• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA

Proses pembinaan negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Begitu juga kisahnya dengan pembinaan atau pembentukan negara yang menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran serta penuh dengan kesulitan. Jelaslah kepada kita bahawa proses dalam mencapai kemerdekaan merupakan suatu yang amat sukar dicapai. Merdeka bermaksud membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Merdeka juga bermaksud mendapat kembali hak yang dirampas, namun begitu berbeza dengan Malaysia kerana negara kita perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah supaya diagih secara adil antara kumpulan kaum akibat dasar Bitish pada masa yang lepas.

(2)

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada tahun 1887 pihak British yang menjajah Tanah Melayu pernah mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Brunei. Namun, cadangan ini tidak mendapat sokongan kerana British bertujuan semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka di kawasan rantau ini. Pada akhir abad ke-19, konsep penggabungan ini menjadi matlamat nasionalis Melayu iaitu gagasan ‘Melayu Raya’. Usul pembentukan Persekutuan Malaysia telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dalam satu ucapan penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Gagasan Malaysia ini akan mangeratkan lagi kerjasama politik dan ekonomi di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Dalam satu sidang media di Singapura, Tunku Abdul Rahman menegaskan usul beliau itu, sebagai sebuah negara yang berdaulat, Persekutuan Tanah Melayu hari ini sedar bahawa ia tidak boleh berdiri sendirian dan berasingan. Oleh itu, adalah penting kerjasama daripada pihak British dan negeri-negeri berkenaan. Pada peringkat awal pembentukan Persekutuan Malaysia, masyarakat Persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan kemasukan Singapura. Singapura akan cuba menguasai Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dilakukan di bawah sistem sebelum perang.

Jumlah pengundi Singapura seramai 625 000 yang terdiri daripada keturunan Cina, merupakan satu kekuatan dan imbangan perpaduan orang Cina untuk menentang orang Melayu. Pulau ini merupakan pusat pergolakan dan rusuhan puak sayap kiri yang memberi peluang kepada pihak komunis untuk pengaruh mereka dan mencetuskan huru-hara. Keadaan ini menyebabkan zaman darurat berpanjangan dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

(3)

itu dalam Persekutuan Malaysia akan memberi satu jalan keluar bagi Singapura merdeka barasingan.

Cadangan Singapura untuk bercantum menyebabkan satu perpecahan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Lee Kuan Yew yang merupakan pemimpin PAP menyahut cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membawa Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Bagi Singapura, penggabungan ini akan menyebabkan Singapura berkembang pesat sebagai sebuah pusat perniagaan dan perdagangan terkemuka. Ketika itu, krisis yang dihadapi oleh PAP semakin meruncing akibat desakan golongan sayap kiri.

Dengan penggabungan ini, Singapura tidak perlu bimbang mengenai keselamatan dalam negeri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan sebarang ancaman akan dapat dikawal. Kedudukan ini akan memberi peluang kapada Lee Kuan Yew untuk mengukuhkan kedudukan parti beliau. Hakikatnya ini merupakan jalan untuk menyelamatkan parti PAP. Parti Buruh Singapura bersetuju Singapura menyertai penggabungan itu walaupun ianya rumit untuk dilaksanakan, namun penggabungan itu tersebut amat penting.

Di Sabah, parti yang menyokong penggabungan tersebut ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) manakala parti yang menentang ialah Pasok Momogun. Selain itu, Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan penggabungan tersebut tetapi mereka mahu Sabah mempunyai kerajaan mereka sendiri .

Di Sarawak, parti-parti politik wujud sebelum Gagasan Malaysia diumumkan. - Parti yang menentang ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dianggotai oleh Kaum Iban. Akhirnya parti-parti ini bersetuju dengan menyertai penggabungan dengan syarat diberi pemerintahan sendiri. Penggabungan ini berjaya pada tahun 1963 oleh Persekutuan Tanah Meleyu (Malaya), Singapura, Sabah dan Sarawak.

