• Tidak ada hasil yang ditemukan

U n t u k S i a r a n S e r t a - m e r t a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "U n t u k S i a r a n S e r t a - m e r t a"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

U

n t u k

S

i a r a n

S

e r t a - m e r t a

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Boon Siew Honda Head Office, 04-2613422

John Woo / 012-4870043 /

cywoo@bswhonda.com.my

JIREH CONSULT, 03-7710 8122

Debbie Koh / 012-206 1961 / dkoh@jirehconsult.com

Sheau Huey / 012-580 2517 / shtoh@jirehconsult.com

Boon Siew Honda Perkenalkan Dua Model Bertransmisi

Automatik yang Menjadi Ikutan

– Spacy dan PCX Serba Baru

Spacy yang menyeronokkan dan praktikal menawarkan aspek utiliti, kapasiti, kestabilan

serta keselamatan

PCX menawarkan pelbagai ciri mewah dan kemudahan terkini dalam satu pakej enjin penuh prestasi

Petaling Jaya, 31 Oktober 2012 – Boon Siew Honda Sdn Bhd mencetuskan trend dari aspek tunggangan yang menyeronokkan dan mudah menerusi pengenalan model Spacy dan PCX serba baru pada hari ini. Kedua-dua model global Transmisi Automatik ini telah memberi impak yang bagus di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia. Kini, ia boleh didapati di Malaysia dengan menampilkan aspek keselamatan termaju, dimensi yang ditambah baik dan gayaan selesa.

Menjadikan aspek seperti mudah ditunggang, selamat dan jimat bahan api sebagai ciri utama, Spacy dan PCX juga padat dengan teknologi serta inovasi termaju. Kedua-dua model bertransmisi automatik itu direka agar lebih bergaya dan mudah dikendalikan, sekali gus menjadikan tunggangan semakin menyeronokkan.

Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Di Boon Siew Honda, kami percaya bahawa pasti ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup. Dalam perniagaan yang melibatkan semua jenis motosikal, pasti ada ruangan untuk model-model bertransmisi automatik yang mudah ditunggang dan diselenggara. Hari ini, kami membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baru melalui model Spacy dan PCX,

(2)

dua model bertransmisi automatik dengan ciri-ciri baru yang menarik.” Honda Spacy Serba Baru

Funky dan Menyeronokkan yang hadir bersama aspek Kefungsian

Spacy direka untuk keseronokan bersama ciri kegunaan yang tinggi dan kapasiti besar. Ia luas dalam semua segi, daripada kebuk utiliti (Kebuk-U) bersaiz XL dengan kapasiti 18 liter yang mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh (full-face helmet) hinggalah tangki minyak berkapasiti 5.2 liter yang tidak memerlukan penunggang kerap mengisi minyak. Dengan ruang menjadi tema utamanya, panel kaki juga dibina agar lebih luas. Selain tempat duduk lebih luas dan kotak hadapan yang boleh memuatkan botol bersaiz 500 liter dan barangan kecil lain. Spacy mempunyai gaya dan kegunaan secara sepenuhnya. Ciri-ciri mengagumkan itu dihasilkan untuk memberikan kualiti tunggangan yang lebih menyeronokkan buat penunggang dan pembonceng!

Aspek keselamatan dan kestabilan juga diutamakan pada Spacy baru menerusi fungsi tuas pengunci brek dan tayar tanpa tiub. Fungsi tuas pengunci brek boleh diaktifkan dengan mudah melalui satu klik yang senyap, sekali gus memberi kelegaan kepada penunggang untuk mengelakkan mereka daripada memulas pendikit minyak ketika sedang melahu secara tidak sengaja. Membrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin.

Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih baik berbanding tayar konvensional. Tayar Tanpa Tiub Spacy yang tahan lasak memastikan angin tidak keluar sekaligus ketika ia pancit. Menambah aspek keselamatannya, Spacy memiliki ciri Suis Tongkat Sisi (Side Stand Switch) yang mematikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan, satu rekaan yang menambahkan ciri-ciri keselamatan.

Kejelasan pandangan untuk penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya kritikal. Spacy hadir bersama lampu hadapan besar yang pantas menyuluh ke arah selekoh. Bahagian belakang pula mempunyai rekaan yang elegan dengan lampu isyarat membelok yang besar dan lampu kabus memberikan penglihatan lebih jelas pada waktu malam. Ini meningkatkan keselamatan apabila menunggang pada malam hari, hujan atau keadaan berkabus. Lampu belakang pula mempunyai rekaan yang mempesona dengan lampu

(3)

isyarat membelok dipisahkan bagi memudahkan ia dilihat oleh motosikal yang berada di belakangnya.

Honda Spacy menggunakan penyejuk kipas, enjin OHC silinder tunggal bersesaran 110cc empat lejang yang dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Enjin itu cukup ekonomikal dan cekap bahan api dengan catatan 41.5km untuk setiap liter petrol, selain menepati standard emisi Euro II, berdasarkan ujian Mod ECE40. Penutup kuncinya bercahaya ketika gelap dan dilengkapi sistem kunci bermagnet yang mudah digunakan serta mengurangkan risiko kecurian.

Boleh didapati dalam Hitam Megalanik, Merah Euforia Metalik dan Putih Mutiara Metaloid, Spacy ditawarkan pada harga di atas jalan (OTR) RM4,999.00 dengan insurans penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu). Spacy juga boleh didapati dalam warna Oren Berluminositi bermula pada Mac 2013.

