• Tidak ada hasil yang ditemukan

dsp bahasa melayu ting 2 6 feb 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "dsp bahasa melayu ting 2 6 feb 2013"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

BAHASA MELAYU

(2)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

(3)

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

(4)

TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

(5)

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

2 TAHU DAN FAHAM

(6)

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.

(7)

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU

Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan

berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan

hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk

memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan

maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

(8)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

(9)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B1 DL1

Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah.

B1 DB1

Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

B1 DT1

Menulis ayat yang lengkap.

B1 DL1 E1

Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami.

B1 DB1 E1

Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutandan intonasi yang sesuai.

B1 DT1 E1

(10)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B2 DL1

Mendengar dan memberikan respons secara lisan tentang sesuatu isu.

B2 DB1

Membaca perenggan dan memahami maksud rangkai kata mengikut konteks.

B2 DT1

Menulis pelbagai jenis ayat.

B2 DL1 E1

Memberikan respons tentang perkara yang didengar secara spontan.

B2 DB1 E1

Memberikan maksud rangkai kata yang sesuai mengikut konteks.

B2 DT1 E1

Mengenal pasti pelbagai jenis ayat. (Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seru, Ayat perintah)

B2 DT1 E2

(11)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B3 DL1

Berbincang tentang sesuatu tajuk yang telah ditetapkan.

B3 DB1

Membaca dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.

B3 DT1

Menulis perenggan yang lengkap.

B3 DL1 E1

Mengemukakan pendapat berdasarkan tajuk yang diberikan.

B3 DL1 E2

Bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan tajuk yang diberikan.

B3 DB1 E1

Menyatakan maksud tersurat yang betul daripada bahan yang dibaca.

B3 DB1 E2

Menyatakan maksud tersirat yang sesuai daripada bahan yang dibaca.

B3 DT1 E1

Menulis ayat topik yang sesuai. B3 DT1 E2

Menulis ayat huraian untuk

(12)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B4 DL1

Berbincang tentang sesuatu perkara secara beradab.

B4 DB1

Membaca dan memindahkan maklumat dalam bentuk lain.

B4 DT1

Menulis perenggan yang koheren dan kohesi.

B4 DL1 E1

Memberikan pandangan yang rasional dalam perbincangan.

B4 DL1 E2

Menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai semasa berbincang.

B4 DB1 E1

Menukarkan maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan yang dibaca kepada bentuk grafik atau sebaliknya dengan lengkap.

B4 DT1 E1

(13)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B5 DL1

Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan.

B5 DB1

Membaca dan menghubungkaitkan maklumat.

B5 DT1

Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap.

B5 DL1 E1

Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah.

B5 DL1 E2

Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam perbincangan.

B5 DB 1 E1

Menyatakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan yang dibaca.

B5 DB 1 E2

Menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain.

B5 DT1 E1

Menghasilkan karya kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.

B5 DT1 E2

(14)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B6 DL1

Mempertimbangkan pelbagai pendapat secara rasional.

B6 DB1

Membaca dan merumuskan maklumat dengan alasan yang dapat diterima.

B6 DT1

Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

B6 DL1 E1

Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional.

B6 DB1 E1

Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca.

B6 DB1 E2

Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat diterima.

B6 DT1 E1

Menyunting kesalahan kata dan ayat dalam sesebuah karya.

B6 DT1 E2

Referensi

Dokumen terkait

abire/Poltekkes_JPR/VIII/2016 tanggal ang Pemenang Pelelangan Pengadaan rodi Keperawatan Nabire

[r]

Sering pula pada masa ini secara bersamaan terlihat tanda perkembangan pubertas berupa keinginan untuk keleluasaan pribadi, dan tidak jarang

/KONSL-PGR.MRK/POKJA-JK/VIII/2016 uman tentang Pemenang Pelelangan Prodi Keperawatan Merauke Poltekkes. -

Gambar 4.13 Citra Acuan yang Sudah Dirubah Pada Deteksi Tepi dengan

Berdasarkan hasil pengujian yang telah dilakukan terhadap sistem pengontrolan dan sistem pemantauan batch mixer pada industri minuman menggunakan ATmega8535 dengan

Pembelajaran keterampilan menulis Bahasa Arab menggunakan metode Imla’ dapat dijadikan sebagai salah satu solusi untuk meningkatkan prestasi belajar siswa pada

[r]