(4)

FAKTOR- FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA Mencantum kembali alam Melayu

Kawasan yang dinamakan alam Melayu atau gugusan Kepulauan Melayu sebenarnya mangalami proses sejarah dan pengaruh kebudayaan yang sama. Konsep kebudayaan Melayu dikatakan telah bermula sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi. Alam Melayu telah digabungkan oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, dan Melaka hingga terkenal dan masyhur. Kawasan ini telah menjadi tumpuan perdagangan antara Timur dengan Barat dan pusat penyebaran agama Islam. Tetapi sejak kedatangan penjajah Eropah pada tahun 1511 dan dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, maka bermulalah proses pemisahan antara negeri-negeri Melayu dengan alam Melayu secara baransur-ansur dan kemuncaknya ialah dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Kedua-dua pihak Inggeris dan Belanda telah mengenepikan kebudayaan yang wujud antara Sumatera dan semenanjung selama beberapa abad dan bersetuju membahagikan dua alam melayu di Selat Melaka. Dengan berbuat demikian mereka memisahkan buat selama-lamanya Empayar Johor-Riau dan kesatuan kebudayaan pantai timur sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Pergolakan Politik di Singapura

(5)

kalangan buruh, yang mana akan memberi peluang pihak komunis mengambil kesempatan memperluaskan pengaruh Malaysia.

Pada masa itu, kerajaan British telah merancang menggubal perlembagaan baru Singapura pada tahun 1963 bagi membolehkan Singapura menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian akan diadakan satu pilihan raya. Dikatakan jika pilihan raya diadakan, besar kemungkinan puak berhaluan kiri dapat mengalahkan PAP dan akan berkuasa di Singapura. Keadaan politik di Singapura semakin bertambah buruk apabila berlaku krisis dalam PAP antara pucuk pimpinan parti dengan puak berhaluan kiri, kemuncak krisis ini membawa kepada kekalahan PAP dalam dua pilihan raya yang diadakan iaitu pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim pada 21 April 1961,calon PAP iaitu Jek Yuen Thong telah dikalahkan oleh calon bebas, Ong Eng Guan yang mana merupakan bekas datuk bandar Singapura dan menteri pembangunan negara dalam kerajaan PAP dengan majoriti sebanyak 4927 undi.

Selepas pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim, PAP berhadapan pula dengan satu pilihan raya kecil iaitu bagi kawasan Anson, pilihan raya ini terpaksa diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAP bagi kawasan tersebut iaitu Baharudin bin Mohd Ariff .Kerajaan PAP amat mengharapkan kemenangan dalam pilihan raya kecil supaya dapat memulihkan keyakinan para pengundi terhadap kepimpinan parti. Tetapi keputusan yang diterima amat mengecewakan kerana calon PAP iaitu Mahmud bin Awang telah kalah kepada calon Workers Party iaitu David Marshall. Kekalahan ini bukan sahaja mengejutkan Lee Kuan Yew tetapi juga Tunku Abdul Rahman.

(6)

pemimpin puak kiri menyebabkan Tunku berasa risau kemungkinan Singapura akan mencapai kemerdekaan sebagai sebuah wilayah komunis. Tambahan pula,dikhuatiri gerakan komunis di Tanah Melayu mungkin memperoleh sokongan daripada Singapura.Prospek sebuah kerajaan komunis perlu dielakkan sama sekali. Keputusan pilihan raya ini menguatkan lagi keazaman Tunku untuk meneruskan rancangan menubuhkan Malaysia. Oleh itu, diyakini bahawa percantuman singapura dengan Tanah Melayu dapat membantu serta mengatasi masalah tersebut.

