• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penulisan Muzik Negara China negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penulisan Muzik Negara China negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Negara China atau Tionghua merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3500 tahun di Asia Timur. Negara China merupakan negara yang terbesar Asia dan ketiga terbesar di dunia. Keluasan negara China yang diperintah oleh Parti Komunis China ini melebihi 3.7 juta mil persegi dan kapasiti penduduknya dianggarkan kira-kira 1,345,585,838 jiwa. Dengan luas daratannya yang besar, kita dapat membayangkan bahawa terdapat begitu banyak daerah di negara ini. Pada umumnya, kita dapat menemukan dataran, delta dan bukit di sebelah timur, sementara gunung-gunung, dataran tinggi dan padang pasir yang luas berada di sebelah barat.

China juga merupakan salah satu negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dunia. Tembok Besar China yang telah dibina semasa zaman Dinasti Ming merupakan salah satu keajaiban dunia dan menjadi simbol kebesaran negara China. Ibu kota negara China adalah Beijing. Kota-kota besar yang lainnya adalah Shanghai, Tianjin, Shenyang, Wuhan, Guangzhou, Chongqing, Harbin dan Chengdu.

Wujud pelbagai etnik di negara ini disebabkan daerahnya yang luas dan sejarahnya yang panjang. Etnik Han merupakan kelompok yang paling dominan dengan jumlahnya yang lebih daripada 91% daripada keseluruhan populasi. Ini merupakan kelompok yang sangat bebas, dan ini dibuktikan oleh adanya pelbagai dialek bahasa di negara ini. Ada tujuh dialek utama dan ratusan lagi dialek tempatan di negara ini. Dialek Mandarin merupakan dialek yang paling utama. Selain Bahasa Mandarin, ada lagi bahasa yang dipakai secara meluas iaitu Bahasa Turki, Korea, Uygur, Tibet dan Mongolia.

(2)

China. Negara ini sangat luas dan unik, serta kaya dengan sejarah tamadunnya. Ini termasuklah dari sudut perkembangan seni muziknya yang unik.

Latar Belakang Muzik Negara China

Muzik China telah berkembang seiring dengan pembentukan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Pada sekitar 1980 an, tarikan orang Cina tertumpu kepada violin dan piano. Namun kini, semakin ramai orang Cina yang lebih tertarik kepada alat muzik tradisional Cina.

Selain itu, pemerintah China juga amat mementingkan pengayaan dan perlindungan terhadap warisan muzik Cina. Sejak tahun 1980 an, pemerintah telah mengeluarkan dana dalam jumlah yang cukup besar untuk menguruskan pemuzik dan seniman rakyat untuk membentuk beberapa kumpulan muzik. Antaranya ialah Kumpulan Muzik Nasional China, Kumpulan Muzik Opera dan Kumpulan Balada China. Selain dari bertujuan memelihara kesenian warisan, ianya juga menjadi salah satu tarikan pelancongan.

Alat muzik tradisional Cina boleh dimainkan secara solo ataupun beramai-ramai dalam sebuah orkestra seperti pada zaman dahulu di istana kerajaan. Antara alat-alat muzik tradisional Cina dalam keluarga kordofon yang terkenal ialah Erhu, Gaohu, Gehu, Yangqin, Liuqin, Zhongruan, Daruan, Konghou, Guzheng, Sanxin, Pipa dan lain-lain lagi. Manakala alat-alat muzik tradisional Cina bagi kumpulan erofon pula adalah seperti Dizi, Sheng, Suona, Xiao, Paixiao dan banyak lagi. Contoh alat perkusi pula adalah seperti Muyu, Tanggu, Qing, Luo, Gu, Bo dan Bianzhong.

Alat Muzik Pipa

(3)

telah dimainkan hampir 2000 tahun di sana. Pipa juga dikenali sebagai ‘Biwa’ di Jepun, ‘Dan Ty Ba’ di Vietnam, dan ‘Bipa’ di Korea.

