• Tidak ada hasil yang ditemukan

ماليزي MAY 1.0. Panduan. Kesihatan. Musim Haji 1443 H/ 2022 M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ماليزي MAY 1.0. Panduan. Kesihatan. Musim Haji 1443 H/ 2022 M"

Copied!
69
0
0

Teks penuh

(1)

Panduan

Kesihatan

MAY يزيلام

1.0

Musim Haji 1443 H/ 2022 M

(2)

Panduan ini disediakan dalam pelbagai ba- hasa. Muat turun Bahasa pilihan Anda den- gan mengkliknya.

ENG AR

BEN

FRA

TUR

SPN

BOS

AMH

IND

HAU

URD

SIN RUS

PER

2

(3)

Panduan

Kesihatan

ةبولطملا ةحفصلا ىلإ لوصولل ناونعلا ىلع طغضا

Ubat-ubatan Sewaktu Mengerjakan Haji

Lindungi diri Anda

daripada keracunan makanan

Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati

Kepentingan Memakai Pelitup Muka

3

(4)

Saranan Pencegahan

Penularan Virus Covid-19

Tip Kesihatan Sewaktu Mencukur Rambut

Perempuan Yang Mengerjakan Haji

Penyakit Saluran Pernafasan

Membawa Anak-

anak Mengerjakan Haji

Diarea,

gastroenteritis

(muntah-muntah), dan sembelit

4

(5)

Strok haba (sunstroke)

Kecederaan Otot

Penyakit Diabetes

Penyakit Jantung Penyakit Kulit

Penyakit Tekanan Darah

5

(6)

Penyakit Asma

Penghidap Alergi

Penyakit Buah Pinggang

Nombor-nombor Telefon Penting

6

(7)

Haji adalah perjalanan agung yang melibat- kan hati, lisan dan seluruh anggota fizikal. Haji juga merupakan ibadah fizikal dan harta.

Pendahuluan

Sewaktu mengerjakan haji, jemaah haji ban- yak menggunakan tenaga fizikal dan harta.

Oleh itu, antara syarat wajib haji adalah mampu secara fizikal. Orang yang jasmanin- ya tidak mampu menunaikan sendiri ibadah haji, maka ia tidak wajib melaksanakan haji dengan dirinya sendiri.

Haji merupakan perjalanan dan pengalaman luar biasa. Oleh itu, jemaah haji perlu menja- ga kesihatannya sebaik mungkin, agar dapat menjalankan ibadah haji sesempurna yang mungkin.

7

(8)

Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati

Tuntutan dan arahan Islam pada menjaga jasmani, kesihatan, dan pencegahan awal sebelum jatuh sakit adalah dengan men- jaga kebersihan, dan mengambil makanan dan minuman yang bersih. Bahkan Islam melarang tidur lewat malam tanpa alasan.

Semua itu bertujuan menjadikan hidup kita lebih sihat.

Apabila kita sakit, Rasulullah SAW memer- intahkan kita berikhtiar (untuk merawat) dan berubat. Beliau bersabda, “Berubat- lah, wahai hamba Allah. Dan janganlah be- rubat dengan sesuatu yang diharamkan.”

Berikut merupakan beberapa saranan pencegahan penting agar Anda sentiasa sihat dalam perjalanan haji Anda:

8

(9)

Jemaah haji perlu memastikan ubat-ubatan yang telah diberi preskripsi oleh doctor men- cukupi untuknya. Jangan lupa membawanya dalam jumlah cukup selama perjalanan haji, misalnya inhaler dan ubat diabetes.

Ubat-ubatan yang dibawa mesti disimpan pada suhu yang ditetapkan. Caranya, simpan di dalam bekas yang dapat melindunginya daripada hawa panas. Biasanya pengelola rombongan ada menyediakan termos khu- sus untuk ubat-ubatan.

Ubat-ubatan Sewaktu Mengerjakan Haji

9

(10)

Jemaah perlu memberitahu keluarga/teman atau doktor yang juga ikut dalam perjalanan haji tentang keadaan kesihatan dan ubat- ubatan yang harus diambil.

