SENARAI LAMPIRAN
1.9 Definisi Istilah
Definisi istilah adalah satu proses menjelaskan makna setiap istilah yang terdapat dalam penyelidikan yang dijalankan. Berikut adalah definisi istilah bagi tujuan pemahaman:
University
29
1.9.1 Model
Di dalam kajian ini, model boleh didefinisikan sebagai suatu alat yang akan digunakan sebagai panduan oleh pensyarah untuk mengajar setiap elemen yang akan dikaji keperluannya yang terdiri daripada elemen kemahiran generik dan elemen nilai yang diperlukan oleh pelajar sebelum pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara pendekatan WBL di industri. Pembangunan model ini juga mampu digunakan oleh pensyarah dan pelajar di mana ia adalah menepati kedua kategori model iaitu model produk dan model proses (O‟niell, 2010).
Jika dirujuk kepada konteks kajian ini, pembangunan model kurikulum latihan SkiVes adalah meliputi model proses dan model produk. Bagi model proses, O‟neill (2010) menghujahkan ia adalah suatu model yang mempunyai aliran yang memberi penekanan terhadap sesuatu aktiviti dan kesan yang dihadapi terhadap individu yang dilatih di mana proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar diimplementasikan. Maka pembentukan model ini boleh dirujuk dan digunakan oleh pelajar dalam mereka melalui sesi latihan yang melibatkan kemahiran generik dan nilai. Manakala, bagi model produk pula adalah menekankan kepada proses perancangan yang disediakan oleh pengajar di mana model kurikulum latihan ini boleh digunakan oleh pensyarah sebagai suatu panduan dalam melatih dan menerapkan kemahiran generik dan nilai terhadap pelajar kejuruteraan yang mengikuti pengajian berasaskan kerja di industri dan ia adalah bersifat pembelajaran berpusatkan pensyarah.
1.9.2 Kurikulum
Kurikulum boleh didefinisikan sebagai suatu garis panduan dan kerangka berstruktur yang mengintegrasikan suatu proses latihan atau pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalamnya objektif yang meliputi hasil (outcome) yang diharapkan, kandungan dan topik yang ingin dilatih dan diterapkan, kaedah pengajaran (strategi
University
30
penyampaian) dan penilaian kepada latihan dan pengajaran yang telah diberikan (Taylor & Beniest, 2003). Dalam konteks kajian ini, model yang terbentuk adalah meliputi objektif latihan, kandungan latihan, bahan bantu latihan, strategi pengajaran (penyampaian) latihan dan penilaian terhadap latihan dan penerapan elemen generik dan nilai kepada pelajar kejuruteraan yang mengikuti program pengajian berasaskan WBL di Politeknik Malaysia.
1.9.3 Latihan
Berdasarkan pandangan Thakore (2013) menghujahkan latihan adalah merupakan suatu proses yang meliputi kaedah untuk meningkatkan prestasi kerja, kemahiran dan kompetensi seseorang bagi membentuk organisasi yang berkesan. Dalam konteks kajian ini latihan adalah meliputi kepada proses melatih dan menerapkan kemahiran generik dan nilai kepada pelajar yang mengikuti pengajian kejuruteraan yang berasaskan WBL di industri. Ia adalah bertujuan untuk membina keyakinan diri pelajar, menerapkan kefahaman dan kepentingan elemen generik dan nilai, membina hubungan yang baik dengan persekitaran pembelajaran pelajar di tempat kerja (di industri yang berkolaborasi dengan Politeknik Malaysia bagi menjalankan pembelajaran berasaskan kerja (WBL)).
1.9.4 SkiVes
SkiVes adalah dua patah perkataan yang digabungkan yang mana ia terdiri daripada perkataan skills dan values. Skills yang dimaksudkan dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran generik. Berdasarkan model Human Resource Development Practices McLagan (McLagan, 1989) menyatakan bahawa elemen generik adalah salah satu komponen yang perlu diterapkan kepada seseorang individu dalam sesebuah organisasi di mana kemahiran generik ini juga dikenali sebagai keterampilan interpersonal. Values
University
31
pula adalah merujuk secara langsung kepada nilai-nilai yang baik yang seharusnya ada dan diterapkan kepada para pelajar, ia sejajar dengan pandangan Abdul Salam (2010) menyatakan antara kepentingan nilai adalah ia berupaya membantu seseorang bertindak dengan rasional dan objektif dalam kehidupan mereka.
1.9.5 Program Kejuruteraan
Pandangan Gredler (2006) menyatakan bahawa program adalah bermaksud suatu aktiviti yang diimplementasikan secara berstruktur dan bersistematik bagi mencapai sesuatu tujuan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, Abdul Rahim (1999) menghujahkan bahawa program adalah suatu proses yang melibatkan penjanaan secara aktif terhadap pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Bagi definisi kejuruteraan pula, ia adalah suatu disiplin ilmu yang berasaskan kepada prinsip sains dan matematik bagi membangunkan dan menyediakan suatu produk dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada kehidupan yang ada di dunia (MQA, 2013).
Oleh itu, dalam konteks kajian yang dijalankan ini, program kejuruteraan adalah terarah dan berfokuskan kepada struktur pengajian kejuruteraan yang di tawarkan di Politeknik Malaysia yang mana program pengajiannya adalah berasaskan kepada pendekatan WBL seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Fasiliti.
1.9.6 Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL)
Pembelajaran berasaskan kerja (WBL) adalah suatu proses pembelajaran yang berjadual dan bersistematik yang dijalankan di tempat kerja (Velzen, Volman, Brekelmans & White, 2012). Pandangan Corinne, Ivan, Lisa dan Eric (2013) menyatakan bahawa konsep dan pendekatan pembelajaran WBL adalah melibatkan proses pembelajaran yang berkait rapat dengan kerja-kerja sebenar dan ia merupakan suatu sistem
University
32
pembelajaran yang amat penting dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara perindustrian .
Pendekatan WBL di dalam kajian ini adalah merujuk kepada suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bukan secara berorientasi dalam kelas atau bilik kuliah tetapi proses ini berjalan secara langsung di tempat kerja dan lapangan kerja yang sebenar di industri. Pendekatan ini juga diaplikasikan oleh Politeknik Malaysia dengan kerjasama pihak industri.
1.9.7 Politeknik Malaysia
Politeknik Malaysia adalah merujuk kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menjalankan proses pengajian yang berteraskan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET). Terdapat 32 buah institusi politeknik di Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Politeknik juga adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang membawa hasrat kerajaan untuk mencapai objektif berikut:
1. Melonjakkan Politeknik sebagai institusi peneraju latihan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) dalam bidang latihan teknikal pada peringkat diploma dan ke atas.
2. Mengukuhkan kerelevanan dan responsive program pengajian di Politeknik terhadap kehendak pembangunan ekonomi Negara.
3. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan (enterprising), dan berkeboleh pasaran tinggi dan berdaya saing.
4. Membina reputasi dan jenama baru yang mampu meletakkan Politeknik antara institusi pengajian terbaik Negara.
University
33
5. Mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik pelajar ke Politeknik.
1.10 Rumusan
Secara keseluruhannya, Bab 1 telah menerangkan dan membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, rasional kajian, batasan kajian, definisi istilah dan rumusan.
University
34