Pipa telah wujud di China seawal Dinasti Qin (221 BC – 206 BC). Perkataan Pipa dikatakan datang daripada bunyi alat tersebut, atau mungkin juga berasal daripada perkataan Parsi iaitu ‘Barbud’. Pipa jenis pertama dipanggil 'Xiantao' yang berbadan lurus dengan kotak bulatan, Pipa kedua dipanggil 'Qin Pipa' yang berbadan lurus dengan kotak bulatan yang lebih besar, manakala Pipa ketiga ialah Pipa yang berbentuk seperti buah pear. Pipa ini dikatakan berasal dari Asia Tengah atau India. Semasa zaman Dinasti Han, Pipa ini dipanggil 'Han Pipa'. Semasa zaman Dinasti Tang, alat muzik Pipa menjadi alat muzik utama di istana. Banyak ukiran dan corak Pipa yang cantik telah dihasilkan.

Bentuk Alat dan Pic Tali Pipa

Pipa adalah sejenis alat bertali yang berbentuk seperti buah pear dan mempunyai leher yang pendek. Badannya diperbuat daripada kayu. Bahagian belakangnya cembung manakala permukaan dadanya mendatar. Pipa dihasilkan dengan menyambungkan papan bunyi menggunakan kayu 'Wutong' kepada kayu jati yang dipahat menghasilkan lubang cetek dan dibentukkan seperti buah pear. Empat 'Pegs' dimasukkan. Dua 'Pegs' di setiap sisi kepala Pipa biasanya dibentuk dan diukir menyamai bentuk-bentuk makhluk mitos.

(4)

Konteks dan Teknik Permainan Pipa

Pipa dipegang secara melintang atau menegak, diletakkan di atas riba dan dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tangan kiri memetik tali-tali dengan hujung jari atau kuku, manakala jari-jari pada tangan kanan diletakkan pada tali-tali di antara fretnya untuk mengeluarkan pelbagai pic apabila dipetik.

Menurut John E. Myers (1951), dalam bukunya The Way Of The Pipa : Structure And Imagery In Chinese Lute Music, fret pada Pipa dinaikkan menyebabkan jari kiri pemain tidak bersentuhan dengan papan fret, seperti mana pada instrumen Sitar dan Veena dari India. Disebabkan permainan instrumen Pipa memerlukan penggunaan kuku yang berterusan, pemain Pipa dengan tali sutera atau nilon biasanya menyimpan kuku yang panjang pada jari tangan kanan mereka. Disebabkan tali logam membuatkan kuku pemain mudah rekah dan rosak, pemain Pipa bertali logam biasanya menggunakan kuku buatan plastik berpelekat dan dipakai pada jari tangan kanan mereka.

Permainan alat muzik Pipa ini menggunakan pelbagai jenis teknik permainan yang rumit termasuklah tremolos, fretted pitch bends, tali distrum secara berterusan menggunakan keempat-empat jari tangan kanan, dan banyak lagi. Tangan pemain alat muzik Pipa akan bergerak dalam kelajuan yang pantas dan tangkas. Teknik permainan tangan kiri pula adalah penting untuk menunjukkan ekspresi. Teknik tangan kiri yang menghasilkan vibrato, glissando, pizzicato dan harmonics seperti yang digunakan dalam permainan instrumen violin dan gitar juga diguna pakai dalam permainan Pipa.

Teknik-teknik lain yang biasa digunakan semasa memainkan Pipa antaranya ialah:

 Tantiao Melibatkan hanya jari telunjuk dan ibu jari di mana 'Tan' ialah

(5)

dengan ibu jari. Jari biasanya memetik tali pada arah yang bertentangan dengan cara tali Pipa dipetik.

 Mo dan Gu Cara memetik tali Pipa adalah bertentangan dengan arah pada teknik 'Tiantao'.

 Fen Dua tali dipetik pada satu masa yang sama menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

 Sao Tali distrum menggunakan keempat-empat jari.

 Fu Tali distrum menggunakan keempat-empat jari pada arah yang bertentangan dengan 'Sao'.

Selain itu, terdapat teknik menghasilkan kesan bunyi selain daripada not muzik seperti mengetuk papan atau badan Pipa untuk menghasilkan bunyi perkusif, atau memusingkan tali-tali Pipa semasa bermain untuk menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi simbal.