Anda mesti membawa preskripsi ubat- ubatan dan laporan kesihatan Anda atau kad yang menjelaskan tentang keadaan kesiha- tan Anda.

Terdapat banyak farmasi di sekitar Masjidil Haram dan di serata tempat lain di sekitar Kota Makkah. Tapi tidak ada farmasi di Mina, Muzdalifah dan Arafah.

Jangan risau. Pusat-pusat kesihatan dan am- bulans ada disediakan di seluruh penjuru ka- wasan yang menjadi tempat manasik haji.

Untuk mengunjungi pusat-pusat kes- ihatan, sila klik di sini.

10

(11)

Elakkan daripada menyimpan makanan yang dimasak, atau memakannya, setelah lama di- bahagikan terutama sewaktu pergerakan Anda dalam waktu lama antara satu tempat dengan tempat lain.

Lindungi diri Anda daripada keracunan

makanan

11

(12)

Menyimpan makanan yang dimasak dalam suhu bilik lebih daripada 2 (dua) jam boleh menyebabkan bakteria membiak dan mun- gkin menyebabkan keracunan makanan.

Pastikan buah-buahan dan sayur-sayu- ran dicuci sebelum dimakan.

12

(13)

Pastikan Anda mengambil makanan yang cuk- up dan banyakkan minum cecair seperti air putih dan jus buah.

13

(14)

Jangan membeli makanan yang dijaja oleh penjual kaki lima.

14

(15)

Kepentingan

Memakai Pelitup Muka

Pelitup Muka digunakan:

¨

Untuk melindungi daripada jangkitan vi- rus yang menular.

¨

Ketika mengalami gejala flu dan demam selsema untuk mencegah penularan pen- yakit.

15

(16)

Pelitup muka harus menutupi bahagian hidung, mulut dan dagu.

16

(17)

Pelitup Muka perlu terus digu- nakan selama perjalanan haji un-

tuk mencegah penularan virus Covid-19.

Di dalam Masjidil Haram dan Mas- jid Nabawi, serta ketika melakukan tawaf, sa’i dan melontar jamrah.

Bila Perlu Memakai Pelitup Muka?

17

(18)

Pelitup muka harus kerap diganti atau ketika sudah kotor. Pelitup muka yang sudah digu- nakan mesti dibuang di dalam tong sampah.

18

(19)

Saranan

Pencegahan

Penularan Virus Covid-19

Pernafasan.

Titisan kecil air yang keluar dari hidung atau mulut ke permukaan sesuatu.

Menyentuh permukaan yang ter- dapat virus, lalu menyentuh mata, hidung atau mulut.

Virus Covid-19 tersebar melalui:

19

(20)

Jadikan tabiat mencuci kedua-dua belah tangan dengan air dan sabun sebagai rutin.

Selalu gunakan pelitup muka, elak- kan menyentuh mata, mulut atau hidung di tempat-tempat orang ra- mai.

Selalu berdisiplin menjaga kebersi- han diri.

Menjaga penjarakan fizikal yang cukup daripada orang lain di tem- pat-tempat orang ramai.

Langkah Pencegahan Menghadapi Virus Covid-19

20

(21)

Gunakan tisu ketika batuk dan ber- sin dan buang tisu di tempat yang disediakan.

Gunakan hand sanitizer.

21

(22)

Mencukur dan memotong rambut adalah salah satu amalan haji yang diperintahkan Allah dan dilakukan setelah selesai umrah dan setelah mel- ontar Jamrah ‘Aqabah pada Hari Aidiladha. Iku- ti panduan demi keselamatan Anda dan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit menular.

Tip Kesihatan

Sewaktu Mencukur Rambut

22

(23)

Minta tukang cukur mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum mencukur rambut

Anda.

Pastikan tukang cukur menggunakan alat cukur pakai buang. Pastikan dia menggan- tikan alat cukur sebelum mencukur rambut

Anda.

Jangan menggunakan alat cukur yang telah dipakai untuk orang lain.

23

(24)

Ingat: Menggunakan pisau cukur terpakai boleh menyebabkan jemaah berisiko mendapat pen- yakit berjangkit, yang paling berbahaya ialah hepatitis.

