Kemahiran Al-Quran
ADSQ2103 KEMAHIRAN AL-QURAN
Dr Abdul Rahman Abd Ghani
Edisi Pertama, April 2013 Edisi Kedua, April 2018 (rs)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2018, ADSQ2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).
Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Open University Malaysia Penulis Modul: Dr Abdul Rahman Abd Ghani
Universiti Pendidikan Sultan Idris Penyederhana: Azizul Hassan
Institut al-Quran Terengganu
Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia
Panduan Kursus ix-xiv
Topik 1 Sejarah dan Pengenalan Ilmu Tajwid 1 1.1 Pendahuluan Ilmu Tajwid 2 1.1.1 Pengertian Ilmu Tajwid 2
1.1.2 Bahagian Tajwid 3 1.1.3 Hukum Ilmu Tajwid 4
1.2 Jenis Kesalahan dalam Bacaan al-Quran 8 1.2.1 Al-Lahn al-Jaly (Kesalahan Nyata) 8 1.2.2 Al-Lahn al-Khafy (Kesalahan Tersembunyi) 9 1.3 Rukun Bacaan al-Quran 9
1.3.1 Mutawatir 10 1.3.2 Bertepatan dengan Mashaf Uthmaniah 11
1.3.3 Bertepatan dengan Wajah Bahasa Arab 12 1.4 Tingkatan Bacaan al-Quran 13
1.5 Hukum IstiÊazah dan Basmalah 14 1.5.1 IstiÊazah dan Permasalahannya 14
1.5.2 Basmalah dan Permasalahannya 16 1.5.3 Cara Bacaan Akhir Surah al-Anfal dengan Awal 19 Surah at-Taubah
Rumusan 20
Kata Kunci 21
Rujukan 21
Topik 2 Tempat Keluar Huruf 23
2.1 Makhraj Huruf 24 2.1.1 Pengertian Makhraj Huruf 24
2.1.2 Kepentingan Mempelajari Makhraj Huruf 25 2.2 Kaedah Mengesan Makhraj Huruf 26
2.3 Pembahagian Makhraj Huruf 26 Rumusan 36
Kata Kunci 37
Rujukan 37
Isi Kandungan
Topik 3 Sifat-sifat Huruf 39
3.1 Sifat Huruf 40 3.2 Pembahagian Sifat Huruf 40
3.2.1 Sifat yang Berlawanan 41 3.2.2 Sifat yang Tidak Berlawanan 47 Rumusan 50
Kata Kunci 51
Rujukan 51
Topik 4 Nun Mati dan Tanwin 53 4.1 Pengertian Nun Mati dan Tanwin 54 4.2 Pembahagian Nun Mati dan Tanwin 56
4.2.1 Hukum Izhar (ﺭﺎﻬﻅﻹﺍ) 57 4.2.2 Hukum Iqlab (ﺏﻼﻗﻹﺍ) 58 4.2.3 Hukum Ikhfak (ءﺎﻔﺧﻹﺍ) 59 4.2.4 Hukum Idgham (ﻡﺎﻏﺩﻹﺍ) 63
4.3 Nun dan Mim Bersabdu 66 Rumusan 67
Kata Kunci 68
Rujukan 68
Topik 5 Mim Mati dan Bahagian Idgham 70 5.1 Tiga Hukum Mim Mati 70
5.1.1 Hukum Idgham (ﻡﺎﻏﺩﻹﺍ) 71 5.1.2 Hukum Ikhfak 73
5.1.3 Hukum Izhar (ﺭﺎﻬﻅﻹﺍ) 74 5.2 Bahagian Idgham (ﻡﺎﻏﺩﻹﺍ) 77 5.2.1 Tiga Bahagian Idgham 78
Rumusan 83
Kata Kunci 84
Rujukan 85
Topik 6 Hukum Beberapa Huruf Tertentu 86
6.1 Bahagian Alif Lam TaÊrif (Lam TaÊrif) 87 6.1.1 Alif Lam Qamariyyah (ﺔﻳﺮﻤﻘﻟﺍ ﻝﺍ) 87 6.1.2 Alif Lam Syamsiah (ﺔﻴﺴﻤﺸﻟﺍ ﻝﺍ) 89
6.2 Hukum Bacaan Lam 92
6.3 Bahagian Hamzah 93
6.3.1 Hamzah QataÊ (ﻊﻄﻘﻟﺍ ﺓﺰﻤﻫ) 93 6.3.2 Hamzah Wasal (ﻞﺻﻮﻟﺍ ﺓﺰﻤﻫ) 94
6.4 Hukum Bacaan Ra 97
6.4.1 Ra yang Dibaca dengan Tebal (ﻢﻴﺨﻔﺘﻟﺍ) 97 6.4.2 Ra yang Dibaca dengan Nipis (ﻖﻴﻗﺮﺘﻟﺍ) 99 6.4.3 Ra yang Dibaca dengan Dua Cara 100
Bacaan (ﻦﻴﻬﺟﻮﻟﺍ ﺯﺍﻮﺟ)
Rumusan 102
Kata Kunci 103
Rujukan 103
Topik 7 Bahagian dan Jenis Mad 105
7.1 Huruf Mad 105
7.1.1 Bahagian Mad dan Definisi Setiap Bahagian 106
7.1.2 Mad Asli (ﻲﻠﺻﻷﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 106 7.1.3 Mad FarÊie (ﻲﻋﺮﻔﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 107 7.2 Tingkatan/Martabat Mad FarÊie 116
Rumusan 119 Kata Kunci 120
Rujukan 120
Topik 8 Pecahan Hukum Mad 122 8.1 Pecahan Hukum Mad 123
8.1.1 Mad Silah (ﺔﻠﺼﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 124 8.1.2 Mad Lin (ﻦﻴﻠﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 125 8.1.3 Mad Iwadh (ﺽﻮﻌﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 126 8.1.4 Mad Faraq (ﻕﺮﻔﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 127 8.1.5 Mad Tamkin (ﻦﻴﻜﻤﺘﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 128 8.1.6 Mad TaÊzim (ﻢﻴﻈﻌﺘﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 129 8.1.7 Mad TabriÊah (ﺔﺋﺮﺒﺘﻟﺍ ﺪﻤﻟﺍ) 129
Rumusan 133 Kata Kunci 134
Rujukan 134
Topik 9 Wakaf dan Ibtida 136 9.1 Wakaf dan Permasalahannya 137
9.1.1 Pengertian Wakaf 137 9.2 Bahagian Wakaf 138
9.2.1 Wakaf al-Idhthirari(ﻯﺭﺍﺮﻄﺿﻹﺍ ﻒﻗﻮﻟﺍ) 138 9.2.2 Wakaf al-Ikhtibari(ﻯﺭﺎﺒﺘﺧﻹﺍ ﻒﻗﻮﻟﺍ) 139 9.2.3 Wakaf al-Intidhori (ﻯﺭﺎﻈﺘﻧﻹﺍ ﻒﻗﻮﻟﺍ) 139 9.2.4 Wakaf al-Ikhtiyari(ﻯﺭﺎﻴﺘﺧﻹﺍ ﻒﻗﻮﻟﺍ) 140
9.3 Tanda Wakaf dalam al-Quran 141
9.3.1 Wakaf Jibril 142 9.4 Beberapa Kaedah Wakaf di Hujung Kalimah 144
9.4.1 Bacaan Mati Semata-mata ( ِﺾ ْﺤَﻤْﻟﺍ ُﻥﻮُﻜُﺳ) 144
9.4.2 Bacaan al-Raum( ُﻡ ْﻭ ﱠﺮﻟﺍ) 144 9.4.3 Bacaan al-Isymam ( ُﻡﺎَﻤْﺷِﻹْﺍ ) 145
9.5 Kesalahan yang Sering Berlaku Ketika Wakaf 147 9.6 IbtidaÊ dan Permasalahannya 149
9.6.1 Pengertian Ibtida 149 9.6.2 Bahagian Ibtida 148
9.7 Faedah Mengetahui Wakaf dan Ibtida 150 Rumusan 151 Kata Kunci 152
Rujukan 152
Topik 10 Bacaan Khusus Riwayat Hafs 154
10.1 Bacaan al-Imalah 155
10.1.1 Bahagian al-Imalah 156 10.1.2 Tempat Bacaan al-Imalah 156
10.2 Bacaan al-Isymam 157
10.3 Bacaan al-Raum 158
10.4 Bacaan al-Sakt (Saktah) 159
10.4.1 Bahagian al-Sakt 159 10.5 Bacaan Mad Silah 161
10.6 Bacaan al-Tashil 162
10.7 Bacaan al-Naql (Naqal) 163 10.8 Kalimah yang Dibaca Lebih daripada Satu Bacaan 165
Rumusan 169
Kata Kunci 169
Rujukan 170
PANDUAN KURSUS
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN
ADSQ2103 Kemahiran al-Quran adalah satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN
Kursus ini ditujukan kepada pelajar yang mengambil program Diploma Pengajian Islam.
Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran Jam
Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan membaca
kandungan kursus. 3
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan Tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120
OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara terperinci beberapa topik yang berkaitan dengan bidang kemahiran al-Quran;
2. Menerangkan hukum tajwid dengan lebih baik;
3. Mempraktikkan hukum tajwid dengan lebih baik mengikut sebagaimana ia diturunkan, iaitu secara bertajwid; dan
5. Melaksanakan pengajaran dan penilaian terhadap pelajar dengan lebih berkesan.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti yang berikut:
Topik 1 membincangkan beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang pembaca al-Quran sebelum mendalami ilmu lain yang berkaitan dengan tajwid. Perbahasannya merangkumi pendahuluan ilmu tajwid, beberapa jenis kesalahan dalam bacaan al-Quran, rukun dan tingkatan bacaan al-Quran, istiÊazah dan permasalahannya serta basmalah dan permasalahannya.
