• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

HBIS4403 Pengajian Hadis ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan tiga jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Islam dengan Kepujian oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan tentang asas pengajian hadis. Modul ini seharusnya dapat membantu pelajar memahami sumber-sumber hadis yang sahih.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami

secara ringkas kandungan kursus

3

Memahami modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Penyertaan dalam talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pengajian hadis;

2. Menjelaskan perbezaan antara al-Quran dan hadis;

3. Menyatakan kaedah penggunaan hadis;

4. Membuat perbandingan antara jenis hadis; dan

5. Mengaplikasikan konsep ilmu hadis dalam amalan seharian.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada sembilan topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti yang berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan berkaitan pengertian hadis, menerangkan tentang kedudukan hadis sebagai sumber Islam, membezakan antara hadis dan al-Quran, menyenaraikan syarat-syarat perawi hadis, membincangkan beberapa bentuk hadis. Akhir sekali topik ini menghuraikan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran.

(3)

Topik 2 menjelaskan tentang keutamaan menuntut ilmu; adab-adab menuntut ilmu; mengetahui jenis-jenis ilmu; membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang jahil; membincangkan panduan hidup mukmin; dan menerangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) Hadis.

Topik 3 menyatakan dan membincangkan hadis yang berkaitan mengelakkan perkara haram dan syubhah, menyatakan hadis tentang perkara-perkara negatif yang perlu dijauhi, cara mencegah kemungkaran, menerangkan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah, menjelaskan hadis berkaitan sedekah, menerangkan kelebihan bersedekah; dan menjelaskan adab dan akhlak bersedekah.

Topik 4 menyatakan dan membincangkan inti sari hadis „amalan mukmin cemerlang‰, menyenaraikan amalan-amalan mukmin cemerlang, menerangkan maksud ihsan terhadap binatang, menyenaraikan amalan-amalan ketika menyembelih, menghuraikan maksud beberapa potong ayat dalam hadis dan memberi cadangan rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk hadis. Topik 5 menyatakan dan membincangkan hadis tentang makanan dan minuman yang halal serta pakaian yang dibenarkan oleh syarak, menerangkan hubungan antara makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah, menyatakan hadis tentang perpaduan dalam masyarakat dan memberikan contoh aplikasi pengajaran dan pembelajaran hadis yang berkaitan.

Topik 6 menghuraikan inti sari dan pengajaran bagi hadis kehidupan di dunia ibarat seorang perantau, merumuskan inti sari dan pengajaran bagi hadis orang beriman kekasih Allah dan mempraktikkan cadangan, kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua hadis.

Topik 7 menjelaskan bidang pelajaran dan matlamat dan objektif Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah menurut sukatan pelajaran KBSM, menghuraikan objektif dan bidang pengajian hadis Tingkatan 4, menerangkan maksud, inti sari dan pengajaran hadis kelebihan menuntut ilmu dan mempraktikkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Tingkatan 4 dengan berkesan.

Topik 8 Menghuraikan kandungan bidang Pengajian Hadis bagi mata pelajaran Tingkatan 5, menghuraikan perancangan pengajaran Pengajian Hadis tingkatan 5, membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pengajian Hadis bagi Tingkatan 5 dengan berkesan, menghuraikan dengan jelas Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah bagi Pengajian Hadis.

(4)

Topik 9 Menyatakan sukatan mata pelajaran Syariah tingkatan 6; menghuraikan objektif dan kandungan mata pelajaran Syariah tingkatan 6, memberi huraian hadis Ahkam yang terpilih dengan terperinci; membincangkan pengajaran dan isu semasa berkaitan dengan hadis dan memberi beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran Syariah Tingkatan 6 yang berkesan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

(5)

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali. (2004). Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abu NuÊaym al-Asbahani (1998). Ma`rifah al-Sahabah. Riyadh: Dar al-Watan. Abu Umar, Ibn Solah dan Al-Shahrzuri Uthman bin Abd. Rahman. (2004).

Muqaddimah Ibn Saolah „Ulum al-Hadis‰. Lubnan: Muassah al-Risalah. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2002). Kaedah Memahami Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah. Johor Bahru, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2003). Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil. Johor Bahru, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 6, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 5, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(6)

Huraian Sukatan Pelajaran Syariah Tingkatan 6 (Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ă STPM), Majlis Peperiksaan Malaysian.

Khairullah, Said Muhammad dan al-Kinani, Mamduh Abdul Mun`im. (1996). Saikulujiyyat at-Ta`allum. Beirut: Dar an-Nahdhah.

Muhammad b. Jamil Zaynu (t.t). Qutuf min al-Syamail al-Muhammadiyyah. Muhammad al-Husaini, Taqiyyuddin Abu Bakar. (2000). Kifayat al-Akhyar fi Hill

Ghayah al-Ikhtisar. Lubnan: Muassah al-Risalah.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thontowi, Ali (Penterjemah: Zainuddin Ismail dan Anwar Fakhri Omar). (1997). Islam yang Semestinya Difahami. Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR

ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Bobot dari kebersamaan yang dimaksudkan di sini pertama-tama adalah persekutuan, yaitu soal sehati dan sepikir sebagai pelayan – pelayan yang menerima panggilan pelayanan dalam

Berbekal pengalaman bekerja sebagai tenaga professional dari berbagai perusahaan, diantaranya adalah di bidang perbankan dan jasa keuangan lainnya, para manager kami

Biasanya tulung punggung keluarga adalah suami namun sekarang banyak perempuan yang berperan aktif dalam mendukung ekonomi keluarga, perempuan turut berusaha untuk

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa senam otak secara signifikan bermanfaat dalam meningkatkan fungsi kognitif lansia yang mengalami demensia dibuktikan dengan

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

Program Pemberdayaan Ekonomi telah melakukan kegiatan pengembangan kerjasama/kemitraan usaha, antara usaha perorangan, kelompok usaha maupun koperasi serta pihak mitra

Bentuk penulisan struktur pemilihan diatas hanya memberikan satu pilihan aksi saja yaitu bila kondisi bernilai benar dan tidak memberikan pilihan aksi lain bila