• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latihan SkiVes

Jadual 3.13: Contoh penganalisisan berdasarkan pendekatan Teknik Kumpulan Nominal (NGT)

3.6 Prosedur Pemilihan Responden Kajian

Status Penilaian A (n=7) B (n=7) C (n=7) 1 39 37 45 121 82.3 Sesuai 2 41 39 46 126 85.7 Sesuai 3 42 40 41 123 83.7 Sesuai

3.6 Prosedur Pemilihan Responden Kajian

Dalam menentukan prosedur pemilihan responden dan pakar yang terlibat, pengkaji menghuraikannya berdasarkan kepada fasa-fasa yang terlibat agar lebih mudah dan bersistematik.

3.6.1 Fasa Analisis Keperluan

Bagi pemilihan sampel di dalam fasa ini, pensampelan bertujuan telah dijalankan. Hal demikian adalah kerana sampel ini terdiri daripada pelajar yang baru sahaja selesai sesi pengajian kejuruteraan yang berasaskan WBL di Politeknik Malaysia dan mereka adalah pelajar kohort pertama bagi program yang ditawarkan. Bilangan responden ini adalah seramai 65 orang. Kesemua responden ini telah diterangkan tujuan kajian dijalankan dan mereka bersetuju menjadi subjek kajian secara sukarela. Justifikasi pemilihan para pelajar ini adalah kerana mereka merupakan kohort pertama yang mengikuti program pengajian kejuruteraan berasaskan WBL yang telah ditawarkan di Politeknik Malaysia. Justeru itu, para pelajar ini berupaya menyatakan pandangan tentang keperluan latihan terhadap elemen kemahiran generik dan nilai yang diperlukan oleh mereka untuk diaplikasikan semasa mengikuti pengajian di industri.

University

143

3.6.2 Fasa Reka Bentuk Dan Pembangunan

Dalam fasa ini terdapat dua sub fasa yang dijalankan iaitu sub fasa reka bentuk komponen utama dan elemen model dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) dan sub fasa pembangunan reka bentuk model dengan menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM). Bilangan pakar bagi sub fasa reka bentuk komponen dan elemen adalah seramai 12 orang. Manakala bagi sub fasa pembangunan reka bentuk model adalah seramai 9 orang. Bagi kedua-dua pendekatan ini, pertemuan dengan pakar adalah dijalankan secara bersemuka di dalam kumpulan melalui perbengkelan.

Pemilihan bilangan pakar bagi sub fasa yang menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) adalah seramai 12 orang. Hal ini adalah berdasarkan kepada pandangan Adler dan Ziglio (1996) yang menegaskan bahawa bilangan pakar bagi teknik Delphi adalah seramai 10 hingga 15 orang sekiranya pakar mampu untuk mendapat kesepakatan yang tinggi di antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa bilangan pakar yang minimum bagi teknik Delphi adalah seramai lima orang pakar (Rosnaini, 2006). Hal ini adalah berpadanan dengan hujah Rowe dan Wright (2001) bahawa bilangan pakar boleh bermula daripada 5 hingga 20 orang berdasarkan bidang kepakaran mereka. Jones dan Twiss (1978) pula mencadangkan bilangan pakar yang terlibat di dalam pendekatan kaedah Delphi adalah seramai 10-50 orang pakar. Bagi sub fasa yang menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modeling(ISM) pula adalah seramai 9 orang dan ia amat bersesuaian dengan Allen (2004) pula mencadangkan adalah seramai 9 hingga 12 peserta yang terlibat dalam kajian dengan syarat bahawa pakar ini amat berpengetahuan secara jelas tentang konteks kajian. Namun begitu pandangan Harvey dan Holmes (2012) menegaskan bilangan pakar yang paling ideal adalah seramai bahawa kumpulan peserta yang disertai di antara 6 hingga 12 orang.

University

144

Kriteria dan ciri pakar yang menjadi subjek kajian ini adalah amat berpadanan dengan konteks kajian kerana melibatkan pakar dalam bidang kejuruteraan, pakar dalam bidang kemahiran generik dan nilai, penggubal kurikulum kejuruteraan dan para pensyarah kanan daripada Politeknik Malaysia serta wakil industri yang terlibat secara langsung dengan program pengajian kejuruteraan berasaskan WBL Politeknik Malaysia. Pemilihan ini juga adalah bersandarkan kepada Berliner (2004a; 2004b) yang menghujahkan bahawa pakar adalah kompeten sekiranya mereka telah terlibat dalam sesuatu bidang secara konsisten melebihi tempoh 5 tahun. Manakala terdapat sekumpulan sarjana menegaskan bahawa pakar adalah mereka yang sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang dikaji (Swanson & Falkman, 1997); Dalkey & Helmet, 1963).

