Rajah 2.3: Reka bentuk latihan bagi model latihan SIM (Milano & Ullius, 1998)
Matlamat
&
Objektif
Kata Kunci
(Kandungan)
Aliran
Latihan
Bahan Bantu
Latihan
Penilaian
University
of Malaya
82
2.7.4a Fungsi Komponen dalam Model Latihan SIM
Jika diimbas kembali daripada Rajah 2.3 menunjukkan bahawa terdapat lima komponen utama bagi model latihan SIM iaitu matlamat dan objektif, kata kunci iaitu melibatkan kandungan yang hendak dilatih, aliran latihan, bahan bantu latihan dan penilaian latihan. Kelima-lima komponen ini mempunyai fungsi tersendiri dan saling berkait di antara satu sama lain. Jadual 2.5 menunjukkan penerangan bagi fungsi setiap komponen model ini yang berdasarkan kepada Milano dan Ullius (1998).
Jadual 2.5: Fungsi komponen model latihan SIM
Bil Komponen Model
SIM Penerangan Fungsi Komponen
1 Matlamat dan objektif
Ia adalah meliputi matlamat dan objektif latihan yang dijalankan melibatkan perkara berikut:
elemen yang perlu dilatih dan dikehendaki
peserta yang terlibat dengan latihan
kesesuaian latihan
tahap kemahiran peserta
Walau bagaimanapun, matlamat dan objektif latihan ini hendaklah merujuk secara langsung kepada hasil (outcomes) yang diperlukan kepada peserta.
2 Topik Utama (Kandungan)
Bagi komponen kata kunci, ia adalah merujuk secara langsung kepada kandungan latihan yang hendak diberikan kepada peserta. Proses pemilihan elemen yang hendak dilatih ini adalah memerlukan pakar dalam menentukan keperluan elemen tersebut. Setiap elemen yang dipilih untuk dijadikan kandungan latihan hendaklah disenaraikan dan disusun bagi membantu proses latihan yang akan dijalankan kepada peserta latihan.
3 Aliran latihan
Dalam komponen aliran latihan ini, adalah amat berkait rapat dengan komponen kata kunci (kandungan) kerana ia melibatkan proses penyenaraian dan penyusunan
University
83
elemen. Oleh yang demikian proses dalam aliran latihan ini memerlukan pakar berpengetahuan tentang elemen yang perlu diutamakan dan dilatih terlebih dahulu kepada peserta kajian. Tambahan pula, ia bertujuan untuk memastikan latihan yang dijalankan ini adalah efektif, efisien dan berkait di antara satu sama lain. Antara kepentingan lain di dalam komponen ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada pembaziran masa terhadap latihan yang diberikan agar latihan yang dijalankan tidak bertindih di antara satu sama lain. Maka, aliran latihan yang hendak dijalankan seharusnya dijalankan selepas matlamat, objektif dan penentuan kandungan latihan telah dikenalpasti.
4 Bahan bantu latihan
Bahan bantu latihan adalah satu komponen yang penting dalam memastikan proses melatih peserta kajian berjalan dengan baik dan lancar. Oleh itu terdapat tiga bahan batu yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk sesebuah latihan. Bahan bantu ini hendaklah terdiri daripada bahan bantu untuk pengajar, bahan bantu untuk peserta kajian (pelatih) dan alat bantu pengajaran (bahan audiovisual, lokasi dan sebagainya). Maka ketiga-tiga bahan bantu yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira oleh pereka bentuk bagi mereka bentuk sesebuah latihan.
5 Penilaian latihan
Komponen penilaian latihan adalah suatu komponen yang perlu diwujudkan bagi mereka bentuk sesebuah latihan kerana komponen ini adalah bertujuan untuk melihat keupayaan dan kejayaan sesebuah latihan yang diberikan kepada peserta kajian. Ia boleh dijalankan ketika proses latihan berlangsung dan selepas daripada proses latihan berlaku. Antara yang boleh dinilai berdasarkan pandangan Kirkpatrick (1994) dalam Milano dan Ullius (1998) adalah seperti berikut:
Apakah reaksi daripada peserta kajian yang
University
84
menunjukkan mereka berpuas hati atau sebaliknya selepas menjalani latihan?