Topik 2 membincangkan tempat keluar huruf (makhraj) bagi semua huruf hijaiyah bermula dari huruf alif sehinggalah huruf ya, yang merupakan asas kepada pengajian kemahiran al-Quran.
Topik 3 membincangkan sifat huruf bagi semua huruf hijaiyah bermula dari huruf alif sehinggalah huruf ya, yang merupakan asas kepada pengajian kemahiran al-Quran.
Topik 4 membincangkan empat hukum nun mati dan tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah, iaitu izhar, iqlab, ikhfak dan idgham. Perbincangan utamanya ialah pecahan huruf tersebut dan bagaimanakah cara menyebut hukum tersebut dengan betul.
Topik 5 membincangkan tiga hukum mim mati yang bertemu dengan huruf hijaiyah, iaitu idgham, ikhfak dan izhar.Topik ini juga membincangkan bahagian idgham yang berkaitan dengan makhraj dua huruf yang bertemu, sama ada huruf tersebut bersamaan makhraj dan sifatnya atau bersamaan makhrajnya sahaja, ataupun berhampiran makhraj dan sifatnya.
Topik 6 membincangkan kaedah bacaan lam taÊrif, iaitu sama ada dibaca dengan bacaan izhar ataupun dengan idgham. Selain itu, ia juga akan membicarakan lam pada lafaz al-jalalah dan bahagian huruf hamzah dan tumpuan akan terarah kepada hamzah wasal dan cara memulakan bacaan padanya.
Topik 7 membincangkan pembahagian mad iaitu mad asli dan mad far'ie serta beberapa jenis mad dalam bahagian mad far'ie yang merangkumi mad muttasil, mad munfasil, mad aridh lis sukun, mad lazim dan mad badal. Selain itu, ia juga akan membincangkan harakat bacaan ke semua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan mengenai sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh-contoh kalimah yang diberikan.
Topik 8 membincangkan beberapa cabang hukum mad, sama ada ia termasuk dalam bahagian mad asli atau mad far'ie yang merangkumi mad silah tawilah, mad silah qasirah, mad lin, mad iwadh, mad faraq, mad tamkin, mad ta'zim dan mad tabriah. Ia juga akan membincangkan harakat bacaan kesemua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh kalimah yang diberi.
Topik 9 membincangkan pengertian wakaf serta perbezaannya dengan saktah dan qata', bahagiannya, tandanya, cara melaksanakannya serta beberapa ciri kesalahan yang sering dilakukan oleh pembaca al-Quran pada kalimah tertentu. Di samping itu, perbincangan juga akan menjurus kepada maksud sebenar ibtida, bahagiannya serta beberapa faedah yang akan diperoleh sekiranya mengetahui
Topik 10 membahaskan beberapa istilah bacaan al-Quran yang terdapat dalam bacaan riwayat Hafs. Istilah yang yang dimaksudkan ialah al-imalah, al-isymam, al-raum, al-sakt, silah ha' al-dhamir, al-tashil dan al-naql.
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS
Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.
Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.
Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.
Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.
KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.
RUJUKAN
Abdullah Basmeih. (1995). Muhammad Noor Ibrahim (Pnyt.). Tafsir pimpinan Ar-rahman. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah al-Qari Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu, Malaysia:
Pustaka Aman Press.
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-wafi fi syarh al-syatibi. Kaherah, Mesir:
Dar al-Salam.
Abi Asim Abd al-Aziz Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-tajwid ala riwayah Hafs an Asim bin Abi al-Najud. Madinah: Maktabah al-Dar.
Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-ida'ah fi bayan usul al-qiraah. Kaherah, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan tuhfah al-atfal. Kaherah, Mesir:
Al-Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dar al-Nu'man.
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam qiraah al-Quran al-karim. Kaherah, Mesir:
Matabi' Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy. (1998). Kayf taqra' al-Quran. Syiria: Dar al-Asama'.
PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24ൈ7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.
PENGENALAN
Syarat utama untuk mahir dalam bacaan al-Quran ialah mestilah menguasai sepenuhnya ilmu yang berkaitan dengan tajwid. Penguasaan ilmu tersebut akan membantu seseorang membaca dengan baik. Tanpa menguasai ilmu ini, bagaimanakah seseorang pembaca boleh mendakwa bahawa dia dapat membaca al-Quran dengan betul? Bagaimanakah cara dia menyebut sesuatu huruf?
Bagaimanakah dia dapat menyempurnakan kadar sesuatu mad? Bagaimanakah dia dapat mengetahui tempat ghunnah dan pelbagai hukum yang lain?
HASIL PEMBELAJARAN
Topik
1
Sejarah dan Pengenalan Ilmu Tajwid
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan antara ilmu tajwid teori dengan praktikal serta hukum kedua-duanya;
2. Mengenal pasti beberapa jenis kesalahan dalam bacaan al-Quran dan ciri-cirinya;
3. Menerangkan kaedah pembelajaran al-Quran yang diajarkan oleh Rasulullah SAW;
4. Menjelaskan tingkatan bacaan al-Quran serta mengamalkannya dalam bacaan seharian; dan
5. Membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pembacaan istiazah dan basmalah.
Topik ini akan menerangkan beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh pembaca al-Quran sebelum mendalami ilmu lain yang berkaitan dengan tajwid.
Perbahasannya merangkumi pendahuluan ilmu tajwid, jenis kesalahan dalam bacaan al-Quran, rukun dan tingkatan bacaan al-Quran, istiÊazah dan permasalahannya serta basmalah dan permasalahannya.
PENDAHULUAN ILMU TAJWID
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang ilmu tajwid.
1.1.1 Pengertian Ilmu Tajwid
Pengertian ilmu tajwid boleh terbahagi kepada dua, iaitu bahasa dan istilah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Pengertian Ilmu Tajwid
Bahasa Istilah
Mengelokkan sesuatu
Abi Asim Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qari (1404H)
Mendatangkan setiap huruf akan haknya (sifatnya yang asli) dan mustahaknya (sifatnya yang mendatang).
Mahmud al-Husari (1970), (lihat Rajah 1.1):
Beberapa kaedah yang telah dibuat oleh para ulama dan telah disusun oleh imam- imam qurraÊ, dari segi makhraj huruf dan sifatnya, keterangan mengenai mithlain dan mutaqaribain serta mutajanisain, hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, mad dan pembahagian serta hukumnya, bahagian wakaf dan ibtida, keterangan mengenai kalimah-kalimah yang bercantum dan bercerai, keterangan mengenai huruf ta marbutah dan ta maftuhah dan lain-lain lagi.
Rajah 1.1:
Mahmud al-Husari
1.1
Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah tajwid. Kemudian bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang dibincangkan seterusnya.
AKTIVITI 1.1
1.1.2 Bahagian Tajwid
Para ulama telah membahagikan ilmu tajwid kepada dua bahagian, iaitu tajwid ilmi dan tajwid amali (lihat Rajah 1.2 dan 1.3).
Rajah 1.2: Pembahagian ilmu tajwid: Tajwid ilmi
Rajah 1.3: Pembahagian ilmu tajwid: Tajwid amali
1.1.3 Hukum Ilmu Tajwid
Mempelajari tajwid ilmi adalah wajib fardu kifayah, sementara mengamalkan tajwid amali pula adalah wajib fardu ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf. Dalil yang mewajibkan beramal dengan hukum tajwid ini terdapat dalam al-Quran, hadis dan ijmak para ulama.
(a) Dalil daripada al-Quran
(i) Firman Allah SWT dalam surah al-Muzzammil ayat 4:
t¸ξ‹Ï?ös? َ◌β#u™öà)ø9$#È≅Ïo?u‘uρ
Maksudnya:
„Dan bacalah al-Quran dengan tartil.‰
Sayidina Ali Abi Talib r.a., ketika ditanya mengenai makna tartil, beliau menjawab: „Mentajwidkan huruf dan mengetahui wakaf.‰
(ii) Firman Allah SWTdalam surah al-Baqarah ayat 121:
⎯ÏμÏ?uρŸξÏ?t¨,ym…çμtΡθè=÷Gtƒ=≈tGÅ3ø9$#ãΝßγ≈oΨ÷s?#u™⎦⎪Ï%©!$#
Maksudnya:
„Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya).‰
(b) Dalil daripada Hadis
(i) Sabda Rasulullah SAW:
َﻝﺎَﻗ ,َﻝﺎَﻗ ُﻪْﻨَﻋ ُﷲ َﻲ ِﺿ َﺭ ٍﺖﺑِﺎَﺛ ِﻦْﺑ ِﺪْﻳ َﺯ ْﻦَﻋ ﱡﺐ ِﺤُﻳ ﻰَﻟﺎَﻌَﺗ َﷲ ﱠﻥِﺇ :َﻢﱠﻠَﺳ َﻭ ِﻪﻴَﻠَﻋ ُﷲ ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲ ُﻝﻮُﺳ َﺭ
َﻝ ِﺰْﻧُﺃ ﺎَﻤَﻛ ﺎًّﻀَﻏ ُﻥﺍَء ْﺮُﻘﻟﺍ َﺃ َﺮﻘُﻳ ْﻥَﺃ Maksudnya:
„Daripada Zaid bin Thabit r.a. telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.‰
(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)
(ii) Abdullah bin MasÊud r.a. telah mendengar seorang lelaki membaca firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60:
$yϑ¯ΡÎ) àM≈s%y‰¢Á9$#
Ï™!#ts)àù=Ï9 È⎦⎫Å3≈|¡yϑø9$#uρ
Tanpa bacaan panjang:
„Maka beliau berkata: Rasulullah SAW tidak membacanya kepadaku sedemikian. Kemudian lelaki itu bertanya: Bagaimanakah Rasulullah SAW membacakan kepadamu? Maka Abdullah bin MasÊud menjawab:
Dengan memanjangkan kalimah {Ï™!#ts)àù=Ï9}.‰
(c) Dalil daripada Ijmak Ulama
Telah bersepakat para ulama salaf dan khalaf tentang kewajipan mengamalkan hukum tajwid ketika membaca al-Quran. Imam Ibn al-Jazari telah menjelaskan tentang kewajipan beramal dengan hukum tajwid:
ِﺪْﻳِﻮْﺠﱠﺘﻟﺎِﺑ ُﺬْﺧَﻷْﺍ َﻭ ٌﻢِﺛﺁ َﻥﺁ ْﺮُﻘﻟﺍ ِﺩِّﻮَﺠُﻳ ْﻢَﻟ ْﻦَﻣ * ٌﻡ ِﺯَﻻ ٌﻢْﺘَﺧ
َﻼَﺻ َﻭ ﺎَﻨْﻴَﻟِﺇ ُﻪْﻨِﻣ ﺍَﺬـَﻜَﻫ َﻭ * َﻻ ِﺰـْﻧُﺃ ُﻪـَﻟِﻹْﺍ ِﻪـِﺑ ُﻪـﱠﻧَﻷ Maksudnya:
„Dan pengambilan (beramal) dengan hukum tajwid ialah satu perkara yang dimestikan, barang siapa yang tidak mentajwidkan al-Quran, maka dia telah berdosa. Ini adalah kerana sebagaimana al-Quran diturunkan oleh Allah SWT, begitu jugalah dengannya disampaikan kepada kita.‰
Para sahabat mempelajari ilmu tajwid al-Quran secara praktikal daripada Rasulullah SAW. Mereka mendengar dengan teliti cara Baginda melafazkan ayat al-Quran dan selepas itu mereka mengikuti sepenuhnya.