Ketidakseimbangan Kaum

Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu mampu menyekat kegiatan golongan berhaluan kiri dan membendung pengaruh anasir komunis tetapi timbul pula persoalan tentang keseimbangan kaum. Hal ini kerana dikhuatiri sekiranya Tanah Melayu bercantum dengan Singapura akan berlaku ketidakseimbangan kaum kerana hasil daripada penyatuan tersebut akan mengakibatkan jumlah orang Melayu diatasi oleh orang Cina yang mana bilangan penduduk Cina akan menjadi 43.5 peratus berbanding dengan penduduk Melayu yang berjumlah 43.0 peratus daripada keseluruhan panduduk Tanah Melayu dan Singapura. Ini dapat dilihat dalam Jadual 10.3 yang menunjukkan jumlah dan peratusan penduduk di Tanah Melayu dan Singapura menurut bancian pada tahun 1957:

Jadual 10.1 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu dan Singapura.

(7)

Berdasarkan jadual tersebut, penduduk Cina di negeri Singapura melebihi penduduk-penduduk Cina di negeri Melayu, ini akan menyebabkan keunggulan orang Melayu akan tercabar. Namun masalah ini dapat diatasi dengan kemasukan negeri-negeri di wilayah Borneo. Ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 10.2

Jadual 10.2 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu, Singapura dan Wilayah Borneo (Sabah,Sarawak dan Brunei) sumber: James Ongkili; Nation Building in Malaysia 1946-1974

Merujuk Jadual 10.2, kemasukan negeri wilayah Borneo akan dapat mengimbangi jumlah penduduk Melayu seterusnya dapat menghindari masalah perkauman.

Pada awalnya, wilayah Borneo tidak berhasrat untuk menyertai persekutuan kerana bimbang dengan masa depan yang belum dijamin. Bagi menyelesaikan masalah ini, Tunku telah bersetuju memberi beberapa konsesi kepada mereka,antaranya:

 Negara tersebut akan diberi kuasa atas imegresen termasuk mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.

Kaum/ wilayah Melayu dan Bumiputera

Cina Lain-lain Jumlah

Tanah Melayu dan Singapura

3 322 534 3 423 351 977 802 7 724 687

Borneo 872 853 355 491 54 383 1 282 727

Jumlah 4195387 (46.6%)

3779842 (41.9%)

1032185 (11.5%)

(8)

 Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris akan tetap digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehinggalah Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.

 Agama Islam akan menjadi agama rasmi namun agama lain masih boleh dikembangkan .

 Rakyat dari negeri tersebut boleh menikmati hak-hak istimewa seperti mana yang dinikmati oleh orang Tanah Melayu.

 Peraturan-peraturan kewangan akan ditubuhkan bagi menjamin dana persekutuan untuk pembangunan ekonomi.

 Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga terdapat pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

Mempercepatkan kemerdekaan

Penubuhan Malaysia sememangnya boleh menolong mempercepatkan kemerdekaan kepada negeri-negeri Borneo dan Singapura kerana jika dilihat dari sejarah latar belakang negara tersebut, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu di bawah pemerintahan British. Tambahan pula, negeri-negeri Borneo mempunyai kaitan hubungan politik dan ekonomi semasa di bawah penjajahan British.

(9)

Hal ini kerana, sekiranya negara Borneo cuba mencapai kemerdekaan secara bersendirian, besar kemungkinan kemerdekaan sukar dicapai. Dasar luar Tanah Melayu semestinya inigin membantu kemerdekaan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman penjajah. Tanah Melayu ingin mengecapi kemerdekaan bersama seluruh jirannya, hal ini demikian kerana ia dapat membantu mewujudkan suasana aman dan harmoni juga bebas di wilayah Asia Tenggara ini.

Menghapuskan Penjajahan British

Kemasukan wilayah-wilayah Borneo ke dalam gagasan Malaysia merupakan jalan terbaik bagi menghapuskan kesan-kesan penjajahan British di Asia Tenggara. Britain berasa tergugat dengan usul Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru penamatan penjajahan di seluruh dunia. Oleh itu, British harus menarik diri secara terhormat bagi mengekalkan perasaan muhibah dan persahabatan dengan negara-negara yang pernah diperintahnya. Apabila Singapura dapat mencapai kemerdekaan, besar kemungkinan ia akan dapat menghalang Britain daripada mengekalkan pangkalan-pangkalannya di situ.

