• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peluang Kesamaan dalam Pendidikan di Malaysia

N/A
N/A
Aisyah Humaira’

Academic year: 2024

Membagikan "Peluang Kesamaan dalam Pendidikan di Malaysia"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK; PENDIDIKAN UNTUK SEMUA SUBTOPIK;

7.1 KONSEP PENDIDIKAN UNTUK SEMUA 7.1.1 KELAS SOSIAL

7.1.2 GENDER 7.1.3 LOKALITI

7.1.4 KUMPULAN MINORITI

7.2 PROGRAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

7.2.1 PENDIDIKAN ORANG ASLI / PRIBUMI 7.2.2 PENDIDIKAN JUVANA

7.2.3 PENDIDIKAN KHAS / INKLUSIF 7.2.4 PENDIDIKAN PEMULIHAN 7.2.5 PENDIDIKAN DALAM HOSPITAL 7.2.6 PENDIDIKAN DALAM PENJARA

7.2.7 SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH 7.2.8 SEKOLAH KURANG MURID

7.2.9 ZERO REJECT POLICY

7.3 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI BAGI MEMASTIKAN KESEMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

7.3.1 ISU-ISU SEMASA DALAM GLOBALISASI PENDIDIKAN 7.3.2 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN 7.3.4 ISU-ISU SEMASA DALAM INTEGRASI NASIONAL

7.3.5 CABARAN KESAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN YANG WUJUD DI MALAYSIA

(2)

7.1 KONSEP PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

★ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut seruan prinsip Education For All (EFA) yang dilaksanakan oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

- Prinsip EFA adalah satu mandat global yang berjuang dalam memastikan semua rakyat di seluruh dunia mendapat hak pendidikan. Melalui

Pendidikan Untuk Semua KPM berhasrat untuk membangunkan modal insan yang holistik dan seimbang dari pelbagai aspek bagi membentuk masa depan negara yang cemerlang.

★ Selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua KPM memperkasakan lagi dasar sedia ada iaitu Dasar Sifar Penolakan bagi memastikan Penempatan Murid

Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah-sekolah KPM tanpa menafikan hak MBK untuk menerima hak pendidikan.

★ Pelaksanaan dasar ini telah melibatkan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di mana MBK boleh diterima masuk ke mana-mana Program Pendidikan Inklusif (PPI), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK).

7.1.1 KELAS SOSIAL ★ Terdapat pelajar yg mempunyai latar belakang keluarganya yg miskin, bilangan anak yg ramai & pendapatan keluarganya rendah (miskin &

miskin Tegar).

★ KPM telah memberikan pelbagai jenis bantuan kpd pelajar yg tidak dapat menampung kos perbelanjaan pendidikan.

★ Melalui bantuan ini, kita dpt menyamaratakan peluang pendidikan kpd semua pihak.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

★ Meringankan beban yg ditanggung oleh ibu bapa / penjaga yg kurang mampu.

★ Memastikan murid daripada keluarga yg kurang mampu tidak tercicir dlm

persekolahan mereka.

Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

★ Membantu golongan yg tidak

berkemampuan utk menghantar anak ke sekolah dgn harapan berupaya

(3)

mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar & luar bandar.

★ Hasrat KPM membasmi keciciran alam persekolahan akibat kemiskinan disamping memberikan golongan ini akses pendidikan yg sama rata.

1)Bantuan Am Persekolahan

- Diagihkan dalam bentuk wang tunai ataupun barangan yg meliputi bantuan Pakaian Seragam, Bantuan Yuran Persekolahan / Peperiksaan & Peralatan Persekolahan.

2)Bantuan Bulanan

- Wang saku utk murid Program Susu Sekolah

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

★ Membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yg terlibat supaya golongan ini dpt memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses PdP di sekolah.

★ Memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental & kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yg seimbang.

★ Penerimanya adalah murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar &

keluarga yg berpendapatan bulanan RM 400 & kurang, iaitu RM 800 per kapita.

