• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mutiara Kisah Di dalam Quran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mutiara Kisah Di dalam Quran"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

P A K S I . N E T

A R

-

R I

S

A

L

A

H

Fokus Qurban

Qurban berasal daripada kalimah arab ‘qo-ro-ba’, yang

bermaksud dekat (karib). Jesteru, qurban membawa erti

mendekatkan kita pada sang pencipta, Allah azzawajal.

Mutiara Kisah Di dalam

Quran

-[ASH-SHAFFAT: 101-107]

“Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar. [101] Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersama-samanya (yakni bersama Ibrahim), dia berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu.” Anaknya menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” [102] Maka apabila kedua-duanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, [103] dan Kami menyerunya, “Wahai Ibrahim!” [104] “Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu.” Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. [105] Sesungguhnya ini adalah suatu ujian yang nyata. [106] Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. [107]”

Tafsiran ayat

[1]

Petikan ayat suci Al-Qur’an di atas menceritakan kisah seorang ayah,

iaitu Ibrahim A.S yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T, melalui

mimpinya (’Ubaid bin ’Umair mengatakan bahawa mimpi para Nabi

adalah wahyu), supaya menyembelih anaknya. Dengan berat hati, dia

menceritakannya kepada anaknya dan bertanyakan pendapat sang

anak mengenai hal ini.

Namun begitu, sang anak, yang pada waktu itu dalam usia mudanya

(maksud ayat ”Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur) sanggup

berusaha bersama-samanya”, menurut Ibnu ‘Abbas R.A, Mujahid,

’Ikrimah, Sa’id bin Jubair, ’Atha’ Al-Khurasani, Zaid bin Aslam dan

lain-lainnya, adalah ketika anak itu menginjak remaja, dewasa dan

mampu mengerjakan pekerjaan Ibrahim, berupa usaha dan

peker-jaan) dengan begitu yakin meminta ayahnya supaya melaksanakan

perintah tersebut.

I S S U E : 2 | | Z U L H I J J A H 1 4 2 8 | | F R E E

Sekapur Sireh

Assalamualaikum warahmatullah... Alhamdulillah, segala puji milik Allah rabb sekalian alam, dengan izinNya, Ar-Risalah dalat diterbitkan lagi untuk yang kedua kalinya pada tahun ini. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada para penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan risalah ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga Ar-Risalah ini mendapat keberkatan dari Allah dan memberi manfaat pada para pembaca. Untuk keluaran kali ini, kami paparkan karya penulisan yang menjurus kepada peristiwa 10 Zulhijjah, yang diperingati oleh umat Islam seluruh dunia. Sebarang teguran dan cadangan amat kami alu-alukan, agar Ar-Risalah terus mapan pada masa hadapan, insyaAllah

-Editors

(2)

Walau bagaimana pun, setelah kedua-duanya

ber-serah diri, (kalimah ‘aslama’ bererti berber-serah diri

dan pasrah. Ibrahim bersiap sedia menyembelih

dan anaknya bersedia mentaati orang tuanya. Inilah

yang dikemukakan oleh Mujahid, ’Ikrimah,

Qata-dah, As-Suddi, Ibnu Ishaq dan lain-lain), Allah

S.W.T menghalang Ibrahim A.S daripada

menyem-belih anaknya itu, malah digantikan anak itu

den-gan seekor sembelihan yang besar. Sufyan

Ats-Tsauri menceritakan daripada Jabir Al-Ju’fi,

dari-pada Abu Ath-Thufail, dari-

pada ’Ali, dia

mengatakan, ”Yakni dengan

seekor domba jantan yang

berwarna putih, bermata

bagus,

bertanduk serta

diikat dengan tali daripada

rumput samurah.”

Begitulah secara

ring-kasnya kisah Ibrahim

beserta anaknya, yang

akhirnya menjadi suatu

syiar dalam syariat kita

perbahasan yang cukup menarik tentang

permasa-lahan siapakah sang anak yang hampir dikorbankan

oleh Ibrahim A.S; adakah Ismail A.S atau pun

Ishaq A.S? Dan di akhir nanti, akan saya simpulkan

beberapa pengajaran yang dapat kita ambil

dari-pada artikel ini.