Tahukah Anda
Rasulullah SAW menerima serta mempelajari al-Quran daripada malaikat Jibrail a.s. secara talaqqi dan mushafahah. Melalui metodologi tersebut, Baginda dapat memerhatikan cara sebutan al-Quran yang sebenarnya dari sudut ghunnah, panjang, pendek, tebal, nipis dan sebagainya. Oleh yang demikian, para ulama meletakkan dua kaedah tersebut sebagai syarat utama kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran.
Rasulullah SAW tidak pernah mengajar mereka teori bacaan seperti nun mati bertemu dengan huruf ba adalah iqlab, huruf idgham ada enam, iaitu ya (ﻱ), ra (ﺭ), mim(ﻡ), lam(ﻝ), waw(ﻭ) dan nun(ﻥ). Begitu juga dengan hukum tajwid yang lain. Hukum tersebut sebenarnya hanyalah dicipta oleh para ulama pada Zaman Tabiin berpandukan apa yang mereka dengar dan terima daripada lidah para ulama dan para sahabat sebelum mereka.
Para ulama berbeza pendapat mengenai asal usul teori ilmu tajwid ini. Ada yang berpendapat bahawa teori ini dicipta oleh imam-imam qiraat. Ada juga yang mengatakan bahawa orang yang mula-mula menyusun ilmu tajwid ialah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, ada pendapat lain menyatakan Abu al-Aswad al-DuÊali dan ada juga yang berpendapat Abu Ubaid al-Qasim bin Salam.
Kaedah bertalaqqi dan bermushafahah daripada seorang guru hendaklah berpandukan salah satu daripada dua cara berikut:
(a) Al-ÂAradh (ضَرَعلا): Melalui cara ini, guru membaca di hadapan muridnya dan murid mendengar secara teliti bacaan gurunya; kemudian murid pula membaca di hadapan gurunya. Cara inilah yang biasa diamalkan oleh orang yang terdahulu (lihat Rajah 1.4).
Rajah 1.4: Kaedah bertalaqqi dan bermushafahah: Al-ÂAradh
(b) Al-Talqin (نيِقْلَتلا): Melalui cara ini pula, murid membaca di hadapan gurunya dan guru pula mendengar dan menegur sekiranya bacaan muridnya ada kesilapan. Cara ini biasa diamalkan oleh orang yang terkemudian (lihat Rajah 1.5).
Rajah 1.5: Kaedah bertalaqqi dan bermushafahah: Al-Talqin
Menghimpunkan dua cara tersebut ialah kaedah yang lebih baik. Namun sekiranya masa tidak mencukupi, maka pilihlah cara yang kedua untuk diamalkan.
SEMAK KENDIRI 1.1
1. Apakah perbezaan antara tajwid ilmi dengan tajwid amali?
2. Ceritakan tentang sejarah kedua-dua bahagian tajwid ini.
JENIS KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN
Para ulama membahagikan kesalahan ketika membaca al-Quran itu kepada dua bahagin, iaitu al-lahn al-jaly dan al-lahn al-khafy.
1.2.1 Al-Lahn al-Jaly (Kesalahan Nyata)
Al-lahn al-jaly bermaksud kesalahan yang mengenai lafaz sama ada berubah makna ataupun tidak. Sekiranya ia dilakukan ketika membaca surah al-Fatihah sewaktu solat, maka hukum solatnya tidak sah. Dinamakan kesalahan nyata kerana dapat diketahui sesiapa sahaja yang boleh membaca al-Quran sama ada orang yang mahir dalam bidang tajwid ataupun tidak.
Antara kesalahan al-lahn al-jaly ialah:
(a) Menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain;
(b) Menukarkan sesuatu baris kepada baris yang lain; dan (c) Mematikan, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf.
Para ulama bersepakat menghukumnya sebagai haram.
Terdapat satu kesalahan dalam kategori ini yang sangat perlu diberi perhatian, iaitu membaca dengan wasal (sambung) di penghujung sesuatu ayat tanpa membariskan huruf terakhir pada ayat tersebut. Contohnya, apabila menyambungkan kalimah
{
ÉΟŠÏm§9$#} dengan {߉ôϑysø9$#} tanpa membariskan huruf mim pada ayat:ÉΟó¡Î0
«!$#
Ç⎯≈uΗ÷q§9$#
ÉΟŠÏm§9$#
∩⊇∪
߉ôϑysø9$#
¬!
Å_Uu‘
š⎥⎫Ïϑn=≈yèø9$#
Oleh yang demikian, pembaca al-Quran perlu berhati-hati ketika melafazkan kalimah Allah SWT ini dengan memberikan penumpuan sepenuhnya terhadap hukum yang berkaitan dengan cara wakaf yang betul.
1.2
1.2.2 Al-Lahn al-Khafy (Kesalahan Tersembunyi)
Ah-lahn al-khafy bermaksud kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja. Dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana kesalahan ini hanya dapat dikesan dan diketahui oleh mereka yang mendalami ilmu tajwid. Contohnya, tidak dapat membaca sesuatu mad itu dengan kadar panjang yang betul, meninggalkan ghunnah.
Walaupun para ulama tidak sepakat mengenai hukumnya, namun ia dianggap sangat aib apabila dilakukan oleh ahli al-Quran. Para ulama khalaf menghukumkannya sebagai makruh; manakala para ulama salaf pula menghukumkannya sebagai haram.
RUKUN BACAAN AL-QURAN
Kebanyakan ulama bersepakat bahawa sebelum seseorang itu membaca atau mempelajari al-Quran, ia mesti memenuhi tiga perkara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.
1.3
AKTIVITI 1.2
1. Berpandukan kefahaman anda mengenai dua jenis kesalahan yang telah dibincangkan, kemukakan lima contoh bagi setiap jenis kesalahan tersebut.
2. Bincangkan tingkatan bacaan yang diamalkan boleh menentukan kadar bacaan seseorang.
Rajah 1.6: Rukun bacaan al-Quran
1.3.1 Mutawatir
Rajah 1.7 menerangkan pengertian mutawatir.
Rajah 1.7: Mutawatir
1.3.2 Bertepatan dengan Mashaf Uthmaniah
Rajah 1.8 menerangkan pengertian bertepatan dengan mashaf Uthmaniah.
Rajah 1.8: Bertepatan dengan mashaf Uthmaniah
1.3.3 Bertepatan dengan Wajah Bahasa Arab
Rajah 1.9 menerangkan pengertian bertepatan dengan wajah bahasa Arab.
Rajah 1.9: Bertepatan dengan wajah bahasa Arab
Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa rukun bacaan al-Quran yang ketiga adalah sah sanad bacaan tersebut sehingga Rasulullah SAW, sebagai menggantikan rukunnya yang pertama, iaitu mutawatir. Antara mereka ialah Imam Ibn al-Jazari, dan kenyataannya ini telah beliau sebutkan:
ﻱِﻮْﺤَﻳ ًﻻﺎَﻤِﺘْﺣﺍ ِﻢْﺳ ﱠﺮﻠِﻟ َﻥﺎَﻛ َﻭ * ﻱِﻮْﺤَﻧ ُﻪْﺟ َﻭ َﻖَﻓﺍ َﻭ ﺎَﻣ ﱡﻞُﻜَﻓ ُﻥﺎـَﻛ ْﺭَﻷْﺍ ُﺔـَﺛَﻼﱠﺜﻟﺍ ِﻩِﺬـَﻬَﻓ * ُﻥﺁ ْﺮـُﻘْﻟﺍ َﻮـُﻫ ﺍًﺩﺎَﻨْﺳِﺇ ﱠﺢَﺻ َﻭ ِﺔَﻌْﺒﱠﺴﻟﺍ ﻲِﻓ ُﻪـﱠﻧَﺃ ْﻮَﻟ ُﻩَﺫﻭُﺬُﺷ * ِﺖُﺒْﺛَﺃ ٌﻦْﻛ ُﺭ ﱡﻞَﺘْﺤَﻳ ﺎَﻤُﺜـْﻴَﺣ َﻭ Maksudnya:
„Maka semua qiraat (bacaan al-Quran) yang bertepatan wajah nahu, dan bertepatan juga dari sudut kaedah penulisannya (rasm Uthmani), serta sah sanadnya, itulah dia al-Quran yang mempunyai tiga rukunnya. Sekiranya cacat salah satu daripada rukun tersebut, maka jadilah ia syaz, sekalipun ia daripada qiraat tujuh.‰
Sebagai kesimpulannya, mutawatir serta sah sanad merupakan dua perkara yang berkaitan dengan satu sama lain. Semua qiraat yang mutawatir itu mesti mempunyai sanad yang bersambung sehingga Rasulullah SAW dan begitu juga setiap sanad yang sah itu mesti juga mutawatir.