Skim Bantuan Tuisyen (SBT)

★ Memberi peluang bimbingan tambahan / tuisyen secara berstruktur & terancang

(4)

kepada murid miskin Tahun 4, 5 & 6 yang lemah dalam mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sains.

★ Membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan & kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

★ Tuisyen yg dilaksanakan di bawah skim ini adalah merupakan usaha tambahan dlm memulihkan kelemahan murid di samping usaha yg dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran & pembelajaran yg dijalankan dlm kelas.

Biasiswa Kecil Persekutuan

7.1.2 GENDER ★ Sekolah yg terdiri daripada pelajar 2 jantina, walaupun terdapat sekolah perempuan & sekolah lelaki.

★ Akta Pendidikan Kesamarataan jantina:

- Melantik J/k Pendidikan Kesamarataan Jantina yg terdiri daripada pihak pusat, Lembaga Penguatkuasa W/persekutuan & sekolah.

- Persekitaran pembelajaran & sumber.

- Program, bahan P&P.

- Mengelakkan gangguan seksual.

★ Keadilan perlu wujud di sekolah tanpa mengira jantina.

★ Terdapat subjek yg mengasingkan pelajar lelaki & perempuan seperti pendidikan jasmani & kesihatan. Ini bersesuaian dengan sifat semulajadi , perbezaan fisiologi kedua-dua jantina.

★ Memberikan perhatian yg sama kpd semua pelajar.

★ Menghargai pelajar perempuan & pelajar lelaki dgn sama.

★ Memberi peluang yg sama kpd pelajar lelaki & perempuan utk sesi soal jawab.

★ Tidak memberi fokus yg banyak kpd 1 jantina sahaja.

(5)

7.1.3 LOKALITI ★ Asrama harian bg mengurangkan risiko keciciran dlm kalangan pelajar pedalaman.

Menambah baik Program Pembangunan

Pendidikan Luar Bandar Sabah &

Sarawak

★ menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas

★ menyediakan bekalan elektrik 24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini.

★ menyediakan bekalan air ke sekolah Menambah baik Sekolah

Kurang Murid

★ Menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan perluasan

★ Mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid

★ Mengkaji pemberian geran per kapita Merapatkan jurang

pencapaian akademik

menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian &

tenaga kerja

Merapatkan jurang digital ★ Menyediakan makmal komputer

★ Menyediakan Pusat Akses

★ Menambah bilangan komputer

★ Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar

★ Pembestarian sekolah luar bandar

★ Menambah baik TV Pendidikan

★ Merintis penggunaan video teleconferencing

7.1.4 KUMPULAN MINORITI ★ merupakan kumpulan etnik dlm sesebuah masyarakat yg mempunyai jumlah ahli yg kecil.

- Cth; pelajar daripada kaum asli, kadazan, murut. (Kumpulan ini perlu di berikan perhatian yang adil supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan.)

★ Mereka perlu diberikan – kemudahan infrastruktur, bahan rujukan, kemudahan ICT.

(6)

★ Pihak sekolah perlu memastikan kumpulan minoriti ini tidak diskriminasi oleh kumpulan lain.

7.2 PROGRAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

7.2.1 PENDIDIKAN ORANG ASLI / PRIBUMI

★ Kemudahan2 yg disediakan;

Pengangkutan - JHEOA berusaha menyelesaikan masalah pengangkutan di kawasan yg terlibat.

- JHEOA mewujudkan unit pengangkutannya sendiri

- Disediakan jalan penghubung utk

memudahkan pengangkutan di kawasan terpencil.

Pemerolehan dokumen sijil kelahiran & kad pengenalan

- JHEOA menjalankan lebih banyak ’Operasi Sijil Kelahiran & Kad Pengenalan’ seperti yang dijalankan di Gua Musang, Kelantan &

Grik, Perak. Operasi tersebut terbukti berjaya mengurangkan bilangan kanak2 Orang Asli yg tidak mempunyai sijil kelahiran & kad

pengenalan.