Pendapat pertama: Ishaq A.S

Sekelompok ulama’ berpendapat bahawa anak yang

disembelih adalah Ishaq. Hal itu dikisahkan

dari-pada sekelompok ulama’ salaf, bahkan ada nukilan

daripada sebahagian sahabat R.A. Antara orang

yang berpendapat bahawa yang disembelih adalah

Ishaq adalah Ka’ab Al-Ahbari, dan diriwayatkan

daripada Umar, Al-Abbas, Ali, Ibnu Mas’ud,

Mas-ruq, ’Ikrimah, Sa’id bin Jubair, Mujahid, ’Atha’,

’Ubaid bin ’Umair, Zaid bin Aslam, Az-Zuhri,

Qatadah, dan ramai lagi, malah hal ini juga

meru-pakan pilihan Ibnu Jarir.

[2]

Ibnu Jarir menguatkan pilihannya dengan firman

Allah Ta’ala dalam surah Ash-Shaffat, ayat 101,

”Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya

(Ibrahim) dengan (kelahiran) seorang anak yang

sangat sabar,” di mana Ibnu Jarir berpendapat

ba-hawa ”khabar gembira” ini adalah khabar gembira

atas kedatangan Ishaq sebagaimana yang

disebut-kan oleh Allah Ta’ala dalam firman yang lain, iaitu

dalam surah Adz-Dzariyat (surah 51), ayat 28.

[1]

Imam Ibnu Katsir, dalam bukunya ”Qishash

Al-Anbiya’”, mencantumkan satu lagi pendapat yang

mengatakan bahawa anak yang disembelih adalah

Ishaq A.S. As-Suhaili, ketika menguatkan

pendapat-nya bahawa anak tersebut adalah Ishaq,

menggu-nakan firman Allah Ta’ala berikut sebagai hujjah.

[2]

“Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur)

sanggup berusaha bersama-samanya (yakni

ber-sama Ibrahim)…”

Menurut As-Suhaili, Ismail A.S tidak bersama

Ibrahim A.S melainkan ketika dia masih kecil,

dan ketika kecil itu, dia bersama ibunya (Hajar)

berada di salah satu bukit di Makkah

(sebagaimana

hadits

yang

diriwayatkan

daripada Abdullah bin

‘Abbas R.A

dalam

Shahih

Al-Bukhari,

hadits no. 3364), lalu

bagaimana

mungkin

Ismail sampai pada umur

s a n g g u p

b e r u s a h a

malah dia membawakan beberapa hujjah untuk

menolaknya.

Pertama, Imam Ibnu Katsir mencantumkan

dalam ”Tafsir Al-Qur’an Al-’Adzim”, bahawa

menurut kesepakatan kaum muslimin dan ahlu

al-kitab, anak Ibrahim A.S yang pertama adalah

Ismail A.S. Bahkan, disebutkan dalam nash kitab

terdahulu, Ismail A.S dilahirkan ketika Ibrahim

A.S berusia 86 tahun, sedangkan Ishaq A.S

dila-hirkan ketika Ibrahim berusia 99 tahun.

[1]

Jadi, menurut Ibnu Katsir, anak pertama itulah

yang akan mendapatkan kasih sayang daripada

orang tuanya melebihi anak-anak yang lahir

setelahnya.

Dengan

demikian,

perintah

menyembelihnya akan menjadi ujian dan cubaan

yang sangat berat.

[1]

Sekadar menambahkan

(3)

menjanjikan kepada Ibrahim bahawa dia

akan memperolehi cucu daripada Ishaq?

[1]

Untuk hujjah ketiga, Imam Ibnu Katsir

mencantumkan dalam tafsirnya satu hadits

yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Imam

Ahmad meriwayatkan daripada Shafiyyah

binti Syaibah, dia menceritakan bahawa ada

seorang wanita daripada Bani Sulaim yang

baru melahirkan memberitahunya,

Rasulul-lah S.A.W pernah mengirim utusan kepada

Utsman bin Thalhah R.A. Dan di suatu

kesempatan, wanita itu mengatakan bahawa

dia pernah bertanya kepada Utsman,

”Men-gapa Rasulullah S.A.W memanggilmu?”

