanggaran Tata yang berkemungkinan.
Semua aduan dan isu yang dibangkitkan akan diberikan perhatian dengan teliti.
a. Cara Melaporkan
Wakil Cochlear boleh melaporkan pelanggaran Tata yang sebenar atau yang disyaki:
i. kepada pengurus atau penyelia mereka (jika berkenaan);
ii. kepada mana-mana Perhubungan Utama; atau iii. kepada Cochlear Whistleblower Service (Perkhidmatan
Pemberi Maklumat Cochlear), khususnya untuk sebarang tingkah laku tidak beretika, menyalahi undang-undang atau tidak wajar yang disyaki atau sebenar.
Cochlear melantik pihak ketiga bebas untuk menyediakan Cochlear Whistleblower Service (Perkhidmatan Pemberi Maklumat Cochlear), tersedia di mana-mana di dunia, selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Perkhidmatan ini boleh diakses oleh mana-mana individu yang diterangkan dalam seksyen 1.3(a) dengan mengklik pada “Cochlear Whistleblower Service (Perkhidmatan Pemberi Maklumat Cochlear)” dan menggunakan butiran log masuk yang tersedia dalam Whistleblower Protection Policy (Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat) kami.
Untuk membantu penyiasatan, Wakil Cochlear digalakkan agar bersetuju untuk mendedahkan identiti mereka kepada Cochlear apabila menggunakan Cochlear Whistleblower Service (Perkhidmatan Pemberi Maklumat Cochlear).
Walau bagaimanapun, Wakil Cochlear boleh memilih untuk menjadi tanpa nama kepada Cochlear, tertakluk pada undang-undang dan peraturan setempat di negara Wakil Cochlear.
Sebarang pelanggaran Tata yang disyaki atau yang sebenar hendaklah dibangkitkan dalam organisasi Cochlear sebelum dibincangkan dengan mana-mana pihak luaran (seperti pengawal selia), agar Cochlear dapat bertindak terhadap pelanggaran tersebut secepat mungkin.
Apabila sesuatu kebimbangan dibangkitkan, perlu diingatkan bahawa pelaporan yang dibuat oleh Wakil Cochlear secara jujur tidak bermakna ia semestinya betul, mereka cuma perlu percaya bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat.
01 PENGENALAN
Semua Wakil Cochlear berperanan untuk melaporkan sebarang pelanggaran Tata yang
disyaki atau yang sebenar dengan segera, dengan syarat laporan itu tulen.
b. Perlindungan Wakil Cochlear
Sebarang laporan akan dirahsiakan dan maklumat hanya akan didedahkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam sebarang penyiasatan yang menyusul.
Jika identiti Wakil Cochlear didedahkan kepada Cochlear, ia akan tetap dirahsiakan melainkan undang-undang memerlukannya untuk didedahkan.
Kadangkala, identiti Wakil Cochlear boleh dilihat oleh pekerja lain di tempat kerja akibat jenis atau keadaan dalam laporan itu sendiri. Jika memang tidak mungkin untuk mengekalkan kerahsiaan, Cochlear akan memaklumi Wakil Cochlear terlebih dahulu sekiranya ada kemungkinan untuk merahsiakannya, serta bekerjasama dengan mereka untuk meminimumkan impak ketiadaan kerahsiaan.
Cochlear tidak akan bertoleransi dengan sebarang ugutan, pemangsaan atau tindakan balas terhadap Wakil Cochlear kerana membuat laporan pelanggaran Tata yang disyaki secara jujur. Apabila Wakil Cochlear itu sendiri terbabit dengan pekerja lain kerana melanggar Tata dan yang pertama membuat laporan, Wakil Cochlear tersebut akan dinilai lebih baik bagi menentukan hukuman akibat daripada pelanggaran tersebut.
1.8 TINDAKAN DISIPLIN UNTUK PELANGGARAN TATA
Pelanggaran Tata boleh mengakibatkan individu atau entiti berkaitan dikenakan tindakan disiplin, termasuk pemberhentian kerja atau kontrak perniagaan.
Contoh tingkah laku yang boleh mengakibatkan tindakan disiplin termasuk jika Wakil Cochlear:
a. mengarah, terlibat atau membenarkan pelanggaran undang-undang, peraturan, dasar atau tatacara Cochlear dengan sengaja;
b. gagal melaporkan berlakunya pelanggaran Tata atau menyembunyikan maklumat tentang pelanggaran itu dengan sengaja;
c. bertindak balas terhadap orang yang melaporkan pelanggaran yang disyaki atau yang berkemungkinan;
d. membuat laporan palsu atau tidak jujur tentang pelanggaran pematuhan dengan sengaja;
e. jika pengurus atau penyelia tidak mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan mana-mana Wakil Cochlear di bawah seliaan mereka mematuhi Tata, kewajipan undang-undang dan dasar dan tatacara Cochlear; dan
f. tidak mengendahkan kebenaran dan gagal melaporkan pelanggaran yang diketahui atau disyaki.
1.9 UNDANG-UNDANG SETEMPAT
Apabila terdapat konflik antara Tata dan undang-undang atau peraturan yang lebih ketat, undang-undang atau peraturan tersebut akan mengatasi. Jika tidak pasti, Wakil Cochlear hendaklah menghubungi Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) mereka.
01 PENGENALAN
Sebarang laporan akan dirahsiakan dan maklumat hanya akan didedahkan kepada
mereka yang terlibat secara langsung dalam sebarang penyiasatan yang menyusul.
8 2.1 ANTIRASUAH DAN SOGOKAN
Cochlear komited untuk menerapkan budaya antirasuah dan sogokan. Cochlear bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam semua interaksi kita.