Bantuan peralatan &

kelengkapan persekolahan

- JHEOA & KPM menilai semula sistem pemantauan pengurusan bantuan dari aspek kualiti & kuantiti bahan serta piawaian bahan ke daerah pedalaman.

Rancangan makanan tambahan (RMT)

- Pihak sekolah disyorkan supaya

mengamalkan konsep sekolah mesra murid terutamanya mengenai agihan RMT di sekolah murid Orang Asli supaya tidak timbul salah faham & rungutan daripada pelajar &

ibu bapa.

Bantuan kewangan JHEOA

& KWAPM

- JPN mengambil langkah bg memastikan tidak berlaku pencairan maklumat kpd pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar &

guru2, khasnya di sekolah yang ada murid Orang Asli & juga sekolah pedalaman.

- Bantuan kepada kanak2 Orang Asli sampai pd waktunya kpd mereka yg berhak tanpa berlaku kelewatan.

(7)

Keprihatinan pengetua, guru besar & guru2

- Pihak pengurusan sekolah & guru2 di sekolah menengah & rendah yg mempunyai murid Orang Asli perlu mempunyai sikap mesra Orang Asli. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah & guru2 akan menyebabkan murid2 ini merasa harga diri dan maruah mereka terjaga.

- Ibu bapa & komuniti setempat dilibatkan seramai & sekerap mungkin dlm aktiviti &

program sekolah supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka turut

menyumbang kpd pendidikan anak mereka.

PdP - KPM melihat semula sistem penyampaian &

pemantauan terhadap semua program yg dilaksanakan bg mengelakkan pencairan dalam pelaksanaan program2 sehingga menjejaskan hasrat KPM utk membangunkan murid Orang Asli.

- Bahagian yg berkenaan dicadangkan melihat semula pendekatan mereka kpd keperluan unik kanak2 Orang Asli dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum, penilaian, bahan mengajar, bahan bantu mengajar & budaya belajar mereka. Punca kenapa masih ramai murid Orang Asli tidak dapat menguasai 3M perlu dikenalpasti bagi menangani masalah tersebut.

Penempatan guru besar &

guru

- KPM &JPNi telah menyemak semula - Amalan penempatan guru2 baru yg tidak

berpengalaman dalam mengajar di sekolah pedalaman pd kadar yg tinggi di sesebuah sekolah. Ini boleh menjejas hasrat murni KPM dlm memperkasakan sekolah pedalaman.

- Bagi memastikan keberkesanan pengurusan sekolah, PdP, pemilihan guru besar & guru dibuat dengan mengambil kira kecemerlangan mereka bekerja, kemahiran menyelesaikan masalah & mempunyai sikap mesra Orang Asli.

(8)

Sikap ibu bapa & murid orang asli

Ibu bapa yg masih tidak memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan anak2 dibantu mengubah sikap mereka. Dicadangkan program motivasi yang dilaksanakan oleh JHEOA

dipertingkatkan lagi dari segi kandungan &

pendekatannya.

Kanak2 yg tidak dapat bersekolah

JHEOA diharap dapat mengumpul data & maklumat mengenai penempatan di mana terdapat anak2 tidak bersekolah. Maklumat seperti ini akan dapat

membantu KPM merancang kaedah yg sesuai bg memastikan semua kanak2 Orang Asli bersekolah.

1 agensi utk mengurus pendidikan orang asli

KPM telah pun menubuhkan unit khas bg menyelaras isu-isu pendidikan kaum pribumi di Bahagian

Pendidikan Khas. Kemungkinan unit khas ini boleh mengelola semua hal2 pendidikan untuk

memudahkan penyelarasan.

7.2.2 PENDIDIKAN JUVANA

★ Pendekatan ini digunakan utk pemulihan juvana yg mengalami masalah akhlak.