Repertoire Pipa

Repertoire klasikal dalam muzik Pipa dan sesetengah muzik dramatik Cina boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu 'Wen' dan 'Wu'. Istilah 'Wen' dan 'Wu' ini digunakan untuk memperihalkan tentang suasana politikal semasa pemerintahan maharaja-maharaja tertentu sama ada bersifat damai atau tenang (Wen) ataupun 'warlike' (Wu).

(6)

Di dalam muzik opera, 'Wen' menekankan isyarat-isyarat yang lebih kecil dan muzik yang lebih perlahan, lebih bersifat lirikal, dinamiknya yang lebih lembut dan halus, serta karyanya selalunya memerihalkan tentang cinta, kesedihan dan alam semula jadi. 'Wu' pula selalunya melibatkan akrobatik, tekstur yang perkusif, lebih beritma dan bertempo lebih laju, di mana ia selalunya memerihalkan tentang adegan di medan perang dan dimainkan dengan kuat menggunakan pelbagai jenis teknik dan kesan bunyi.

Disebabkan Pipa mempunyai renj dinamik yang luas, maka kedua-dua mud atau kategori ini boleh diekspresikan dengan tepat. Dalam persembahan Pipa, ritma dan renj dinamik akan membezakan karya-karya muzik 'Wen' dan 'Wu' ini. Karya-karya dalam kategori 'Wen' lebih stabil dan terkawal, manakala karya-karya dalam kategori 'Wu' mempunyai tahap dinamik yang lebih tinggi melalui penggunaan teknik-teknik tangan kanan yang lebih teknikal dan perkusif.

Contoh repertoire 'Wen' yang terkenal adalah seperti 'White Snow In The Spring Sunlight', 'Moonlit River In Spring', 'The Hundred Birds pay Homage To Their King', 'Zhaojun's Lament', dan 'Night Moon Over The Island'. Manakala contoh repertoire 'Wu' yang terkenal adalah seperti 'Ambushed From Ten Side', 'The Warlord Takes Off His Armour', 'Battle Cry', 'A Beautiful Day' dan 'A Thousand Victories'.

Alat Muzik Sheng

Sheng adalah sejenis alat muzik tiupan dalam keluarga erofon. Ia terdiri daripada beberapa buah paip buluh vertikal yang digunakan dalam orkestra muzik tradisional Cina. Alat ini diperbuat daripada sejumlah paip buluh berlidah getar yang diletakkan secara vertikal di dalam labu kecil yang berbentuk seperti mangkuk. Setiap paip buluh memiliki sebuah lubang untuk dibuka dan ditutup.

(7)

Sheng ini telah wujud seawal 2500 tahun yang lalu.Pada tahun 1740 dan 177, orang Eropah iaitu Johann Wilde dan Pere Amiot telah pergi ke Tiongkok dan membawa Sheng lalu mengadaptasikannya di Eropah.

Sheng bermaksud 'suara yang luhur (mulia)', dan nama alat muzik Sheng ini sama dengan sebutan perkataan Cina 'Sheng' yang bermakna timbul. Oleh itu, alat muzik ini dikaitkan dengan tuah dan harapan yang baik.

Sheng merupakan alat muzik yang istimewa dan merupakan instrumen penting dalam muzik upacara adat istiadat istana. Alat ini dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu rakyat, selain boleh dimainkan secara solo atau di dalam opera Cina. Alat Sheng digunakan untuk mengiringi permainan solo Suona atau Dizi dalam pertunjukan opera 'Kunqu' dan beberapa jenis muzik Opera Tiongkok yang lain. Dalam orkestra simfoni moden Tiongkok, Sheng dimainkan sebagai melodi ataupun iringan. Warna tonnya yang lembut dapat mengekspresikan lirik dengan baik.

Sheng dikatakan instrumen yang unik dalam muzik orkestra Cina kerana ia mampu memainkan sehingga enam not secara serentak. Ia biasanya dipanggil sebagai 'Organ Mulut Cina' oleh orang-orang barat. Sheng juga merupakan instrumen pertama di dunia yang menggunakan sistem akustik berpasangan. Selain dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, Sheng juga merupakan satu barang kraf yang bernilai. Bukan sahaja dari segi rupa bentuknya malah juga falsafah dan simbolik yang dibawa bersamanya.

