BAB 3 METODOLOGI KAJIAN a Kerangka Penyelidikan
Dalam penulisan ini, perlu ditegaskan bahawa kajian ini bersifat sejarah dengan mengkaji dokumen atau tekstual yang turut memuatkan aspek penganalisaan. Saya akan menggunakan pendekatan sejarah atau historical approach dalam mengkaji perang psikologi yang dijalankan oleh perisik British.
Bahan utama kajian diperolehi dari arkib luar negeri dan dalam negeri. Arkib luar negeri yang dimaksudkan ialah The National Archives (TNA) Kew, England manakala dalam negeri ialah Arkib Negara Malaysia. Bahan daripada arkib ini merupakan dokumen rasmi kerajaan British dalam bentuk fail yang mencatatkan minit perbincangan mengenai perang psikologi secara khusus dan perisikan secara amnya.
Kaedah kualitatif digunakan dengan tumpuan sepenuhnya kepada kajian penggunaan dokumen sejarah di arkib dalam negara dan luar negara serta di beberapa buah perpustakaan universiti tempatan.Tumpuan utama kajian ini adalah menggunakan rekod rasmi kerajaan British yang merupakan sumber utama (primer) dalam kajian ini antaranya
rekod Pejabat Luar dan Komenwel (FCO), Pejabat Luar (FO), Pejabat Kolonial British (CO), Pejabat Perang (WO), dan Pejabat Dominion (DO).
tujuan mendapatkan fakta-fakta sejarah yang tepat dan ‘reliable’ bagi menulis bab dalam tesis.
Kajian ini terdiri daripada tiga fasa penyelidikan, peringkat pertama adalah penyediaan kertas cadangan bagi menulis tesis ini. Perbincangan dilakukan bersama penyelia dan diminta supaya mengesan seberapa banyak dokumen yang terdapat di The National Archives (TNA) Kew, England di samping membuat pembacaan ke atas sumber sekunder yang meliputi tahun 1948-1960 bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang berkaitan dengan perang psikologi British di Tanah Melayu.
Selain itu, penyelia juga meminta pengkaji membuat kajian dan pembacaan terhadap sumber sekunder yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil daripada usaha tersebut, pengkaji telah dapat pengetahuan awal berkenaan dengan perisikan British dan politik di Tanah Melayu. Pengkaji juga berusaha untuk membuat rujukan seberapa banyak sumber sekunder bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh para akademik dan pengkaji sejarah tentang perisikan dan politik di Tanah Melayu. Sumber sekunder ini banyak membantu pengkaji dalam membuat penilaian dan menentukan skop kajian yang telah dibuat kajian atau pun memfokuskan skop kajian yang baru.
B Perkembangan Hipotesis / Cadangan
bercetak. Di samping itu terdapat dokumen penting British berbentuk ‘CD-ROM Archive’ iaitu Asia: Official British Documents, 1945-1965 yang disusun oleh Michael Kandiah, Gillian Staerck, Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best dan John Salford di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain usaha mengumpul dokumen yang terdapat di dalam negara, pengkaji juga telah diminta oleh penyelia supaya mendapatkan pengalaman menyelidik di luar negara terutamanya di The National Archives, England. Pengkaji telah mengambil keputusan untuk pergi ke London bagi mendapatkan dokumen British yang dianggap penting dan terkini bagi melengkapkan penulisan topik-topik seterusnya. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan selama empat hari di The National Archives,England dari 15 hingga 18 Julai 2014 dan 2 hingga 22 Disember 2015.
