• Tidak ada hasil yang ditemukan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN S (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN S (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Kelas: 4 Wawasan

2. Bilangan Pelajar: 25 Orang

3. Tarikh: 10/September/2014

4. Tempoh: 1 Jam (60 Minit)

5. Masa: 9.30- 10.30am.

6. Bidang: Menggambar.

7. Tajuk: Catan

8. Kemahiran/Tema: Buah-buahan.

9. Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid-murid pernah melihat hasil seni yang menggunakan teknik catan.

ii. Murid pernah mewarna, tetapi bukan menggunakan teknik catan.

iii. Murid mengetahui pelbagai jenis buah-buahan. 10. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, semua murid dapat:

i. Mengetahui teknik asas dalam menghasilkan catan. ii. Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan

(basah atas kering) mengikut tema yang telah ditetapkan.

11. Kemahiran Berfikir: Kritis: Mencirikan dan mengelaskan bahan dan alatan. Kreatif: Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan mengikut kreativiti masing-masing selari dengan tema yang ditetapkan.

12. Penerapan Nilai: Kreatif, inovasi dan ketekunan.

13. Bahan Bantu Mengajar: Video (Pengenalan catan dan langkah penghasilan catan basah atas kering), slaid power-point, contoh hasil kerja, Projektor dan LCD.

14. Keperluan: Alatan: Berus lukisan pelbagai saiz, palet. Bahan: Warna air, kertas lukisan.

Rujukan: Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual dan internet. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah PSV.

PELAKSANAAN:

LANGKAH/ FASA MASA (MINIT)

ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

(2)

Set Induksi (5 Minit)

Pengenalan kepada Catan.

pengenalan catan kepada murid-murid.

2. Guru meminta murid menumpukan perhatian kepada tayangan video. 3. Guru mengajukan soalan

berkaitan video yang ditayangkan kepada murid. Contoh Soalan:

Bahan bantu mengajar:

i. Video pengenalan catan.

Teknik Pengajaran: i. Soal jawab berkaitan video yang ditayangkan. Penyampaian: Langkah 1 (15 Minit) Perkaitan Alat, bahan dan teknik.

Aras 1:

1. Guru munyuruh murid menyenaraikan bahan dan alat yang diperlukan untuk menghasilkan catan dan kemudian kelaskan samada ianya adalah bahan ataupun alatan.

2. Guru menayangkan

persembahan slaid (konsep, bahan dan teknik catan) menggunakan projektor. 3. Guru menunjukkan contoh

gambar yang menggunakan teknik catan kepada murid.

Kemahiran berfikir: Kritis- Menyenarai dan mengelaskan peralatan dan bahan. Teknik Mengajar: Penerangan melalui persembahan slaid. Bahan bantu Mengajar: i. Slaid (powerpoint) – Lampiran 1 ii. Contoh hasil i. Berdasarkan video

yang ditayangkan tadi, apakah teknik yang digunakan? ii. Sebutkan

teknik-teknik untuk

(3)

catan.- Lampiran 2 Langkah 2 (10 minit) Mempelajari proses menghasikan catan. Aktiviti:

1. Menonton video proses penghasilan catan menggunakan teknik basah atas kering.

2. Penerangan secara verbal langkah demi langkah.

Aras 2:

1. Guru memainkan video proses untuk menghasilkan catan menggunakan teknik basah atas kering.

2. Guru menerangkan proses mengaplikasi teknik catan secara verbal.

Bahan Bantu Mengajar: i. Video (Proses menghasilkan catan). iii. LCD. iv. Projektor. Teknik Mengajar: - Penerangan secara lisan. - Video. Langkah 3 (25 Minit) Menghasilkan catan mengikut tema ditetapkan. Aras 3:

1. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada murid. 2. Guru menyuruh murid

mengeluarkan alat dan bahan.

3. Murid-murid diarahkan untuk menghasilkan karya seni dengan mengaplikasi teknik catan basah atas kering mengikut tema yang telah ditetapkan (buah-buahan).

4. Murid membuat tugasan yang diberikan. Keperluan: Alat: - Palet. - Berus pelbagai saiz. Bahan:

- Kertas lukisan - Warna air.

(4)

Langkah 4 (5 Minit)

Apresiasi dan refleksi.

1. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk tampil kehadapan dan menunjukkan hasil kerja kepada rakan lain 2. Guru membuat refleksi

pembelajaran hari ini. 3. Guru mempamerkan hasil

catan pelajar di sudut PSV .

Kemahiran pelbagai: Interpersonal Visual- Linguistik

LAMPIRAN 2: CONTOH HASIL CATAN

(5)
(6)
(7)

Refleksi:

Pada semester ini, kami telah diarahkan untuk mencipta satu rancangan pengajaran harian (RPH). Dalam rancangan pengajaran selama satu jam ini, saya telah memiih bidang menggambar untuk diajarkan kepada murid-murid tahun 3. Tajuk yang akan saya ajarkan ialah catan dimana diakhir pelajaran ini, murid akan mengaplikasi teknik catan basah atas kering mengikut tema yang telah ditetapkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan pengajaran? (Paul R. Burden & David M. Byrd, 1999) merujuk rancangan perangajaran sebagai sebuah keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran.

