5 tanda kematian husnul khatimahh 1. Lafaz Syahadat
Di antara kematian baik sebagaimana sabda Nabi SAW adalah melafazkan syahadat sebelum meninggal dunia. Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.”
2. Meninggal pada Khamis atau Jumaat
Kita sering mendengar, jika seseorang itu meninggal pada Khamis atau Jumaat, kematian mereka itu adalah baik. Adalah benar?
Terdapat hadis daripada Baginda Nabi SAW bermaksud:
“Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.”
Hadis Riwayat at-Tirmizi
3. Lemas
Kematian di sebabkan lemas ini satu kematian yang baik. Ini berdasarkan hadis daripada baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh dari bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.” Hadis Riwayat al-Bukhari
4. Peluh jernih pada dahi
Digambarkan juga keadaan seseorang apabila berada dalam saat kematian dengan peluh jernih mulai keluar pada dahi. Gambaran ini
berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tanda kematian bagi seorang Mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” Hadis Riwayat at-Tirmizi
5. Mempermudah urusan orang lain
Sekiranya seseorang itu meninggal dalam keadaan membantu orang lain, mempermudahkan urusan orang lain, bersedekah bagi memberi
kesejahteraan orang lain, ia termasuk di dalam kematian yang baik.
Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia maka dia akan masuk syurga.” Hadis Riwayat Ahmad