Utsman menjawab, “Rasulullah S.A.W

berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya aku

per-nah melihat dua tanduk kambing ketika aku

memasuki Baitullah, tetapi aku lupa

menyu-ruhmu untuk menutupinya (dengan kain).

Oleh sebab itu, tutuplah kedua-duanya

ker-ana sesungguhnya tidak layak di dalam

Bai-tullah ini ada sesuatu yang bisa melalaikan

orang solat’.”

[1,2]

Sufyan Ats-Tsauri mengatakan, “Kedua-dua

tanduk domba itu masih tetap tergantung di

Baitullah sehingga Baitullah itu terbakar,

maka kedua-duanya turut terbakar.”

Tanduk domba inilah yang dikatakan milik

sembelihan yang digantikan Allah S.W.T. Ini

menjadi dalil yang menunjukkan bahawa

yang disembelih itu Ismail, kerana dia

ting-gal di Makkah, sedangkan Ishaq tidak

dik-etahui kehadirannya di Makkah ketika dia

masih kecil. Wallahu a’lam.

[2]

Sebagai hujjah terakhir daripada Imam Ibnu

Katsir, dia menceritakan dalam bukunya

‘Qishash Al-Anbiya’, bahawa seorang

khali-fah yang bernama Umar bin Abdul ’Aziz,

pernah bertanyakan seorang lelaki yang

du-lunya merupakan seorang penganut agama

Yahudi, tetapi akhirnya memeluk Islam,

“Siapakah putera Ibrahim yang

diperintah-kan untuk disembelih?” Dia menjawab,

“Demi Allah! Dia adalah Ismail, wahai

Ami-rul Mu’minin. Orang Yahudi mengetahui

hal itu, tetapi mereka iri kepada kalian, hai

sekalian bangsa Arab, apabila kalian yang

mendapat perintah Allah Ta’ala melakukan

hal seperti ini (iaitu penyembelihan Ismail),

serta keutamaan yang disebutkanNya ada

pada Ismail atas kesabarannya menjalankan

perintahNya. Mereka mengingkari hal itu

dan mengaku bahawa yang disembelih

ada-lah Ishaq, kerana Ishaq adaada-lah nenek

moy-ang mereka.”

[2]

Begitulah serba sedikit perbahasan yang

dapat saya bawakan untuk menjawab

per-soalan di atas. Ternyata, anak yang

diperintah-kan untuk disembelih itu adalah Ismail A.S,

malah kita sendiri mendengarkan hal ini

dari-pada seorang mantan penganut Yahudi. Malah

pendapat yang sama juga disebutkan oleh

se-orang sahabat yang cukup terkenal

kehebatan-nya di bidang tafsir Al-Qur’an, iaitu Ibnu

’Ab-bas R.A.

Sumber rujukan

1. Ibnu Katsir. Tafsir Ibnu Katsir: Ash-Shaffat,

ayat 101-107.

2. Ibnu Katsir. Kisah Para Nabi: Kisah

Penyembelihan Ismail ’Alaihissalam.

Berkorban Apa Saja ...

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri

Tidak diingini

Bahagia kekasih

Saja yang diharap

Ingin penulis bertanya, ada sesiapakah yang belum pernah mendengar bait-bait ini? Lirik lagu terkenal nyanyian lagenda Tan Sri P. Ramlee ini menjadi salah satu

Mutiara Kata

“Tidaklah seseorang

menyem-bunyikan rahsia di hatinya,

melainkan akan ternampak

pada tutur katanya dan

terlu-kis pada wajahnya.”

(4)

inspirasi kepada anak-anak muda untuk melakukan apa saja demi memenangi hati kekasihnya, maka timbullah ayat-ayat yang terkenal sehingga sekarang seperti :

“..akan ku redah lautan api, ku daki gunung yang tinggi untuk mendapatkan cintamu...”