(8)

dan efisyen. Sebagai seorang guru yang efektif, kita haruslah membuat perancangan terlebih awal sebelum masuk ke dalam kelas, kerana sekiranya tiada perancangan, sudah pasti kelas akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar. Dimana guru akan kurang berkeyakinan diri apabila mengajar manakala murid pula akan hilang minat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa rancangan harian ini dapat mengelakkan guru daripada tersimpang keluar daripada tajuk dalam menyampaikan apa yang ingin diajarkan. Sebagai implikasinya, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat dicapai. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat membantu guru untuk memilih dan menetapkan kaedah dan teknik pengajaran manakah yang sesuai untuk digunakan berdasarkan perancagan aktiviti yang dibuat. Ianya saya rasakan amat membantu, kerana jika guru tidak merancang aktiviti pengajaran yang akan diajarkan sudah pasti nantinya guru akan terkial-kial yang akan mengganggu gugat proses pembelajaran daripada berjalan lancar. Selain daripada itu, dengan adanya rancangan pengajaran juga, guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar yang akan digunakan kelak. Guru perlulah berfikir secara kreatif untuk menyediakan bahan pengajaran kerana jika guru gagal berbuat sedemikan, murid akan mudah merasa bosan. Bukan itu sahaja, interaksi antara murid dengan guru, murid dengan bahan juga akan berkurangan yang mengakibatkan suasana pembelajaran menjadi hambar.

(9)

Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari bahawa tugas seorang guru bukan satu tugasan yang mudah. Walaupun selalu dipandang enteng, namun sebenarnya seorang guru menggalas tanggungjawab yang amat besar. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari betapa pentingnya untuk membuat perancangan pembelajaran sebelum masuk mengajar didalam kelas. Baru sekarang saya memahami , mengapa seorang guru pelatih dibimbing dan diajar mereka rancangan pengajaran harian semasa dalam latihan mengajar. Hal yang demikian bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan juga sebagai persediaan apabila bergelar guru kelak. Nantinya kami tidaklah terkial-kial apabila disuruh menghasilkan rancangan pengajaran dimasa akan datang.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kekangan pada awalnya namun saya bersyukur kerana saya dapat melaksanakan tugasan ini sebelum arikh yang ditetapkan. Pada mulanya, saya agak berasa tertekan kerana selama ini kami guru pelatih Opsyen TESL didedahkan dengan cara merancang pengajaran menggunakan format lain, namun apabia melihat contoh format rancangan pengajaran Pendidikan Seni, format yang digunakan adalah berbeza, istilah-istilahnya juga berbeza. Saya merasa agak keliru pada awalnya dan hal ini tealh menyebabkan saya meletakkan tugasan ini sebagai tugasan yang paling akhir untuk saya siapkan. Namun saya menyesal kerana tindakan itu adalah salah dan tidak wajar. Saya akhirnya telah memutuskan untuk berjumpa dengan pensyarah subjek dan juga beberapa orang senior utnuk mendapatkan bimbingan untuk menyediakan rancangan pengajaran ini. Saya merasa amat gembira ketika menghasilkan tugasan ini dan saya merasa tidak sabar untuk masuk mengajar didalam kelas menggunakan rancangan pengajaran saya ini.

(10)

apabila mengajar kelak. Buku skrap yang dihasilkan bolehlah dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mengajar nanti.

Selain daripada itu, tugasan ini juga menguji daya kreativiti kami sebagai guru pelatih. Ini menunjukkan bahawa, guru haruslah mempunyai kebolehan yang lain dan harus mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tugasan ini juga memberikan peluang kepada guru pelatih untuk terus mencuba pelbagai teknik-teknik seni yang belum pernah diaplikasikan sebelum ini. Terdapat banyak teknik seni yang ternyata selama ini tidak pernah saya ketahui apa lagi mengaplikasikannya dalam menghasokan karya seni.

Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan refleksi saya, saya ingin menekankan bahawa seorang guru haruslah meluangkan masa merancang aktiviti pembelajaran sebelum memulakan pembelajaran didalam kelas kerana banyak faedah yang boleh didapai jika guru merancang pembelajaran dengan lebih awal. Saya berharap segala ilmu pengetahuan baru yang saya pelajari semasa melaksanakan tugasan ini boleh membantu saya didalam proses pengajaran apabila saya bergelar guru kelak. Saya juga berharap pada masa akan datang, saya dapat memperbaiki segala kelemahan diri semasa melaksanakan tugasan ini.

Rujukan:

Ilmu Pendidikan. (2012, October 7). Retrieved September 10, 2014, from Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian:

http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kepentingan-rancangan-pengajaran-harian.html

 Paul R. Burden & David M. Byrd. (1999). Method for Effective Teaching. Allyn and Bacon.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. (2000). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(11)

Gambar

gambar yang menggunakan

Referensi

Dokumen terkait

Murid melihat contoh motif flora teknik resis yang telah guru hasilkan.. Murid melihat demonstrasi oleh

Murid menzahirkan idea yang kreatif dan inovasi dalam menghasilkan karya lukisan dengan mengaplikasikan bahasa seni media, proses dan teknik..

Murid melihat objek pembelajaran yang telah disediakan oleh guru berkaitan dengan tugas-tugas Rasul. Setiap kumpulan dibekalkan satu kad imbasan yang mengandungi

Larian pertama, apabila guru meniup wisel, pelari pertama yang berada di hadapan barisan akan membuat larian di laluan lurus ke arah gelung.. Kemudian, lakukan larian selekoh

Seni Visual SMK (L) Methodist