Bentuk Alat Muzik Sheng

(8)

Menurut Jin Jie (2011), dalam bukunya Chinese Music, Sheng merupakan alat muzik pertama di dunia yang menggunakan rid bebas. Di atas setiap pelidah bebas / rid bebas tersebut terdapat sebuah lubang jari. Bunyi dihasilkan apabila pemain menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemipit. Bunyi yang dihasilkan oleh alat ini menyerupai bunyi instrumen organ. Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan apabila paip ditiup atau disedut, alat ini boleh bermain melodi atau kord yang dipanjangkan.

Terdapat beberapa komponen dalam instrumen Sheng ini, iaitu bahagian dasar / ruang angin (wind chamber), bahagian 'mouth piece', bahagian paip, dan bahagian rid. Pada mulanya, bahagian dasar Sheng diperbuat daripada kayu yang telah dikilatkan dengan laker (lacquered wood). Kini, dasar Sheng diperbuat daripada logam. Sheng mempunyai 13 hingga 24 paip dalam ruang angin yang disusun secara sistematik dalam satu bentuk bulatan.

Pada pertengahan abad ke 20, alat muzik Sheng ini mula diubahsuaikan. Bilangan paipnya ditambah menjadi 36 hingga 51 batang dan Sheng turut dimodifikasikan menjadi Alto Sheng, Bass Sheng dan Keyboard Sheng. Terdapat juga Kromatik Sheng yang membolehkan pemain memodulasikan pelbagai nada dan memainkan kord yang susah serta struktur polifoni. Selain itu, terdapat juga penggunaan tiub besi untuk menggantikan buluh.

Cara Bermain dan Repertoire Sheng

(9)

Terdapat beberapa teknik penglidahan dan teknik penjarian yang digunakan dalam permainan alat muzik Sheng ini untuk menghasilkan bunyi dan ton yang baik dan sedap. Antara teknik penglidahan dalam permainan Sheng adalah:

 Chu Huashe Lidah digetarkan.

 Xi Huashe Lidah digetarkan dengan cepat.

 Bao Huashe Digunakan pada not-not tekanan.

 Hu She Udara dimampatkan daripada mulut dan dihembus seperti

mengeluarkan air daripada mulut.  She Chanying Seperti menyebut 'su'.

 Qu Qi Seperti menyebut 'si sou'.

 Duo Qi Seperti menyebut 'se ki'.

 Shui Tu Double Tongue Marcato dan Double Tongue Legato.

Teknik penjarian Sheng pula merangkumi teknik-teknik seperti glissando, trill, striking the notes, 'Duo Ying' (Not-not digetarkan), Li Ying, dan teknik tiupan seperti meniup panpipe, dan ia hanya pada not d2, g2 dan c3.

Muzik tradisional kebanyakannya dipelajari dengan kaedah hafalan dan hanya apabila perlu, notasi muzik ditulis dalam bentuk 'Gongche'. Malangnya, pada masa kini tidak ramai pemain Sheng yang oleh membaca 'Gongche' meskipun pemain profesional. Kini, pemain Sheng dilatih untuk membaca notasi moden, dan juga tablatur yang menggunakan nombor dan simbol lain untuk menunjukkan pic dan irama.

(10)

Contoh repertoire Sheng yang terkenal ialah lagu 'The Phoenix Soaring Into The Sky', 'Dance Of Lusheng', 'Beautiful Flowers Blossomed In Countryside', dan banyak lagi.

Penutup

(11)

Refleksi

Tugasan untuk subjek MZU 3120 Muzik Dunia pada semester ini benar-benar mencabar dan menguji tahap komitmen saya kepada kursus PPG. Masakan tidak, pada semester ini saya merasakan kerja kursus yang diberi oleh semua pensyarah terutamanya subjek major menguji tahap kesabaran dan menuntut saya agar lebih bijak membahagikan masa antara tugas di sekolah, sebagai pelajar IPG dan juga ketua keluarga.

Tugasan Muzik Dunia pada semester ini bukan sahaja memerlukan saya membuat pembentangan tentang muzik dari negara China, malah turut menghasilkan penulisan dan karya dalam bentuk video dokumentari yang tidak pernah saya lakukan seumur hidup. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menghasilkan video dokumentari. Inilah yang menyebabkan tugasan ini menjadi sukar. Saya cuma mempelajari serba sedikit tentang penghasilan video dalam kursus Teknologi Pendidikan yang lepas.