Wah, begitu besar sekali kuasa cinta dalam diri manusia sehingga mendominasi setiap pemikiran dan tindakannya.Namun penulis sedikit keliru. Manusia boleh melakukan apa sahaja untuk seorang yang lain walaupun belum tentu orang itu menghargainya. Namun mengapa hanya sedikit sekali manusia yang mengorbankan apa saja untuk meraih rahmat Allah S.W.T. sedangkan balasan syurga itu adalah sesuatu yang sudah pasti bagi orang-orang yang beriman?

Pada akhir zaman ini, adakah lagi manusia yang dapat melakukan pengorbanan seperti Nabi Ibrahim & Nabi Ismail sebagaimana diceritakan dalam surah As-Shaffat, ( 37 : 100 – 108) ? Nabi Ibrahim menunggu sekian lama, sehingga usia yang lanjut, untuk dikurniakan Nabi Ismail a.s, dan anaknya pula merupakan seorang yang sangat soleh dan sangat disay-anginya. Namun apabila turun perintah Allah yang mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail dengan tangan-nya sendiri, kedua-duatangan-nya terus patuh tanpa ada sedikit persoalan atau rungutan pun. Mungkin patut bertatangan-nya diri sendiri, tidakkah Nabi Ibrahim berasa berat untuk melepaskan anak kesayangannya? Tidakkah Nabi Ismail berasa sayang untuk meninggalkan hidup yang berwarna-warni ini?Ya, kasih sayang sesama bapa dan anak,kecintaan terhadap kehidupan yang kita ada sekarang adalah perkara yang fitrah dan menjadi keinginan setiap manusia, termasuklah penulis dan pembaca. Namun, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup mengorbankan perkara yang paling mereka sayang di dunia ini untuk tunduk & patuh kepada Allah S.W.T. :

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".( 24:51.)

Tidakkah kita mahu meraih keuntungan syurga Allah yang kekal abadi? Mungkin penulis tidak perlu mengutarakan persoalan ini sebenarnya, kerana bodohlah sesiapa yang tidak mahu masuk syurga. Namun, untuk meraih keredhaan Allah demi menggapai syurga yang tertinggi itu bukannya suatu yang semudah A-B-C. Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail ini jelas mengajar kita bahawa untuk tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T., ini memerlukan pengorbanan - mengorbankan keingi-nan dan kepentingan diri sendiri.

Jika diteliti, kehidupan kita sebagai Muslim sedari kecil hingga sekarang sememangnya berlandaskan pengorbanan. Untuk bangun solat subuh misalnya, kita terpaksa mengorbankan perasaan enak berada di bawah selimut/Duvet semata-mata untuk menunaikan solat wajib 2-rakaat. Untuk bangun bersolat malam, kita mengorbankan sebahagian masa tidur kita sedangkan ramai manusia lain yang mungkin tengah bermimpi indah pada saat itu. Untuk menghadiri kelas-kelas agama, seorang pelajar mungkin mengorbankan masa beberapa jam seminggu sedangkan rakan-rakan yang lain sudah mampu mengulangkaji beberapa topik dalam tempoh itu. Untuk jihad fisabilillah, seorang tentera Islam bermain antara hidup dan mati dalam perjuangannya sedangkan dia mempunyai harta, keluarga, dan nafsu. Jadi, pengorbanan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam menjadi hamba yang patuh kepada Allah.

Namun, pengorbanan tersebut bukannya sesuatu yang sia-sia. Malah, mungkin boleh dikatakan bukan pengorba-nan, kerana pengorbanan maksudnya mengorbankan apa yang kita ada. Namun, apa yang sebenarnya manusia ada?Kita tidak punya apa-apa! Seluruh kehidupan, masa, harta, tenaga, dan keluarga kita sebenarnya dikurniakan Allah tanpa kita mengeluarkan sedikit modal pun. Tanpa Allah yang memberi, kita tidak akan pernah memiliki. Untuk tunduk dan patuh kepada Allah, kita hanya perlu mengembalikan sebahagian kecil daripada kurniaan itu kepada Tuannya.Contohnya dari-pada 24 jam yang kita ada, sehari mungkin kita gunakan hanya 1-2 jam untuk bersolat, dan punya masa 23 jam lagi untuk melakukan perkara-perkara lain..Allah memberikan kita harta, namun kita hanya mengembalikan sebahagian kecil untuk infaq & jihad fisabillah, sebahagian lagi kita gunakan untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini…Dengan pengor-banan yang sangat kecil ini sebenarya, Allah menjanjikan balasan syurga yang kekal abadi.