★ Objektif : supaya mereka dpt hidup berdikari, memajukan diri, memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemampuan & kebolehan mereka.

★ Kemasukan : melalui perintah mahkamah Asrama Akhlak

(Seksyen 61-64 AKK 2001)

Aspek Sekolah Tunas Bakti

(Seksyen 65-72 AKK 2001) Institusi tahanan sementara &

pemulihan bg juvana tidak terkawal yg berumur 10 tahun ke atas.

Definisi Sekolah pemulihan akhlak yg diluluskan. Untuk tahanan &

pemulihan bg juvana terlibat dengan jenayah & juvana tidak terkawal yang berumur 10 tahun ke atas.

- beri perlindungan

- jagaan & bimbingan bagi juvana dalam tahanan sementara

- juvana yg menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti & juvana dalam

Objektif - mendidik juvana membina sikap positif - membentuk peribadi yg

kukuh serta

melengkapkan diri dgn keterampilan yg membolehkan mereka

(9)

Perintah Percubaan Akhlak. hidup berdikari dlm masyarakat.

- - penjagaan & perlindungan

- kaunseling & bimbingan - akademik

- pendidikan agama/moral - latihan vokasional - riadah.

Bentuk

Perkhidmatan

- penjagaan &

perlindungan

- kaunseling & bimbingan - akademik

- pendidikan agama/moral - latihan vokasional - riadah.

Ada 10 buah asrama akhlak di seluruh Malaysia.

Bilangan Ada 8 buah STB di seluruh Malaysia.

- Asrama Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah

- Asrama Sentosa, Sentul, KL

Cth Sekolah - STB (P) Jerantut, Pahang

- STB Jalan Tupai, Taiping Perak

- Tempoh tahanan bagi juvana dalam tahanan sementara - sehingga perintah dilkeluarkan.

- Tempoh tahanan bg juvana yg menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti – tidak lebih 2 minggu.

- Tempoh tahanan bagi juvana dalam Perintah Percubaan Akhlak – tidak melebihi 12 bulan.

Tempoh tahanan

- 3 tahun tetapi

pembebasan boleh lebih awal jika prestasi

kemajuan juvana baik &

dapat kelulusan daripada Lembaga Pelawat.

7.2.3 PENDIDIKAN KHAS / INKLUSIF

★ Perkhidmatan pendidikan yg disediakan oleh KPM bg murid2 pemulihan khas &

berkeperluan khas yg mempunyai masalah penglihatan, pendengaran & bermasalah pembelajaran.

★ Murid berkeperluan khas; murid yg disahkan oleh pengamal perubatan kerajaan / swasta sebagai murid kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan &

masalah pembelajaran.

(10)

★ Jenis;

Program pendidikan khas Pendidikan yg disediakan untuk murid

berkeperluan khas di Sekolah Pendidikan Khas, atau di sekolah2 yg menjalankan Program

Pendidikan Khas Integrasi / Pendidikan Inklusif di peringkat prasekolah, rendah, menengah rendah, menengah atas & lepasan menengah, di sekolah2 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan khas integrasi satu program di kelas khas bg murid berkeperluan khas di sekolah rendah & menengah kerajaan &

bantuan kerajaan.

Pendidikan inklusif satu program pendidikan utk murid berkeperluan khas yg boleh belajar bersama2 murid arus perdana, di kelas arus perdana.

Program pemulihan khas suatu usaha utk mengatasi masalah murid Tahap 1 yg menghadapi kesulitan pembelajaran

khususnya dlm menguasai kemahiran asas membaca, menulis & mengira.

7.2.4 PENDIDIKAN PEMULIHAN

★ Pengajaran pemulihan;

- 1 bentuk pengajaran yg mengutamakan mata pelajaran asas.

- 1 kaedah pengajaran yg istimewa bg murid2 yg gagal dlm mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira.

