• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 6

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Markisa

BUKU PANDUAN TANAMAN MARKISA

(2)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 6 Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pengenalan 3

2 Morfologi Pokok Dan Buah 3

3 Kultivar / Klon 3

4 Keperluan Asas Tanaman 3 - 4

4.1 Pembiakan Tanaman 4

4.2 Kaedah Penanaman 4

5 Serangga Dan Penyakit 4 - 5

6 Penuaian Dan Pengendalian Lepas Tuai 5

7 Pemasaran 5

8 Khasiat Dan Kepelbagaian 5 - 6

(3)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 6 1.0 Pendahuluan

Nama biasa : Markisa

Nama saintifik : Passiflora edulis Keluarga : Passifloraceae

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai. Markisa ataupun nama saintifiknya (Passiflora edulis) merupakan sejenis tanaman dari genus (Passiflora) dalam keluarga (passifloraceae). Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis

f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

2.0 Morfologi Pokok Dan Buah

Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun.

Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

3.0 Kultivar / Klon

Untuk tujuan komersial ini, terdapat 2 varieti yang biasa ditanam iaitu markisa berkulit kuning (Pasiflora edulis f. flavicarpa) dan markisa berkulit unggu (Pasiflora edulis sim) Di Malaysia, varieti kuning lebih sesuai ditanam dan mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.

4.0 Keperluan asas tanaman

Semua markisa lebih sesuai tumbuh di dataran tinggi 1,000 – 2,000 m di kawasan iklim lembab. Buah markisa dapat juga ditanam di kawasan rendah sehingga 600m di kawasan iklim lembab. Akar dapat tumbuh baik di dataran rendah. Selain itu, ia juga tahan terhadap penyakit akar Fusarium.

(4)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 6 Keadaan tanah yang diperlukan mengandungi banyak bahan organic (subur) dan pH 5.5 – 6.5. Lokasi tanaman sebaiknya terbuka, walaupun tanaman naungan. Tanaman tidak tahan terhadfap keadaan kawasan yang ditakungi air. 4.1 Pembiakan tanaman

Markisa ditanam dengan menggunakan biji dan keratin dahan. Keratan dahan ditanam di tapak semaian. Apabila anak pokok ditanam menggunakan biji, sebaik-baiknya biji disemai terlebih dahulu. Anak pokok dapat ditanam dikebun setelah mencapai ketinggian lebih dari 50 cm (berdaun 3 – 4 helai).

4.2 Kaedah penanaman

Tanah dicangkul dengan baik agar rumpai, lalang dan pokok renek yang tumbuh hilang sehingga ke akar-akarnya. Lubang tanaman dibuat dengan ukuran 40cm x 40cm dengan kedalaman 30-40cm. Setiap lubang diberi baja organic yang telah matang sebanyak 10kg. Anak pokok yang telah matang ditanam didalam lubang tanaman yang disediakan. Jarak antara lubang tanaman ialah 2m x 5m.

Anak pokok dalam polibeg sebaiknya ditanam pada akhir musim hujan(menjelang musim kemarau). Penanaman markisa pada akhir musim kemarau akan melambatkan tanaman berbunga, walaupun telah ditanam selama 10 – 12 bulan. Penanaman pada akhir musim hujan menyebabkan tanaman akan berbunga pada umur sekitar enam bulan.

Tanaman markisa dibiarkan melilit/memanjat pada pokok hidup (Gliricidia) atau menggunakan tiang sokongan. Markisa yang ditanam menggunakan sistem pagar akan menghasilkan hasil yang lebih tinggi. Pembajaan dengan NPK (15:15:15) sebanyak 25 – 100 g per tanaman bergantung kepada umur pokok. Penggunaan sistem pagar amat digalakan. Kayu-kayu tersebut dipacak pada jarak 3m agar aturan dahan lebih mudah dan dapat dikombinasikan dengan tanaman lain (misalnya kopi). Untuk tiang pagar, dapat juga digunakan kayu belian kerana ianya lebih tahan lama. Bagi memastikan sulur markisa melilit, jarring dibentangkan scara mendatar sama seperti cara yang digunakan untuk buah anggur. Setelah anak pokok yang ditanam sepanjang paga dan menyentuh bahagian bawah dawai, hujung anak pokok segera dipotong. 3 tunas muda yang bermutu dipilih, 2 daripadanya dililitkan pada jaring dibahagian bawah. Perkara tersebut diulangi sehingga 1-2 tunas dahan buah menjalar pada semua bahagian dawai.

