• Tidak ada hasil yang ditemukan

Allah: Tidak memerlukan Anak

BAB VI. Nama-nama Dan Sifat-sifat Allah Menurut al-Qur’an

12. Allah: Tidak memerlukan Anak

Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya; kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujjah

tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (10: 68)

Para penganut agama-agama seperti Yahudi, Kristian, Zoroastrian, Hindu, berhala dan sebagainya berkata Dia mempunyai anak atau anak- anak. Al-Qur an mengemukakan masalah ini dalam dua bentuk dan menolak kedua-duanya. Bentuk pertama adalah anak secara fitrah dan kedua anak angkat.

Dan mereka menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu dan mereka berbohong (dengan mengatakan): Bahawa Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan . Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.

Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu.

(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. (6: 101-102)

Ayat-ayat ini dan beberapa ayat-ayat lain dalam al-Qur an telah menafikan sebarang hubungan bapa-anak terhadap Allah iaitu hubungan yang wujud terhadap anak yang dilahirkan kerana ia bertentangan dengan kedudukan Allah Yang Maha Suci di mana kewujudan semua

makhluk dari Tuhan adalah hubungan di antara pencipta dan makhluk yang diciptakan dan bukan dalam bapa-anak yang dilahirkan.

Dalam sesetengah kepercayaan agama purba, kewujudan alam ini dikatakan dalam bentuk kelahiran atau suatu potongan daripada tubuh sang pencipta.

Pengarang buku Konsep Tuhan Dalam Agama Hindu berkata:

Nampaknya teori yang tertua tentang Tuhan berakar umbi daripada usaha untuk menjawab persoalan-persoalan di bawah:

Dari manakah alam ini muncul?

Lantaran itu mengapa dalam Upanishad dipenuhi dengan teori-teori tentang penciptaan seperti setiap satu darinya percaya sebab pertama ialah pencipta alam ini dan kemudian cuba untuk membuktikan mengapa dan bagaimana ia berlaku:

Ada teori tua dalam Brhdaran yaka yang mengatakan bahawa:

Alam ini pada permulaannya hanyalah satu jiwa (Atman) dalam bentuk orang (purusa); apabila dia melihat sekelilingnya, tidak ada sesuatu kecuali dia dia berharap agar dapat seorang teman sebenarnya dia sebesar manusia lelaki dan perempuan yang dalam berpelukan. Dia membahagikan tubuhnya kepada dua bahagian: Satu, suami (pati) dan yang satu lagi, isteri (patni). Dari keduanya lahir seorang lelaki.

Maka analogi secara kasar itu di mana Tuhan dianggap seperti seorang lelaki dan penciptaan dalam bentuk kelahiran, iaitu sama seperti pembiakan makhluk yang hidup, merupakan doktrin tertua tentang penciptaan yang telah diberikan kepada kita oleh Upanishad.[10]

Golongan Kristian Katolik beranggapan maksud istilah kelahiran sebagai lebih tinggi daripada penciptaan dan mereka mengutuk orang-orang yang mendakwa bahawa anak Tuhan diciptakan:

Kami beriman kepada satu Tuhan bapa, Yang Maha Berkuasa, Pencipta kepada yang zahir dan batin. Dan kepada satu Tuhan, Jesus, anak Tuhan, dilahirkan dari bapa, anak yang istimewa yang dilahirkan dari zat bapa, Tuhan dari Tuhan. Cahaya dari Cahaya, Tuhan yang sebenar dari Tuhan yang sebenar, yang dilahirkan, tidak diciptakan, dari zat yang sama dengan bapa, dariNya muncul semua kewujudan sama ada di langit dan di bumi. Dia turun ke bumi untuk menyelamatkan kami manusia. Dia menjadi seorang lelaki, menderita dan pada hari ketiga bangkit kembali dan naik ke langit. Dia akan menjadi hakim kepada yang hidup dan yang mati. Dan kami percaya tentang Holy Spirit dan gereja- gereja Katholik, dan mengutuk orang-orang yang mendakwa bahawa pada suatu ketika Jesus tidak wujud atau percaya bahawa Dia tidak wujud sebelum Dia muncul wujud, atau Dia muncul wujud dari ketiadaan dan mengutuk orang-orang yang berpendapat bahawa Dia daripada zat yang lain atau anak Tuhan yang diciptakan maka Dia mengalami perubahan .(Sebahagian daripada kenyataan rasmi gereja Kristian yang disahkan pada majlis Nicean, Jun 523 M).[11]

Dalam agama Hindu, bukan sahaja kelahiran alam ini daripada Tuhan di ketengahkan tetapi juga kelahiran Tuhan juga disebutkan. Tuhan meliputi di langit, Dia dilahirkan dari keabadian, Dia berada dalam rahim perempuan, Dia dilahirkan dan akan dilahirkan [12]

Penafsiran seperti itu dapat dibuat di atas asas falsafah dan agama Hindu, yang kadang-kadang membawa kepada doktrin monisme (doktrin bahawa kewujudan berasal dari satu eleman). Tetapi Penerimaan penafsiran-penafsiran seperti itu dari sudut kebenarannya tidak dapat diterima bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga kepada golongan intelektual. Lantaran itu, apabila seruan supaya orang ramai beriman kepadaNya, al-Qur an menyeru manusia dalam bentuk yang lebih menyeluruh dan umum seperti berikut:

Katakanlah Dialah Allah Tuhan Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. (112).

Dengan merujuk kepada apa yang kita hubungkan daripada Upanishad, seseorang akan dapat dengan mudah memahami mengapa dalam ayat ini, al-Qur an menyatakan tentang Tuhan tidak beranak dan tidak diperanakkan .

Al-Qur an berpendapat semua pemikiran ini sebagai tidak berasas dan tidak adil dan menyatakan bahawa orang-orang yang diketahui sebagai hamba-hamba Allah yang juga merupakan makhlukNya jika dianggap sebagai sebahagian daripada tubuh Tuhan yang dipisahkan daripadaNya adalah satu kesesatan yang terang.

Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hambaNya sebagai sebahagian daripadaNya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata. (43: 15)