Jadual 2.2: Elemen generik berdasarkan kajian literatur
2.5.2 Kajian Lepas Mengenai Kemahiran Generik
Jika disorot kepada kajian lepas memperlihatkan kepada kita bahawa terdapat banyak isu yang menunjukkan bahawa elemen kemahiran generik menjadi satu elemen yang penting dan perlu diperkasa secara serius di dalam bidang pendidikan tinggi. Ini selari dengan hujah Mohd Salleh, et. al, (2008) bahawa dalam zaman globalisasi ini, para pelajar dan graduan tidak boleh bersandar kepada kecemerlangan akademik semata-mata kerana kebanyakan industri yang menawarkan pekerjaan memerlukan bukan hanya kecemerlangan dalam akademik tetapi mereka juga memerlukan para graduan yang mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Hujah ini adalah selari dengan dapatan kajian Faridah et. al (2010) yang menyatakan bahawa kebanyakan graduan mempunyai kemahiran generik yang rendah dan tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh pihak industri. In jelas menunjukkan bahawa kemahiran generik amat perlu diperkasakan dalam diri para pelajar.
Hashim (2006) pula menyatakan pandangan bahawa kebanyakan negara sudah memperkenalkan kursus-kursus umum yang menjurus kepada kemahiran generik di peringkat pengajian tinggi sebagai salah satu keperluan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar supaya mereka mampu bertahan dalam perkembangan pesat dunia di era globalisasi ini. Beliau juga memberikan contoh seperti Britain yang telah menggalakkan pelajarnya untuk menguasai kemahiran lain selain daripada bidang pengkhususan mereka seperti kemahiran komunikasi, teknologi maklumat dan numeracy. Ini menunjukkan kepada kita bahawa negara-negara maju juga sudah mengorak langkah ke hadapan dengan menitik beratkan keperluan kepada pembentukan kemahiran yang bersifat insaniah dan kemanusiaan dan tidak hanya menumpukan kepada kemahiran yang berorientasikan bidang semata-semata. Hujah ini juga adalah selari dengan McNeil, et. al (2012) dan Barrie (2006) yang menyatakan kebanyakan universiti di dunia telah meningkatkan dan memfokuskan secara formal kepada
University
52
pembangunan generik dalam diri setiap pelajar dan pemfokusan ini adalah bertujuan agar proses pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada bidang yang diambil oleh pelajar semata-mata tetapi melibatkan kepada kemahiran kendiri yang harus ada pada setiap pelajar.
Laporan Graduate Employability Skills Prepared for the Business, Industry and Higher Education Collaboration Council (2007) pula menyatakan hasil daripada pemetaan dan penyemakan semula kurikulum menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memastikan kemahiran generik dan kebolehpekerjaan (employability) dimasukkan ke dalam struktur kurikulum sesuatu program pengajian supaya terdapat keseragaman pendekatan di antara pihak fakulti dan pihak majikan (industri). Justifikasi utama penambahan elemen kemahiran generik ini adalah bertujuan untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran serta amalan penilaian secara langsung akan dapat diintegrasikan dengan lebih baik kepada pelajar. Berdasarkan laporan ini juga menjelaskan bahawa terdapat tiga kelebihan jika diimplementasikan penerapan kemahiran generik dan kebolehpekerjaan iaitu (1) kelebihan kepada pelajar di mana para pelajar dapat membangunkan dan mengasah kemahiran ini melalui kerja kursus yang diberikan kepada mereka, (2) Kelebihan kepada universiti di mana para pensyarah dan ahli akademik perlu berusaha untuk menguasai dan menerapkan kemahiran generik dan kebolehpekerjaan yang diperlukan oleh pelajar dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan (3) kelebihan kepada pihak industri di mana graduan yang bekerja dengan mereka telah didedahkan dan memiliki kemahiran generik dan kebolehpekerjaan yang diperlukan.
Kajian yang dijalankan oleh Kahirol, et. al (2008) pula bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kebolehpekerjaan (employability) yang diterapkan oleh pensyarah kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM dengan industri.
