• Tidak ada hasil yang ditemukan

Interaksi Antara Tamadun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Interaksi Antara Tamadun"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Setiap tamadun mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian dan keunikan yang tersendiri. Oleh itu terdapat pelbagai interaksi antara tamadun berikutan perbezaan yang terdapat pada setiap tamadun. Interaksi antara tamadun dapat diertikan sebagai perhubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya yang terjalin antara satu tamadun atau dengan beberapa tamadun yang lain (Abdullah Zhidi Omar, Dr Rosalina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Dr Raudhah Ali, Mohd Hilmi Rozali dan Mahdi Shuid, 2013). Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun dapat memberikan dua kesan penting iaitu kesan positif dan kesan negatif .

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun adalah seperti kebebasan beragama, perkembangan teknologi, hubungan perdagangan. Setiap kesan positif yang ada dalam sesebuah interaksi tamadun memerlukan tamadun untuk menpraktikkan konsep asas moral. Setiap tamadun perlu mempunyai sifat toleransi yang tinggi, sikap keterbukaan, sikap saling menghormati perbezaan antara tamadun untuk mendatangkan kesan positif kepada sesuatu tamadun. Walaubagaimana pun, kesan negatif tidak dinafikan turut berlaku sebagai kesan interaksi antara tamadun. Antara kesan negatif yang timbul ialah kemerosotan tamadun, peperangan antara tamadun dan kemerosotan ekonomi. Hal ini disebabkan, oleh faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Esei ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi antara tamadun dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan jati diri masyarakat.

2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi antara tamadun.

Terdapat pelbagai faktor yang yang mempengaruhi interaksi antara tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sebuah tamadun yang lain. Antara faktor penting yang menyumbang kepada interaksi antara tamadun ialah penyebaran agama, sikap kepimpinan dan kepentingan ekonomi.

2.1 Penyebaran agama

Melalui perinteraksian antara satu tamadun dengan tamadun yang lain, sudah pasti aktiviti penyebaran agama boleh berlaku. Dalam interaksi antara tamadun, golongan agama seperti ulama, paderi, pendeta dan sami memainkan peranan penting dalam aktiviti menyebarkan agama. Misalnya,

(2)

Putera Shotaku Taishi (593-622 Masihi) telah berperanan mengembangkan agama Buddha ke dalam Tamadun Jepun. Baginda merupakan wali pertama agama Buddha di Jepun (Azhar Hj Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba‟. Hal ini menyebabkan Mazhab Buddha dari China, iaitu Tendai (Tien-t‟ai) dan Shingou telah berkembang pesat di Jepun. Pengaruh agama Buddha sangat kuat sehingga berjaya mempengaruhi sistem pentadbiran Negara. Pentadbiran kuil-kuil Buddha telah menguasai tanah yang luas dan penubuhan tentera yang bertanggungjawab ke atas-atas kuil.

Di samping agama Buddha, ajaran konfusianisme juga diserap masuk ke dalam Tamadun Jepun. Kemasukan ajaran konfusianisme diterima secara terbuka dan berjaya membuat perubahan terhadap Tamadun Jepun. Pendidikan di Jepun telah mendapat pengaruh ajaran konfusianisme melalui konsep moral dan etika, teori politik dan pentadbiran, pemikiran serta institusi masyarakat dan budaya seperti yang menjadi teras pendidikan di China.

Selain itu, interaksi antara tamadun Islam dan Tamadun Melayu telah berlaku dengan pesat dan dan berjaya mengubah budaya dan kepercayaan masyarakat alam melayu. Penyebaran Islam di Asia tenggara telah menyebabkan kemunculannya kerajaan-kerajaan kecil Islam yang lain seperti Brunei, Pattani, Demak, Mataram, Bentan, Johor-Riau dan sulu (Abdullah Zhidi Omar dll, 2013). Penyebaran agama dalam interaksi antara tamadun, secara tidak langsung menyebabkan perubahan dalam sesebuah tamadun. Antara perubahan yang telah berlaku ialah perubahan dalam aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Konsep Islam telah berjaya menarik minat kebanyakan masyarakat Tamadun Melayu. Akidah Islam telah memberi satu matlamat dan fokus kepada kehidupan manusia dan diharmonikan dengan sistem kepercayaan tempatan. Masyarakat yang mempunyai sistem kepercayaan yang menerima pengaruh luar masih di amalkan seiring dengan agama Islam. Manakala dari segi politik dan pentadbiran pula, konsep „devaraja‟ yang menjadi pegangan masyarakat sebelumnya ditukar kepada konsep „khalifatullah fil-ardhi‟. Raja dan sultan tidak lagi dianggap sebagai dewa melainkan khalifah Allah (swt). Dalam aspek undang-undang pula, terdapat beberapa undang-undang yang menerima pengaruh dari agama Islam. Misalnya ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka tamsilnya, membicarakan tentang barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan

(3)

seperti Khinzir, arak, anjing dan luak. Bidang pendidikan berkembang selepas penyebaran Islam. Istana telah dijadikan pusat pembelajaran. Pemerintahan Melaka, Acheh, dan Riau telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan Pendidikan Islam. Terdapat juga usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab iaitu sebagai kesan penyebaran agama Islam.