Cochlear secara nyata melarang tindakan menawarkan, memberi, merayu atau menerima sebarang Rasuah, Suapan, ganjaran atau sebarang dorongan lain, termasuk wang tunai atau kesamaan tunai (seperti baucar atau kad hadiah), kepada sesiapa, termasuk doktor, kontraktor, ejen, calon, penerima atau ejen pelanggan atau ahli keluarga ejen, berhubung dengan sebarang perkhidmatan atau produk Cochlear. Larangan ini turut merangkumi keadaan apabila tingkah laku tersebut boleh mempengaruhi hubungan atau keputusan perniagaan. Cochlear tidak akan terlibat dalam usaha sama perniagaan yang hanya dapat diperoleh menerusi tatacara tidak wajar atau menyalahi undang- undang. Suapan tidak boleh diberi atau diterima dalam sebarang bentuk dan dalam apa-apa keadaan. Dalam banyak bidang kuasa di dunia, tindakan rasuah seorang pegawai kerajaan boleh dihukum dengan hukuman yang amat berat.
Sila ambil perhatian bahawa dalam banyak negara, pakar penjagaan kesihatan dianggap sebagai pegawai kerajaan.
Rasuah atau percubaan Rasuah pegawai kerajaan di mana- mana negara boleh didakwa dan dikenakan bayaran denda dan/atau dihukum penjara beberapa tahun. Wakil Cochlear tidak boleh memberi atau membenarkan bayaran dibuat yang bukan tersenarai secara rasmi sebagai bayaran umum kepada pegawai kerajaan untuk mempercepatkan proses atau urusan pentadbiran rutin.
Foreign Corrupt Practices Act (FCPA - Akta Amalan Korup Asing) di Amerika Syarikat melarang bayaran korup (seperti Rasuah) kepada pegawai kerajaan asing bagi tujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan untuk atau dengan mana-mana individu atau memberi peluang perniagaan kepada mana-mana individu. Denda yang dikenakan pada individu (tenaga kerja) tidak boleh dibayar oleh majikan atau prinsipal mereka. Syarikat yang melanggar FCPA boleh dilarang daripada menjalankan perniagaan dengan kerajaan AS dan boleh dianggap tidak layak menerima lesen eksport.
Dalam bidang kuasa tertentu (contohnya, Amerika Syarikat), pihak kerajaan menubuhkan “undang-undang penipuan dan penyalahgunaan” untuk menghalang perniagaan atau individu daripada menyalahgunakan dana kerajaan. Wakil Cochlear mesti berhati-hati dalam mematuhi standard tingkah laku yang tinggi apabila terlibat dalam aktiviti yang boleh membabitkan undang-undang penipuan dan penyalahgunaan. Agak sukar untuk mengenali pelanggaran undang-undang penipuan dan penyalahgunaan yang berkemungkinan berkenaan larangan menawarkan, membayar, merayu atau menerima sebarang wang, hadiah atau perkhidmatan sebagai balasan untuk mendapat pengesyoran atau pembelian barangan atau perkhidmatan.
Setiap Wakil Cochlear bertanggungjawab untuk:
a. mencegah, mengesan dan melaporkan sebarang tindakan rasuah atau sogokan atau tindakan yang disyaki oleh Wakil Cochlear atau mana-mana pihak lain yang berkaitan dengan Cochlear;
b. mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mendorong kepada rasuah atau sogokan atau yang memperlihatkan rasuah telah berlaku; dan
c. menjalankan usaha wajar pada setiap masa apabila berurusan dengan pihak ketiga yang menyediakan bekalan kepada Cochlear atau bertindak bagi pihak Cochlear.
Sila rujuk kepada Anti-Bribery Policy Statement (Pernyataan Dasar Antirasuah) dan Dasar Perhubungan Pelanggan.
2.2 MENERIMA MANFAAT
Di Cochlear, kita berusaha untuk mengekalkan perhubungan yang adil, jujur dan objektif dengan pembekal, vendor, pakar penjagaan kesihatan, organisasi penjagaan kesihatan, pembeli dan lain-lain yang menjalankan perniagaan dengan kita. Mana-mana Wakil Cochlear yang menerima sebarang bayaran atau Manfaat lain boleh membentuk satu kesalahan Rasuah, Suapan atau bentuk dorongan lain yang tidak wajar.
Oleh itu, Wakil Cochlear tidak boleh ditawarkan atau menerima Manfaat yang menjejaskan, berkemungkinan menjejaskan atau dengan wajar boleh dianggap menjejaskan pelaksanaan tugas mereka.
Tindakan Wakil Cochlear yang menerima wang tunai atau kesamaan tunai (seperti baucar atau kad hadiah) daripada mana-mana pihak ketiga dilarang secara nyata.
Dasar Perhubungan Pelanggan serantau kita dibentuk untuk memberi panduan kepada Wakil Cochlear apabila berurusan dengan isu berkaitan pakar penjagaan kesihatan. Jika Wakil Cochlear mematuhi Dasar Perhubungan Pelanggan serantau mereka berkaitan dengan memberi Manfaat kepada dan menerima Manfaat daripada pakar penjagaan kesihatan, maka Wakil Cochlear tersebut disifatkan mematuhi Tata ini.
Sila rujuk kepada Dasar Perhubungan Pelanggan yang berkaitan dan Global Procurement Policy (Dasar Perolehan Sedunia) untuk panduan selanjutnya.
02 TINGKAH LAKU: DALAM INDUSTRI PASARAN
Cochlear bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam semua
interaksi kita.
2.3 UNDANG-UNDANG PERSAINGAN DAN PENGGUNA
Sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan sedunia, Cochlear bertekad untuk mematuhi undang- undang antitrust, amalan perdagangan dan persaingan serta undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna yang terkini di negara ia beroperasi.