Maka berdasarkan kepada perbincangan tentang pemilihan pakar bagi fasa reka bentuk dan pembangunan model ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa kriteria yang diambil sebagai pakar dan kriterianya adalah seperti berikut:

i. Penggubal kurikulum dan pembuat dasar bagi program kejuruteraan

berasaskan WBL dari Politeknik Malaysia dan mempunyai kepakaran dalam menggubal kurikulum kejuruteraan melebihi 15 tahun.

ii. Pensyarah kanan dari Politeknik Malaysia, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang pendidikan kejuruteraan dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Malaysia melebihi 10 tahun.

iii. Pensyarah kanan dari Politeknik Malaysia, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan dan mempunyai kepakaran di dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Malaysia melebihi 10 tahun.

iv. Pensyarah kanan dari Politeknik Malaysia, berkelulusan sarjana dalam bidang kejuruteraan dan mempunyai kepakaran dalam bidang

kejuruteraandi Politeknik Malaysia melebihi 10 tahun.

University

145

v. Pensyarah kanan dari universiti awam berkelulusan doktor falsafah dalam bidang pendidikan dan mempunyai kepakaran dalam bidang nilai dan akhlak melebihi 15 tahun.

vi. Pensyarah kanan dari universiti awam berkelulusan sarjana dalam bidang pendidikan nilai (moral) dan mempunyai kepakaran di dalam bidang nilai dan moral melebihi 10 tahun

vii.

Jurutera yang menyelia pelajar di industri dan mempunyai pengalaman dan kepakaran di industri melebihi 10 tahun.

viii.

Wakil industri yang terlibat secara langsung dengan berasaskan WBL Politeknik Malaysia dan mempunyai pengalaman dan kepakaran di industri melebihi 10 tahun.

3.6.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan

Di dalam fasa ini, penilaian kebolehgunaan turut melibatkan sekumpulan pakar yang terdiri daripada pensyarah kejuruteraan yang terlibat dengan program kejuruteraan berasaskan WBL di politeknik Malaysia. Pemilihan pensyarah kejuruteraan sebagai pakar adalah bersesuaian dan selari dengan pembangunan model kurikulum latihan SkiVes yang berfungsi sebagai suatu model yang memberi panduan kepada para pensyarah kejuruteraan dalam melatih dan menerapkan elemen generik dan nilai terhadap pelajar kejuruteraan berasaskan WBL Politeknik Malaysia. Justifikasi pemilihan pakar penilai kebolehgunaan model dalam kalangan pensyarah kejuruteraan adalah kerana para pensyarah ini adalah individu yang terlibat dengan proses pengajian kejuruteraan berasaskan WBL di Politeknik Malaysia. Walau bagaimanapun, para pensyarah kejuruteraan ini haruslah mempunyai pengalaman mengajar di dalam bidang kejuruteraan melebihi tempoh 5 tahun bersandarkan kepada pandangan Berliner (2004a; 2004b) yang menegaskan bahawa sesorang individu adalah kompeten sekiranya mereka

University

146

telah terlibat dalam sesuatu bidang secara konsisten melebihi tempoh 5 tahun. Di samping itu juga, para pensyarah yang dipilih ini mempunyai kepakaran dalam bidang pedagogi pendidikan. Hal ini adalah kerana syarat utama untuk menjadi pensyarah kejuruteraan di Politeknik Malaysia adalah mengikuti program pengajian pendidikan sama ada melalui Diploma Pendidikan atau Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional selain daripada kelayakan akademik dalam bidang kejuruteraan.

Justeru itu, kriteria pakar dalam kalangan pensyarah kejuruteraan di Politeknik Malaysia bagi penilaian kebolehgunaan model kurikulum latihan SkiVes adalah seperti berikut:

i. Mempunyai sekurang-kurang sarjana muda dalam bidang pendidikan kejuruteraan dan berkhidmat di Politeknik Malaysia sebagai pensyarah kejuruteraan melebihi tempoh 5 tahun.