• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

Kursus ABSJ3103 Fiqh Jinayat adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan) dengan kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan tiga teori asas dalam sistem muamalat Islam yangmana ia berkaitan di antara satu sama lain. Ia dimulakan dengan membincangkan teori harta dan diikuti dengan teori pemilikan harta. Akhir sekali, ia membincangkan konsep dan pelaksanaan akad yang menjadi asas kepada sabitnya pemilikan ke atas sesuatu harta.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

ACTIVITI PEMBELAJARAN JAM

PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian

dalam perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Faham konsep jenayah menurut perspektif Islam.

2. Faham siasah dan polisi Islam dalam menangani jenayah.

3. Faham kaedah-kaedah asas dalam sistem hukuman keseksaan yang dijatuhi ke atas penjenayah.

4. Tahu pembahagian jenayah perspektif Islam terbahagi kepada jenayah Hudud, Qisas dan Diat dan jenayah Ta`zir.

5. Tahu hukuman keseksaan yang dijatuhi ke atas penjenayah Hudud, Qisas dan Diat dan jenayah Ta`zir di samping mengetahui prosedur pensabitan jenayah-jenayah terbabit.

6. Dapat menolak pandangan-pandangan negatif terhadap Undang-undang Jenayah Islam, terutama yang berkaitan dengan hukuman ke atas jenayah Hudud, di samping dapat menjelaskan keistimewaan dan kemampuan Undang-undang Jenayah Islam memerangi jenayah dalam usaha menjamin kesejahteraan masyarakat dan menjamin nyawa, jasad dan harta.

(3)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1: Pandangan Umum Tentang Jenayah Dan `Uqubah

Topik ini akan membincangkan tujuan atau Maqasid syariah iaitu ÂMenjana maslahat manusia dan menolak mudaratÊ. Maslahat manusia terbahagi kepada tiga peringkat daruriyat, hajiyat dan tahsinat. Ketiga-tiga peringkat ini berlaku dalam lima perkara yang diistilahkan sebagai Daruriyat al-Khamsah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Menjamin semua maslahat ini merupakan maqasid Sistem Jenayah Islam. Topik ini juga akan membincangkan lima asas dan kaedah `uqubah.

Topik 2: Konsep Jenayah:

Topik ini akan menjelaskan pengertian jenayah, penjenisan jenayah dari berbagai aspek, penjenisan jenayah dari sudut kesannya kepada masyarakat yang membahagikan jenayah kepada jenayah hudud, jenayah qisas dan diat dan jenayah taÊzir. Ia menjelaskan bahawa asas kepada penjenisan jenayah ini ialah kebolehmaafan sesuatu jenayah, kuasa hakim, provokasi dan pembuktian. Akhirnya ia menjelaskan tiga unsur terpenting sesuatu jenayah iaitu unsur undang-undang, fizikal dan mental atau niat.

Topik 3: Pengecualian Am:

Topik ini akan membincangkan perkara-perkara yang diambilkira sebagai pengecualian am yang boleh mengecualikan tertuduh daripada memikul tanggungjawab jenayah. Perkara-perkara itu ialah: Hak dan kewajipan pemerintah, mempertahankan diri am dan khas, mendidik dan mengajar, rawatan dan pengubatan, kegiatan sukan, hilang jaminan undang-undang, paksaan, mabuk, gila dan kanak-kanak.

Topik 4: `Uqubah ( Hukuman Keseksaan)

Topik ini akan membincangkan `uqubah atau hukuman keseksaan dalam Fiqh Jinayat Islam. Ia merangkumi penjelasan mengenai kepentingan yang dikawal `uqubah, ciri penting `uqubqh, objektif `uqubah, nilai-nilai moral dalam `uqubqh, syarat `uqubah, pembahagian `uqubqh dari berbagai-bagai aspek yang antara lain membahagikannya kepada `uqubah jenayah Hudud, jenayah Qisas dan Diat, jenayah TaÊzir dan `uqubah kifarat.

Topik 5: Jenayah Qisas dan Diat

Topik kelima ini adalah perbincangan mengenai jenayah yang dikategorikan sebagai Qisas dan Diat iaitu jenayah membunuh, jenayah memukul dan

(4)

bunuh sengaja, bunuh separuh sengaja, bunuh tidak sengaja. Dibincangkan juga hukuman yang dikenakan ke atas setiap jenayah terbabit.