Persaingan yang adil adalah penting kepada perusahaan bebas dan pematuhan undang-undang dan peraturan pasaran sedunia di tempat Cochlear menjalankan
perniagaan. Cochlear menghormati dan mematuhi sekatan kerajaan yang melarang sekatan perdagangan, amalan tidak adil dan penyalahgunaan kuasa ekonomi. Sekatan ini diperluas hingga kepada tindakan mencegah tingkah laku anti persaingan dalam rangkaian bekalan dan Cochlear mewajibkan pembekal dan pembekal yang berpotensi untuk mematuhi sekatan berkenaan.
Wakil Cochlear tidak boleh mencadangkan atau menandatangani sebarang perjanjian atau persetujuan dengan mana-mana wakil pesaing Cochlear yang berkaitan dengan Cochlear dalam apa-apa cara, produknya, harga, pengagihan produk atau aktiviti lain melainkan mendapat kelulusan daripada Legal Counsel (Penasihat Undang- undang) terlebih dahulu.
Di Cochlear, kita beroperasi secara berasingan dengan pesaing kita dan tidak bertukar maklumat sensitif komersial dengan pesaing. Kita sentiasa menentukan harga dan terma jualan produk kita dengan sendiri dan secara berasingan.
Pakatan sulit dengan pesaing sangat dilarang.
Wakil Cochlear mesti terutamanya berhati-hati apabila terlibat dalam perbincangan dengan wakil pesaing, terutamanya semasa acara perdagangan, perjumpaan persatuan atau perjumpaan awam yang lain.
Situasi ini bukan melarang semua bentuk interaksi dengan pesaing. Jika Cochlear dicadangkan untuk menyertai atau terlibat dalam mana-mana industri atau persatuan perdagangan untuk memaklumi pihak Kerajaan tentang ekonomi kesihatan pemasangan implan koklea untuk menyokong pembayaran balik dana negeri dan persekutuan
Wakil Cochlear tidak boleh menerima, mendedahkan atau menggunakan maklumat persaingan yang diketahui atau yang dipercayai telah didedahkan kepada mereka melalui pelanggaran perjanjian kerahsiaan antara pihak ketiga dan salah satu pesaing kita. Wakil Cochlear mesti mendokumenkan semua sumber maklumat yang diperoleh.
2.4 KONFLIK KEPENTINGAN
Di Cochlear, kita berbangga menjalankan perniagaan dengan tahap profesional dan integriti yang tinggi. Keputusan perniagaan dibuat atas dasar kepentingan syarikat dan bukan untuk keuntungan atau manfaat peribadi.
Wakil Cochlear perlu menghubungi pengurus, penyelia atau Perhubungan Utama jika mereka mempunyai kepentingan peribadi atau terlibat dalam sebarang aktiviti luar yang boleh menimbulkan situasi Konflik Kepentingan.
Dalam sebarang situasi Konflik Kepentingan, Wakil Cochlear perlu bertanyakan soalan kepada diri sendiri:
a. Adakah kepentingan peribadi saya akan mengganggu kepentingan Cochlear?
b. Adakah orang lain mungkin menganggapnya sebegitu, sama ada di dalam atau di luar Cochlear?
Wakil Cochlear:
a. tidak boleh menyalahgunakan nama, sumber, pengaruh atau reputasi Cochlear untuk meraih kelebihan peribadi pada bila-bila masa. Selain itu, mereka hendaklah mendedahkan sebarang kepentingan atau aktiviti luar, dari segi kewangan atau sebaliknya, yang boleh menggambarkan kemungkinan atau kewujudan Konflik Kepentingan;
b. boleh terlibat secara sah dalam aktiviti kewangan, perniagaan dan lain-lain di luar skop tugas mereka, dengan syarat aktiviti tersebut bukan Konflik Kepentingan; dan
c. mesti mendedahkan sebarang kemungkinan Konflik Kepentingan kepada Cochlear dengan segera dan proaktif dan sanggup menyelesaikan konflik itu seperti yang dikehendaki.
02 TINGKAH LAKU: DALAM INDUSTRI PASARAN
Di Cochlear, kita berbangga menjalankan perniagaan dengan tahap profesional dan
integriti yang tinggi.
12 2.5 SEKATAN PERDAGANGAN
Cochlear komited dalam aktiviti mengimport, mengeksport dan semua bentuk perdagangan lain dengan mematuhi semua undang-undang berkenaan yang mentadbir sekatan perdagangan, termasuk undang-undang sekatan, peraturan, perundangan, langkah kawalan eksport dan undang-undang antiboikot.
Sekatan ekonomi melarang kebanyakan transaksi komersial dan kewangan dengan negara, rantau, kerajaan, entiti dan individu yang dikenakan sekatan tanpa lesen atau kebenaran yang bersesuaian. Sejajar dengan matlamatnya, Cochlear berazam untuk memaksimumkan pengagihan produk dan perkhidmatannya di dunia di samping mematuhi semua sekatan yang berkenaan. Jika anda tidak pasti tentang negara, rantau, kerajaan, entiti atau individu yang dikenakan sekatan, Wakil Cochlear hendaklah menghubungi Compliance Officer (Pegawai Pematuhan), Finance Manager (Pengurus Kewangan) atau Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) yang berkaitan.
Kawalan eksport selalu berubah. Mana-mana Wakil Cochlear yang terlibat dalam jualan atau penghantaran produk kita merentasi sempadan negara perlu mengetahui dan mematuhi peraturan berkaitan dan mendapatkan nasihat daripada Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) mereka, jika perlu.
Cochlear melarang aktiviti boikot. Cochlear mempunyai dasar yang tidak mematuhi sebarang permintaan berkenaan boikot kerajaan negara asing atau sekatan di sebahagian tempat demi memperoleh perniagaan di negara lain.