Bunga muncul pada sisi daun, terutamanya pada daun tunggal. Apabila dahan-dahan buah belum berbunga, maka hujung dahan-dahan tersebut perlu dipotong. Buah akan bergantung pada adawai tersebut. Kebanyakan pekebun di Malaysia tidak pernah melakukan pemangkasan seperti ini sehingga menyebabkan pengeluarannya rendah.

5.0 Serangga dan penyakit

Serangga yang biasa menyerang markisa ialah Dacus dorsalis dan nematode bengkak akar yang disebabkan oleh Meloidogyne incognita. Kutu daun kuning

(5)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 6

Myzus persicae dan kutu putih Aphis gossypii yang sering terdapat pada daun.

Serangga ini dapat diatasi dengan semburan racun serangga Tamaron 0.2% Penyakit yang biasa menyerang tanaman markisa ialah mati pucuk

Phytophthora parasitica, penyakit layu Fusarium sp. dan penyakit busuk akar

(damping-off) pada semaian anak pokok yang disebabkan oleh cendawan

Rhizoctonia solani.

Keadaan kawasan yang lembab akan merangsang pertumbuhan penyakit-penyakit tersebut. Penyakit ini dapat diatasi dengan menggunakan racun kulat jenis Benlate 0.2% atau lisol 10-50% sekiranya masih belum terlambat.

6.0 Penuaian dan pengendalian lepas tuai

Buah markisa boleh dituai apabila pokok mencapai umur 10-12 bulan selepas ditanam. Hasilnya 10-30 tan/ha/tahun atau 1,300-1,500 buah/pokok/tahun. Buah markisa yang matang berwarna ungu atau kekuningan dan berbau harum. Kajian mendapati buah markisa boleh dituai sebelum jatuh dari tangkainya ke tanah, iaitu diantara minggu ke-8 hingga minggu ke-9 selepas pembungaan. Pada peringkat ini kandungan gula dan asid askorbiknya adalah ditahap optimum.

7.0 Pemasaran

Buah markisa hanya dipasarkan untuk pasaran tempatan. Buah yang dijual segar hanya sedikit. Namun wujud pasaran bagi buah markisa segar di Jepun dan Eropah.

Buah yang telah matang apabila disimpan pada suhu 5-10 C dengan kelembapan 85-90 % dapat bertahan selama 20 hari. Oleh itu penghantaran markisa jarak jauh mudah dilakukan.

8.0 Khasiat dan kepelbagaiannya

Markisa merupakan buah yang berkhasiat. Secara puratanya komposisi buah markisa segar adalah seperti berikut:

Kulit Jus Biji 52% 34% 14%

Ini menunjukkan bahagian yang boleh dimakan adalah kira-kira 48% bagi setiap 100g bahagian yang boleh dimakan markisa mengandungi:

75 g 2.2-2.5 g 15-20 g 2.5-3.5 g 0.75-1.5 g 0.6-0.8 g 1.5-2.5 g Air Protein Karbohidrat Kanji Lemak Abu Unsur surih

(6)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 6 Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

9.0 RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Markisa. ii. Kaedah Praktikal Mengatasi Masalah; Penanaman 21 Jenis Tanaman

Buah-buahan

iii. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), 2005 iv. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan.markisa/htm 500 i.u 1.8 mg 20-30 mg 6.5-8.0 g 1.5-3.0 g Vitamin A

Vitamin B kompleks Vitamin C Gula penurun

Referensi

Dokumen terkait

perusahaan harus dikuasai dan dicatat yang nanti bisa diterapkan bila Anda menjadi wirausahawan.. Jangan

Dapat di si mpul kan bahwa unt uk domba yang di ber i pakan unt uk kebut uhan hi dup pokok dan di i nf us gl ukosa, di per l ukan 4 har i unt uk met abol i sme gl ukosa mencapai

Aktifitas pariwisata yang terjadi pada masyarakat Desa Siallagan Pinda Raya dengan para wisatawan yang telah berlangsung selama puluhan tahun tentu memberikan

Differential Absorption Lidar (DIAL) which is based on the difference in the absorption with wavelengths is the powerful technique for the measurement of the

UNTUK TAHUN YANG BERAKHIR SAMPAI DENGAN 31 DESEMBER 2014 DAN 2013 PEMERINTAH KABUPATEN KERINCI.. Urusan Pemerintahan : 1

In the present paper a concept for developing a series of flood-inundation map libraries two approaches are adopted one by correlating inundation extent derived from

UNTUK TAHUN YANG BERAKHIR SAMPAI DENGAN 31 DESEMBER 2014 DAN 2013 PEMERINTAH KABUPATEN KERINCI.. Urusan Pemerintahan : 1

On the basis of total number of accidents occurs at Ajmer city, it is observed that maximum accidents occurred at Ana Sagar Link Road, Nasirabad Road, Near Badliya