24

(25)

Perempuan Yang Mengerjakan Haji

Sewaktu menunaikan haji, perempuan menger- ahkan tenaga yang luar biasa, di mana hal itu dilakukan olehnya semata-mata demi meng- harapkan redha dan rahmat Allah.

Beberapa saranan penting bagi je- maah haji perempuan:

25

(26)

¨

Jika Anda ingin menggunakan pil pencegah haid agar dapat me- lengkapkan ibadah haji tanpa ha- langan, lakukan perkara-perkara berikut:

¨

Tanya doktor awal (beberapa bu- lan) sebelumnya untuk memas- tikan cara penggunaan dan dos yang tepat.

¨

Ambil pil pada waktu yang diten- tukan.

Kitaran haid

26

(27)

Memakai pakaian kapas yang longgar dan kasut yang selesa.

Minum yang cukup.

Elakkan daripada berasak-asakan.

Elakkan daripada terdedah langsung kepada cuaca panas yang ekstrem.

Berjalan kaki sedikit setiap satu atau dua jam.

Segera menuju klinik terdekat jika ter- jadi pendarahan, pening kepala atau kontraksi.

Elakkan aktiviti fizikal berlebihan. Am-

billah keringanan-keringanan yang diberikan dalam syariat Islam (rukh-

sah), dan wakilkan ibadah melontar jamrah kepada orang lain.

Beberapa saranan perubatan bagi perem- puan hamil sewaktu menunaikan haji dan umrah:

27

(28)

Membawa Anak-anak Mengerjakan Haji

Namun, jika jemaah membawa anak- anak, maka perhatikanlah hal-hal berikut:

28

(29)

Gunakanlah gelang di pergelangan tan- gan anak yang bertulis nama dan nom- bor telefon.

Pastikan anak-anak sudah mendapat- kan vaksin asas yang lengkap.

Banyak minum air.

Jadikan tabiat membersihkan kedua- dua belah tangan sebagai rutin.

Jaga kebersihan diri anak.

Pastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan.

Jangan membawa anak ke tempat-tem- pat yang sangat padat dan ramai orang.

29

(30)

30

(31)

Penyakit Saluran Pernafasan

Penyakit saluran pernafasan terma- suk penyakit yang sering dialami oleh jemaah haji, akibat penularan kuman atau virus melalui batuk dan bersin.

31

(32)

Saranan umum ketika mengalami gejala

penyakit saluran pernafasan.

¨

Selalu memakai pelitup muka supaya ti- dak mengganggu orang lain.

¨

Minum air suam.

¨

Istirahat sebanyak mungkin.

¨

Ambil ubat untuk mengurangkan sakit (atau simptom).

¨

Berjumpa dengan doktor dalam rombon- gan haji untuk mendapatkan konsulta- si tentang pengambilan ubat batuk dan gangguan pernafasan.

¨

Jangan gunakan antibiotik tanpa preskrip- si doktor.

32

(33)

Jangan mendedah- kan secara langsung

kepada udara sejuk pendingin hawa.

Cara mencegah penyakit pada sistem pernafasan

Jangan terlalu hampir dengan penghidap penya-

kit pernafasan.

Jangan menggu- nakan ubat orang

lain.

Biasakan mencu- ci kedua-dua be-

lah tangan.

Elakkan kesesakan orang ramai dan sua- sana berasak-asakan.

Elakkan minuman yang sangat dingin.

33

(34)

Diarea, gastroenteritis (muntah-muntah),

dan sembelit

Keadaan yang disebabkan oleh bak- teria, virus, atau fungus yang men- jangkiti tubuh melalui makanan atau minuman yang sudah tercemar.

34

(35)

Untuk mencegah gastroenteritis (muntah-muntah) dan diarea,

ikuti panduan berikut:

Pastikan keselamatan dan ke- bersihan makanan.

Elakkan makanan yang ban- yak mengandungi lemak.

Elakkan membeli makanan daripada penjual kaki lima.

Cuci kedua-dua belah tangan.

Pastikan daging dimasak hingga benar-benar masak.

35

(36)

Mengubati diarea

Mencegah sembelit

¨

Banyakkan minum air.