Pelanggaran sekatan perdagangan boleh dikenakan
hukuman keras termasuk hukuman jenayah ke atas Cochlear dan juga individu tersebut. Cochlear boleh dilarang daripada penglibatan selanjutnya dalam aktiviti perdagangan tertentu. Jika diminta untuk berurusan dengan negara, entiti atau individu yang dikenakan sekatan atau pengehadan, Wakil Cochlear hendaklah menghubungi Compliance Officer (Pegawai Pematuhan), Finance Manager (Pengurus Kewangan) atau Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) mereka dengan segera.
Sila rujuk kepada Sanctions and Export Control Policy (Dasar Sekatan dan Kawalan Eksport) sedunia kita.
2.6 DASAR AWAM
Cochlear amat menggalakkan pembangunan dasar awam yang kukuh di tempat kita beroperasi. Dengan adanya dasar awam yang kukuh, Cochlear dapat memberikan perkhidmatan kepada pakar penjagaan kesihatan, pesakit dan pengguna dengan lebih baik, begitu juga kepada Wakil Cochlear kita dan masyarakat.
Cochlear akan menggunakan peluang untuk melibatkan diri dengan pihak berkepentingan politik dan kerajaan dengan cara yang sah dan munasabah. Sebarang penglibatan politik Cochlear hendaklah mematuhi semua undang-undang yang berkenaan. Kita percaya bahawa penglibatan dasar awam adalah satu peranan penting dan wajar untuk Wakil Cochlear apabila dilaksanakan dengan cara yang beretika, sah dan telus.
2.7 AKTIVITI POLITIK
Cochlear komited terhadap kewarganegaraan dan
menggalakkan semua Wakil Cochlear melibatkan diri dalam proses politik. Walau bagaimanapun, penglibatan ini mesti atas dasar individu, bukan menggunakan masa syarikat dan tidak mendatangkan sebarang Konflik Kepentingan berpotensi. Wakil Cochlear tidak boleh menggunakan nama dan aset Cochlear untuk mempromosikan isu politik.
Perkara ini termasuk penggunaan kemudahan, peralatan pejabat, barang bekalan dan inventori Cochlear.
Cochlear tidak menderma wang tunai kepada parti politik.
Hadiah, wang, barangan atau perkhidmatan tidak akan ditawarkan atau diberikan terus kepada calon politik.
Cochlear tidak akan membuat pendermaan dana kempen secara langsung kepada individu atau parti politik.
02 TINGKAH LAKU: DALAM INDUSTRI PASARAN
Cochlear akan menggunakan peluang untuk melibatkan diri dengan pihak
berkepentingan politik dan kerajaan dengan cara yang sah dan munasabah.
3.1 PERDAGANGAN ORANG DALAM
Semasa menjalankan peranan mereka, Wakil Cochlear boleh terlihat maklumat tentang Cochlear yang tidak diisytiharkan kepada orang awam atas sebab tertentu. Maklumat bukan awam, jika diketahui, boleh mempunyai kesan penting ke atas harga atau nilai sekuriti entiti yang dirujuk sebagai maklumat “dalaman” atau “sensitif pasaran”.
Wakil Cochlear tidak boleh menggunakan maklumat dalaman untuk menjalankan aktiviti perdagangan, melantik seseorang untuk menjalankan aktiviti perdagangan atau memberitahu seseorang yang dia tahu akan menjalankan aktiviti perdagangan – berkaitan Cochlear atau mana-mana syarikat lain.
Wakil Cochlear yang didapati bersalah menjalankan perdagangan orang dalam akan dikenakan tindakan disiplin oleh Cochlear, sehingga boleh diberhentikan kerja atau kontrak perniagaan dan dikenakan penalti kewangan yang besar. Individu juga boleh dipenjarakan.
Sila rujuk kepada Dasar Perdagangan kita.
3.2 PRIVASI
Cochlear menjaga privasi penerima peranti, butiran pakar penjagaan kesihatan dan semua Wakil Cochlear kita dengan berhati-hati. Pengumpulan, penggunaan dan keselamatan Maklumat Peribadi dan Sensitif mesti memenuhi amalan terbaik antarabangsa dan mematuhi semua undang-undang privasi yang berkenaan.
Pendedahan Maklumat Peribadi dan Sensitif yang tidak wajar boleh mencemarkan reputasi individu berkaitan dan reputasi Cochlear.
Sebagai individu, Wakil Cochlear juga boleh tertakluk pada pendakwaan sivil dan jenayah di bawah undang-undang privasi. Cochlear juga terikat dengan undang-undang perlindungan data yang amat tegas dan berat. Cochlear mementingkan pengendalian yang teliti ke atas Maklumat Peribadi dan Sensitif yang dikumpul dan diuruskan olehnya sendiri atau bagi pihaknya bagi mewujudkan ciri keselamatan dan kepercayaan demi menjadi sebuah
Wakil Cochlear mesti:
a. tidak boleh menggunakan Maklumat Peribadi dan Sensitif bagi sebarang tujuan yang tidak sejajar dengan tujuan asal ia dikumpul dan bagi tujuan yang telah dipersetujui oleh individu berkenaan atau bagi tujuan lain yang ditentukan oleh Cochlear atas dasar yang tidak menyalahi undang-undang;
b. mesti membetulkan sebarang Maklumat Peribadi dan Sensitif yang tidak dikemas kini dan/atau tidak tepat dengan segera; dan
c. mesti mengambil semua langkah munasabah untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi dan Sensitif daripada disalahgunakan, hilang, diakses tanpa kebenaran, diubah suai atau didedahkan.
Jika terdapat sebarang situasi yang melanggar syarat di atas atau sebarang kebimbangan mengenai suatu tindakan, Wakil Cochlear hendaklah merujuk kepada Chief Privacy Officer (Ketua Pegawai Privasi) Cochlear atau Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) berkaitan untuk mendapatkan panduan tindakan yang selanjutnya.