Apa yang mereka pelajari daripada latihan yang dilalui?
Adakah mereka mengaplikasikan elemen latihan yang dipelajari dalam proses kerja mereka?
Apakah keputusan sesuatu ujian yang dijalani oleh peserta kajian menunjukkan perbezaan yang positif?
2.7.4b Kekuatan Model Latihan SIM Sebagai Model Dasar Dalam Pembentukan Model Latihan
Pemilihan model latihan SIM sebagai salah satu model yang menjadi sandaran dan dasar dalam kajian adalah kerana terdapat beberapa kekuatannya yang tersendiri. Kekuatan yang utama dapat dilihat dengan jelas daripada komponen yang terdapat dalam model latihan SIM yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan model ini menerangkan dengan terperinci tentang setiap komponen yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah latihan yang berkesan bermula daripada penetapan matlamat dan objektif yang menjurus kepada hasil (outcomes) latihan yang dijalankan. Selanjutnya ia adalah melibatkan komponen topik utama yang melibatkan penentuan dan pemilihan kandungan yang diperlukan bagi menjalankan sesebuah latihan yang hendak direka bentuk. Kewujudan aliran latihan yang berfungsi menyusun kandungan latihan mengikut keutamaan dengan melibatkan pakar di dalam sesebuah latihan yang hendak dijalankan. Penegasan terhadap keperluan bahan bantu latihan dalam memastikan latihan berjalan dengan baik dan sempurna dan komponen yang terakhir iaitu komponen penilaian latihan yang menjurus kepada menilai keupayaan latihan yang telah dijalankan terhadap peserta yang mengikuti latihan.
University
85
Jika disorot kembali menunjukkan bahawa antara kekuatan lain yang perlu ada dalam sebuah model latihan berdasarkan Milano dan Ullius (1998) adalah seperti berikut:
i. Latihan yang dijalankan hendaklah sentiasa berorientasi dan berpandukan kepada objektif latihan itu sendiri.
ii. Latihan yang dijalankan hendaklah memfokuskan kepada aplikasi terhadap elemen yang dilatih.
iii. Latihan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kriteria yang diperlukan oleh pelajar dewasa.
iv. Latihan yang dijalankan hendaklah seimbang dan boleh dilalui oleh kepelbagaian peserta latihan.
v. Latihan yang dijalankan hendaklah berupaya mengurangkan pembelajaran berpusatkan pengajar. Latihan yang dijalankan hendaklah mempunyai proses penilaian untuk melihat keupayaan latihan yang diberikan.
2.7.5 Model Pembangunan Kerohanian Q-Rohani
Model Q-Rohani telah dibangunkan oleh Saedah pada tahun 2012. Dalam model ini terdapat empat aspek pembangunan jiwa yang digabungkan bagi menghasilkan nilai yang mampu memandu dan mendidik manusia ke arah kebaikan. Empat aspek ini adalah daya kepintaran (intellect), daya kemarahan (anger), daya nafsu (passion) dan daya imaginasi (imagination). Rajah 2.4 menunjukkan hubungan empat aspek pembangunan jiwa model Q-Rohani.
University
86
Rajah 2.4: Model pembangunan kerohanian Q-Rohani
2.8 Komponen Utama Model Kurikulum Latihan SkiVes
Dalam reka bentuk pembangunan model kurikulum latihan SkiVes, terdapat empat komponen utama yang dicadangkan di mana ia adalah hasil pergabungan komponen yang terdapat dalam model kurikulum TABA dan model latihan SIM disamping cadangan terhadap satu komponen lain yang dilihat perlu bagi menambah baik hasil percantuman kedua-dua model ini.
Komponen-komponen yang terhasil daripada percantuman kedua-dua model (TABA dan SIM) ini adalah terdiri objektif latihan, kandungan latihan, bahan bantu latihan dan penilaian latihan. Manakala komponen strategi pengajaran (penyampaian) latihan pula adalah komponen yang ditambah ke dalam kedua-dua model ini dan menghasilkan model kurikulum latihan SkiVes. Rasional penambahan komponen