• Tidak ada hasil yang ditemukan

6-STRATEGI SENI BAHASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "6-STRATEGI SENI BAHASA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketerampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

Standard Kandungan Seni Bahasa

Murid patut mengetahui dan boleh:

4.1 menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.2 mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

4.3 mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

4.4 melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran Seni Bahasa

4.1.1 Menyebut dan memahami seni kata lagu dengan melahirkan imaginasi melalui hasil seni.

4.1.2 Memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara bebas dan mempersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.

4.2.1 Mengujarkan bahasa yang indah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang betul dan jelas semasa bercerita.

4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas,bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

(2)

4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej dengan menggunakan bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.

4.4.1 Melafazkan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur dan memahami puisi tersebut.

4.4.2 Membina puisi dengan bahasa yang indah secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta memahami puisi tersebut.

(3)

Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran seni bahasa yang diajar.

(4)

TEMA PERPADUAN

TAJUK Kami Anak Malaysia

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.2 Memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara bebas dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. mengubah suai dan menghasilkan seni kata lagu secara bebas.

ii. menyanyikan lagu berdasarkan seni kata yang dihasilkan.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sejarah, Pendidikan Muzik Nilai : Patriotisme, perpaduan EMK : TMK, Celik Kewangan KB : Menjana idea

KMD : Menggunakan imaginasi dan kreativiti KP : Muzik

BCB : Memberi pendapat / mencatat

SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi Kata adjektif

BAHAN BANTU BELAJAR Video dan lagu, kad perkataan, borang ulasan/pendapat

PENILAIAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN Murid menghasilkan senikata lagu dan mempersembahkan melalui nyanyian

REFLEKSI

(5)

AKTIVITI KURIKULUMPENGISIAN CATATAN

Menonton tayangan video

1. Murid menonton video dan lagu bertajuk ”Saya Anak Malaysia” .

2. Guru dan murid berbincang mengenai mesej yang terdapat di dalam lagu.

3. Murid menyanyikan lagu ”Saya Anak Malaysia”

Video dan lagu ”Saya Anak Malaysia”

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Guru memberikan satu sampul surat yang mengandungi kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.

3. Setiap kumpulan diminta untuk bekerjasama menghasilkan seni kata lagu bertemakan perpaduan yang sesuai dengan tempo lagu ”Saya Anak

Malaysia” berdasarkan perkataan-perkataan yang diberikan.

ENT : KP - Muzik

KB - Menjana idea Ilmu: Dunia Muzik

Nilai : Bekerjasama patriotisme,perpaduan

1. Perbentangan hasil kerja kumpulan

2. Ketua setiap kumpulan membentangkan lirik lagu yang dihasilkan.

3. Murid daripada kumpulan lain menilai kesesuaian lirik tersebut dengan memberi ulasan dan pendapat secara

ENT :

KP-Verbal linguistik, Interpersonal

BCB -Memberi pendapat

Konstruktivisme-Menerangkan, menilai

Ilmu: Pendidikan Muzik

Lampiran 2

(6)

AKTIVITI KURIKULUMPENGISIAN CATATAN

lisan dan bertulis. Nilai: Berani, perpaduan

Sistem bahasa: Sebutan dan intonasi

Menyanyi

1. Murid menyanyikan lagu secara berkumpulan sambil membuat gaya dan gerakan yang sesuai

berdasarkan seni kata dan rentak lagu.

2. Murid lain menilai nyanyian tersebut dengan memberikan undi dan memilih pemenang.

3. Bersoal jawab tentang jenis pekerjaan yang berkaitan dengan gubahan lagu dan pendapatan yang bakal diperoleh.

EMK : Celik Kewangan

ENT:

KP-Muzik, Kinestatik

KMD-Menggunakan imaginasi dan kreativiti

Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai : Patriotisme, perpaduan

Sistem bahasa: Sebutan dan intonasi

KBAT: Analisis

BBB

(7)

Lampiran 1

Malaysia Cina bertolak ansur aman

lahirkan India teguh harmoni

tanah saudara musuh pelbagai

bergaduh darah lawan kaum

Melayu bersatu padu indah agama

Tulis lirik lagu yang sesuai berpandukan perkataan-perkataan berikut.

(8)

Lampiran 2

Pertandingan Nyanyian

Bil. Nama kumpulan Ulasan/Pendapat

(9)

TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK Seloka Budaya

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN 4.4.1 Melafazkan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur dan memahami puisi tersebut.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

i. melafazkan seloka dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. menjawab soalan dan menceritakan semula secara lisan

maksud seloka.

PENGISIAN KURIKULUM

EMK : TMK, Celik Kewangan Ilmu : Dunia Seni Visual Nilai : Hormat

Kontekstual dan Konstraktivisme KP : Verbal linguistik

SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi : Seloka

BAHAN BANTU BELAJAR Tayangan slaid, teks

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melafazkan seloka dengan sebutan dan intonasi yang betul serta dapat menggayakan dan melakonkan isi seloka.

REFLEKSI

(10)

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Tayangan video seloka.

1. Guru mengedarkan petikan seloka.

2. Murid menonton contoh seloka melalui tayangan video.

3. Murid membaca secara luncuran.

EMK : TMK ENT :

Konstektual

BCB - Bacaan Luncuran Nilai : Hormat

Rujukan Seloka Pak Pandir

Bersoal jawab tentang petikan seloka

1. Guru bertanya soalan tentang isi seloka.

2. Murid menjawab secara spontan berdasarkan petikan seloka. Contoh :

Apa yang kamu faham tentang isi seloka ini?