TINGKATAN BACAAN AL-QURAN
Seseorang pembaca perlu mengetahui tingkatan bacaan yang digunakan, sama ada bacaan itu perlahan, sederhana atau laju. Pengetahuan ini perlu kerana apabila kita ingin menentukan kadar panjang sesuatu mad atau kadar ghunnah sesuatu hukum, ia akan dinilai berdasarkan tingkatan bacaan yang digunakan.
Para ulama membahagikan martabat bacaan itu kepada tiga tingkatan, seperti yang diterangkan dalam Rajah 1.10.
Rajah 1.10: Tingkatan martabat bacaan al-Quran
Semua martabat tingkatan bacaan yang diajarkan oleh para ulama itu sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, setiap pembaca al-Quran patut mengetahui martabat bacaan yang digunakan ketika membaca al-Quran, agar dapat mempersembahkan bacaan yang berkualiti serta menepati hukum tajwid yang sebenarnya.
1.4
HUKUM ISTI’AZAH DAN BASMALAH
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari hukum istiÊazah dan basmalah.
1.5.1 Isti’azah dan Permasalahannya
Lafaz istiÊazah yang biasa dibaca ialah { ِﻢﻴ ِﺟ ﱠﺮﻟﺍ ِﻥﺎـَﻄْﻴﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮُﻋَﺃ } kerana begitulah lafaz yang telah diajarkan oleh Jibrail a.s. kepada Baginda. Selain itu terdapat dua lagi lafaz lain yang tertulis dalam hadis Rasulullah SAW iaitu:
ﻴـِﻠَﻌْﻟﺍ ِﻊﻴـِﻤﱠﺴﻟﺍ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮــُﻋَﺃ } { ِﻢﻴـ ِﺟ ﱠﺮﻟﺍ ِﻥﺎـَﻄْﻴـﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِﻢ
dan
{ ِﻩ ِﺰْﻤَﻫ َﻭ ِﻪِﺜْﻔَﻧ َﻭ ِﻪ ِﺨْﻔَﻧ ْﻦِﻣ ِﻢﻴ ِﺟ ﱠﺮﻟﺍ ِﻥﺎـَﻄْﻴﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮُﻋَﺃ }
Ibn al-Khatib berpendapat lafaz istiÊazah itu tiada batasannya dan ia boleh ditambah atau diubah asalkan bersesuaian dengan sifat Allah SWT dan demikian juga sifat syaitan yang dilaknat.
Antara lafaz yang pernah digunakan oleh para ulama ialah:
(a) { ِﻢﻴ ِﺟ ﱠﺮﻟﺍ ِﻥﺎـَﻄْﻴﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِﻢﻴِﻈَﻌْﻟﺍ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮـُﻋَﺃ } (b) { ِّﻱِﻮَﻐْﻟﺍ ِﻥﺎَﻄْﻴﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِّﻱِﻮَﻘْﻟﺍ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮُﻋَﺃ } (c) { ِﺭِﺩﺎَﻐْﻟﺍ ِﻥﺎَﻄْﻴﱠﺸﻟﺍ َﻦِﻣ ِﺭِﺩﺎَﻘْﻟﺍ ِﻟﻠﻪﺎِﺑ ُﺫﻮُﻋَﺃ }
1.5
(a) Hukum Bacaan Isti'azah
IstiÊazah bermaksud memohon perlindungan. Allah SWT memerintahkan supaya ia dibaca ketika ingin mula membaca al-Quran, bersesuaian dengan firmanNya dalam surah al-Nahl ayat 98:
#sŒÎ*sù
|Nù&ts%
tβ#u™öà)ø9$#
õ‹ÏètGó™$$sù
«!$$Î/
z⎯ÏΒ Ç⎯≈sÜø‹¤±9$#
ÉΟŠÅ_§9$#
Maksudnya:
Apabila kamu membaca al-Quran, maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada godaan syaitan yang direjam.
Ulama berselisih pendapat dalam menafsirkan kalimah { õ‹ÏètGó™$$sù } yang bermaksud mohonlah perlindungan. Jumhur ulama berpendapat bahawa kata kerja suruhan itu adalah suruhan sunat. Oleh itu membaca istiÊazah ketika ingin memulakan bacaan al-Quran hukumnya adalah sunat. Namun, tetapi sebahagian ulama berpendapat bahawa kata kerja suruhan itu adalah suruhan wajib. Oleh itu membaca istiÊazah ketika ingin memulakan bacaan al-Quran hukumnya adalah wajib.
(b) Cara Bacaan IstiÊazah, Basmalah dan Awal Surah
Sekiranya istiÊazah dibaca berserta dengan sesebuah surah, maka terdapat empat cara bacaan yang diharuskan, iaitu:
(i) Berhenti pada istiÊazah dan berhenti pada basmalah, kemudian barulah membaca awal surah.
*ΟŠÅ_§9$#Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ èŒθããr&
È,n=xø9$# Éb>tÎ/èŒθããr&ö≅è% * ijk
(ii) Berhenti pada istiÊazah, kemudian membaca basmalah dan menyambungkannya dengan awal surah.
*ÉΟŠÅ_§9$#Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ èŒθããr&
È,n=xø9$# Éb>tÎ/èŒθããr&ö≅è% + ijk
(iii) Menyambungkan istiÊazah dengan basmalah dan berhenti, kemudian barulah membaca awal surah.
+
ÉΟŠÅ_§9$#Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ èŒθããr&È,n=xø9$# Éb>tÎ/èŒθããr&ö≅è% * ijk
(iv) Menyambungkan istiÊazah dengan basmalah dan awal surah.
+
ÉΟŠÅ_§9$#Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ èŒθããr&È,n=xø9$# Éb>tÎ/èŒθããr&ö≅è% + ijk
1.5.2 Basmalah dan Permasalahannya
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa lafaz basmalah adalah { ÉΟŠÏm§9$#
Ç⎯≈yϑôm§9$# «!$#ÉΟó¡Î0 }. Lafaz tersebutlah yang telah diajarkan oleh malaikat Jibrail a.s.
kepada Baginda dan begitulah ia tertulis dalam mashaf riwayat Imam Hafs. Lafaz basmalah ini telah disebutkan dengan jelas dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 30:
…çμ¯ΡÎ)
⎯ÏΒ z⎯≈yϑø‹n=ß™
…çμ¯ΡÎ)uρ ÉΟó¡Î0
«!$#
Ç⎯≈yϑôm§9$#
ÉΟŠÏm§9$#
Maksudnya:
„Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti yang berikut): Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi.‰
(a) Hukum Bacaan Basmalah
Berpandukan bacaan riwayat Imam Hafs, basmalah adalah sunat dibaca setiap kali mula membaca al-Quran, melainkan pada awal surah at-Taubah.
Lafaz basmalah tidak tertulis pada awal surah tersebut disebabkan surah at-Taubah ini diturunkan semasa Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin supaya memerangi kaum kafir. Ibn Abbas r.a. pernah bertanya kepada Sayidina Ali Abi Talib r.a., mengapa tidak tertulis basmalah pada permulaan surah BaraÊah. Sayidina Ali Abi Talib r.a. menjawab: Oleh sebab basmalah diturunkan semasa aman, sedangkan BaraÊah diturunkan semasa tidak aman, iaitu ketika peperangan. Oleh itu ia tidak sesuai diletakkan di permulaan surah tersebut.
Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Imam al-Syatibi:
َﺕْﺃَﺪَﺑ ْﻭَﺃ ﺎَﻬْﻠ ِﺼَﺗ ﺎَﻤْﻬَﻣ َﻭ َﻼ ِﻤْﺴَﺒُﻣ َﺖْﺴَﻟ ِﻒْﻴﱠﺴﻟﺎِﺑ ﺎَﻬِﻠﻳ ِﺰـْﻨَﺘِﻟ * ًﺓَءﺍ َﺮَﺑ
Maksudnya:
„Dan sama ada disambungkan (surah BaraÊah) dengan surah sebelumnya (surah al-Anfal) ataupun memulakan bacaan padanya, kerana surah tersebut (BaraÊah) diturunkan semasa peperangan, maka ia tidak boleh dibaca basmalah.‰
Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca basmalah pada surah at-Taubah sebagaimana yang berikut:
(i) Imam Ibnu Hajar dan al-Khatib mengatakan bahawa haram hukumnya membaca basmalah pada awal surah dan makruh apabila dibaca di pertengahan surah tersebut.
(ii) Syeikh Ramli pula berpendapat bahawa makruh hukumnya membaca basmalah pada awal surah dan sunat apabila dibaca di pertengahan surah tersebut.