Honda PCX Serba Baru

Model Transmisi Automatik mewah dan berprestasi yang sarat dengan ciri dan kemudahan Honda menggabungkan tunggangan yang selesa dan mudah dengan rekabentuk yang bergaya sukan dan berprestasi tinggi dengan pelancaran All-New Honda PCX yang serba mewah. Model Transmisi Automatik ini dibina sebagai sedan selesa peribadi (Personal Comfort Sedan) yang juga mesra alam.

Buat pertama kalinya, sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) Honda digunakan pada rangkaian model transmisi automatik PCX. PGM-FI menawarkan halaju pembakaran dan prestasi penyejukan yang optimum. Enjin SOHC empat lejang bersesaran 153cc bersama sistem penyejukan cecair dan enhanced Smart Power (eSP) direka untuk ketahanan, jimat bahan api, selain menyediakan kuasa serta tork. Ia juga beroperasi dengan senyap dan menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu 50.2 kilometer bagi setiap liter petrol, berdasarkan ujian Mod ECE40.

Menambah ciri penjimatan bahan api mengagumkan itu adalah sistem Idling Stop baharu yang akan mematikan enjin secara automatik apabila ia melahu selepas tiga saat. Sistem Idling Stop turut meliputi penghidup ACG yang membolehkan enjin dihidupkan dengan

(4)

lancar serta menghilangkan bunyi bising yang biasanya timbul apabila gear penghidup enjin dimasukkan. Enjin kemudian akan dihidupkan secara automatik apabila trotel minyak dipulas. Hasilnya, bahan api mampu dijimatkan sebanyak 7% berdasarkan ujian Mod ECE R40.

Untuk memperoleh proses membrek yang lebih lancar dan berkesan, sistem brek kombinasi (Combined Brake System, CBS) beroperasi di antara brek cakera hadapan atau angkup tiga omboh dan deram belakang bagi menyeimbangkan tekanan membrek.

PCX menggunakan roda aluminium 14 inci bersama tayar tanpa tiub yang meningkatkan kestabilan dan keselamatannya. Satu lagi ciri keselamatan yang ada pada PCX ialah enjinnya akan dimatikan secara automatik apabila tongkat sisi digunakan, disebabkan kepada Suis Tongkat Sisi yang digunakannya.

Menambah gaya penampilan luarannya, PCX hadir bersama lampu belakang dengan lampu signal berasingan. Ini memberikannya gaya sporty dan pada masa yang sama membuatkan penunggang lebih mudah dilihat oleh motosikal di belakangnya. Lampu hadapan dwi besar bersama lampu posisi bukan sahaja nampak elegan. Malah lampu yang besar dan lampu kabus itu memberikan pencahayaan lebih baik pada waktu malam. Meter laju elektronik membolehkan maklumat tunggangan dilihat dengan jelas, manakala skrin LCD memaparkan tolok bahan api dan penunjuk Hidup / Henti Automatik.

Untuk perjalanan lebih jauh, tempat duduk yang selesa dan ruang penyimpanan luas sememangnya amat penting. PCX menyelesaikan masalah ini dengan tempat duduk luas bersama ciri posisi tunggangan Sit-in. Sementara satu kotak konsol untuk meletakkan barangan peribadi seperti cermin mata hitam, sarung tangan dan Kebuk-U bersaiz XL berkapasiti 25 liter yang boleh menempatkan sebuah topi keledar muka penuh turut disediakan.

Mengisi minyak ke dalam tangki berkapasiti 5.9 liter menjadi lebih mudah menerusi ciri Pembuka Pop-up. PCX yang sarat dengan pelbagai ciri sememangnya memberikan para penunggang tahap keselesaan terbaik dan ketenangan minda sewaktu menunggang, sekali gus menjadikannya kenderaan harian yang sempurna.

(5)

PCX hadir dalam dua varian. Varian Deluxe tampil dengan warna Putih Mutiara Metaloid dan ditawarkan pada harga RM10,888.00. Sementara varian standard boleh didapati dalam Hitam Magelanik dan Kelabu Metalik Berkilau dengan harga RM10,688.00. Kedua-dua varian itu hadir bersama insurans penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor Tol Percuma Boon Siew Honda Toll Free di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

Referensi

Dokumen terkait

- iiencaiat liasil rapal yang ada tobungannya dengan aKliviias proyek. - HeiseriKsa/iiiengontrol adijlnislra- s i uiitmi

Perbandingan antara sub rute pendistribusian tabung yang digunakan oleh perusahaan dengan sub rute yang hasil optimasi menggunakan metode nearest neighbour memiliki

Namun terdapat permasalahan yang dihadapi UMKM sepatu yang berdasarkan data dari pemilik UMKM sepatu yang terdaftar di Dinas Koperasi dan Usaha Mikro, Kecil, dan

adalah Maimun (Kasi Pemerintahan) dan dilanjutkan dengan penyerahan stempel kampung pemekaran yang bernama Blang mancung Timur kepada kepala kampung yang bernama Tukiran. Kasi

 Dalam mendukung peningkatan sistem manajemen kinerja, sejak tahun 2017, telah diterapkan sistem aplikasi pemantauan dan penilaian kinerja berbasis IT

Buatlah aplikasi mobile yang dapat membaca beberapa file (dalam hal ini help.txt dan pesan.txt) dalam satu aplikasi yang mana apabila salah satu menu tersebut dipilih untuk

Pelatihan Fungsional yang dilaksanakan Bapelkes Cikarang tahun 2013 adalah pelatihan Jabatan Fungsional Sanitarian Ahli, Pelatihan Jafung Efidemilogi, Pelatihan

I ndustri manufaktur Indonesia memiliki potensi untuk berperan sebagai Leading Sector penguatan perekonomian karena berkaitan dengan sektor lain dan bernilai tambah