• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARAI LAMPIRAN

1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Dasawarsa ini pelbagai pihak sama ada dalam kalangan pengamal akademik, profesional, pihak industri mahu pun orang awam sering membahaskan isu mengenai kualiti yang melibatkan pelajar pengajian tinggi. Salah satu pencetus utama polemik ini adalah andaian bahawa para graduan lepasan daripada pusat pengajian tinggi kurang berjaya mendapat pekerjaan selepas mereka tamat pengajian kerana mereka agak kurang menguasai elemen yang menjurus kepada kemahiran generik dan nilai. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang digarap haruslah memfokuskan kepada elemen-elemen tersebut. Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah tunjang dalam memastikan kejayaan pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Justeru bagi memastikan aspirasi negara dapat direalisasikan, sistem pendidikan di Malaysia haruslah bergerak seiring dengan semangat untuk mencapai status negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Hal ini kerana pentakrifan sesebuah negara maju tidak hanya maju dari segi pembangunan material tetapi turut membangunkan pembangunan rohani yang meliputi tingkah laku manusia (Mohd Ridhuan, 2007).

Dengan bertonggakkan falsafah pendidikan negara, hala tuju sistem pendidikan di Malaysia dilihat berkembang dan sentiasa berubah menurut peredaran zaman. Ia dapat dilihat bermula setelah negara mencapai kemerdekaan dengan wujudnya Laporan Razak (1956) yang telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran (1957) bagi memantapkan sistem pendidikan (Mior Khairul Azrin, 2011). Sistem pendidikan secara formal ini bermula daripada peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi.

Pengajian di Politeknik Malaysia merupakan kesinambungan pendidikan daripada sekolah menengah yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Politeknik,

University

2

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan ia bermula pada tahun 1969 melalui Pelan Colombo dengan tertubuhnya politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pengajian di Politeknik Malaysia diwujudkan untuk menyokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya menjana tenaga kerja pada peringkat separa mahir dan profesional serta eksekutif pertengahan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti.

Kewujudan Politeknik Malaysia pada asasnya bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang kejuruteraan seperti juruteknik dan pembantu teknik serta beberapa kursus lain seperti bidang perakaunan, teknologi galian, perancang bandar dan kampung, pengajian tanah dan trengkas. Setelah melalui beberapa perubahan dan pencorakan, kini Politeknik Malaysia telah mengorak langkah dengan mewujudkan Program Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda tersendiri yang menawarkan Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda yang dijalankan adalah berasaskan kepada pembelajaran berasaskan kerja (Work-Based Learning-WBL). Secara keseluruhannya, Politeknik Malaysia menawarkan tiga program pengajian Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda, 49 program pengajian peringkat diploma, 37 program pengajian diploma pasca sijil politeknik, 12 program asas bagi lepasan sijil kolej komuniti, 20 program sijil politeknik dan 5 sijil kemahiran khas untuk golongan Orang Kurang Upaya di 27 buah politeknik di seluruh negara (Jabatan Pengajian Politeknik, 2013).

Kepelbagaian program yang diimplementasikan di Politeknik Malaysia ini menjelaskan secara langsung bahawa institusi politeknik berfungsi sebagai salah satu institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang mampu untuk menawarkan berbagai bidang pengajian yang berasaskan kepada pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Maka dengan ini ia dilihat sejajar dengan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang dapat menyumbang ke arah pembangunan Malaysia

University

3

sebagai sebuah negara maju. Pendek kata hasrat kerajaan ini boleh dilihat kepada visi Politeknik Malaysia itu sendiri iaitu;

“Penjana Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan dan latihan Transformasional Bagi Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Global Menjelang Tahun 2015”.

(Visi Politeknik Malaysia, 2013)

Manakala Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan menyatakan dalam Akta Pendidikan (1996) yang berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013)

Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan di Politeknik Malaysia mempunyai hasrat yang sama iaitu melahirkan tenaga kerja yang berilmu dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu serta mampu membentuk individu yang seimbang terhadap nilai dalaman dan luaran.