Oleh itu, dalam menyempurnakan kerja kursus ini, saya telah membina jadual kerja di mana perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah mencari bahan rujukan. Setelah itu, saya menghasilkan penulisan esei tentang muzik negara China sekaligus menjadi bahan skrip yang akan saya gunakan semasa menghasilkan video nanti. Seterusnya, saya memilih bahan-bahan gambar dan video bergerak yang berkaitan daripada internet kerana untuk mendapatkan video asli adalah mustahil. Setelah semua bahan-bahan yang diperlukan telah disediakan, saya pun meminta khidmat rakan saya Khairul Iswadi yang lebih mahir dalam bidang penghasilan video untuk membantu saya.

(12)

di sekolah. Cara ini lebih menjimatkan dan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam diri.

Pelajaran yang kedua ialah saya dapat mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang menyiapkan tugasan ini. Contohnya, saya dapat mengaplikasikan nilai bekerjasama, hormat-menghormati, tabah, cekal, toleransi, berdisiplin, menepati masa dan sebagainya. Ini dapat dilakukan kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya bukan sahaja perlu komitmen kepada diri sendiri, malah turut bekerjasama dengan rakan-rakan, di samping harus membahagikan masa dengan bijak. Semua ini dapat melatih saya meningkatkan ketrampilan diri sebagai seorang pendidik.

Di samping itu, melalui tugasan ini saya dapat mempelajari tentang muzik dari negara China dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya pernah mempelajari tentang orkestra cina moden pada semester yang lalu. Dengan mengkhususkan kajian saya tentang muzik negara China terutamanya alat muzik Pipa dan Sheng, membuatkan saya lebih memahami dan mengenali tentang struktur alat dan teknik permainan alat tersebut secara lebih terperinci. Hal ini bukan sahaja dapat membantu saya menjawab soalan peperiksaan, malah dapat meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan saya dalam bidang etnomuzikologi. Pengetahuan ini juga membuatkan saya lebih memahami dan mengenali latar belakang dan budaya masyarakat Cina. Ini dapat mewujudkan semangat perpaduan kaum dan toleransi sebagai asas keharmonian sesebuah negara.

(13)

Senarai Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Modul Muzik Dunia MZU 3120. Cyberjaya : Institut Pendidikan Guru.

John E. Myers (1951). The Way Of The Pipa : Structure And Imagery In Chinese Lute Music.

Mastor Hj Jarkaseh, (2007). Asas Pendidikan Muzik I. Selangor : Produksi Tabuh Emas.

Mastor Hj Jarkaseh & Mohd Azam Sulong (2009). Asas Pendidikan Muzik II. Selangor : Produksi Tabuh Emas.

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Akademi Seni Kebangsaan.

Referensi

Dokumen terkait

16 Desmita, Op.Cit, hlm. Santrock, Op.Cit ,hlm.. Attachment adalah suatau hubungan yang psikologis yang diskriminatif dan spesifik serta mengikat seseorang dengan

Gangguan mobilitas sendi, fungsi motor, kinerja otot dan ROM yang berkaitan dengan.. Cedera

 Akan tetapi meskipun tidak ada gejala yang muncul, virus hepatitis B dapat merusak hati secara diam-diam selama bertahun-tahun.  Oleh karena itu PENTING bagi

Belajar akan lebih berhasil apabila sesuai dengan minat dan kebutuhannya. Cita-cita tentang jenis pekerjaan di masa datang merupakan faktor penting yang

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, atas berkat, rahmat dan karunia-Nya, sehingga laporan Tugas Akhir yang berjudul “Perancangan Sistem

ini, pekerjaan pengelolaan data dengan cara manual dapat digantikan dengan suatu sistem informasi dengan menggunakan komputer. Selain lebih cepat dan mudah,

Evaluasi penerapan protokol routing OSPF dan BGP pada jaringan VoIP berbasis MPLS VPN dilakukan dengan mengukur Quality of Service yang terdiri dari throughput, delay,

Dari hasil analisis deskriptif tersebut dapat diamati dan disimpulkan bahwa metode rest memiliki kinerja lebih baik dari metode lainnya, sedangkan konfigurasi yang