Wakil Cochlear mesti mematuhi Dasar Privasi Cochlear yang bercirikan pelanggan, Dasar Pengurusan Maklumat sedunia, Dasar Keselamatan Cochlear sedunia, sebarang kewajipan rantau tambahan dalam Dasar Perhubungan Pelanggan berkaitan dan sebarang garis panduan privasi dalaman yang lain.
03 TINGKAH LAKU: REKOD
PERNIAGAAN DAN MAKLUMAT
Harta Intelektual kita
adalah unsur yang
membezakan kita dan
pesaing.
16 3.3 HARTA INTELEKTUAL
Harta Intelektual boleh dihasilkan oleh Wakil Cochlear:
a. semasa menjalankan perniagaan biasa; atau
b. bukan pada masa menjalankan perniagaan biasa (seperti di rumah atau di luar waktu perniagaan) dengan menggunakan sebarang peralatan, bahan atau maklumat Cochlear.
Contohnya termasuk menghasilkan dan membangunkan produk, perkhidmatan atau bahan sokongan.
Harta Intelektual kita adalah unsur yang membezakan kita dan pesaing. Ia merupakan aset perniagaan yang penting dan setiap Wakil Cochlear bertanggungjawab untuk memastikan ia dilindungi dan disimpan di tempat yang selamat pada setiap masa.
Jika mana-mana Wakil Cochlear menghasilkan idea atau konsep yang boleh dijadikan paten, maka Wakil Cochlear hendaklah membangkitkan idea atau konsep tersebut dengan Intellectual Property Manager (Pengurus Harta Intelektual) di CLTD sebelum mendedahkannya (di bawah perjanjian kerahsiaan atau sebaliknya), untuk memastikan perlindungan secukupnya.
3.4 KERAHSIAAN
Sepanjang tempoh pekerjaan, Wakil Cochlear akan mempunyai akses kepada Maklumat Rahsia Cochlear tentang Cochlear dan/atau pihak berkepentingan. Maklumat Rahsia Cochlear adalah aset yang berharga. Wakil Cochlear bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan maklumat ini pada setiap masa, kedua-duanya di bawah Tata ini dan atas dasar undang-undang. Jika berlaku pelanggaran kewajipan Wakil Cochlear di bawah Tata ini yang mendatangkan kerugian kepada Cochlear, maka Cochlear berhak mengikut undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi daripada Wakil Cochlear tersebut.
Wakil Cochlear tidak boleh mendedahkan, secara dalaman atau luaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maklumat rahsia pihak ketiga bukan awam yang diberikan kepada Cochlear di bawah perjanjian kerahsiaan, kecuali atas dasar perlu tahu dan semasa menjalankan tugas mereka bagi pihak Cochlear.
Wakil Cochlear tidak boleh langsung mendedahkan
Maklumat Rahsia Cochlear berkenaan proprietari atau rahsia perdagangan di luar organisasi:
a. kepada mana-mana pesaing Cochlear, melainkan diizinkan untuk melakukannya oleh ahli Pasukan Utama dan Group General Counsel (Penasihat Undang-undang Kumpulan); dan
b. kepada orang lain, melainkan diizinkan untuk melakukannya oleh pengurus jabatan Kumpulan 2 atau lebih tinggi atau Penasihat Undang-undang.
Pendedahan tersebut akan ditadbir oleh perjanjian kerahsiaan yang ditandatangani oleh ahli Pasukan Utama atau pengurus jabatan Kumpulan 2 (jika situasi memerlukan).
Wakil Cochlear tidak boleh membuat sebarang ulasan umum yang memberi tanggapan bahawa perkara yang dikatakan adalah penyataan rasmi syarikat melainkan mereka telah mendapat kebenaran untuk melakukannya.
Ulasan umum termasuk komen semasa majlis berbicara, persidangan atau perjumpaan individu yang bukan Wakil Cochlear.
Jika tidak pasti sama ada sesuatu maklumat itu rahsia, sila anggapkan ia rahsia sehingga pengurus atau penyelia mengesahkan yang sebaliknya.
3.5 REKOD PERNIAGAAN DAN KEWANGAN
Rekod kewangan yang tepat, lengkap dan boleh dipercayai menjadi tanggungjawab semua Wakil Cochlear, bukan tugas mereka yang bekerja di jabatan kewangan sahaja.
Rekod kita termasuk e-mel, dokumen, invois, tuntutan perbelanjaan dan laporan, perakaunan dan data kewangan, data prestasi dan sebarang rekod lain yang dicipta, diterima dan dipelihara semasa menjalankan perniagaan kita. Rekod perniagaan dan kewangan kita merupakan asas kepada membuat keputusan perniagaan dan strategi kritikal serta pendedahan umum yang dikenakan undang-undang ketat.
Semua Wakil Cochlear bertanggungjawab:
a. untuk memastikan semua rekod Cochlear tepat, lengkap dan boleh dipercayai dari semua aspek;
b. untuk mematuhi dasar perakaunan kumpulan dan rantau Cochlear dan prinsip perakaunan yang diterima secara umum, untuk memastikan transaksi direkod dengan tepat dan dilaporkan; dan
c. untuk tidak memasukkan sebarang maklumat palsu atau mengelirukan dalam sebarang rekod Cochlear.
Wakil Cochlear yang mempunyai soalan atau kebimbangan berhubung dengan rekod Cochlear hendaklah menghubungi Finance Manager (Pengurus Kewangan), pengurus atau penyelia, Compliance Officer (Pegawai Pematuhan) atau Legal Counsel (Penasihat Undang-undang) mereka yang berkenaan.