Selain itu, basmalah juga sangat dituntut dibaca setiap kali ingin melakukan perkara kebaikan demi memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Hal ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:
ِﺍﺍﻟﻠﻪ ِﻢْﺴِﺒِﺑ ِﻪﻴِﻓ ُﺃَﺪْﺒُﻳ َﻻ ٍﻝﺎَﺑ ﻱِﺫ ٍﺮْﻣَﺃ ﱡﻞُﻛ : َﻢﱠﻠَﺳ َﻭ ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲ ﻰﱠﻠَﺻ ِﺍﺍﻟﻠﻪ ُﻝﻮُﺳ َﺭ َﻝﺎَﻗ ِﻢﻴ ِﺣ ﱠﺮﻟﺍ ِﻦَﻤْﺣ ﱠﺮﻟﺍ
ُﻊَﻄْﻗَﺃ
Maksudnya:
„Sabda Rasulullah SAW: Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan lafaz basmalah, maka ia akan terputus (hilang keberkatannya).‰
(Hadis riwayat Abu Daud) (b) Cara Bacaan Basmalah antara Dua Surah
Sekiranya sesuatu surah itu ingin disambungkan dengan surah yang berikutnya, maka terdapat tiga cara bacaan yang diharuskan, iaitu:
(i) Berhenti seketika dengan bernafas (wakaf) pada akhir surah dan wakaf juga pada basmalah, kemudian barulah membaca awal surah.
* tβθãã$yϑø9$# βθãèuΖôϑtƒuρ
trOöθs3ø9$# š≈oΨø‹sÜôãr&t!$¯ΡÎ) * ijk
(ii) Wakaf pada akhir surah, kemudian membaca basmalah dan menyambungkannya dengan awal surah.
tβθãã$yϑø9$# βθãèuΖôϑtƒuρ
trOöθs3ø9$# š≈oΨø‹sÜôãr&t!$¯ΡÎ) + ijk
(iii) Menyambungkan akhir surah dengan basmalah dan awal surah.
+ tβθãã$yϑø9$# βθãèuΖôϑtƒuρ
trOöθs3ø9$# š≈oΨø‹sÜôãr&t!$¯ΡÎ) + ijk
Terdapat satu cara bacaan yang tidak diharuskan, iaitu menyambungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti, kemudian barulah membaca awal surah. Cara ini ditegah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengar, dengan disangkakan bahawa basmalah itu adalah merupakan akhir surah. Contohnya:
+ tβθãã$yϑø9$# βθãèuΖôϑtƒuρ
trOöθs3ø9$# š≈oΨø‹sÜôãr&t!$¯ΡÎ) * ijk
1.5.3 Cara Bacaan Akhir Surah al-Anfal dengan Awal Surah at-Taubah
Sekiranya akhir surah al-Anfal ingin dibaca bersama-sama dengan awal surah at- Taubah, terdapat tiga cara bacaan yang diharuskan iaitu:
(a) Berhenti seketika dengan bernafas (wakaf) pada akhir surah al-Anfal, kemudian barulah membaca awal surah at-Taubah.
¨βÎ)
©!$#
Èe≅ä3Î/
>™ó©x«
7Λ⎧Î=tæ
*
×οu™!#tt/
z⎯ÏiΒ
«!$#
ÿ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ
(b) Berhenti seketika tanpa bernafas (saktah) pada akhir surah al-Anfal, kemudian barulah membaca awal surah at-Taubah.
)
Î
β
¨
#
$
!
©
/
Î
3
ä
≅
eÈ
«
x
©
ó
™
>
æ
t
=
Î
⎧Λ
7
ﺱ
/
t
t
#
!
™
u
ο
×
Β
iÏ
⎯
z
#
$
!
«
ρ
u
‘
u
™
ß
θ
!
Î
&
Ï
⎯
ÿ
(c) Menyambungkan akhir surah al-Anfal dengan awal surah at-Taubah dengan bacaan Iqlab.
¨βÎ)
©!$#
Èe≅ä3Î/
>™ó©x«
7Λ⎧Î=tæ +
×οu™!#tt/
z⎯ÏiΒ
«!$#
ÿ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ
• Ilmu tajwid ialah kaedah pembacaan al-Quran yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW yang merangkumi hukum berkaitan dengan tempat keluar dan sifat huruf, nun mati dan tanwin, mim mati, bahagian mad, bahagian idgham, cara wakaf dan ibtida, ziyadah, hazaf dan ibdal serta segala hukum yang berkaitan dengan cara pembacaan al-Quran.
• Mempelajari ilmu tajwid ilmi dapat membantu seseorang untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan dalam bacaan al-Quran.
• Mengetahui nama ilmu tajwid seperti hukum izhar, idgham dan sebagainya serta cara bacaannya sangat penting dalam menentukan salah atau betulnya bacaan seseorang.
• Mengetahui kadar panjang sesuatu hukum dapat menentukan salah atau betulnya bacaan seseorang.
Tahukah Anda?
Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai cara bacaan. Para ulama mengaitkan bacaan tersebut dengan 14 orang perawi yang mutawatir (sanad bacaan mereka bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW). Sangat perlu diketahui bahawa bacaan al-Quran yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia adalah berpandukan riwayat Imam Hafs daripada Tariq al-Syatibi.
AKTIVITI 1.3
Terdapat tiga perkara yang perlu diketahui oleh setiap pembaca al-Quran.
Walaupun ia tiada kaitan dengan cara bacaan, namun ia boleh menentukan sama ada bacaan seseorang itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya. Bincangkan perkara-perkara yang dimaksudkan.
• Pembaca al-Quran yang tidak mengetahui hukum tajwid atau kadar panjang sesuatu mad pasti tidak akan dapat membaca al-Quran dengan tepat.
• Kaedah talaqqi dan musyafahah sangat penting dalam proses pembelajaran al-Quran, di samping merupakan sunah Rasulullah SAW.
• Tingkatan bacaan al-Quran sangat perlu diketahui oleh pembaca al-Quran, agar mereka dapat menyempurnakan kadar ghunnah dan kadar sesuatu mad itu dengan betul.
• Mengetahui jenis kesalahan dalam bacaan sangat penting kerana ia boleh menentukan hukum bacaan seseorang.
• Rukun bacaan al-Quran merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pembaca al-Quran.
Al-hadr Al-lahn al-jaly Al-lahn al-khafy Al-tadwir Al-tahqiq Basmalah Hazaf Ibdal Ibtida
Isti'azah Musyafahah Mutawatir Sanad Talaqqi Ulama khalaf Ulama salaf Wakaf Ziyadah
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-wafi fi syarh al-syatibi. Kaherah, Mesir:
Dar al-Salam.
Abdullah al-Qari Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu, Malaysia:
Pustaka Aman Press.
Abdullah Basmeih. (1995). Muhammad Noor Ibrahim (Pnyt.). Tafsir pimpinan ar-rahman. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abi Asim Abd al-Aziz Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-tajwid ala riwayah Hafs an Asim Abi al-Najud. Madinah: Maktabah al-Dar.
Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-ida'ah fi bayan usul al-qiraah. Kaherah, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan tuhfah al-atfal. Kaherah, Mesir:
Al-Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dar al-Nu'man.
Kamarul Hazeri, & Ammar Azizul. (2006). Kamus j-qaf. Petaling Jaya, Selangor:
Sasbadi.
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam qiraah al-Quran al-karim. Kaherah, Mesir:
Matabi' Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy. (1998). Kayf taqra' al-Quran. Syria: Dar al-Asama'.
PENGENALAN
Makhraj huruf menerangkan tentang dari mana sesuatu huruf itu dilafazkan sama ada dari lingkungan bibir, lidah, halkum (kerongkong) dan sebagainya. Sementara sifat huruf pula menjelaskan bagaimanakah sesuatu huruf itu dilafazkan, sama ada ia tebal atau nipis, tinggi atau rendah dan sebagainya. Mengetahui makhraj sesuatu huruf adalah sangat penting dalam proses pembacaan al-Quran kerana tanpa mengetahuinya seseorang pembaca sangat terdedah kepada pertukaran huruf, khususnya ketika membaca huruf yang hampir sama seperti huruf dzal (ﺫ) dengan zai (ﺯ).
Pengetahuan tentang sifat huruf juga begitu penting kerana ia akan menentukan ciri-ciri huruf yang akan dilafazkan dan tanpa mengetahuinya seseorang pembaca juga terdedah kepada pertukaran huruf khususnya ketika membaca huruf-huruf yang hampir sama seperti huruf sin (ﺱ) dengan sad (ﺹ).
Topik
2
Tempat Keluar Huruf
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tempat keluar semua huruf hijaiyah;
2. Menerangkan huruf yang mempunyai makhraj yang sama;
3. Membezakan sebutan antara huruf yang bersamaan makhrajnya;
4. Membaca al-Quran dengan fasih; dan
5. Mengenal pasti bahagian-bahagian makhraj huruf.
MAKHRAJ HURUF
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang makhraj huruf.
2.1.1 Pengertian Makhraj Huruf
Rajah 2.1 menunjukkan pengertian makhraj huruf.
Rajah 2.1: Pengertian makhraj huruf
2.1
AKTIVITI 2.1
Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai makhraj dan sifat huruf?
Berdasarkan cara bacaan al-Quran anda sebelum ini, adakah anda benar-benar memahami dan mengambil berat terhadap dua hukum tersebut?
2.1.2 Kepentingan Mempelajari Makhraj Huruf
Apabila seseorang itu membaca al-Quran, antara perkara penting yang mesti diketahui dan dipelajari adalah membunyikan huruf hijaiyah dengan makhraj yang betul. Antara kepentingan mempelajari makhraj huruf ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
Rajah 2.2: Kepentingan mempelajari makhraj huruf
SEMAK KENDIRI 2.1
Nyatakan maksud makhraj huruf dan kepentingan mempelajarinya.