University
53
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang ketara terhadap tahap penerapan elemen kemahiran generik dan kebolehpekerjaan (employability) di dalam proses pengajaran pensyarah kejuruteraan di UTHM dengan tahap kepentingan elemen kemahiran dan kebolehpekerjaan (employability) bagi pihak industri. Malah, pensyarah di UTHM dilihat mampu secara aktif menerapkan dan menyediakan elemen kemahiran generik kebolehpekerjaan (employability) kepada pelajar kejuruteraan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Hasil dapatan kajian itu juga memperlihatkan bahawa pensyarah lebih menekankan elemen kemahiran dan kebolehpekerjaan (employability) dalam proses pengajaran dan ia adalah selari kehendak pihak industri. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap beberapa elemen kemahiran generik masih di tahap sederhana walaupun penerapan telah dilakukan oleh para pensyarah. Ini bermakna, penguasaan pelajar terhadap elemen ini memerlukan bantuan lain atau aktiviti lain selain mendapat latihan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Pelajar juga harus bergiat di dalam kegiatan kokurikulum secara konsisten sambil mengimbanginya dengan akademik bagi mendapat penguasaan elemen kemahiran employability yang lebih tinggi.
Bagi kajian Siti Zaleha, et. al (2007) memfokuskan kepada proses pengenalpastian terhadap kepentingan kemahiran yang utama yang diperlukan oleh industri bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (MOT) di Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang utama untuk para graduan. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa kemahiran generik amat diperlukan oleh para pelajar sebelum mereka menempuh alam pekerjaan. Ketiadaan modul kemahiran generik secara formal dilihat menjadi salah satu penyumbang kepada kekurangan pelajar terhadap elemen-elemen generik yang diperlukan. Oleh yang demikian, keperluan kepada modul khas yang mengandungi
University
54
elemen kemahiran generik ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid, et. al (2008), yang menyatakan bahawa aspek positif masih boleh dilihat walaupun kemahiran generik ini bukannya satu subjek khusus tetapi pelajar dan pensyarah boleh mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka juga mencadangkan agar pihak politeknik dapat memperbaiki secara langkah demi langkah terhadap proses menerapkan elemen kemahiran generik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan proses penerapan kemahiran generik secara formal diperkuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Aini, et. al (2005), yang menyatakan bahawa dengan menerapkan elemen kemahiran generik dalam sistem pendidikan pengajian tinggi secara tidak langsung mampu dan berupaya untuk melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Hujah ini juga adalah seiring dengan kajian Lowden, et. al (2011) yang bertajuk Employers‟ perceptions of the employability skills of new graduates mencadangkan agarinstitusi pengajian tinggi haruslah menjalankan kolaborasi dan persefahaman dengan pihak industri untuk mengatasi masalah kekurangan terhadap kemahiran generik para pelajar. Di sini jelas menunjukkan bahawa keperluan mewujudkan modul khas diperlukan bagi memantapkan kemahiran generik para pelajar sebelum mereka memasuki alam pekerjaan. Manakala Thompson (2011) dan Ahmad Esa, et. al (2005) pula berpandangan hasil dapatan kajian mereka membuktikan bahawa kebanyakan para pelajar di dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional adalah lebih terarah kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan teori dan praktikal, ini secara langsung menyebabkan para pelajar ini mengalami kekurangan terhadap proses pembentukan modal insan dan perhubungan sesama makhluk seterusnya kurang diterapkan dengan elemen generik dan nilai.
Daripada perbincangan tentang kajian lepas mengenai elemen generik ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran generik adalah suatu kemahiran yang sepatutnya
University
55
diberi penekanan secara serius kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi melalui pembangunan suatu panduan yang bersistematik dan teratur bagi menerapkan elemen kemahiran generik dalam kalangan pelajar. Di dalam konteks kajian ini pula pengkaji melihat terdapat keperluan membangunkan suatu model kurikulum latihan dalam membantu para pensyarah kejuruteraan menerapkan dan melatih pelajar kejuruteraan yang mengikuti program pengajian berasaskan WBL politeknik Malaysia sebelum merka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di industri.