Hasil penyelidikan di London di mana pengkaji berjaya merujuk dan mengumpul sejumlah 557 halaman fail yang berkaitan dengan tajuk tesis yang dicadangkan. Kebanyakan fail yang dirujuk dalam tempoh berkenaan adalah berkaitan dengan topik dalam bab-bab yang digariskan iaitu FCO 141/7306 Monthly Political Intelligence Reports (245 hal), CO 1035/6 Problems of Intelligence, Organisation in the Federation of Malaya in connection with constitutional development (78 hal), CO 1035/7 Periodic Report of the Malayan Holding Centre (112 hal), FCO 141/7234 Defence Treaty (46 hal), FCO 141/7269 Malayan Representation in Thailand (Bangkok Songkhla) 35 hal, FCO 141/7270 Constitutional Revision (Malaya) – London Talk Fail (16 hal) dan CO 1035/20 Egyptian Influence in Colonies (25 hal).
psikologi, perisikan dan politik di Tanah Melayu dan implikasinya keatas polisi perisikan dan keselamatan Tanah Melayu selepas merdeka. Usaha untuk mengesan dokumen tersebut dianggap penting di luar negara kerana ia bertujuan untuk menghasilkan satu penyelidikan sejarah yang bersifat menyeluruh dan mempunyai tahap ‘reliability’ yang tinggi. Pada peringkat ini data yang diperoleh dalam negara dan luar negara akan dikumpulkan sebelum dilakukan proses kritikan sumber yang melibatkan pentafsiran ke atas dokumen berkenaan. Dokumen yang telah dikenal pasti akan melalui proses tafsiran dan analisis setiap isi kandungan dokumen melalui proses kritikan sumber yang terdapat dalam ilmu sejarah. Fakta-fakta sejarah yang terhasil akan dapat digunakan untuk menjelaskan gambaran sebenar operasi perang psikologi dan perisikan British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan.
Fail dari The National Archives, London yang berkait dengan perang psikologi
BIL TAJUK BUKA MS
1 CO 1022/28 Interrogation of captured communist terrorists in Malaya. 1952-1956.
1986 53
2 CO 1022/31 Medical and health services in the
new villages. 1952-1953. 1988 138
3 CO 1022/32 Education in the new villages.
1952-1953. 1983 18
4 CO 1022/46 Recovered communist propaganda documents. 1951-1953 (missing 1-112).
1984 181
5 CO 1022/58 Policy for Emergency Regulations. 1951-1953.
1984 62
6 1022/132 Detention orders made in the Federation of Malaya. 1951-1953.
1984 5
7 CO 1022/145 External aid for the Malayan communists. 1952-1953.
1984 18
8 CO 1022/151 Communism - Malaya. Rehabilitation of detainees. 1952.
1983 31
9 CO 1022/152 Rewards for death or capture of
communist terrorists in Malaya. 1952. 1983 6 10 CO 1022/187 Functions and activities of the
Malayan Communist Party. 1951-1953. 1984 36 11 CO 1022/202 Fortnightly secret abstract of
Intelligence submitted by Criminal Investigation Department of Malaya. 1951-1952.
1994 179
12 CO 1022/205 Federal Intelligence Committee
Reports. 1952-1953. 1994 123
13 CO 1022/209 Pan-Malayan review of political and security intelligence. 1951-1952.
1982 39
14 CO 1022/317 Terrorist supplies. 1952. 1983 18 15 FCO 141/7306 Malaya: Monthly Political
Intelligence Reports. 1953 Jan 01 - 1957 Dec 31.
18 April 2012
244
16 FCO 141/15662 Singapore: Federation of Malaya
Police summaries. 1948 Jan 01 - 1949 Dec 31. September27 2013
73
17 FCO 141/15996 Singapore: Malayan Security Service (MSS) monthly intelligence summaries. 1947 Jan 01 - 1947 Dec 31.
29 November
2013
8
18 FCO 141/16880 Singapore: Internal security: Malaya. 1946 Jan 01 - 1947 Dec 31.
27 September
2013
21
19 WO 203/4015 Malaya: psychological warfare leaflets. 1 June 1945 – 31 July 1945.
1987 99
WO 203/6096 Malaya Comd - ISUMS. 1 May 1946 - 31 October 1946
1987 108
20 WO 208/3217 Intelligence reports on political and
21 WO 208/3932 Combined intelligence staff
summaries. 1948 July-Dec. 1987 49
22 WO 291/1699 Interrogation of 112 surrendered
communist terrorists in 1955. 1956. 1987 28 23 WO 291/1746 Comparison of security force
operations before, during and after amnesty period. 1956.
