SJKT TAMIL LADANG CAIRO, 71700 MANTIN, NEGERI SEMBILAN
ககெய்ரரரரதரட்டததமிழ்ப்பள்ள, 71700 மந்தின, கநெகிரகசெம்பிலரன PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1 / 2023
பள்ளசெரரமதிப்பீட 1 / 2023 BAHASA MELAYU (TAHUN 5) BAHAGIAN A (Soalan Tatabahasa)
(10 markah)
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
1. _______________ bertiga bermain bola bersama-sama pada setiap petang.
A Mereka B Dia C Kamu D Kalian
2. “_____________ akan pastikan negeri Melaka ini sentiasa aman dan damai,” kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.
A Patik B Beta C Hamba D Tuan hamba
3. Ibu Vijaya sedang ______________ baja pada pokok cili.
A menanam B membubuh C membawa D menuai
4. Hari Kebangsaan negara kita disambut pada bulan ___________.
A September B Oktober C Julai D Ogos
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Wei Yau berasa ____________ setelah menerima hadiah daripada ibunya.
A kuat B girang C bangga D sedih
6. Hubungan antara Chai Min dan Puteri tetap _________ walaupun jarang berjumpa.
A dekat B jauh C renggang D erat
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Datuk dan nenek saya gemar ________________ pada waktu petang.
A berkebun B bersenam C berehat D berbual-bual
8. “______________ kamu dapat hadir ke majlis hari lahir saya nanti,” kata Alya.
A Harap B Jangan C Tolong D Sila
9. _______________ daripada kuih karipap itu sudah pun basi dan tidak boleh dimakan lagi.
A Banyak B Segelintir C Sebahagian D Segala
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10. Jia Yi hanya melemparkan ______________ apabila dipuji oleh rakanrakannya.
A jelingan B bayangan C tangisan D senyuman
BAHAGIAN B (SISTEM BAHASA /SINTAKSIS) (10 markah)
Soalan 11 dan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuala Lumpur ialah ibu kota negara kita. Bandar raya Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Berbagai-bagai peluang perniagaan tersedia di sini, daripada perniagaan di gerai makan sehinggalah perniagaan bertaraf dunia. Pusat jualan peralatan dan aksesori komputer, perniagaan hartanah, saham dan pelbagai perniagaan lain terdapat di ibu kota. Gedung perniagaan bertaraf dunia juga ada di sini. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang besar dan mewah itu.
Selain itu, ibu kota Kuala Lumpur juga menjadi pusat seni dan budaya negara kita.
Persembahan kebudayaan seperti teater bertaraf dunia sering kali diadakan di Istana Budaya, Dewan Pleno di Menara Berkembar Petronas dan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra. Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka.
11 Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan
________________.
[1 markah]
12 Di manakah persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan?
Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan di __________________.
[1 markah]
13 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat perintah yang paling sesuai berpandukan gambar.
“__________ pindahkan meja murid ini ke belakang kelas kita,” kata Cikgu Abdul Rahman kepada Adam dan Hadif.
[1
markah]
14 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Dhila tutup televisyen dan pendingin hawa itu sebelum kamu tidur,” pesan emak.
Emak menegur Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa sebelum tidur.
Emak berpesan kepada Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa sebelum tidur.
[1 markah]
15 Tandakan ( √ ) jenis peribahasa yang paling sesuai berpandukan gambar yang diberikan.
Minta Tolong Jemput
[1 markah]
Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan maklumat tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Pada pendapat kamu, apakah kebaikan buah-buahan kepada kita?
Tulis jawapan kamu itu selengkapnya pada ruangan yang telah disediakan.
[5 markah]
Soalan 17 ) i
( Rajin seperti semut
Bidalan Perumpamaan Bandingan semacam
Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan baik dalam kalangan masyarakat.
Tuliskan pendapat kamu tentang amalan berbudi bahasa dan bersopan santun.
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.
[10 markah]
Soalan 18 (20 MARKAH)
• Bersalam-salaman dengan ibu bapa kita
• Menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa
• Memberi tempat duduk kepada warga emas
• Berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua
• Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
BERBUDI BAHASA BUDAYA RAKYAT MALAYSIA
Teliti bahan grafik yang telah disediakan di bawah ini. Kemudian tulis karangan berdasarkan bahan grafik tersebut.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG BERSAMA-SAMA PENDUDUK SETEMPAT
Persatuan penduduk di tempat kamu tinggal menjalankan aktiviti amal iaitu gotong-royong bagi membersihkan dan menceriakan persekitaran kampung. Kamu sama-sama terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong itu bersama-sama penduduk setempat.
Tulis pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.
Disediakan Oleh , Disemak Oleh , Disahkan Oleh , ______________________ ______________________ _____________________
PN.S.KAYATHRY Pn.G.Parvathy EN.K.Sataimurthi
(GURU MATAPELAJARAN) (KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)
(PENOLONG KANAN KURIKULUM)