KAEDAH MENGESAN MAKHRAJ HURUF
Terdapat dua cara yang boleh dilakukan untuk mengenali makhraj sesuatu huruf, iaitu dengan cara mentasydidkannya atau mematikannya dengan sesuatu huruf yang lain, sama ada huruf tersebut berbaris atas, bawah ataupun hadapan.
Kemudian perhatikan tempat suara terputus atau terhenti kerana di situlah makhraj huruf yang berkenaan.
Contohnya, apabila kita ingin mengenali makhraj huruf mim, maka tasydidkan atau matikan huruf itu dengan satu huruf lain sebelumnya seperti ( ﱠﻡَﺃ )( ْﻡَﺃ ). Setelah itu kita akan mengetahui bahawa tempat terhentinya suara itu adalah apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan. Jadi, di situlah makhraj huruf mim. Begitulah juga cara untuk mengenali makhraj huruf lain.
PEMBAHAGIAN MAKHRAJ HURUF
Para ulama berselisih pendapat mengenai bilangan makhraj huruf dan perbahasan di sini hanya menerangkan pendapat jumhur ulama sahaja. Terdapat empat mazhab yang membicarakan masalah ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.
2.2
2.3
Rajah 2.3: Perbezaan empat mazhab tentang pembahagian makhraj huruf
Rajah 2.4 menunjukkan lima bahagian utama dalam pembahagian makhraj huruf.
Rajah 2.4: Lima bahagian utama dalam pembahagian makhraj
Lima bahagian yang utama itu dibahagikan pula kepada 17 makhraj yang masyhur, iaitu:
(a) Makhraj Pertama
Rongga kerongkong hingga rongga mulut (rujuk Rajah 2.5). Keluar darinya tiga huruf, iaitu huruf-huruf mad alif ()ﺍ, waw (ﻭ) dan ya (ﻱ).
Rajah 2.5: Makhraj pertama
(b) Makhraj Kedua
Pangkal halkum atau kerongkong. Keluar darinya dua huruf, iaitu hamzah (ء) dan haa (ـﻫ).
(c) Makhraj Ketiga
Pertengahan halkum. Keluar darinya dua huruf, iaitu gha ( ﻉ) dan ha (ﺡ).
(d) Makhraj Keempat
Hujung halkum. Keluar darinya dua huruf, iaitu ghain (ﻍ) dan kha (ﺥ). Rujuk Rajah 2.6 untuk makhraj kedua, ketiga dan keempat.
Rajah 2.6: Makhraj keempat (e) Makhraj Kelima
Pangkal lidah, apabila diangkat mengenai langit-langit lembut. Keluar darinya hanya satu huruf, iaitu qaf (ﻕ).
(f) Makhraj Keenam
Pangkal lidah, apabila diangkat mengenai langit-langit lembut, lebih ke atas sedikit dari keluarnya makhraj huruf qaf. Keluar darinya satu huruf, iaitu kaf (ﻙ) (rujuk Rajah 2.7).
Rajah 2.7: Makhraj keenam (g) Makhraj Ketujuh
Pertengahan lidah, apabila diangkat mengenai langit-langit keras. Keluar darinya tiga huruf, iaitu jim (ﺝ), syin (ﺵ) dan ya (ﻱ) (rujuk Rajah 2.8).
Rajah 2.8: Makhraj ketujuh
(h) Makhraj Kelapan
Hujung lidah, apabila diangkat mengenai gusi. Keluar darinya tiga huruf, iaitu to (ﻁ), ta (ﺕ) dan dal (ﺩ) (rujuk Rajah 2.9).
Rajah 2.9: Makhraj kelapan (i) Makhraj Kesembilan
Hujung lidah, apabila diangkat mengenai langit-langit keras. Keluar darinya tiga huruf, iaitu sad (ﺹ), sin (ﺱ) dan zai (ﺯ) (rujuk Rajah 2.10).
Rajah 2.10: Makhraj kesembilan
(j) Makhraj Kesepuluh
Hujung lidah, apabila diangkat mengenai di antara hujung gigi atas dan bawah. Keluar darinya tiga huruf, iaitu dzo (ﻅ), dzal (ﺫ) dan tha (ﺙ) (lihat Rajah 2.11).
Rajah 2.11: Makhraj kesepuluh
(k) Makhraj Kesebelas
Tepi hujung lidah, apabila diangkat ia mengenai gigi geraham kiri atau kanan. Keluar darinya satu huruf, iaitu dhad (ﺽ) (lihat Rajah 2.12).
Rajah 2.12: Makhraj kesebelas
(l) Makhraj Kedua Belas
Tepi hujung lidah, apabila diangkat ia mengenai gusi dan melencong ke muka hujung lidah. Keluar darinya satu huruf, iaitu lam (ﻝ).
(m) Makhraj Ketiga Belas
Tepi hujung lidah, apabila diangkat ia mengenai gusi, ke hadapan sedikit dari makhraj huruf lam. Keluar darinya satu huruf, iaitu nun (ﻥ).
(n) Makhraj Keempat Belas
Tepi hujung lidah, apabila diangkat mengenai gusi dan melencong ke belakang hujung lidah. Keluar darinya satu huruf, iaitu ra (ﺭ) (rujuk Rajah 2.13).
Rajah 2.13: Makhraj keempat belas
(o) Makhraj Kelima Belas
Bibir atas bertemu bibir bawah. Keluar darinya tiga huruf, iaitu ba (ﺏ), mim (ﻡ) dan waw (ﻭ) (lihat Rajah 2.14).
Rajah 2.14: Makhraj kelima belas (p) Makhraj Keenam Belas
Bibir bawah bertemu hujung gigi atas. Keluar darinya satu huruf, iaitu fa (ﻑ) (rujuk Rajah 2.15).
Rajah 2.15: Makhraj keenam belas
(q) Makhraj Ketujuh Belas
Rongga hidung. Keluar darinya bunyi ghunnah.
Rajah 2.16 yang berikut menerangkan beberapa bahagian makhraj huruf.
Rajah 2.16: Pembahagian makhraj huruf
Rajah 2.17 menerangkan beberapa kesalahan mengenai makhraj huruf.
Rajah 2.17: Kesalahan makhraj huruf
• Makhraj huruf menerangkan tentang asal usul atau punca sesuatu huruf itu terbit dan dilafazkan.
• Hanya terdapat lima makhraj huruf yang utama, iaitu al-jauf, halkum, al-lisan, al-syafah dan al-khaisyum.
• Terdapat dua huruf yang mempunyai dua makhraj, iaitu waw dan ya kerana kedua-dua huruf tersebut berfungsi juga sebagai huruf mad.
• Huruf yang paling susah dilafazkan berpandukan makhrajnya yang tepat dan betul ialah huruf dhad.
• Kesalahan yang nyata (al-lahn al-jaly) akan berlaku pada sesuatu huruf sekiranya ia membawa kepada pertukaran huruf yang lain.
AKTIVITI 2.2
Dalam topik yang lalu, anda telah mempelajari bahagian-bahagian kesalahan dalam bacaan al-Quran. Cuba bincangkan bilakah terjadinya kesalahan yang nyata dan kesalahan yang tersembunyi dalam melafazkan makhrajsesuatu huruf.
• Kesalahan yang tersembunyi (al-lahn al-khafy) akan berlaku sekiranya sesuatu huruf itu dibaca tanpa berpandukan makhrajnya yang sebenar tetapi ia masih belum bertukar kepada huruf yang lain.
Al-jauf Al-khaisyum Al-lahn al-jaly
Al-lahn al-khafy Al-lisan
Al-syafah Halkum
Huruf hijaiyah Makhraj
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-wafi fi syarh al-syatibi. Kaherah, Mesir:
Dar al-Salam.
Abdullah al-Qari Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu, Malaysia:
Pustaka Aman Press.
Abdullah Basmeih. (1995). Muhammad Noor Ibrahim (Pnyt.). Tafsir pimpinan ar-rahman. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abi Asim Abd al-Aziz Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-tajwid ala riwayah Hafs an Asim Abi al-Najud. Madinah: Maktabah al-Dar.
Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-ida'ah fi bayan usul al-qiraah. Kaherah, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan tuhfah al-atfal. Kaherah, Mesir:
Al-Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dar al-Nu'man.
Kamarul Hazeri, & Ammar Azizul. (2006). Kamus j-qaf. Petaling Jaya, Selangor:
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam qiraah al-Quran al-karim. Kaherah, Mesir:
Matabi' Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy. (1998). Kayf taqra' al-Quran. Syria: Dar al-Asama'.
PENGENALAN
Pengetahuan tentang sifat huruf amat penting kerana ia akan menentukan ciri-ciri huruf yang akan dilafazkan. Tanpa mengetahuinya, seseorang pembaca terdedah kepada pertukaran huruf, khususnya ketika membaca huruf yang hampir sama seperti huruf sin (ﺱ) dengan sad (ﺹ).
Topik
3
Sifat-sifat Huruf
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sifat-sifat penting bagi semua huruf hijaiyah;
2. Membandingkan sebutan antara huruf yang mempunyai banyak sifat yang sama;
3. Membezakan antara huruf yang tebal dengan yang nipis;
4. Menganalisis sifat huruf yang berlawanan dan yang tidak berlawanan; dan
5. Membaca al-Quran dengan mahir dan lancar.
HASIL PEMBELAJARAN
SIFAT HURUF
Rajah 3.1 menunjukkan pengertian sifat huruf.
Rajah 3.1: Pengertian sifat huruf
PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF
Berpandukan pendapat jumhur ulama dan qurraÊ, terdapat 17 sifat huruf dan ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
(a) Sepuluh sifat yang berlawanan (lima pasangan); dan (b) Tujuh sifat tunggal yang tidak berlawanan.