1987 8
24 WO 291/1763 A study of surrender behaviour among Chinese communist terrorists in Malaya. 1953.
1983 146
25 WO 291/1764 A preliminary study of entry behaviour among Chinese communist terrorists in Malaya. 1953.
1983 21
26 WO 291/1770 Some items of psychological warfare intelligence as obtained from surrendered communists terrorists in Malaya. 1953.
1983 193
27 WO 291/1771 Further items of psychological warfare intelligence as obtained from surrendered communists in Malaya. 1953.
1983 11
28 WO 291/1773 A study of reasons for entering the jungle among Chinese communist terrorists in Malaya: Part I; overt reasons. 1953.
1983 8
29 WO 291/1783 A study of surrenders in Malaya during the period January 1949 to June 1954. 1954.
1985 9
30 WO 291/1785 Some statistics relating to communist terrorists in Malaya. 1954.
1985 51
31 WO 291/1786 A study of surrenders amongst communist terrorists in Malaya, June-Nov 1954. 1954.
1985 81
C Pembahagian Bab
Perbincangan tentang perang psikologi British di Tanah Melayu ini akan dibahagikan kepada 7 bab. Iaitu:
Bab 2 bertajuk Latar Belakang Perang Psikologi dengan membincangkan secara meluas tentang pelbagai aspek mengenai perang psikologi. Selain itu, kajian ditumpukan kepada sejarah perkembangan perisikan British di United Kingdom dan Malaysia (Malaya semasa jangka masa kajian), sejarah kemunculan dan paling utama perang psikologi yang dijalankan oleh British. Turut disentuh ialah modus operandi perisikan di Malaya. Ini meliputi carta organisasi di United Kingdom dan di Malaya, pegawai pemerintah dan personal yang terlibat dalam membuat dan menentukan polisi perisikan, cara perisikan, corak perisikan, Piawai Prosedur Operasi (Standard Operation Procedure – SOP) perisikan.
Bab 3 bertajuk Propaganda Perang Psikologi yang mengulas usaha-usaha kerajaan British untuk menawan hati pengganas komunis dengan pelbagai kaedah. Memujuk, meaburkan risalah dari udara, tawaran kewangan dan jaminan keselamatan. Perbincangan akan menyentuh juga peranan yang dijalankan oleh Perkhidmatan Keselamatan Malaya atau Malayan Security Services (MSS). Peranan ini dilihat amat penting berlaku pada jangka masa ini iaitu Darurat. Dokumen yang diperolehi dari The National Archives di Kew, United Kingdom khususnya FCO 141 dengan jelas mengariskan kegiatan perisikan British dalam menghapuskan subversif komunis. Menghapus ini di ambil dari akhbar The Guardian yang menggunakan istilah ‘eliminate’.
Bab 4 bertajuk Perang Psikologi Terhadap Tahanan akan membicarakan tindakan British keatas tahanan komunis yang ditawan dengan melakukan kerja-kerja mengorek rahsia dan maklumat, usaha pemulihan dan pemutihan atau brain-washes dan melatih menjadi ejen kepada kerajaan.
kemudahan seperti pembinaan kampung baru China dan sebagainya. Mereka ini dipantau supaya tidak kembali memberontak dan mengangkat senjata.
Bab 6 bertajuk Perang Psikologi: Kejayaan dan Kelemahan akan mengulas sejauh mana kejayaannya selain memperkatakan tentang kelemahannya. Peranan dan sumbangan yang dijalankan oleh perisik juga turut disentuh terutamanya dalam bidang keselamatan dan politik Tanah Melayu pada jangkamasa ini. Sumbangan dalam bidang ekonomi dan sosial turut diperhalusi. Dalam bidang keselamatan, sumbangan perisik dalam beberapa kes kecemasan akan diperhalusi.