Masya-Allah, adakah lagi perniagaan dan pengorbanan yang lebih menguntung-kan dari ini?Adamenguntung-kan mungkin amenguntung-kan wujud individu yang meminjammenguntung-kan kita segala modal untuk berniaga, kemudian kita menjual hanya sedikit daripada modal itu kepada individu berkenaan, dan invidu tersebut membelinya dengan harga yang jauh lebih tinggi dari-pada modal yang asal? Tidak ada..tidak mungkin ada.

Maka, janganlah takut untuk berkorban masa, tenaga, harta, & hidup untuk mencari redha Allah S.W.T., kerana kepatuhan kepada Allah S.W.T. itu memang me-merlukan pengorbanan. Dan Allah menjanjikan balasan syurga buat orang-orang yang ikhlas mengejar rahmatnya…

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya dia melipatgandakan balasan untuk kamu, dan mengampuni kamu.Dan Allah maha mensyukuri, maha penyantun .” ( 64 : 17 )

-Nadranadia

(5)

Titik, titik, bulat... dan lengkung.

Titik , titik,

 

bulat…..dan

 

lengkung..

“Qo”

 

kata adik.

Ummi pandang sekilas tulisan adik,

“Adik, lengkungnya biar bawah

baris, baru betul.”

Adik capai pemadam dan padam lengkungannya dan tulis lagi.

Lurus dan lengkung

“Lam” sebut adik kuat.

Ummi pandang tulisan adik dan senyum lebar.

“Ummi, nanti adik belajar lagi dan tulis lagi , ya. Kata ustazah, lagi lima huruf yang adik belum belajar dari huruf huruf hijaiyah. Ustazah kata nanti

senang baca quran bila dah abis belajar huruf. Nanti kalau adik pandai baca, boleh belajar tajwid pula. Lama – lama adik akan jadi hafizah ya ummi ?”

“Inshaa Allah, ameen..!” Ummi dan kakak ucap serentak.

Adik angkat mukanya sedikit dan mata kecilnya terbuka sedikit dan tertumpu pada abah, abah masih dalam posisi sujud. Adik kembalikan mata ke sejadah , dan hadapkan muka ke sulaman be-nang emas bentuk bulan atas sejadah.

“Allahu akhbar.”

Adik turunkan tumit ke lantai dan kem-bali berdiri dalam posisi qiyam.

Adik kira-kira, ini rakaat ketiga… sekarang solah maghrib...bererti rakaat terakhir. Fikiran adik terbayang–bayang duduk tahiyat yang kakak ajar semalam.

“Adik selitkan kaki kiri di bawah yang kanan dan tapak kaki kanan biar lurus macam ketika sujud”, ajar kakak.

Adik gerak gerak kepala atas dan bawah tanda faham.

“Adik mau ikut ummi jumpa Pak Ab-dullah? Nanti boleh main dengan Be-bek.” Pelawa ummi.

“Bebek? Mau, ummi! Ummi! Adik ada gula-gula merah, abah belikan sema-lam. Adik mau kongsi dengan bebek”

“Alhamdulillah.” Ujar ummi perlahan. Hati ummi gembira melihat adik ingin berkongsi suatu yang adik gemari den-gan sahabatnya.

“Baik, adik. Adik kongsi dengan Bebek gula-gula merah adik. Tapi kalau Be-tahun ini. Ini wangnya.” Kata ummi.

Tidak berapa jauh, adik telah menjadi-kan kaki Bebek yang empat sebagai

“Ummi, ummi beli Bebek untuk udh… udh….udhiyah ya ummi?” Soal adik.