★ Tenaga pengajar;

- Guru yg mengajar kelas pemulihan khas; guru yang terlatih di institusi yg menyediakan kursus2 pendidikan pemulihan seperti di universiti & institut pendidikan guru sama ada dalam negara / luar negara.

- Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yg dihadapi oleh murid2 yang lemah.

★ Keadaan kelas;

- Selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti dijalankan menjurus kpd kelemahan murid.

- Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah.

(11)

7.2.5 PENDIDIKAN DALAM HOSPITAL

★ Merupakan satu inisiatif bersama antara KPM, KKM, Hospital Universiti dan Yayasan Nurul Yacieen (YNY) terhadap keperluan meneruskan pendidikan kpd murid yg berada di wad hospital & mempunyai kesediaan untuk belajar.

★ Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur & fleksibel dalam suasana

persekitaran yg kondusif. Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan 1 terapi yg dpt membantu proses penyembuhan murid yg berada di hospital.

★ Objektif;

- Menyediakan pendidikan yg formal & berstruktur dlm persekitaran yg kondusif secara santai / didik hibur (fun learning) bg murid yg sedang dirawat di hospital - Menyokong & memberi rangsangan kpd murid utk meneruskan pembelajaran

supaya tidak tercicir dlm pelajaran.

- Menyediakan perkhidmatan pendidikan kpd semua peringkat umur kanak2 yg bersekolah tanpa batasan tempat & keadaan

- Menyediakan pendidikan di hospital bg murid sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai 1 bentuk terapi.

★ Kelayakan murid;

- Warganegara dlm peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas.

- Berdaftar di sekolah kerajaan.

- Dijangka menerima rawatan di wad lebih daripada 3 hari & berulang (dialisis) / rawatan berulang.

- Diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yg mempunyai kesediaan belajar (clinically fit).

- Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

(12)

7.2.6 PENDIDIKAN DALAM PENJARA

★ Sehingga kini terdapat 9 buah Sekolah Integriti & 3 buah Sekolah Henry Gurney di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney

a. Sekolah Integriti Sungai Petani b. Sekolah Integriti Marang c. Sekolah Integriti Bentong d. Sekolah Integriti Puncak Alam e. Sekolah Integriti Muar

f. Sekolah Integriti Kluang g. Sekolah Integriti Kuching

h. Sekolah Integriti (W) Kota Kinabalu i. Sekolah Integriti Kota Kinabalu

a. Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

b. Sekolah Henry Hurney Puncak Borneo, Kuching, Sarawak

c. Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah

SEKOLAH HENRY GURNEY

Definisi Sekolah pemulihan utk juvana berumur 14 tahun ke atas.

Kesalahan apa2 kesalahan yg boleh dihukum penjara, tidak

terkawal, kesalahan serius & tidak sesuai dipulihkan di sekolah yg diluluskan.

Tempoh tahanan 3 tahun dari tarikh perintah. Pembebasan awal boleh dilakukan jika lembaga Pelawat meluluskan demikian. Tahanan sah sehingga juvana berumur 21.

Proses Sekolah formal telah diwujudkan di Jabatan Penjara bg memastikan pendidikan juvana melalui sistem persekolahan dengan teratur.

Nama sekolah; Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.

Sekolah Integriti; sekolah untuk menempatkan juvana yang ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas Dadah 1985 dan disabitkan selain dari Akta Kanak-Kanak 2000.

Sekolah Henry Gurney

- menempatkan juvana yg disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Kanak2 melalui Akta Kanak2 2001 - banduan muda sabitan di penjara & tahanan muda di

Pemulihan Akhlak. Banduan muda sabitan dari penjara dan tahanan muda dari Pusat Pemulihan Akhlak hendaklah dipindahkan ke institusi penjara yang mempunyai Sekolah Integriti berdasarkan akta yang berkaitan.

(13)

- Manakala banduan muda reman pula akan ditempatkan di institusi penjara yang mempunyai Sekolah Integriti.

