DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN
HBME2203 Pendidikan Moral: Tahun 3 adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 minggu.
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Moral. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran
AKTIVITI PEMBELAJARAN JAM
PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil
bahagian dalam perbincangan awal 3
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120
OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasi teori-teori etika dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral;
2. Menghurai sukatan pelajaran serta huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tahun 3;
3. Mengenal pasti fokus dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai strategi dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral; dan
4. Memilih strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengajar sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
SINOPSIS KURSUS
Dalam mempelajari Pendidikan Moral, seseorang pelajar perlu didedahkan terlebih dahulu kepada konsep-konsep moral dan teori-teori etika agar dia dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar perlu memahami perkembangan moral murid di sekolah melalui teori-teori perkembangan moral untuk membantunya membuat pertimbangan atau keputusan dalam kehidupan dan juga membimbing perkembangan personaliti murid mereka di sekolah nanti. Di samping itu, pelajar mendapat kemahiran
dalam memilih pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Mata pelajaran ini membincangkan konsep asas moral dan nilai, isu-isu moral tempatan dan sejagat, pendekatan pengajaran moral, perincian sukatan dan perincian sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tahun Satu.
Topik 1 akan memperkenalkan kepada pelajar tentang teori etika, jenis-jenis teori-teori etika yang telah diperkenalkan oleh beberapa ahli falsafah yang terkenal, kepentingan teori etika dan juga kaitannya dengan amalan etika.
Setelah itu, topik ini juga akan menerangkan tentang Teori Kemoralan Sosial, yang mana pelajar akan didedahkan kepada definisi, inti pati dan juga kritikan terhadap teori tersebut. Beberapa aplikasi Teori Kemoralan Sosial dalam kehidupan harian dan konteks sekolah juga akan dibincangkan.
Topik 2 memperkenalkan kepada pelajar tentang Teori Keperibadian Mulia. Pelajar akan didedahkan dan kepada definisi Teori Keperibadian Mulia dan juga pengasas yang bertanggungjawab memperkenalkan teori tersebut. Di samping itu, topik ini juga akan menerangkan tentang beberapa inti pati yang penting dalam Teori Keperibadian Mulia ini.
Selain itu, topik ini juga akan menyatakan tentang beberapa kritikan terhadap teori tersebut, yakni kelebihan dan kelemahannya. Akhir sekali, topik ini juga akan mendedahkan tentang cara untuk mengaplikasikan teori ini baik di dalam kehidupan harian mahupun dalam konteks sekolah.
Topik 3 memberi penekanan kepada Teori Teleologikal, khususnya terhadap definisi dan ciri-ciri, jenis-jenis dan pengasas yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan teori tersebut ke mata dunia.
Teori Teleologikal terbahagi kepada dua jenis, iaitu utilitarianisme dan egoisme. Kedua-dua bahagian ini akan diterangkan secara mendalam dari segi definisi, inti pati, kritikan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Topik 4 memberi penekanan kepada Teori Deontologikal, khususnya terhadap definisi dan ciri-ciri, jenis-jenis dan pengasas yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan teori tersebut ke mata dunia.
Teori Deontologikal terbahagi kepada dua jenis, iaitu Eksistentialisme dan Prinsip Kewajipan. Kedua-dua bahagian ini akan diterangkan secara mendalam dari segi definisi, inti pati, kritikan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Topik 5 memberi penekanan tentang kelebihan dan kelemahan setiap teori etika sebagai falsafah hidup. Selain itu, topik ini juga akan menerangkan tentang beberapa ciri penting ajaran agama utama dan juga amalan ajaran agama dalam kehidupan seharian.
Setelah itu, topik ini juga akan membincangkan tentang beberapa jenis adat dan tradisi keluarga mengikut kaum dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Topik 6 memberi pengenalan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 3 dari segi matlamat dan objektifnya serta bidang pembelajaran yang berkaitan. Ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak maklumat kepada bakal guru Pendidikan Moral tentang isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka dapat mengenal pasti nilai-nilai yang perlu diajarkan kepada pelajar Tahun 3.
Selain itu, topik ini juga membincangkan secara terperinci tentang huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tahun 3. Di dalam bab ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi nilai dan sub nilai. Peranan guru dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum Tahun 3 juga akan dibincangkan.
Topik ini juga akan mengenalkan tentang strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Moral. Pelajar akan didedahkan kepada cara untuk membuat pemilihan strategi dan kaedah yang sesuai. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada cadangan aktiviti yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Topik 7 memberi penekanan terhadap kaedah atau teknik yanng digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian tertentu. Kaedah merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Kaedah yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Terdapat beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk menyemai nilai-nilai moral di kalangan pelajar. Teknik-teknik ini harus digunakan secara gabungan untuk mengelakkan kebosanan di kalangan pelajar dan juga untuk membolehkan proses pembelajaran nilai-nilai moral yang lebih berkesan.
Topik 8 membincangkan tentang definisi dan perkaitan antara strategi, kaedah dan teknik, di samping menjelaskan tentang beberapa jenis strategi dan kaedah yang boleh diguna pakai dan bersesuaian untuk pengajaran dalam bilik darjah pada masa kini.
Topik ini akan menerangkan tentang kaedah bercerita, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah bercerita. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah bercerita dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Selain itu, topik ini juga akan menerangkan tentang kaedah lakonan, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan dengan kepada kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah lakonan. Kemudian pelajar juga akan diterangkan dengan langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah lakonan dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Topik 9 lebih bertumpu tentang kaedah perbincangan, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah perbincangan. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah perbincangan dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Selain itu, topik ini juga akan menerangkan tentang kaedah lawatan, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah lawatan. Kemudian pelajar juga akan diterangkan dengan langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah lawatan dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Akhir sekali, topik ini juga akan menerangkan tentang kaedah tunjuk cara, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah tunjuk cara. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah tunjuk cara dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Topik 10 lebih bertumpu tentang kaedah penyelesaian masalah, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Di samping itu, topik ini akan membincangkan tentang kaedah projek, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah projek. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah
pelaksanaan dan aplikasi kaedah projek dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
Selain itu, topik ini juga akan menerangkan tentang kaedah penyelidikan, khususnya definisi, jenis-jenis dan ciri-cirinya. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kelebihan dan kelemahan dalam menggunakan kaedah penyelidikan. Kemudian pelajar juga akan diberi penerangan tentang langkah-langkah pelaksanaan dan aplikasi kaedah penyelidikan dalam pengajaran Pendidikan Moral Tahun 3.
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS
Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.
Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.
Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR
ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.