Alis ummi terangkat dan matanya se-dikit membesar, “Adik tahu tentang udhiyah?”

“Udhiyah itu sebagai tanda kita ingat tentang peristiwa pengorbanan nabi Ismail yang taat pada Allah.”

Adik berhenti bernafas sejenak setelah selesai memberikan jawapan yang pan-jang.

“Alhamdulillah...” Ujar ummi perlahan.

Sekembali ke rumah, ummi melakukan sujud syukur pada Allah kerana nikmat islam dan iman yang dikurniakan pada adik seusia yang kecil itu.

Saya nukilkan kisah singkat di atas dengan doa dan harapan pembaca mendapat dorongan motivasi untuk beribadah pada Allah. Dalam beribadah pada Allah, seperti mengha-fal quran dan sebagainya, perlu melalui be-berapa tingkatan dan proses yang kelihatan agak panjang dan memakan waktu. Namun, jika kita menanam dalam diri suatu semangat positif seperti adik dan ingin belajar dari yang asas sehingga yang ‘advance’ seperti hukum –hukum tajwid, inshaa Allah matlamat akan tercapai. Seperti adik ketika dia mencapai pemadamnya dan menulis semula huruf ‘qo’ nya dengan lebih baik dan tepat lengkunganya, saya berharap bagi mereka yang ingin men-dekati Allah dengan memperbaik ibadahnya dan tidak cepat merasa putus asa bila melaku-kan kesilapan. “Capailah pemadam dan tulis kembali dengan lebih baik catatan amal pada hari esok..”

Mungkin hari ini kita masih tidak dapat melakukan amal –amal yang asas seperti solah dengan tepat, masih terlupa rakaat, masih kurang khusyu dan mungkin juga belum kenal duduk tahiyat itu bagaimana caranya, namun, seperti adik, kita masih boleh belajar dan bela-jar. Carilah orang yang sudi mengajarkan pada kita. Sifat saling mengajar dalam hal hal kebaikan adalah suatu hal yang amat dianjur-kan oleh baginda Rasullullah. Mungkin kita tidak dapat memberikan ceramah keagamaan seperti ustaz-ustaz, namun, kita pasti boleh mengajarkan hal-hal asas, dalam beribadah contohnya, pada rakan-rakan, keluarga dan saudara muslim kita yang lain.

(6)

Apabila saudara muslim kita, baik yang merupakan ahli keluarga atau bukan, berusaha untuk melakukan kebaikan, maka berilah dorongan yang positif untuk mereka membanyakkan lagi amal soleh mereka. Seper-timana watak ummi dalam kisah di atas, berilah fokus pada nilai positif yang ada pada saudara muslim kita (dalam kisah ini, sifat berkongsi). Cubalah untuk mencadangkan alternatif yang tidak kelihatan terlalu keras

atau bersifat menghukum, buat mereka yang ingin belajar untuk mengamalkan nilai atau akhlaq yang islami. Usia tidak pernah menjadi halangan untuk menimba ilmu dan memper-baiki amalan kita kepada Allah. Senantiasalah berfikir positif untuk diri, rakan, keluarga dan masyarakat kita bahawa belajar dan beramal islam itu mudah. Adik kecil juga mampu memahami istilah arab dan erti korban.

-Aina Farhana, Melbourne

Dan berkorbanlah...

Syariat berkorban merupakan warisan ibadah yang paling tua, kerana berkorban mulai diperintahkan saat Nabi Allah Adam `alaihissalam tidak menemukan cara yang adil dalam menikahkan anak-anaknya yang kembar, meskipun sudah diputuskan menikah secara silang. Sampai akhirnya Allah mewahyukan agar kedua-dua anak Adam tersebut, Habil dan Qabil melaksanakan korban untuk membuktikan siapa yang diterima korbannya. Habil berkorban dengan ternaknya, unta, dan Qabil berkorban dengan tana-mannya, gandum. Sampai di sini, Allah sebenarnya ingin menguji hamba-hamba-Nya; siapa yang dengan sukarela melaksanakan perintahnya, dan siapa pula yang menentangnya. Habil dengan ikhlas mempersembahkan korbannya dan kerana itu, diterima oleh Allah subhanahuwata`ala. Sedangkan Qabil, ketidaktulusannya dalam menjalankan perintah berkorban, tidak diterima korbannya oleh Allah, malah, bertekad untuk membunuh saudaranya sendiri, Habil. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah umat manusia. Syariat berkorban seumpama ini dilanjutkan oleh para nabi selepasnya.