- Juvana yg telah mendaftar PMR & SPM, tetapi telah melebihi 21 tahun di Sekolah Integriti, perlu dapat kebenaran daripada Bahagian Pengurusan Banduan utk ditempatkan di kelas pembelajaran / blok penempatan juvana sehingga tamat peperiksaan

- Hanya 1 gender juvana, sama ada wanita / lelaki dibenarkan utk setiap Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.

- Percampuran kategori dibenarkan pada keadaan & masa tertentu jikalau ia tidak mengganggu keselamatan & masih dalam kawalan yang baik.

PdP - Warganegara asing juga dibenarkan untuk mengikuti pendidikan melalui sistem persekolahan

- Kelas Pembelajaran yg di wujudkan adalah 5 buah iaitu Kelas 3M (membaca, mengira, menulis), Kelas Pra PMR (Penilaian Menengah Rendah) Kelas PMR, Kelas Pra SPM (Sijil

Pelajaran Malaysia) & Kelas SPM.

- Seramai11 orang guru ditempatkan di sekolah iaitu lapan orang guru mata pelajaran, seorang Guru Kaunseling, seorang Guru Agama Islam dan seorang Guru Pemulihan.

7.2.7 SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

★ Cadangan penubuhan SBJK adalah inisiatif KPM terhadap keperluan meneruskan usaha memberikan akses pendidikan kepada kanak2 jalanan di sekitar Kuala Lumpur yg merupakan salah 1 kumpulan kanak2 terpinggir di negara ini.

★ Objektif;

- Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak kanak jalanan dan terpinggir.

- Mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia.

- Memberi peluang membentuk laluan kerjaya kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir.

- Membina insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdikari.

(14)

7.2.8 SEKOLAH KURANG MURID

★ Sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang

★ Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid berada dalam keadaan daif & menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan & guru terlatih.

★ mengamalkan pengajaran kelas bercantum

★ Kaedah pelaksanaan

- Sebuah sekolah yang mempunyai 4 / 5 orang guru boleh mencantumkan murid2 daripada 2 tahun persekolahan dlm sebuah kelas

- Biasanya, bilangan guru dlm sekolah yg mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yg terdapat disesebuah sekolah berkenaan.

- Strategi pengajaran & pembelajaran yg tersendiri & berbeza daripada kelas biasa.

- Semasa guru mengajar murid2 dalam 1 tahun persekolahan, murid2 dari tahun persekolahan yg lain akan ditinggalkan.

- Memastikan aktiviti pengajaran & pembelajaran dpt dilaksanakan dgn berkesan, guru perlu merancang strategi pengajaran yg sesuai untuk menyelenggara bilik darjah.

7.2.9 ZERO REJECT POLICY

(15)

7.3 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI BAGI MEMASTIKAN KESEMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

★ Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa

★ Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik & Sains dengan standard antarabangsa.

★ Merombak peperiksaan kebangsaan & pentaksiran berasaskan sekolah bagi meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan mentaksir KBAT

★ Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, kejuruteraan & Matematik (STEM)

★ Memperluaskan akses & meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional

★ Meningkatkan kualiti prasekolah & menggalakkan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.

★ Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal & sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khas.

★ Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada 6 tahun dan ke atas, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan.

7.3.1 ISU-ISU SEMASA DALAM GLOBALISASI PENDIDIKAN

Penggunaan bahasa Inggeris ★ Guru & murid perlu sedaya upaya untuk menguasai bahasa Inggeris sebaik mungkin

★ Globalisasi pendidikan membuka ruang & peluang kp mana2 universiti asing utk menubuh cawangan mereka di Malaysia

★ Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan meningkat apabila banyak kolej & universiti swasta ditubuhkan di Malaysia

★ Tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sbg bahasa utama di universiti swasta dan luar negeri yg ditubuhkan di Malaysia akan digunakan & amat penting dr segi penyampaian &

perolehan ilmu Penilaian & penggunaan teknologi

komunikasi maklumat (TMK)