Topik 6: Jenayah Hudud I

Topik keenam ini adalah perbincangan mengenai jenayah Hudud. Hanya jenayah zina, qazaf, minum arak dan mencuri dibincang dalam topik ini, yang lain dibincang dalam topik ketujuh. Perbincangan mengenai setiap jenayah ini akan merangkumi penjelasan tentang definasi, unsur-unsur yang membentuk setiap jenayah dan hukuman yang dikenakan ke atas setiap jenayah terbabit. Topik 7: Jenayah Hudud II

Topik ketujuh ini juga membabitkan perbincangan mengenai tiga lagi baki jenayah Hudud yang belum dibincangkan iaitu jenayah menyamun, memberontak dan murtad. Seperti dalam topik keenam perbincangan mengenai setiap jenayah ini akan merangkumi penjelasan tentang definasi, unsur-unsur yang membentuk setiap jenayah dan hukuman yang dikenakan ke atas setiap jenayah terbabit.

Topik 8: Jenayah Ta`zir

Topik kelapan ini membincangkan satu lagi bentuk jenayah dalah Fiqh Jinayat, iaitu jenayah TaÊzir. Perbincangan mengenai jenayah TaÊzir akan merangkumi definasi, pembahagiannya dan hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Topik 9: Acara Dan Keterangan Dalam Fiqh Jinayat

Topik ini membincangkan acara dan keterangan, iaitu perkara-perkara yang membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah Secara umum keterangan bagi sabitan jenayah ialah : Keterangan saksi, pengakuan, qarinah atau bukti dan sumpah. Namun demikian setiap jenayah itu ada cara sabitan tersendiri yang mungkin sama atau berbeza dengan sabitan jenayah lain.

Topik 10: Pelaksanaan Hukuman

Topik ini membincangkan mengenai cara pelaksanaan hukum jenayah ke atas pesalah jenayah yang merangkumi hukum Takzir, Hudud, Qisas dan sebagainya. Ia akan menjelaskan cara pelaksanaan ke atas pesalah jenayah yang berbeza seperti, perempuan mengandung, pesakit yang sangat lemah, atau penjenayah yang melakukan jenayah berulang kali dan sebagainya.

(5)

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

(6)

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Paizah Haji Ismail (1991).Undang-undang jenayah Islam. Petaling Jaya Selangor, Dewan Pustaka Islam.

Haji Sa`id Haji Ibrahim (1996). Qanun jenayah syariah dan sistem kehakiman dalam perundangan Islam berdasarkan Quraan dan Hadthis. Kuala Lumpur: Darul Ma`rifah.

Al-Zuhaili Wahbah (1987). Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Dar al-Fikr, Sirya, Damsyik.

Al-Zuhaili Wahbah (1994). Fiqh Perundangan Islam Penterjemah Syed Ahmad Syed Hussein et. Al. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian didapatkan informasi, yaitu 1) mahasiswa MPBSI belum memahami baik secara teoritis mapun penerapan penggunaan unsur intralingual yang

Potensi lestari Kabupaten Bengkalis Potensi lestari suatu perairan dapat dianalisis dengan berpedoman kepada data produksi, jumlah alat tangkap, armada dari DKP

Kondisi pasar modal dengan kemampuan mengurai informasi yang terkait perusahaan seperti laba bersih, dividen, dan hutang berpengaruh terhadap respon investor dalam bentuk

Deskriptor diambil berdasar- kan jumlah panelis yang menyatakan bahwa suatu soal diperkirakan mampu dijawab benar oleh siswa minimal lebih dari separoh (1/2) dari

Voltamogram CV pada larutan standar Cd(II) 10 ppm menggunakan elektroda GO- paraffin 8:2 pada pH optimum Seperti yang terlihat pada gambar 5 bahwa semakin tinggi

Dari hasil penerapan pengunaan metode ceramah dikelas putra mencapai dengan rata-rata 75,83 dan 67,33 untuk kelas putri, melihat hasil diatas seperti pengunaan

Prostitusi menggunakan media sosial pada dasarnya adalah untuk menyembunyikan prostitusi tersebut, sekaligus juga sebagai sarana dalam menjalankan bisnis terlarang

Model Logistik, Gompertz dan Von Bertalanffy merupakan model yang mempunyai tiga parameter (A, B/M dan k) yang sering digunakan dalam studi pertumbuhan ternak karena model