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direze-kikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu dialah Tuhan yang Maha Esa, Kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”

-QS. Al-Hajj : 34

Peristiwa berkorban paling fenomenal dibuktikan oleh Bapa Tauhid, Khalilullah; nabi Ibrahim Alaihissalam. Ibrahim yang menanti-nantikan seorang putera sejak lama itu diperintahkan Allah swt untuk menyembelih putera kesayangnannya, Isma`il alaihissalam. Ujian berat menyergapnya; antara melaksanakan perintah Allah swt atau membiarkan puteranya hidup dengan tidak melaksanakan perintah Allah swt, apatah lagi puteranya yang inilah nanti akan melanjutkan perjuangan bapanya. Alasan ini kelihatan begitu rasional; oleh menjadi pembelaan diri dan pembenaran pilihan. Namun, Ibrahim sudah teruji ketaatannya kepada Allah swt. den-gan melaksanakan perintah Allah itu tanpa ragu-ragu lagi. Perintah itu dikomunikasikan denden-gan puteranya Isma’il. Betapa bangga-nya sang ayah yang mendengar ketegasan puterabangga-nya, “Wahai Ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Engkau akan menemu-kan diriku termasuk orang yang penyabar.”

H a k i k a t Q u r b a n . . .

Allah swt telah menyebut nikmat-nikmat yang begitu banyak dikurniakan buat hamba-hambaNya di dalam ki-tabullah. Allah swt mengingatkan hamba-hamba-Nya agar mahu melaksanakan perintah-perintah-Nya: perintah solat lima waktu atau solat Aidul Adha dan berkorban sebagai bukti rasa syukur kepada-Nya.

Berkorban tidak sekadar mengalirkan darah binatang ternak, tidak hanya memotong haiwan korban, tetapi, lebih dari itu, berkorban bererti ketundukan total terhadap perintah-perintah Allah swt dan sikap menghindar dari hal-hal yang dilarang-Nya. Allah swt ingin menguji hamba-hamba-Nya dengan suatu perintah, apakah dia dengan ber-baik sangka dan kerana-Nya melaksanakan dengan ber-baik tanpa ragu-ragu? Seperti Nabiyullah Ibrahim.

Berkorban adalah bererti wujud ketaatan dan periba-datan seseorang, dan kerananya seluruh sisi kehidupan sese-orang boleh menjadi manifestasi sikap berkorban.

Atau seperti Qabil yang menuruti logik otaknya dan kemahuan syahwatnya, sehingga dengan perintah berkorban itu, dia malah melanggar perintah Allah swt dengan mem-bunuh saudara kembarnya sendiri? Dia berusaha mensiasati perintah Allah swt dengan kemahuannya sendiri yang menurutnya baik. Namun di situlah letak permasalahannya; adakah dia tidak percaya perintah Allah swt.?

Berkorban juga bererti upaya menyembelih hawa nafsu dan memotong kemahuan syahwat yang selalu menyu-ruh kepada kemungkaran dan kejahatan.

Seandainya sikap ini dimiliki oleh umat Islam, subha-nallah, umat Islam akan maju dalam segalanya. Betapa tidak, bagi yang berkerja sebagai guru, dia berkorban dengan il-munya. Pengusaha akan berkorban dengan bisnesnya yang adil dan halal. Ahli politik akan berkorban demi kemasla-hatan umum dan bukan kelompoknya. Pemimpin akan berkorban untuk kemajuan rakyat dan bangsanya dan begi-tulah seterusnya.