★ Proses PdP yang melibatkan teknologi canggih yg pesat dgn mengikuti perkembangan TMK dari masa ke masa lebih2 lagi golongan muda

★ Masyarakat banyak mengaplikasikan pelbagai jenis TMK dalam kehidupan seharian seperti;

- Penggunaan laman sosial - Pangkalan data atas talian - Penggunaan email

★ Perkembangan TMK memerlukan banyak kemahiran menggunakan komputer serta internet dan diperluaskan lagi dengan wujudnya

(16)

telefon pintar

★ Menerusi kemahiran & penggunaan TMK akan membolehkan perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yg dilakukan di seluruh dunia

Pengetahuan guru ttg TMK ★ Seorang pendidik yg profesional perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yg terkini.

★ Guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh maklumat ttg

perkembangan teknologi pengajaran masa kini di damping membimbing murid menggunakan internet sbg bahan dlm PdP

★ Guru perlu meningkatkan kemahiran TMK kerana membantu guru mengaplikasikan dgn sebaik mungkin terhadap teknologi kepada pengajarannya

★ Guru boleh menerapkan elemen ICT dalam PdP untuk menarik minat murid supaya mereka lebih mudah memahami ilmu yg disampaikan oleh guru

★ Guru sbg pemudahcara dan pendidik adalah menjadi 1 keperluan utk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dgn

perkembangan teknologi supaya tidak dianggap ketinggalan oleh murid2

★ Guru yg cemerlang akan sedaya upaya mengakses bahan2 drpd internet sbg bahan tutor & demonstrasi semasa PdP

★ Guru juga boleh menggunakan kemudahan ICT bg urusan2 lain sprt;

- Mengisi data atas talian

- Penggunaan microsoft word utk membuat soalan peperiksaan

Guru & murid menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan utk keperluan masa hadapan

★ Guru & murid melengkapkan diri dgn pelbagai ilmu pengetahuan &

kemahiran utk berdaya saing di pasaran buruh global

★ Cth;

- Kemahiran komunikasi & kolaborasi - Kemahiran sosial antara budaya

- Kemahiran interpersonal & intrapersonal - Kemahiran emosi

- Kemahiran insaniah - Kemahiran berbahasa

- Kemahiran menyelesaikan masalah - Kemahiran KBAT

- Kemahiran kepimpinan

- Kemahiran teknologi maklumat & digital

★ Semua peluang pendidikan yg disediakan dri pihak kerajaan / swasta bersifat adil dlm kalangan murid2

★ Kesemua peluang pendidikan menjadi 1 galakan & motivasi kps semua murid & guru

(17)

7.3.2 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

★ Pendemokrasian pendidikan; Individu diberikan peluang & hak yg sama utk mendapat pendidikan serta kemudahan yg disediakan

★ Berhak memilih jenis sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama / latar belakang

★ Kepentingan;

- Membasmi masalah buta huruf flm kalangan penduduk di negara2 kurang maju - Meraptkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang yg

diberikan

Ketidaksamaraatan murid luar bandar &

dalam bandar

★ Murid di luar bandar berhak menerima dan menggunakan insfrastruktur yg sama digunakan oleh murid dalam bandar. Cth;

- Kualiti tenaga pengajar; memudahkan murid meraih pencapaian akademik yg cemerlang Kesedaran ibu bapa ★ Murid yg lahir dri keluarga bertaraf sosial tinggi

mempunyai ibu bapa yg berpengetahuan & tahap kesedaran yg lebih tinggi berbanding keluarga bertaraf sosial rendah

★ Guru akan menjadi pesalah tegar sekiranya murid gagal memperoleh keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan awam

★ Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif utk menerapkan kepentingan ilmu kpd ibu bapa agr memberikan perhatian trhdp pendidikan anak-anak mereka

(18)

7.3.4 ISU-ISU SEMASA DALAM INTEGRASI NASIONAL

★ Integrasi sosial; 1 proses penyatuan antara kumpulan manusia yg berbeza latar belakang, status sosial dan budaya utk membentuk 1 entiti yg mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama

★ Ia mewujudkan perkongsian pemahaman dan pemikiran

Perkauman ★ Peristiwa 13 Mei; Wujudnya prasangka, amalan diskriminasi & sikap prejudis dlm kumpulan etnik yg boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan hati antara kaum lain

★ Isu yg berkaitan dgn perkauman menjadi topik hangat adalah tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dlm bidang sosioekonomi dilihat sbg diskriminasi oleh kaum2 lain

Kurang sensitiviti ★ Menjejaskan proses integrasi, pembangunan ekonomi yg tidak seimbang, fahaman politik yg melampau & oeranan media masa yg mensensasikan isu2 perpaduan

★ Menjelang tahun 2020, Malaysia tlh menjdi negara yg bersatu-padu masyarakat berkeyakinan, nilai moral & etika yg kukuh

★ Pembinaan negara bangsa amat penting bagi negara yg berbilang kaum

★ Keupayaan membina negara bangsa bergantung kpd perkongsian nilai &

semangat patriotisme rakyat

(19)

7.3.5 CABARAN KESAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN YANG WUJUD DI MALAYSIA

Jurang antara pelajar perdana &

pelajar istimewa

★ Pelajar perdana mampu memahami & menyerap pengetahuan dgn lebih cepat berbanding pelajar istimewa

★ Terdapat pelajar istimewa yg tidak dpt dihantar ke sekolah pendidikan khas kerana mengalami keciciran & ketinggalan drpd perkembangan semasa

★ Pandangan masyarakat akan bias trhadap golongan pelajar istimewa yg merupakan canaran yg sukar dielakkan

Jurang ekonomi / pendapatan ★ Golongan berpendapatan tinggi & kaya mampu memperoleh akses pendidikan yg lebih melalui kelas tambahan, alat peranti canggih serta rangkaian internet

★ Golongan miskin & sederhana bergantung pendidikan percuma daripada kerajaan & tiada akses pendidikan yg luas

Jurang antara bandar & luar bandar ★ Masyarakat bandar terdedah perkembangan teknologi maklumat yg pesat yg memudahkan pembelajaran

★ Masyarakat luar bandar yg daif & tiada kemudahan asas teknologi maklumat menyukarkan pembelajaran formal

Jurang Digital ★ Kesinambungan daripada jurang ekonomi & jurang lokasi petempatan

★ Alat canggih sprt tablet, komputer & telefon pintar yg memerlukan kos yg tinggi

★ Capaian rangkaian yg terbatas di kawasan tertentu di kawasan tertentu mengehadkan pemerolehan maklumat

Referensi

Dokumen terkait

Deskripsi Mata Kuliah : Dalam mata kuliah ini, mahasiswa difasilitasi untuk mengkaji isu-isu terkini dalam pendidikan matematika dan menggunakan pengetahuan yang dikembangkan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Matlamat pelaksanaan kursus pendek Kolej Komuniti kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menyediakan peluang latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk

Pelajar perempuan lebih fokus ke arah pendidikan daripada berkeluarga Keperluan tenaga kerja dan sumber manusia tidak seimbang. Timbul isu kuota

Hal ini dikarenakan oleh dua hal, Pertama, kecenderungan para ahli pendidikan untuk mengkaji isu-isu pendidikan Islam langsung melalui pendekatan normatif (Quran dan

EduSociata Jurnal Pendidikan Sosiologi Volume 3, Nomor 1, Juni 2020 Peluang dan Tantangan Lembaga Pendidikan Islam Ditinjau dari Sosiologi Agama di Desa Doridungga Syukurman1,

Microso Install KOPI TIMES Pendidikan Formal: Membuka Peluang Hidup Lebih Baik  Berlangganan GRATIS Kopi TIMES Apri Damai Sagita Krissandi, Dosen Pendidikan Bahasa Indonesia