Sistem pendidikan di Politeknik Malaysia juga dilihat menjadi pilihan utama para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini dapat dibuktikan dengan data yang terpapar di Jadual 1.1 yang menunjukkan angka yang tinggi terhadap jumlah kemasukan pelajar ke Politeknik Malaysia pada tahun 2012 iaitu seramai 38,172 orang. Apabila dilihat secara terperinci, data tersebut memaparkan bahawa kursus kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan menunjukkan kursus yang paling tinggi

University

4

diminati oleh para pelajar iaitu seramai 24,345 orang. Ini memperlihatkan bahawa Politeknik Malaysia merupakan sebuah institusi pilihan ramai kerana entiti ini bertindak sebagai salah satu pusat pendidikan untuk menghasilkan para teknokrat (Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012, 2013).

Jadual 1.1 : Jumlah kemasukan pelajar berdasarkan bidang pengajian di politeknik bagi tahun 2011-2012 (Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012, 2013)

Bidang Tahun Jumlah

Sastera & Kemanusiaan 2012 888

2011 952

Sains Sosial, Perniagaan & Perundangan 2012 7,789

2011 9,115

Sains, Matematik & Komputer 2012 2,707

2011 2,780

Kejuruteraan, Pembuatan & Pembinaan 2012 24,345

2011 24,506

Pertanian & Veterinar 2012 84

2011 0

Perkhidmatan 2012 2,359

2011 2,172

JUMLAH 2012 38,172

2011 39,525

Dalam merealisasikan agenda dan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Malaysia telah melalui pelbagai proses peralihan sistem bermula daripada sistem penggal ke sistem semester. Manakala beberapa penambahbaikan dalam struktur kurikulum Politeknik telah dilakukan transformasi agar ia sejajar dengan keperluan industri. Sebagai contoh, pihak Politeknik Malaysia telah menjumudkan proses penawaran program pengajian di peringkat sijil. Manakala penawaran program pengajian di peringkat diploma yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan sekolah (School-Based Learning, SBL) diteruskan. Politeknik Malaysia juga dilihat terus bergerak ke hadapan apabila berupaya menawarkan program pengajian bagi peringkat diploma lanjutan dan ijazah

University

5

sarjana muda secara home-grown dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja (Work-Based Learning) (WBL). Bagi program pengajian berasaskan WBL ini, penyertaan dan kolaborasi daripada pihak ketiga iaitu pihak industri diambil kira dan dititik beratkan. Ini menunjukkan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) amat serius dalam mereka bentuk program pengajian yang ditawarkan. Perkara ini jelas dan tepat bersandarkan kepada kepercayaan bahawa kemajuan bagi sesebuah negara pada masa hadapan sangat bergantung kepada usaha semua pihak dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah yang tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara (Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia 2011, 2012).

Hasrat penghasilan program pengajian berasaskan WBL di Politeknik Malaysia adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berinovasi, mempunyai nilai kebolehpekerjaan yang tinggi dan berkemahiran tinggi. Kewujudan program ini juga adalah bagi menyahut saranan pihak kerajaan yang menyatakan bahawa:

“Inovasi seterusnya ialah dari segi kaedah latihan industri yang lebih berkesan bagi meningkatkan kebolehpasaran ataupun employability dan kemahiran keusahawanan (enterprising skills) graduan politeknik. Ini merupakan aspek penting pendidikan dan latihan vokasional dan teknik dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, yang kreatif dan juga yang inovatif. Dan untuk itu, politeknik perlu memperkukuh jaringan kerjasama dengan pihak industri. Bukan saja dari segi pembangunan kurikulum dan latihan, tetapi juga usaha sama penyelidikan dan inovasi. Ini termasuklah dengan meningkatkan usaha penyelidikan gunaan bersama pihak industri bagi menggalakkan budaya inovasi dan penghasilan teknologi baharu dalam proses pembuatan dan penambahbaikan produk.

(Laporan Transformasi Politeknik, 2010)

University

6

Bertitik tolak daripada Laporan Transformasi Politeknik yang telah digariskan di atas, memperlihatkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran berasaskanWBL adalah satu usaha yang terancang serta menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam melahirkan para graduan yang kompeten. Hal ini turut mendapat sokongan sarjana yang menegaskan bahawa proses pembelajaran berasaskan WBL adalah satu pembelajaran bersepadu yang telah banyak diaplikasikan di negara luar. Proses pembelajaran ini sudah dipraktikkan dan diaplikasikan dengan baik di Britain, Amerika Syarikat, Perancis, German dan Korea (Brennan & Little, 2006, Dehmel, 2013).