2.2 Sikap kepimpinan

Kepimpinan yang baik dan bercirikan konsep asas moral seperti sikap toleransi, adil, cekap, dan berwawasan boleh mempengaruhi interaksi antara tamadun. Interaksi akan berlaku dengan aman dan harmoni dengan adanya pemimpin yang bersikap demikian. Nabi Muhammad boleh dijadikan contoh dalam aspek ini. Nabi Muhammad tidak menyekat kegiatan agama penganut-penganut Yahudi dan Kristian sebaliknya hak mereka dilindungi dengan undang-undang.

Dalam interaksi Tamadun Islam dan Tamadun India misalnya, beberapa orang raja daripada kerajaan Islam seperti Ghaznawi, Delhi dan Moghul telah bersikap toleransi kepada penganut agama Hindu dan penganut agama lain. Bukan itu sahaja, sultan-sultan daripada kerajaan Islam telah melantik pegawai-pegawai daripada kalangan penganut Hindu. Masud yang merupakan pemimpin kerajaan Ghaznawi telah melantil Tilak yang beragama Hindu sebagai pemerintah wilayah Punjab (Azhar Hj Mad Aros dll, 2002). Ini membuktikan nilai keadilan dan sikap toleransi yang ada pada pemimpin dapat menyumbang kepada perkembangan antara tamadun. Kepimpinan yang tidak cekap, adil dan toleransi boleh menyebabkan perpecahan antara tamadun dan membataskan interaksi.

Akbar Agung iaitu salah seorang raja Moghul tidak mendiskriminasikan antara penganut Islam dengan penganut-penganut Hindu dan penganut-penganut agama lain. Baginda telah menggalakkan perkhawinan antara putera-putera dari kerabatnya dengan karabat diraja Hindu. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan satu ikatan yang kuat dengan daerah-daerah jajahannya. Melalui kepelbagaian agama masyarakat semasa pemerintahannya, baginda telah melantik orang Hindu dan Orang Islam untuk memegang jawatan. Sikap keterbukaan dan toleransi daripada pemerintah Moghul itu telah menyebabkan rakyat hidup dalam aman dan damai. Walaubagaimanapun, Akbar telah menyebabkan perpaduan yang

(4)

dicipta berpecah belah apabila dia mencipta agama baru. Agama Islam, Zoroaster, Hindu, Jain dan Kristian yang dikenali sebagai „din-illahi‟ atau kesatuan agama tidak mendapat sambutan masyarakat. Agama yang baginda cipta mendapat tentangan daripada para ulama Islam, sami-sami Hindu dan Buddha serta paderi-paderi Kristian. Baginda dianggap telah merosakkan agama-agama tersebut. Pemimpim yang baik haruslah tahu batas tertentu untuk campur tangan terutamanya dalam hal-hal agama. Hal ini kerana, hal-hal agama yang di campur tangan mungkin boleh menyinggung perasaan masyarakat yang menganuti.

2.3 Kepentingan Ekonomi

Tidak dinafikan bahawa faktor perdagangan adalah antara faktor penting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun. Perdagangan antara tamadun amat penting iaitu atas dasar “saling memerlukan” di mana sesebuah tamadun memerlukan barangan daripada sesebuah tamadun yang lain. Sebagai contoh hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan China melalui jalan darat dan laut. Kesan daripada hubungan perdagangan tersebut, pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan d Kwang Cho (canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Masjid turut didirikan di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi itu menunjukkan kesan hubungan perdagangan dan menyebabkan berlakunya Islaminsasi di beberapa wilayah tersebut.

. Tamadun Melayu dan Tamadun india juga mempunyai interaksi perdagangan yang cukup baik. Tamadun Melayu membekalkan rempah ratus, emas, damar dan kayu kayan masuk ke India. Tamadun India dan Tamadun Melayu juga menjalinkan hubungan dalam perdagangan kain. Melalui hubungan perdagangan yang pesat antara Tamadun telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Tamadun Melayu berikutan dengan kemasukan agama Hindu melalui proses perdagangan.