¨

Rujuk doktor apabila da- lam simptom diarea se- makin teruk.

¨

Banyakkan makan buah-buah- an dan sayur-sayuran.

¨

Banyakkan minum air.

36

(37)

Penyakit Kulit

Penyakit kulit mudah merebak pada musim haji dan umrah kerana:

¨

Suhu udara yang tinggi.

¨

Situasi orang yang sangat ramai.

¨

Berpeluh berterusan.

¨

Dipancari terik sinar matahari.

37

(38)

Mencegah radang kulit dan paha bengkak

¨

Pastikan pengaliran udara yang baik pada atas paha dan celah ketiak.

¨

Jaga kebersihan diri.

¨

Gunakan krim sapuan sebelum ber- jalan kaki.

38

(39)

Elakkan kulit terbakar di bawah matahari.

¨

Sentiasa gunakan payung, terutama mu- lai jam 10 pagi hingga 3 petang.

¨

Jangan biarkan bahagian tubuh terdedah kecuali yang perlu mengikut manasik.

¨

Gunakan krim pelindung UV.

39

(40)

Cara Mencegah Fungus Kulit

¨

Jaga kebersihan diri.

¨

Mandi secara teratur.

¨

Jaga kebersihan pakaian dalam.

¨

Jangan menggunakan pakaian dan tuala orang lain.

40

(41)

Strok haba (sunstroke)

Strok haba adalah kenaikan ekstrem suhu badan kerana terdedah kepa- da sinar matahari yang terik dalam tempoh yang lama.

41

(42)

Gejala strok haba

Suhu badan meningkat, dan juga disertai dengan:

¨ Sakit kepala dan pening.

¨ Kulit kering dan merah.

¨ Merasa sesak nafas dan sakit di bahagian perut.

¨ Muntah dan diarea.

42

(43)

Jika keadaan semakin teruk, simp- tom ini mungkin berlaku:

¨

Gangguan pada fungsi jantung.

¨

Saraf kejang.

¨

Meninggal dunia.

43

(44)

Strok haba ialah gangguan menda- dak terhadap kesihatan yang harus ditangani segera. Berikut pertolon- gan cemas yang wajar diberikan:

¨

Memindahkan orang yang terkena strok haba ke tempat yang dingin.

¨

Membuka atau melonggarkan pa- kaian luar.

¨

Menyejukkan badan dengan air.

¨

Memindahkan orang yang terkena strok haba dekat dengan sumber udara.

¨

Berikan orang yang terkena strok haba air minum yang cukup.

44

(45)

Jangan keluar pada waktu siang hari kecua- li sekiranya ada keperluan atau mengerjakan manasik haji atau umrah.

Jangan mendedahkan tubuh Anda kecuali apa yang disyariatkan, iaitu kepala sewaktu ihram.

Gunakan payung pada siang hari terutama ketika matahari sangat terik, iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Banyakkan meminum air.

Mencegah daripada terkena strok haba

45

(46)

Kecederaan Otot

Sebab utama terjadinya kecederaan otot, sendi dan ligamen adalah:

¨

Penat yang melampau.

¨

Gerakan ekstrem yang berterusan.

¨

Kecergasan fizikal yang semakin lemah.

¨

Membawa barang-barang berat.

46

(47)

¨

Berhenti bergerak ketika merasa sakit.

¨

Menekan bahagian yang sakit atau meng- gunakan pita terapi kinesiologi.

¨

Menyejukkan bahagian badan yang ter- cedera.

¨

Meninggikan anggota badan yang terced- era untuk mengurangkan bengkak.

¨

Jumpa doktor sekiranya berlarutan.

Merawat Sakit Otot dan Sendi

47

(48)

Penyakit Diabetes

Untuk penghidap penyakit diabetes:

Anda boleh menunaikan haji dan umrah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengetahui keadaan jasmani Anda un- tuk menunaikan haji atau umrah.

48

(49)

Untuk penghidap penyakit diabetes:

Pakai gelang di pergelangan tan- gan atau kad yang memaklumkan Anda menghidap penyakit diabe- tes dan menjelaskan jenis ubatan yang diambil.