Penyertaan Borneo dalam Malaysia

Wilayah-wilayah Borneo: Suatu pengambil alihan komunis

(10)

Mereka telah dibantu dan disokong oleh Sarawak Advanced Youth Association (SAYA) yang mana akhirnya membentuk Pertubuhan Sulit Komunis Clandestine Communist Organization (CCO) pertubuhan ini berasaskan Marxist-Lenism dan ajaran Mao Tse Tung. CCO diwujudkan untuk menggulingkan kerajaan Sarawak dengan alasan ingin mendapatkan kebebasan daripada pemerintahan imperialis British dan ingin menggantikan sebuah negara komunis. Kebanyakan anggota CCO terdiri daripada masyarakat Cina yang majoritinya pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Cina.

CCO menyokong secara aktif penubuhan parti politik Sarawak yang terbesar dan tertua iaitu Sarawak United People's Party (SUPP) pada tahun 1959. Sokongan yang diberikan itu sebenarnya mempunyai motif tersendiri iaitu bagi memajukan rancangan mereka. Maka CCO telah berusaha menguasai pergerakan buruh serta menindoktrinasikan sekolah-sekolah Cina. Kemungkinan besar CCO juga akan menguasai Sabah dan Brunei yang mana tidak pernah dipengaruhi oleh gerakan subversif komunis.

Hal ini menyebabkan kerajaan Tanah Melayu berasa bimbang, maka jalan terbaik yang difikirkan ialah dengan menarik masuk wilayah-wilayah tersebut menyertai Tanah Melayu dan supaya dapat membina satu pertahanan yang kukuh untuk menghadapi komunisme.

Great Britain

Kesedaran tidak dapat menjajah selama-lamanya.

(11)

nasib rakyat. Berdasarkan kepada ketetapan yang dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu, maka jelaslah bahawa sudah tiba masanya Britain terpaksa memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya.

Dari sudut pandangan Britain, walaupun Singapura telah mencapai taraf pemerintahan sendiri dalam negara pada tahun 1959, lama kelamaan ia akan menuntut kemerdekaan yang sepenuhnya juga. Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Brunei, pihak Britain berasa tidak yakin yang wilayah ini telah bersedia untuk merdeka dan berdikari terhadap aspek ekonomi dan politik. Justeru itu, Britain berpendapat bahawa dengan berlakunya penubuhan Malaysia, ia merupakan satu jalan keluar yang terbaik untuk melepaskan tanggungjawabnya terhadap tanah jajahan. Tambahan lagi, Britain berpendapat bahawa Malaysia merupakan satu unit persekutuan yang besar di mana penubuhannya akan dapat menentang pengaruh komunis yang semakin menular di Asia Tenggara.

Memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak

Penduduk di Sabah Sarawak, terutama kaum peribumi telah lama diabaikan sejak kedua-dua negeri tersebut berada di bawah pemerintahan British. Mereka tidak mendapat layanan yang sewajarnya sebagai penduduk asal negeri tersebut. Sebaliknya orang luar yang datang ke negeri tersebut mendapat kedudukan dan layanan yang lebih istimewa. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan jawatan penting dipegang oleh orang luar ini kerana tidak ramai kaum peribumi mendapat pendidikan yang tinggi.

(12)

Kemajuan Ekonomi

Di samping itu, faktor lain ialah daripada aspek ekonomi. Tunku Abdul Rahman telah berpendapat bahawa lima buah negeri yang akan membentuk Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan kerana kesemuanya pernah diperintah oleh British. Di mana, struktur kerajaannya agak serupa dan terdapat persamaan-persamaan dalam kebudayaan dan kedudukan kaum. Oleh itu, apabila negeri-negeri tersebut bersatu maka ia akan membawa kepada kemajuan ekonomi yang lebih pesat. Tambahan lagi, Tanah Melayu mempunyai ekonomi yang stabil dan kaya dengan bahan mentah, kemasukan Singapura merupakan satu rahmat bagi mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya.