03 TINGKAH LAKU: REKOD
PERNIAGAAN DAN MAKLUMAT
Wakil Cochlear bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan… pada setiap masa,
kedua-duanya di bawah Tata ini dan atas dasar undang-undang.
3.6 KUALITI DAN KAWAL SELIA
Cochlear tertakluk pada peraturan produk dan kualiti yang meluas. Dengan mematuhi peraturan ini, perniagaan yang dijalankan dapat berkembang maju kerana keselamatan pesakit dapat dipastikan dan prestasi produk dan
perkhidmatan kita juga dipertingkat. Semua Wakil Cochlear mesti mematuhi tatacara Cochlear apabila menjalankan tugas yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti.
Sila rujuk kepada Manual Kualiti Cochlear yang berkaitan.
3.7 PENGGUNAAN BAHASA DAN SUMBER DALAMAN
Wakil Cochlear mesti berhati-hati menggunakan bahasa, terutamanya dalam e-mel dan nota maklumat kerana ia boleh menggambarkan tingkah laku atau perjanjian yang tidak wajar. Wakil Cochlear hendaklah menganggap satu hari nanti maklumat tersebut menjadi awam dan pemeriksaan akan dijalankan. Dokumen yang mengandungi bahasa kurang menyenangkan dan tidak sesuai boleh menjadikan tingkah laku yang elok kelihatan mencurigakan.
Masa yang diluangkan untuk menulis dengan jelas dan berhati-hati menjadi satu usaha pematuhan yang penting untuk setiap Wakil Cochlear.
Wakil Cochlear tidak boleh menggunakan e-mel tanpa diminta untuk mempromosikan kepentingan peribadi Wakil Cochlear yang tidak berkaitan dengan Cochlear.
03 TINGKAH LAKU: REKOD
PERNIAGAAN DAN MAKLUMAT
Semua Wakil Cochlear mesti mematuhi tatacara Cochlear apabila menjalankan tugas
yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti.
20 MENGAMBIL BERAT
SEMUA PEOPLE AND DASAR PAKAR
PERHUBUNGAN PEKERJA SETEMPAT
DAN SEDUNIA
04 TINGKAH LAKU: DI TEMPAT KERJA
4.1 KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Cochlear komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat yang mematuhi semua undang- undang dan peraturan yang berkenaan.
Standard dan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dapat memastikan pekerja Cochlear, penasihat, kontraktor, pelanggan, pengunjung dan mana-mana individu lain yang dipengaruhi oleh tugas kita dilindungi secukupnya.
Cochlear tidak akan bertoleransi atau membiarkan sebarang bentuk keganasan, ancaman keganasan atau ugutan di mana-mana persekitaran kerja Cochlear. Cochlear tidak mengizinkan sebarang bentuk senjata dibawa atau disimpan di mana-mana harta Cochlear. Cochlear juga komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas dadah dan alkohol.
Wakil Cochlear mesti:
a. melaporkan keadaan tidak selamat atau berbahaya kepada pengurus atau penyelia mereka dengan segera;
b. mematuhi dasar dan tatacara kesihatan dan keselamatan tempat kerja setempat Cochlear yang berkenaan; dan c. mematuhi semua undang-undang dan peraturan
setempat yang berkenaan.
4.2 PERSEKITARAN KERJA YANG ADIL
Selain itu, kita semua bertanggungjawab untuk
menjadikan Cochlear tempat kerja yang adil dan inklusif yang menjadikan Wakil Cochlear berasa terlibat dan bersemangat.
Cochlear berbangga menjadi majikan yang menyediakan peluang yang sama kepada pekerjanya. Kita membuat keputusan berdasarkan merit, kelayakan, kemahiran, pencapaian dan sumbangan.
Kita tidak membezakan pekerja, pemohon, perunding atau kontraktor mengikut kaum, warna kulit, agama, negara asal, keadaan kurang upaya, jantina,umur, orientasi seksual, status veteran atau klasifikasi dilindungi undang- undang yang lain. Kita tidak bertoleransi atau membiarkan sebarang bentuk gangguan. Sebarang gangguan tersebut akan tertakluk pada tindakan disiplin, sehingga boleh diberhentikan kerja.
Wakil Cochlear hendaklah mengambil berat semua Dasar Pakar Perhubungan Pekerja setempat dan sedunia berkaitan tingkah laku di tempat kerja.
Kita semua bertanggungjawab untuk menjadikan Cochlear tempat kerja yang adil dan
inklusif.
05 GLOSARI
5.1 DEFINISI
APAC bermaksud Cochlear Asia Pacific.
CAM bermaksud Cochlear Americas.
CBAS bermaksud Cochlear Bone Anchored Solutions.
CLASA bermaksud Cochlear Latin America.
Cochlear atau Syarikat bermaksud Cochlear Limited ABN 96 002 618 073 dan setiap daripada entiti berkaitan.
Dasar Perhubungan Pelanggan bermaksud sebarang dasar sedia ada Cochlear yang memberi panduan kepada Wakil Cochlear apabila mengendalikan isu berkaitan pakar penjagaan kesihatan.
EMEA bermaksud Cochlear Europe, Middle East, Africa.
Harta Intelektual bermaksud idea, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pengetahuan, reka cipta, reka bentuk industri, hak cipta, paten, tanda dagangan, reka bentuk, rahsia perdagangan, kerja seni, imej, penulisan dan nama.
Konflik Kepentingan boleh timbul apabila aktiviti dan perhubungan peribadi Wakil Cochlear mengganggu atau kelihatan mengganggu keupayaan mereka untuk membuat keputusan objektif. Konflik kepentingan juga boleh wujud jika permintaan sebarang kepentingan luar menghalang keupayaan Wakil Cochlear untuk menjalankan tugas mereka atau menyebabkan mereka menggunakan sumber Cochlear untuk tujuan yang tiada kaitan dengan syarikat.