Gunakanlah glukometer dan ukur tahap gula Anda setiap hari.

Bawalah surat keterangan pe-

rubatan yang terperinci yang menjelaskan keadaan kesihatan Anda.

Beritahulah orang-orang ter- dekat Anda bahawa Anda meng- hidap penyakit diabetes.

Bawa ubat diabetes secukupnya.

Pastikan insulin dalam suhu sejuk saat melakukan tawaf dan sa’i.

49

(50)

Anda perlu berhenti daripada melaksanakan manasik haji apa- bila merasakan kadar gula dalam tubuh Anda turun.

Jaga kaki Anda sewaktu melaku- kan tawaf dan sa’i daripada apa saja yang mengganggu. Pastikan Anda jauh daripada kerusi roda.

Laksanakan tawaf atau sa’i han- ya sesudah mengambil ubat dan makanan yang cukup.

Ambillah makanan utama dan ringan di tengah perjalanan.

Ikuti pola makan seperti yang dis- arankan oleh doktor.

Pakai stoking kaki yang nyaman.

50

(51)

Minum air dalam kadar secuk- upnya.

Kunjungi pusat-pusat kesihatan apabila diperlukan.

Gunakan alat cukur elektrik, bu- kan pisau cukur.

51

(52)

Penyakit Jantung

Penghidap penyakit jantung dapat menunaikan manasik haji jika keadaan kesihatannya stabil.

52

(53)

Saranan perubatan untuk penghidap penyakit jantung

Rujuk doktor sebe- lum Anda berangkat

menunaikan ibadah haji.

Bawalah ubat- ubatan secuk-

upnya.

Bawa kad atau laporan kesihatan.

53

(54)

Jangan melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.

Usahakan selalu bersama teman atau kel- uarga.

Berehatlah jika Anda merasa sakit dada atau sesak nafas.

Jangan naik ke tempat tinggi atau naik tangga.

54

(55)

Penyakit

Tekanan Darah

Anda dapat mengawal tekanan darah dalam tempoh perjalanan haji atau um- rah dengan mengikuti arahan daripada doktor pakar.

55

(56)

Gejala tekanan darah tinggi

¨

Jantung berdebar-debar dan sesak nafas.

¨

Berpeluh, rasa cemas dan tegang.

¨

Pendarahan pada hidung.

¨

Pening, sakit kepala dan mual.

¨

Penglihatan kabur.

56

(57)

¨

Rujuk doktor dan pastikan ubat-ubatan Anda lengkap sebelum memulakan per- jalanan.

¨

Bergerak sedikit dan berjalan-jalan di da- lam kapal terbang.

¨

Kerap mengukur tekanan darah sebelum bertolak dan selama menunaikan ibadah haji.

¨

Ikuti jadual yang tepat untuk waktu men- gambil ubat.

¨

Berhati-hati terhadap perubahan udara secara mendadak.

Saranan untuk penghidap penyakit tekanan darah

57

(58)

¨

Tetap tenang dan jangan tegang.

¨

Dapatkan rehat yang cukup apabila mera- sa penat.

¨

Elakkan memakan makanan masin.

¨

Perbanyakkan minum air.

58

(59)

Jika Anda kemungkinan menderita angin ahmar:

¨

Anda harus merujuk kepada doktor untuk memastikan ubat khusus yang perlu.

¨

Jangan membuat tubuh Anda melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.

¨

Gunakan kerusi roda apabila sudah kepe- natan.

59

(60)

Penghidap Alergi

Risiko alergi meningkat sewaktu mu- sim haji kerana kesesakan orang ramai, pencemaran udara, suhu tinggi dan asap ekzos kenderaan.

60

(61)

Secara umum penyakit alergi tidak membahayakan jemaah haji kecuali dalam keadaan penyakit asma sema- kin teruk.

Kami menyarankan penghidap alergi agar mengelakkan waktu, tempat, ak- tiviti dan makanan yang boleh mence- tuskan alergi.

61

(62)

Sebahagian ubat alergi menyebabkan Anda mengantuk. Oleh itu Anda harus mengelakkan keadaan tiba-tiba ter- jatuh sewaktu di tengah orang ramai.