Setiap huruf hijaiyah mempunyai sekurang-kurangnya lima sifat (daripada sifat yang berlawanan), kadangkala enam sifat dan paling banyak, tujuh sifat (ditambah lagi dengan satu atau dua sifat yang tidak berlawanan). Sila lihat Rajah 3.2 untuk keterangan lanjut.
3.1
3.2
SEMAK KENDIRI 3.1 Jelaskan maksud sifat huruf.
Rajah 3.2: Pembahagian sifat-sifat huruf
3.2.1 Sifat yang Berlawanan
Sifat huruf yang berlawanan ini terbahagi kepada lima kumpulan dan ini menjadikannya 10 sifat semuanya. Sifat tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Sifat yang Berlawanan Sifat yang Berlawanan Al-Jahr (ﺮﻬﺠﻟﺍ)
Jahr bermaksud nyaring, iaitu semasa menyebut hurufnya nafas tertahan disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
Maka jadilah huruf yang keluar itu nyata dan terang sebutannya.
Hurufnya ada 19, terhimpun dalam bait syair:
َﺐَﻠَﻁ ٍﺪ ِﺟ ٍّﺾَﻏ ﻱِﺫ ٍﺉ ِﺭﺎَﻗ ُﻥ ْﺯ َﻭ َﻢُﻈَﻋ
Al-Hams(ﺲﻤﻬﻟﺍ)
Hams bermaksud sembunyi, iaitu semasa menyebut hurufnya nafas terlepas disebabkan tekanan yang lemah pada makhrajnya.
Maka jadilah huruf yang keluar itu lemah dan tersembunyi sebutannya.
Hurufnya ada 10, terhimpun dalam bait syair:
ْﺖَﻜَﺳ ٌﺺْﺨَﺷ ُﻪﱠﺜَﺤَﻓ Al-Syiddah(ﺓﺪﺸﻟﺍ)
Syiddah bermaksud kuat, iaitu semasa menyebut hurufnya suara tertahan disebabkan pegangan yang kuat pada makhrajnya.
Maka jadilah huruf yang keluar itu kuat dan nyata sebutannya.
Hurufnya ada lapan, terhimpun dalam bait syair:
ْﺖَﻜَﺑ ٍﻂَﻗ ْﺪ ِﺟَﺃ
Al-Rakhawah( ﺓﻭﺎﺧﺮﻟﺍ)
Rakhawah pula bermaksud lembut, iaitu semasa menyebut hurufnya suara terlepas disebabkan pegangan yang lemah pada makhrajnya.
Maka jadilah huruf yang keluar itu longgar dan lembut sebutannya.
Hurufnya ada 16, terhimpun dalam bait syair:
ﻩﺎَﺳ ﱠﻱ َﺯ ٍﺹ ْﻮَﺷ ﱠﺾَﻓ ٍّﻆَﺣ ﱠﺚَﻏ ْﺬُﺧ Antara huruf yang bersifat syiddah dan rakhawah, terdapat juga beberapa huruf yang bersifat al-tawassut (ﻂﺳﻮﺘﻟﺍ)(pertengahan).
Semasa menyebut huruf yang bersifat tawassut ini, suara dalam keadaan sederhana disebabkan tidak keseluruhan suara terlepas dan tidak keseluruhannya terlepas.
Maka jadilah huruf yang keluar itu bersifat sederhana.
Hurufnya ada lima, terhimpun dalam bait syair: ْﺮَﻤُﻋ ْﻦـِﻟ
Al-IstiÊlaÊ(ءﻼﻌﺘﺳﻹﺍ)
IstiÊlaÊ bermaksud meninggi, iaitu semasa menyebut hurufnya sebahagian besar daripada bahagian lidah terangkat ke langit-langit.
Maka jadilah huruf yang keluar itu tebal dan tinggi sebutannya.
Hurufnya ada tujuh, terhimpun dalam bait syair:
ْﻆـِﻗ ٍﻂْﻐَﺿ ﱠﺺُﺧ
Al-Istifal(ﻝﺎﻔﺘﺳﻹﺍ)
Istifal pula bermaksud merendah, iaitu semasa menyebut hurufnya sebahagian besar daripada bahagian lidah tidak terangkat ke langit-langit.
Maka jadilah huruf yang keluar itu nipis dan rendah sebutannya.
Hurufnya ada 22, terhimpun dalam bait syair:
ْﺰِّﻬَﺠُﺗ َﻑ ْﻮَﺳ َﻚِﻤْﻠِﻋ َﺚﻳِﺪَﺣ ْﺮِﺸْﻧَﺃ ﺍَﺬِﺑ
Al-Itbaq(ﻕﺎﺒﻁﻹﺍ)
Itbaq bermaksud menutup, iaitu semasa menyebut hurufnya sebahagian besar daripada bahagian lidah terangkat dan melengkung ke langit-langit.
Maka ia menjadikan ruang udara tertutup dan memenuhi mulut dan huruf yang keluar itu sangat tebal dan meninggi sebutannya.
Hurufnya ada empat, terhimpun dalam rangkai kata:
َﻆَﻄْﻀَﺻ
Al-Infitah(ﺡﺎﺘﻔﻧﻹﺍ)
Infitah pula bermaksud membuka, iaitu semasa menyebut hurufnya sebahagian besar daripada bahagian lidah tidak terangkat dan tidak melengkung ke langit-langit.
Maka ia menjadikan ruang udara terbuka dan tidak memenuhi mulut.
Hurufnya ada 25, terhimpun dalam bait syair:
ﱞﻖَﺣ ﺎَﻛ َﺰَﻓ ًﺔَﻌَﺳ َﺪَﺟ َﻭ َﺬَﺧَﺃ ْﻦَﻣ ٍﺚْﻴَﻏ ُﺏ ْﺮُﺷ ُﻪ َﻟ
Al-Izlaq(ﻕﻻﺫﻹﺍ)
Izlaq bermaksud terlepas, iaitu huruf yang dapat disebut dengan mudah.
Hurufnya ada enam, terhimpun dalam bait syair:
ٌﺐُﻟ ْﻦِﻣ ﱠﺮـَﻓ
Al-Ismat(ﺕﺎﻤﺻﻹﺍ)
Ismat pula bermaksud tertegah, iaitu huruf yang tidak dapat disebut dengan mudah atau lancar.
Hurufnya ada 23, terhimpun dalam bait syair:
َﻭ ْﺫِﺇ ًﺔَﻘـِﺛ ﱠﺪَﺻ ٍﻂ ِﺧﺎَﺳ ٍّﺶِﻏ ﱡﺰَﺟ َﻚﱡﻀُﺤَﻳ ُﻪُﻈْﻋ
Rajah 3.3 berikut menunjukkan perbezaan sifat huruf yang berlawanan pula.
Rajah 3.3: Perbezaan sifat huruf yang berlawanan
1. Bincangkan sejauh mana sifat-sifat huruf boleh mempengaruhi sebutan sesuatu huruf.
2. Sesuatu huruf hijaiyah itu mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima sifat huruf. Apakah yang akan terjadi sekiranya beberapa daripada sifat tersebut ditinggalkan?
AKTIVITI 3.1
3.2.2 Sifat yang Tidak Berlawanan
Sifat huruf yang tidak berlawanan ini terbahagi kepada tujuh, iaitu seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.
Jadual 3.2: Sifat yang Tidak Berlawanan (a) Al-Safir (ﺮﻴﻔﺼﻟﺍ)
(i) Safir bermaksud berdesir, iaitu semasa menyebut hurufnya terdengar bunyi desiran yang kuat yang terbit di antara pertengahan lidah dan langit- langit keras.
(ii) Hurufnya ada tiga, iaitu sad (ﺹ), zai (ﺯ) dan sin (ﺱ).
(b) Al-Qalqalah (ﺔﻠﻘﻠﻘﻟﺍ)
(i) Qalqalah bermaksud detakkan atau pantulan, iaitu semasa menyebut hurufnya terdengar bunyi detakan, ekoran daripada tekanan yang berlaku pada huruf yang mati.
(ii) Hurufnya lima, terhimpun dalam rangkai kata: (ٍﺪَﺟ ُﺐْﻄُﻗ).
(iii) Pembahagian:
Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Qalqalah
Qalqalah sughra Qalqalah kubra
Qalqalah Sughra (ﻯﺮﻐﺻ ﺔﻠﻘﻠﻗ).
Iaitu detakan yang kecil atau perlahan. Ia berlaku apabila huruf qalqalah itu mati di tengah kalimah seperti ( ÷Λä⎢ö/¤‹x. ) ( tβθè=çGø)s?zΝÎ=sù ), ataupun di hujung kalimah ketika bacaan wasal seperti ( öΝs9uρô$Î#ƒöΝs9).
Qalqalah Kubra (ﻯﺮﺒﻛ ﺔﻠﻘﻠﻗ)
Iaitu detakkan yang besar atau kuat. Ia berlaku apabila huruf qalqalah itu mati mendatang (ketika wakaf) di hujung kalimah seperti
( 5=ƒÍßΔÏμø‹s9Î) ).
(c) Al-Lin (ﻦﻴﻠﻟﺍ)
(i) Lin bermaksud lembut, iaitu huruf yang keluar dari makhrajnya berbunyi lunak dan lembut.
(ii) Hurufnya ada dua, iaitu waw (ﻭ) dan ya (ﻱ) yang mati didahului oleh huruf yang berbaris di atas. Contohnya:
( ¤∃öθyz ô⎯ÏiΒ) (C·÷ƒtè% É#≈n=ƒ\}).