Kita berani menyembelih kemahuan peribadi yang bertentangan dengan kemahuan kelompok, atau keinginan peribadi yang bertentangan dengan syariat. Apatah lagi

ke-#

huruf hijaiah = huruf arab

hafizah = mereka yang menghafal Al-quran qiyam= berdiri

(7)

mahuan kelompok yang bertentangan dengan perintah Allah swt.

Dengan semangat ini, bentuk-bentuk kejahatan akan boleh dikurangkan bahkan dihilangkan di bumi pertiwi ini. Biidznillah.

Kerana itu Allah swt menegaskan dalam firman-Nya,

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj:37)

Dan berkorbanlah. Korban menjadi kebiasaan yang melegakan, bukan menjadi beban dan keterpaksaan. Kerana memang korban tidak sekadar memotong haiwan. Allahu A’lam.

Brain-teaser!

TEKA SILANGKATA:

IBADAH HAJI RUKUN TERTINGGI!

1.Antara syarat ibadah haji ialah istitoah yang ber-maksud_____________ .

2.Ibadah _________ dilakukan pada 9 Dzulhijjah 3.Tawaf selamat datang disebut sebagai tawaf _________ .

4.Tawaf dilakukan sebanyak_____ pusingan bermula dari penjuru hajar al aswad.

5.Hajar al aswad dikenali sebagai batu______. 6.Ibadah saie adalah mengenang perbuatan ________ berulang alik dari bukit Safa dan bukit Marwah untuk mencari air bagi anakknya Nabi Ismail 7.Salah satu wajib haji ialah bermalam di________ . 8.Haji yang paling afdhal ialah haji _______ iaitu mengerjakan umrah dan haji secara berasingan sa-mada umrah sebelum atau selepas haji.

9.Istilah________ bermaksud “diperboleh atau dibe-baskan daripada larangan atau pantangan ihram

10.Haji terawal dan terakhir Nabi saw dikerjakan pada tahun ______Hijriyyah.

11.Denda yang dikenakan kepada orang yang mela-kukan kesalahan semasa mengerjakan haji dan umrah kerana meninggalkan perkara wajib haji atau umrah @ melakukan perkara dilarang semasa ihram.

Jawapan:

1.mampu 2.wukuf 3.qudum 4.tujuh

5.hitam 6.sitihajar 7.muzdalifah 8.ifrad 9.tahallul 10.sepuluh

11.dam

Any comments/ suggestions, please mail to: risalah_islam@yahoogroups.com

Mutiara Kata

“Orang yang zalim kepada dirinya ialah

orang yang merendahkan dirinya kepada

orang yang tidak memuliakannya dan orang

yang menerima sesuatu yang tak

berman-faat padanya. Begitu juga orang yang

menerima pujiandari orang lain yang tidak

mengenalinya dengan sungguh-sungguh.”

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Secara umum penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan pengetahuan dan sikap tentang pengobatan sendiri, serta faktor sosiodemografi (jenis kelamin, umur, pendi-

Heizer dan Render, (2009:148) perencanaan agregat dibutuhkan oleh para manajer operasional untuk menentukan jalan terbaik dalam meningkatkan kapasitas dan memenuhi

1) Kepribadian orangtua. Setiap orangtua memiliki kepribadian yang berbeda. Hal ini tentunya sangat mempengaruhi pola asuh anak. Misalkan orangtua yang lebih gampang marah mungkin

DAFTAR ISI ... Rumusan Masalah ... Tujuan Penelitian ... Tujuan Umum ... Tujuan Khusus ... Manfaat Penelitian ... Secara Teoritis ... Secara Kebijakan ... Secara Praktis

Memenuhi dengan sebaik-baiknya segala kewajiban yang telah ditetapkan oleh Pimpinan Pondok Pesantren Fadllillah untuk kepentingan Pondok Pesantren Fadllillah, TMI, Organisasi

Segala puji dan syukur kehadirat ALLAH SWT karena berkat rahmat, anugerah, karunia, dan hidayah-Nya-lah penulis dapat melalui proses studi dan menyelesaikan tugas

yang baik, dipersepsi dengan kualitas yang bagus, serta punya konsumen yang sangat loyal terhadap merek tersebut.. Contoh