62

(63)

Penyakit Asma

Manasik haji dan umrah kadang- kadang memerlukan jemaah berada di tempat-tempat orang ramai bera- sak-asakan, yang kadangkala penuh dengan debu dan asap yang berasal dari ekzos kenderaan.

63

(64)

Penghidap asma harus selalu mem- bawa inhaler sewaktu berpindah-pin- dah tempat selama menunaikan iba- dah haji.

Apabila mengesan gejala serangan asma, berikut panduan yang perlu diikuti:

¨

Gunakan segera inhaler

¨

Kunjungi klinik atau hospital ter- dekat.

64

(65)

Penyakit Buah Pinggang

Kami sarankan agar Anda menjalani pemeriksaan kesihatan dan merujuk doktor bagi memastikan kelayakan Anda untuk menunaikan ibadah haji atau umrah.

65

(66)

Haji akan menjadi kesulitan besar bagi pesakit yang memerlukan proses mencuci darah, kecuali dia melakukan haji bersama pasukan perubatan.

Pastikan Anda membawa ubat-ubatan preskripsi Anda. Simpan di tempat yang selamat dan mudah dicapai.

Elakkan daripada terkena panas ma- tahari. Lakukan sebahagian manasik haji sesudah terbenam mataha- ri. Wakilkan kepada orang lain un- tuk menggantikan ibadah yang wajib dilakukan sesuai dengan keringanan dalam syariat Islam (rukhsah).

66

(67)

Nombor-nombor Telefon Penting

911 937

1966

920002814

NOMBOR PANGGILAN UNTUK KEADAAN

DARURAT DAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN

NOMBOR PANGGILAN UNTUK RUNDINGAN PERUBATAN

NOMBOR PANGGILAN KHUSUS UNTUK PERTANYAAN TENTANG MASJIDIL HARAM

DAN MASJID NABAWI

PUSAT PANGGILAN KEMENTERIAN

HAJI DAN UMRAH UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN JEMAAH

67

(68)

Anda dapat memperoleh panduan dan bimbingan lain dengan mengunjungi laman web Kementerian Haji dan Umrah (klik di sini), Dalam panduan ini, Anda akan mendapati semua pedoman dan arahan yang memudahkan Anda untuk menjalankan syiar ibadah haji dengan mudah dan tenteram.

(69)

Semoga Allah SWT menerima amal

ibadah Anda.

Untuk mendapatkan mak- lumat lebih lanjut tentang

panduan Haji dan Umrah, jemput follow akaun Twit-

ter kami.

Referensi

Dokumen terkait

yang sangat kurang, sehingga memperoleh skor 1 yakni indikator ke 9 yakni membahas jumlah rasio guru BK dengan jumlah siswa, dimana di sekolah ini hanya ada 2 orang

This filter prevents particle spread inside cabinet, unlike if Class II type B2 is used.. LAMINAR AIR

Penelitian ini dilakukan dengan pertimbangan bahwa berdasarkan informasi yang ada penelusuran kepustakaan di lingkungan Universitas Sumatera Utara, penelitian dengan

Peraturan Daerah Kabupaten Daerah Tingkat II Karangasem Nomor 1 Tahun 1998 Tentang Pajak Pengambilan dan Pengolahan Bahan Galian Golongan C (Lembaran Daerah Kabupaten Daerah

Renja Dinas Pelayanan Pajak merupakan salah satu instrumen untuk evaluasi pelaksanaan program/kegiatan Instansi untuk mengetahui sejauh mana capaian kinerja

TOGAF merupakan metodologi yang lengkap, penelitian-penelitian diatas yang mengimplementasikan TOGAF pada perancangan arsitektur enterprise sistem informasi pengadaan barang

molesta yang ditambahkan dalam ransum jika semakin tinggi akan membuat serat kasar pakan semakin tinggi dan kecernaan nutrien tidak maksimal sehingga komponen

Menyempurnakan alat pengering zat warna alami spray dryer sehingga dapat digunakan untuk mengeringkan ekstrak zat warna alami dari biji kesumba, kayu mahoni dan