Maklumat Peribadi dan Sensitif bermaksud sebarang maklumat yang dipegang Cochlear berkaitan identiti individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, butiran perhubungan, tarikh lahir, serta butiran perubatan, rawatan atau rekod kesihatan seseorang.
Maklumat Rahsia Cochlear bermaksud semua maklumat yang diberikan kepada Wakil Cochlear oleh Cochlear, berkaitan dengan perniagaan, produk dan perkhidmatan Cochlear atau diperoleh atau dihasilkan oleh Wakil Cochlear semasa menjalankan tugas mereka untuk Cochlear dan maklumat ini tidak diketahui umum. Maklumat Rahsia ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a. maklumat yang terkandung dalam dokumen, perbincangan, perjumpaan atau mesyuarat, aktiviti
e. maklumat berkaitan dengan pembaikan produk, perkhidmatan, reka cipta dan Harta Intelektual sedia ada yang lain; dan
f. maklumat berkaitan dengan sebarang jenis produk, perkhidmatan, reka cipta dan Harta Intelektual baru yang lain, sama ada berdaftar atau tidak.
Manfaat bermaksud barangan yang mempunyai nilai sebenar atau yang dianggarkan, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) wang tunai atau kesamaan tunai (seperti baucar atau kad hadiah), hadiah daripada sebarang bentuk, pertolongan, hiburan, layanan mesra, derma, perkhidmatan dan ihsan lain.
Manual Kualiti Cochlear termasuk Manual Kualiti Cochlear Limited, Manual Kualiti APAC, Manual Kualiti Bone Anchored Solutions AB, Manual Kualiti Boulder dan Manual Kualiti CAM.
Program Pematuhan Cochlear bermaksud program dalaman yang dilaksanakan di Ibu Pejabat Sedunia
Cochlear dan di setiap rantau Cochlear untuk menimbulkan kesedaran, mendidik dan menyediakan latihan (mengikut kesesuaian) berhubung dengan standard tatakelakuan yang diinginkan oleh setiap pengarah, pegawai dan pekerja Cochlear dan untuk mewujudkan budaya pematuhan dalam organisasi Cochlear.
Rasuah bermaksud sebarang kelebihan, dorongan, ganjaran, bayaran atau Manfaat, yang menyalahi, yang ditawarkan, dijanjikan atau diberikan agar dapat mempengaruhi perhubungan atau keputusan perniagaan. Manfaat dalam konteks ini boleh terdiri daripada manfaat bukan wang dan/
atau bukan ketara, contohnya mengatur latihan amali untuk saudara kepada wakil kerajaan.
Suapan bermaksud apa-apa yang bernilai yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada pihak lain bagi tujuan mendapatkan atau memberikan rujukan atau pengesyoran untuk produk atau perkhidmatan.
Cochlear komited dalam menjalankan perniagaannya dengan adil, jujur dan mengikut
undang-undang di mana-mana sahaja kita beroperasi di seluruh dunia.
24
06 PERHUBUNGAN UTAMA
6.1 COCHLEAR LIMITED (IBU PEJABAT SEDUNIA)
1 University Avenue, Macquarie University, NSW, 2109, Australia
•
Tel: +61 2 9428 6555Group General Counsel and Company Secretary (Penasihat Undang-undang Kumpulan dan Setiausaha Syarikat) Ray Jarman
•
Tel: +61 2 9425 5239SVP People and Culture (Naib Presiden Kanan Pakar Perhubungan Pekerja)
Katharine McLennan
•
Tel: +61 2 9611 6990 Chief Privacy Officer (Ketua Pegawai Privasi) Stephen Bolinger•
Tel: +61 2 9611 6392Group Risk and Audit Manager (Pengurus Risiko dan Audit Kumpulan)
Ian Coffey
•
Tel: +61 2 9428 6265Intellectual Property Manager (Pengurus Harta Intelektual) Kenneth Oplinger
[email protected] atau
•
Tel: +61 2 9428 6561 Senior Managers (Pengurus Kanan)Chief Executive Officer & President (Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden) Dig Howitt
•
Tel: +61 2 9425 5205 Chief Financial Officer (Ketua Pegawai Kewangan) Brent Cubis•
Tel: +61 2 9611 6572 SVP Research & Development(Naib Presiden Kanan Kajian & Pembangunan) Jan Janssen
•
Tel: +61 2 9425 5318 SVP Sedunia Marketing(Naib Presiden Kanan Pemasaran Sedunia) Dean Phizacklea
•
Tel: +61 2 9611 6435 President Services (Perkhidmatan Presiden) Stu Sayers•
Tel: +61 2 9428 65556.2 COCHLEAR APAC
1 University Avenue, Macquarie University, NSW, 2109, Australia
•
Tel: +61 2 9428 6555Director, People and Culture, Legal and Compliance (Pengarah, Pakar Perhubungan Pekerja, Undang-undang dan Pematuhan)
Anna O’Shea
•
Tel: +61 2 8002 2875 Senior Managers (Pengurus Kanan) President Asia Pacific (Presiden Asia Pasifik) Anthony Bishop•
Tel: +61 2 9611 6609 Director of Finance (Pengarah Kewangan) Matthew Prior•
Tel: +61 2 9611 62666.3 COCHLEAR CAM
13059 E. Peakview Avenue
Centennial, CO 80111 US
•
Tel: +1 303 790 9010Vice President, People & Culture and General Counsel (Naib Presiden, Pakar Perhubungan Pekerja dan Penasihat Undang-undang)