Selain itu, interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun China juga berlaku atas faktor perdagangan. Kedua-dua tamadun tersebut telah menjalankan perdagangan gula, kain, bahan letupan, kasut, lilin dan sebagainya. Tamadun China telah membawa pengetahuan dan kemahiranyang menjadi sumbangan dalam bidang tamadun kebendaan kepada masyarakat Tamadun Melayu. Faktor interaksi perdagangan ini telah menyebabkan kehidupan sosial masyarakat Tamadun Melayu mengalami

(5)

beberapa perubahan disebabkan pengaruh daripada Tamadun China. Perkhawinan campur telah melahirkan masyarakat peranakan Cina, Kelantan dan golongan Baba Nyonya di Melaka. Masyarakat tersebut mempunyai cara hidup campuran dari budaya cina dan budaya melayu.

3.0 Kepentingan Interaksi antara Tamadun

Interaksi antara tamadun dengan tamadun yang lain membawa pelbagai kepentingan penting kepada sesuatu tamadun. Antara faedah atau kesan positif yang terhasil melalui interaksi tamadun ialah kepesatan perdagangan, hubungan diplomatik. Pengembangan bahasa dan kesenian, kemasukan teknologi, percambahan pemikiran dan perkembangan ilmu pengetahuan, peneriamaan agama dan sistem nilai adalah antara kebaikan dan kepentingan interaksi antara tamadun. Interaksi akan membantu memantapkan tahap perkembangan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain. Oleh kerana, masyarakat tamadun mempunyai ciri-ciri, budaya, cara hidup dan agama yang berbeza maka, perinteraksian antara tamadun akan memberi faedah kepada tamadun. Interaksi daripada tamadun berbeza membolehkan masyarakat setiap tamadun untuk mengamalkan Interaksi antara tamadun secara tidak langsung akan mengurangkan permasalahan sikap perkauman, kedaerahan, prasangka, rasisme, anti-agama lain dan sebagainya. Hal ini kerana, perbezaan dalam tamadun akan menyemai sikap toleransi antara satu sama lain.

4.0 kesimpulan

Sesebuah tamadun adalah bercirikan sifat keterbukaan. Melalui ciri inilah, interaksi antara satu tamadun dan tamadun yang lain boleh berlaku. Proses interaksi antara tamadun amat penting untuk tujuan perkembangan sesebuah tamadun sekaligus mewujudkan konsep „saling memerlukan‟ dan „saling melengkapi‟ antara tamadun. Interaksi antara tamadun tidak dinafikan mempunyai dua kesan iaitu kesan positif dan kesan negatif. Elemen positif daripada interaksi tamadun boleh memberi pengukuhan dan perkembangan kepada tamadun manakala elemen negative pula akan seringkali terhasil daripada konflik masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Pelbagai faktor telah menyumbang kepada konflik yang terjadi antaranya ialah faktor pemahaman, ekonomi, social dan politik. Kesan positif daripada interaksi tamadun ialah menyumbang kepada proses pertumbuhan dan perkembangan dan mengelakkan daripada menjadi jumud, beku dan statik. Sesebuah tamadun yang dapat membuat interaksi baik dengan sesebuah tamadun yang lain sudah pasti akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan positif dan penting.

(6)

Referensi

Dokumen terkait

Untuk dapat menentukan atau menetapkan sampel yang tepat diperlukan pemahaman yang baik dari peneliti mengenai sampling, baik penentuan jumlah maupun dalam

Permasalahan yang dibahas dalam penelitian ini yaitu, (1) Bagaimanakah Kondisi Pers di Surakarta pada awal Orde Baru, (2) Bagaimanakah perkembangan Majalah Adil di

Itulah kiat-kiat Azmil Mufarricha Fajarani yang akhirnya meraih predikat sebagai wisudawan terbaik jenjang S-1 dalam wisuda Maret 2017 dari Fakultas Perikanan dan Kelautan

Kajian yang dilakukan oleh Kantor Diklat dan LPPM-ITB (2003) dan Yuliana (2003) menunjukkan bahwa angkutan umum hanya menjadi alternatif terakhir dalam pilihan pergerakan di

nasional. 5) Dalam pengukuran yang dilakukan untuk pembuatan peta dasar. pendaftaran dimaksud pada ayat 1, selain

Ketika ada beberapa data yang memiliki kesamaan dan hasil kelas yang berbeda maka hanya satu kelas yang akan terbentuk sehingga ketika diujikan hasil sistem

Adapun maksud dari perencanaan bangunan pengolahan air buangan ini agar dapat menghasilkan kualitas limbah pelapisan logam yang sesuai dengan standart baku

Bertitik-tolak daripada situ, pembinaan garis panduan syariah ini dibina adalah untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan rujukan untuk guru, masyarakat dan pihak yang