Dalam sudut pandangan yang lain, penggabungan dengan Malaysia memastikan prospek kestabilan politik dan sebuah pasaran boleh menarik kemasukan pelabur asing. Tanpa pencantuman ini, Persekutuan Tanah Melayu akan bersaing dengan Singapura bagi modal industri dan perkembangan industri. Oleh itu, pencantuman ini mempunyai suatu asas ekonomi dan politik yang kuat. Semua negeri akan menyatukan penduduknya dan menjurus kepada kemajuan ekonomi yang lebih pesat membangun.

Pertahanan

(13)

ekonomi di tanah melayu serta mempunyai perjanjian pertahanan di Singapura dan Tanah Melayu di mana soal pertahanan akan dapat dibincangkan bersama.

Mengeratkan hubungan sedia ada

(14)

CABARAN-CABARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Proses pembentukan dan penubuhan Malaysia menghadapi beberapa cabaran dari dalam dan juga luar negeri. Antara cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha gigih dalam menubuhkan Malaysia ialah tentangan dari negara-negara jiran Persekutuan Tanah Melayu seperti Indonesia, Filipina dan Brunei. Terdapat tuduhan-tuduhan yang menyatakan penubuhan Malaysia adalah suatu cara baru penjajahan British. Filipina dan Indonesia menentang pembentukan Malaysia daripada awal lagi idea ini dicetuskan. Filipina memprotes pembentukan Malaysia manakala Indonesia cuba menghalang pembentukan Malaysia dan memusuhi Malaysia setelah Malaysia ditubuhkan.

Brunei

Pada asalnya, Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau membentuk suruhanjaya untuk membuat tinjauan ke atas reaksi dan sikap rakyat Brunei mengenai pembentukan Malaysia ketika Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak. Sebahagian besar rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan Brunei ke dalam Malaysia. Sikap ini berpunca dari pengaruh Parti Rakyat Brunei yang telah menang 15 kerusi dalam Majlis Mesyuarat Undangan Brunei. Parti ini menentang penyertaan Brunei dalam Gagasan Malaysia kerana Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh Syeikh A.M Azahari inginkan sebuah persekutuan Borneo yang dinamakan Kerajaan Kalimantan Utara. Kerajaan ini akan diperintah oleh Sultan Brunei sendiri dan akan dianggotai oleh negara Brunei, Sabah dan Sarawak.

(15)

keputusan mengenai gagasan Malaysia. A.M Azahari dan penyokong-penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan Indonesia dan Filipina. Pemberontakan ini yang berlaku pada 7 Disember 1962 telah berjaya dipatahkan oleh tentera British dan A.M Azahari yang bersembunyi di Manila tidak berjaya ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia. Sultan Brunei menyedari bahawa besar kemungkinan pemberontakan akan terus berlaku jika Brunei masuk ke dalam Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Brunei membuat keputusan tidak menyertai gagasan ini.

Filipina

Presiden Diosdao Macapagal telah mendakwa sejak awal tahun 1962 lagi bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina dan merupakan warisan Sultan Sulu. Tetapi tuntutan itu tidak diteruskan sehingga pertengahan tahun 1962. Menurut mereka, penyerahan wilayah Borneo Utara daripada Kesultanan Sulu pada tahun 1778 telah dibuat dalam bentuk pajakan dan bukannya jualan. Hal ini dibuktikan oleh pihak mereka dengan pembayaran tetap tahunan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara kepada Sultan Sulu dan pewaris-pewarisnya sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran pajakan dan bukannya bayaran ganti rugi penyerahan. Tanah Melayu mengambil sikap berdamai tetapi tidak berhajat untuk mengembalikan Sabah atau membiarkan isu tuntutan itu menghalang pembentukan Malaysia.