Liza McKelvey
•
Tel: +1 303 264 2332 Deputy General Counsel and Privacy Officer(Timbalan Penasihat Undang-undang dan Pegawai Privasi) Ryan Hulslander
•
Tel: +1 303 264 2397 Senior Managers (Pengurus Kanan)President, Cochlear North America (Presiden, Cochlear Amerika Utara)
Tony Manna
•
Tel: +1 303 264 2166 Vice President, Finance (Naib Presiden, Kewangan) Alyson Hunter•
Tel: +1 303 264 2439 Vice President, Clinical, Quality and Regulatory (Naib Presiden, Klinikal, Kualiti dan Kawal Selia) Christine Menapace•
Tel: +1 303 264 2191Vice President, Customer Experience & Recipient Services (Naib Presiden, Perkhidmatan Pengalaman Pelanggan &
Penerima) Rene Courtney
•
Tel: +1 303 264 2199 Vice President, Marketing (Naib Presiden, Pemasaran) Patti Trautwein•
Tel: +1 303 264 23256.4 COCHLEAR CBAS
Konstruktionsvagen 14, Box 82
435 22 Molnlycke, Sweden
•
Tel: +46 31 792 44 00 Director of People & Culture(Pengarah Pakar Perhubungan Pekerja) Charlotta Ahlstrand
•
Tel: +46 31 792 46 75 Senior Managers (Pengurus Kanan)President Acoustics (Presiden Akustik) Rom Mendel
•
Tel: +46 31 792 44 54 Director of Finance (Pengarah Kewangan) Anna Anderström•
Tel: +46 31 792 45 486.5 COCHLEAR CLASA
International Business Park
Building 3835, Office 103, Panamà Pacifico Panamà, Republic of Panamà
•
Tel: +507 830 6220 People & Culture Manager(Pengurus Pakar Perhubungan Pekerja) Alina Espino
•
Tel: +507 830 6912President – Latin America (Presiden - Amerika Latin) Chris Bertrand
•
Tel: +507 830 6916 Director of Operations (Pengarah Operasi) David Aizpurua•
Tel: +507 830 69116.6 COCHLEAR TECHNOLOGY CENTRE
Schaliënhoevedreef 20 building i,
2800 Mechelen, Belgium
•
Tel: +32 15 79 55 11 People & Culture Generalist(Juruam Pakar Perhubungan Pekerja) Pauline Vandenbroecke
•
Tel: +32 15 79 56 29 Senior Managers (Pengurus Kanan)General Manager (Pengurus Besar) Carl Van Himbeeck
•
Tel: +32 15 79 55 486.7 COCHLEAR EMEA
Peter Merian-Weg 4,
CH-4052 Basel, Switzerland
•
Tel: +41 61 205 82 04 General Counsel EMEA and Latin America(Penasihat Undang-undang EMEA dan Amerika Latin) Sally Clarke
•
Tel: +44 1932 263 409 Associate General Counsel EMEA & CBAS(Penasihat Undang-undang Bersekutu EMEA & CBAS) Don Seeback
•
Tel: +44 1932 263 490 Head of People & Culture EMEA(Ketua Pakar Perhubungan Pekerja EMEA) Simone Wurzner
•
Tel: +41 61 205 82 19 Senior Managers (Pengurus Kanan) Regional President (Presiden Rantau) Richard Brook•
Tel: +41 61 205 82 00Head of Clinical, Technical, Research & Regulatory EMEA (Ketua Klinikal, Teknikal, Penyelidikan & Kawal Selia EMEA) Ernst von Wallenberg
•
Tel: +41 61 205 82 40 Head of Business Operations EMEA(Ketua Operasi Perniagaan EMEA) David Ashton
•
Tel: +44 1932 263 404 Head of Service Business EMEA(Ketua Perniagaan Perkhidmatan EMEA) Fabrice Rosenstiehl
•
Tel: +41 61 205 82 34 Head of Marketing EMEA (Ketua Pemasaran EMEA) Alecia Lennard•
Tel: +41 61 205 82 17Regional Director – Germany & Acoustic Implants EMEA (Pengarah Rantau – Jerman & Implan Akustik EMEA) Thomas Topp
•
Tel: +49 511 542 770 Regional Director – Central & Eastern Europe (Pengarah Rantau – Eropah Tengah & Timur) Thomas Koester•
Tel: +43 137 600 26 001 Regional Director – Western Europe(Pengarah Rantau – Eropah Barat) Peter Van Gerwen
•
Tel: +32 15 79 55 75 Regional Director – Middle East & Africa (Pengarah Rantau – Timur Tengah & Afrika) Brendan Murray•
Tel: +971 481 844 0707 KAWALAN VERSI
Penggunaan dasar Sedunia
Pelulus dasar Jawatankuasa Audit
Nama pemilik dasar Group General Counsel (Penasihat Undang-undang Kumpulan) Nama wakil dasar Senior Legal Counsel (Penasihat Undang-undang Kanan) Nombor versi dasar 2.0
Tarikh versi dasar 1 Julai 2017 Kitaran semakan dasar Tahunan
Dokumen Berkaitan
•
Anti-Bribery Policy Statement (Pernyataan Dasar Antirasuah)•
Cochlear Security Policy (Dasar Keselamatan Cochlear)•
Customer Relationship Policies (Dasar Perhubungan Pelanggan)•
Information Management Policy (Dasar Pengurusan Maklumat)•
Privacy Policies (Dasar Privasi)•
Global Procurement Policy (Dasar Perolehan Sedunia)•
Sanctions and Export Control Policy (Dasar Sekatan dan Kawalan Eksport)•
Trading Policy (Dasar Perdagangan)•
Whistleblower Protection Policy (Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat)Risiko Berkaitan
•
Risiko Kawal Selia•
Risiko Pematuhan•
Risiko Strategik•
Risiko Operasi•
Risiko Kewangan•
Risiko ReputasiD1235895 ISS2 Malay translation of D1235880 ISS2 NOV 17