3. Murid bercerita tentang isi seloka secara ringkas.

1. Murid secara bergilir-gilir melafazkan seloka yang telah diedarkan.

ENT :

BCB-Bacaan luncuran

Sebutan dan intonasi : - Seloka

Lampiran 1

Pertandingan seloka berkumpulan

1. Murid membentuk kumpulan lima orang sekumpulan.

(11)

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

3. Murid lain akan berlakon sebagai penari dan pemain muzik.

4. Beberapa orang murid dilantik menjadi hakim.

5. Murid-murid berbincang secara bijak menguruskan wang untuk membeli hadiah.

Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai : Bekerjasama

Sebutan dan intonasi : - Seloka

KBAT : Analisis

Penilaian

1. Murid membaca seloka dengan sebutan, intonasi dan gaya yang betul sambil melakonkan maksud seloka.

ENT : Konstektual

Ilmu : Pendidikan Muzik

(12)

Lampiran 2 Seloka Budaya

Mari kawan mari sahabat Dengar seloka pengubat duka Pelbagai budaya pelbagai adat Itulah indah negara kita

Berlari-lari bermain kabaddi Suka-suka bersepak raga Letih lesu berlatih wushu Anak-anak bergalah panjang

Gung gung gung gung berbunyi gong Tuk tuk tuk bunyinya tabla

Pung pang pung pang bunyinya kompang Dung dung dung dung bunyinya gendang

Tarian asli berlenggang lenggok Tarian India rancak tarinya Tarian ngajat berpusing-pusing Lembut liuk tarian Cina

Alangkah unik Malaysia ini Hidup aman hidup damai Makan bersama minum bersama Hormat menghormati sesama kita

(13)

Borang Penilaian Pertandingan Seloka Berkumpulan

Bil Nama Kumpulan Sebutan

(5)

Intonasi (5)

Gaya (5)

Jumlah (15)

TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

(14)

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

i. Memahami isi sajak dan menceritakan semula dengan laras bahasa yang indah dan ayat yang gramatis. ii. Menyampaikan cerita dengan gaya dan bahasa badan

yang kreatif .

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral, Sains Nilai : Kerjasama, bersyukur EMK : TMK, Celik Kewangan KMD : Mengumpul Maklumat KP : Naturalis

BCB : Bacaan Mekanis

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata kerja Sebutan dan intonasi

BAHAN BANTU BELAJAR Lembaran kerja, borang pengurusan grafik, radio, Kamus Dewan, gambar (slaid)

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Memahami isi sajak dan menceritakan semula dengan bahasa yang mudah.

REFLEKSI

(15)

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Bersoal jawab

1. Guru menayangkan slaid gambar-gambar mengenai hasil ciptaan teknologi.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkembangan dunia teknologi

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang kegunaannya teknologi dalam kehidupan manusia. Nilai : Menghargai

Lampiran 1

Membaca Sajak

1. Murid diagih mengikut kumpulan dan membaca sajak yang diedarkan

2. Secara kumpulan, murid berbincang tentang isi sajak dengan bimbingan guru.

3. Wakil kumpulan mendeklamasikan sajak.

EMK :

1. Setiap kumpulan diminta

mempersembahkan cerita berdasarkan sajak yang diberi berdasarkan kreativiti masing-masing.

2. Ahli kumpulan lain diminta mengisi jadual pengurusan grafik berdasarkan cerita yang diperdengarkan oleh rakan.

ENT :

KB-Membanding beza dan mencirikan

Nilai : Kerjasama

Lampiran 3 Jadual grafik

Penilaian

1. Setiap ahli kumpulan diminta bercerita berdasarkan jadual pengurusan grafik yang dihasilkan dengan laras bahasa yang sesuai dan gaya yang kreatif.

Nilai : Bersyukur

Sebutan dan intonasi

(16)

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

2. Guru dan murid lain menilai hasil persembahan kumpulan.

(17)

Lampiran 3 Lengkapkan jadual grafik di

bawah berdasarkan cerita rakan

Kenal pasti kegunaan setiap ciptaan

(18)

Lampiran 2

OH TEKNOLOGI

Menjelajah dunia katanya tak sukar Hanya gunakan jurus singkat

Tak perlu wang yang banyak

KEPENTINGAN _______________________________

M

A

K

L

U

M

A

T

M

A

K

L

U

M

A

(19)

Cukup indera penglihatan melotot pada layar Lalu jemari berdansa disertai bunyi “tik…tik” Dan tinggal “klik…klik”

Oh…Teknologi,

Alangkah mudahnya..

Tak perlu mengeluh sana dan sini Segala pertanyaan terjawab sudah Serahkan saja pada teknologi

Masalah jarak pun selesai dengan mudah Larut dalam buaian hingga lupa waktu Hingga perlahan otak lumpuh

Biji mata hampir meloncat keluar Hanya terpesona pada layar “Jangan salahkan aku!”

Sudah menjadi lumrah, semua ada baik dan buruknya Peringatkanlah sesamamu, wahai manusia!

Jangan merosak diri dan masa depan Maka, bahu membahulah

Referensi

Dokumen terkait

4.2.1 Mengujarkan ayat tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta mimik muka yang sesuai melalui penceritaan yang dipersembahkan secara

bacaan yang mengandungi ayat tunggal sususan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman

membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat yang mengandungi sebutan “e” pepet dan “e” taling secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi

2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.. 2.3.2 Membaca

(MDD) atau Akhbar Dalam Darjah (ADD) bagi tujuan membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.. x Membaca dan

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yangi.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.... Berhati-hati di

membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;.. membaca dan memahami maklumat yang