(d) Al-Inhiraf (ﻑﺍﺮﺤﻧﻹﺍ)
(i) Inhiraf bermaksud melencong, iaitu semasa menyebut hurufnya makhraj huruf tersebut melencong ke makhraj huruf yang lain.
(ii) Hurufnya ada dua, iaitu ra ( dan lam ﺭ) ( . Huruf ra makhrajnya melencong ﻝ) ke makhraj huruf lam, sementara huruf lam makhrajnya melencong ke makhraj huruf nun.
(e) Al-Takrir (ﺮﻳﺮﻜﺘﻟﺍ)
(i) Takrir bermaksud berulang-ulang, iaitu semasa menyebut hurufnya keadaan hujung lidah bergerak berulang-ulang atau bergetar-getar.
(ii) Hurufnya ada satu sahaja, iaitu ra )( . ﺭ (f) Al-Tafasysyi (ﻲﺸﻔﺘﻟﺍ)
(i) Tafasysyi bermaksud berhamburan, iaitu semasa menyebut hurufnya angin akan berhamburan keluar di antara pertengahan lidah dengan langit-langit keras.
(ii) Hurufnya ada satu sahaja, iaitu syin (ﺵ). (g) Al-Istitalah (ﺔﻟﺎﻄﺘﺳﻹﺍ)
(i) Istitalah bermaksud berpanjangan, iaitu semasa menyebut hurufnya berpanjangan suara keluar dari makhrajnya. Makhrajnya juga berpanjangan di sepanjang tepi hujung lidah.
(ii) Hurufnya satu sahaja, iaitu dhad (ﺽ).
Rajah 3.4 menunjukkan sifat huruf yang tidak berlawanan.
Rajah 3.4: Sifat huruf yang tidak berlawanan
Rajah 3.5 menerangkan beberapa kesalahann makhraj huruf.
Rajah 3.5: Kesalahan makhraj huruf
Sifat-sifat huruf menerangkan tentang cara menyebut atau melafazkan sesuatu huruf itu dengan sebutan yang betul.
Setiap huruf hijaiyah mempunyai sekurang-kurangnya lima sifat dan paling banyak tujuh sifat.
Huruf hijaiyah yang mempunyai sifat yang paling banyak ialah huruf ra, iaitu tujuh sifat.
SEMAK KENDIRI 3.2
Nyatakan dua kesalahan makhraj huruf.
Kesalahan yang nyata (al-lahn al-jaly) akan berlaku pada sesuatu huruf sekiranya ia membawa kepada pertukaran ke huruf yang lain.
Kesalahan yang tersembunyi (al-lahn al-khafy) akan berlaku sekiranya sesuatu huruf itu dibaca tanpa berpandukan sifatnya yang sebenar tetapi ia masih belum bertukar ke huruf yang lain.
Al-hams Al-infitah Al-inhiraf Al-ismat Al-istifal Al-isti'la' Al-istitalah Al-itbaq Al-izlaq Al-jahr
Al-lahn al-jaly Al-lahn al-khafy Al-lin
Al-qalqalah Al-rakhawah Al-safir Al-syiddah Al-tafasysyi Al-takrir Al-tawassut
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-wafi fi syarh al-syatibi. Kaherah, Mesir:
Dar al-Salam.
Abdullah al-Qari Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu, Malaysia:
Pustaka Aman Press.
Abdullah Basmeih. (1995). Muhammad Noor Ibrahim (Pnyt.). Tafsir pimpinan ar-rahman. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abi Asim Abd al-Aziz Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-tajwid ala riwayah Hafs an Asim Abi al-Najud. Madinah: Maktabah al-Dar.
Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-ida'ah fi bayan usul al-qiraah. Kaherah, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan tuhfah al-atfal. Kaherah, Mesir:
Al-Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dar al-Nu'man.
Kamarul Hazeri, & Ammar Azizul. (2006). Kamus j-qaf. Petaling Jaya, Selangor:
Sasbadi.
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam qiraah al-Quran al-karim. Kaherah, Mesir:
Matabi' Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy. (1998). Kayf taqra' al-Quran. Syria: Dar al-Asama'.
PENGENALAN
Hukum nun mati dan tanwin menerangkan cara menyebut huruf tersebut apabila ia bertemu dengan huruf hijaiyah, sama ada ia dinyatakan, dimasukkan ke dalam huruf berikutnya, ditukarkan kepada huruf lain ataupun disembunyikan sebutannya. Oleh sebab tanwin juga berasal dari nun mati, maka kedua-dua hukum tersebut diletakkan seiringan kerana ia merupakan suatu perkara yang sama dari kebanyakan aspek dan perbezaan kedua-duanya hanyalah dari aspek tulisan.
Topik ini akan membincangkan empat hukum nun mati dan tanwin yang bertemu dengan huruf hijaiyah iaitu izhar, idgham, iqlab dan ikhfak. Perbincangan utamanya ialah pecahan huruf tersebut dan cara menyebut berdasarkan hukum tersebut dengan betul.
HASIL PEMBELAJARAN
Topik
4
Nun Mati dan Tanwin
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pengertian nun mati dan tanwin;
2. Mengenal pembahagian nun mati dan tanwin;
3. Menjelaskan hukum nun dan mim bersabdu.
PENGERTIAN NUN MATI DAN TANWIN
Nun mati ialah huruf nun yang tidak menerima baris. Ia wujud pada bacaan dan tulisan, sama ada ketika bacaan wasal atau wakaf. Ia berada pada kata nama (isim), kata perbuatan (fiÊil) dan pada huruf sama di pertengahan atau di hujung sesuatu kalimah.
Tanwin pula ialah nun mati tambahan yang hanya terletak di penghujung kata nama. Ia wujud pada bacaan dan ketika wasal, tetapi tiada pada tulisan dan ketika wakaf.
Perlu diketahui oleh para pembaca al-Quran, terdapat satu keadaan yang tanwin atau nun tambahan tersebut perlu dibariskan, iaitu sekiranya ia dibaca sambung dan selepasnya terdapat huruf hamzah wasal. Contohnya:
{ #þθ‘ÒxΡ$##·θøλm;ρr& } { ِﺐِﻛﺍ َﻮَﻜۡﻟٱ ٍﺔَﻨﻳ ِﺰِﺑ } { tΠöθu‹ø9$#î,ó¡ÏùöΝä3Ï9≡sŒ }
Oleh sebab terdapatnya pertemuan antara dua huruf yang mati, maka huruf yang pertama hendaklah dibariskan. Mengikut kaedah bacaan yang betul, nun tambahan tersebut hendaklah dibaca dengan baris di bawah sekalipun tanwin tersebut berbaris di atas, di bawah atau di hadapan.
4.1
Rajah 4.1 menunjukkan pengertian nun mati dan tanwin.
Rajah 4.1: Pengertian nun mati dan tanwin
PEMBAHAGIAN NUN MATI DAN TANWIN
Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf hijaiyah, ia akan menghasilkan beberapa hukum bacaan yang berbeza-beza. Hukum bacaan tersebut terbahagi kepada empat bahagian, iaitu izhar, iqlab, ikhfak dan idgham (rujuk Rajah 4.2).
Rajah 4.2: Pembahagian nun mati dan tanwin
4.2
AKTIVITI 4.1
1. Terangkan perbezaan antara nun mati dengan tanwin.
2. Tasmik surah al-Sajadah dengan guru anda, kemudian keluarkan tiga contoh hukum izhar halqi serta terangkan kaedah bacaan hukum tersebut.
4.2.1 Hukum Izhar (راھظلإا)
(a) Pengertian Izhar (i) Bahasa
Terang atau nyata.
(ii) Istilah
Mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya tanpa ghunnah. (b) Huruf Izhar dan Contohnya
Huruf izhar ada enam, iaitu hamzah (ء)
,
haa(ـﻫ), ain (ﻉ),
ha (ﺡ),
ghain (ﻍ) dan kha (ﺥ).
Para ulama menghimpunkan huruf tersebut pada permulaan setiap kalimah dalam bait syair( ٍﺮِﺳﺎَﺧ َﺮْﻴَﻏ ُﻩ َﺯﺎَﺣ ﺎًﻤْﻠِﻋ َﻙﺎَﻫ ﻰ ِﺧَﺃ).Jadual 4.1 menyatakan beberapa contoh bacaan izhar.
Jadual 4.1: Beberapa Contoh Bacaan Izhar Huruf
Izhar Halqi
Pertemuan Nun Mati dalam Satu Kalimah
Pertemuan Nun Mati dalam Dua Kalimah
Pertemuan Tanwin
ء šχöθt↔÷Ζtƒuρ öΝåκsEötΒr&÷⎦È⌡s9 íΟŠÏ9r&ë>#x‹tã
ـﻫ βöθyγ÷Ψtƒ uθèδ÷βÎ) $yγ1y‰èδC§øtΡ
ﻉ ß,Ïè÷Ζtƒ ÅU#x‹tãô⎯ÏΒ öΝÍκön=tæBN≡uy£ym
ﺡ tβθçGÅs÷Ζs?uρ ß]ø‹ymô⎯ÏΒ íΟŠÅ3ym͕tã
ﻍ tβθàÒÉó÷Ζã|¡sù 9e≅Ïîô⎯ÏiΒ Îöxî>Š#uθÎ/
ﺥ πs)ÏΖy‚÷Ζßϑø9$#uρ 9,≈n=yzô⎯ÏΒ $Z‹Ïyz¸ξôϑym
(c) Cara Menyebut Hukum Izhar
Dua perkara utama yang perlu diperhatikan semasa menyebut hukum izhar ialah (rujuk Rajah 4.3):
Rajah 4.3: Cara menyebut hukum izhar
Oleh sebab semua huruf tersebut tempat keluarnya dari halkum, maka hukum izhar ini dinamakan izhar halqi.
<