(16)

penyerahan itu sebagai penyerahan hak dan kedaulatan kerana dalam penyerahan itu dinyatakan, antaranya:

“……… all the territories and lands on the mainland of the island of Borneo, commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending along the whole coast as far as the Sibuco River……..declared vested on the said Baron de Overbeck and Alfred Dent co-jointly their heirs, associates, successors, or assigns for as long as they choose or desire to hold them.’’

Idea pembentukan Malaysia yang bakal memasukkan Sabah ke dalam Malaysia menyukarkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Di samping itu, walaupun rakyat Sabah bersetuju dengan pembentukan Malaysia seperti yang terbukti melalui rombongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, namun Filipina tetap membantah keputusan itu.

Untuk kepentingan bersama, kedua-dua belah pihak telah bersetuju mengadakan rundingan di London dari 28 Januari hingga 1 Februari 1963. Rundingan tersebut gagal mencapai matlamat kerana British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh itu, Filipina kemudiannya menuduh rancangan Malaysia sebagai usaha British untuk menjalankan penjajahan dalam bentuk baru. Pada bulan Jun 1966, Filipina telah mengiktiraf pembentukan Malaysia. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua buah negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia).

Indonesia

(17)

tersebut dengan menggelarnya berunsur penjajahan. Antara sebab-sebab Presiden Sukarno bertindak menentang penubuhan Malaysia adalah kerana beliau mendakwa Indonesia tidak dirundingi dahulu walaupun Indonesia merupakan negara besar yang berjiran dengan Malaysia. Sukarno juga mendakwa Malaysia merupakan suatu bentuk struktur politik yang akan menyisihkan kepentingan Indonesia dan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu. Selain itu, Indonesia berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang bakal mengancam Indonesia. Soekarno juga dikatakan melancarkan dasar konfrontasi itu sebagai satu taktik untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang masalah dalaman Indonesia.

Pendapat yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Pada 20 Januari 1963, Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep “Ganyang Malaysia” telah diumumkan oleh Dr Subandrio. “Ganyang Malaysia” ialah Dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia dan antara tindakan Indonesia termasuklah menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara sulit. Pada perigkat awal, telah berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan ruang udara Tanah Melayu tetapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan. Tetapi, setelah tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia menerusi Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia tidak mendiamkan diri dan bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. Di samping itu, Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. Seterusnya, Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, hasrat Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini bakal menggugat Indonesia sendiri.

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Pemanfaatan teknologi VPN dengan menggunakan protokol PPTP ini juga pernah diimplementasikan oleh mahasiswa dari program Studi Teknik Informatika Stimik Provisi yang

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi yaitu penyakit yang ditimbulkan karena tekanan darah di atas normal (140/90 mm Hg).. Hipertensi disebabkan oleh

16 Desmita, Op.Cit, hlm. Santrock, Op.Cit ,hlm.. Attachment adalah suatau hubungan yang psikologis yang diskriminatif dan spesifik serta mengikat seseorang dengan

Gangguan mobilitas sendi, fungsi motor, kinerja otot dan ROM yang berkaitan dengan.. Cedera

 Akan tetapi meskipun tidak ada gejala yang muncul, virus hepatitis B dapat merusak hati secara diam-diam selama bertahun-tahun.  Oleh karena itu PENTING bagi

Belajar akan lebih berhasil apabila sesuai dengan minat dan kebutuhannya. Cita-cita tentang jenis pekerjaan di masa datang merupakan faktor penting yang

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, atas berkat, rahmat dan karunia-Nya, sehingga laporan Tugas Akhir yang berjudul “Perancangan Sistem

sikap dan prilaku individu dan kelompok dalam organisasi, yang berkenaan dengan studi yang sistematis tentang sikap dan perilaku, baik ayng menyangkut pribadi maupun antar