• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesatuan Perseorangan

BAB V. Tawhid Atau Beriman Kepada Keesaan Tuhan 1 Tawhid

1. Kesatuan Perseorangan

Istilah kesatuan perseorangan digunakan terhadap kesatuan yang bersifat khusus dan secara biologi (generik). Sebagai contoh, Hushang dan burung nightingale kepunyaannya berkongsi kesatuan generik kerana kedua-duanya adalah makhluk hidup (haiwan) tetapi tidak mempunyai kesatuan khusus perseorangan. Hushang dan temannya yang berkulit hitam berkongsi kesatuan generik dan khusus tetapi bukan kesatuan kelas, kerana Hushang berkulit putih dan temannya berkulit hitam. Pada masa yang sama mereka juga tidak mempunyai kesatuan perseorangan kerana mereka berdua wujud yang berbeza. Hushang dan saudaranya Ahmad berkongsi kesatuan generik dan khusus, kerana kedua-duanya daripada bangsa yang sama dan mempunyai ibubapa yang sama. Walaupun tubuh fizikal, bentuk dan kelakuan mereka mungkin berkongsi ciri-ciri

yang sama seperti sebiji epal yang dibelah dua, tetapi tidak mempunyai kesatuan perseorangan kerana kedua-dua tetap merupakan dua individu yang berbeza.

Kesatuan perseorangan dalam pengertian yang tersebut di atas dikaitkan dengan kesatuan berbilangan. Maka, Tuhan tidak boleh digambarkan mempunyai kesatuan perseorangan dan menjadi manusia. Tetapi daripada pandangan falsafah, kesatuan perseorangan memiliki pengertian yang mendalam, di mana Tuhan memiliki dan tidak boleh wujud tanpanya. Daripada pandangan falsafah yang mendalam, kita dapat menekankan bahawa setiap kenyataan yang objektif hendaklah mempunyai kesatuan perseorangan pada dirinya sendiri, iaitu berbeza daripada kenyataan lain sama ada secara asas bersifat dualistik dari segi fitrah atau tidak. Jika ia bukan dualistik dalam hubungan ZatNya maka kesatuan perseorangan akan menjadi wajib kepada ZatNya dan ia tidak ditentukan oleh faktor-faktor luaran. Tetapi jika ia dualistik dalam hubungan ZatNya, jika ingin ditentukan oleh faktor luaran atau faktor-faktor yang dapat membawa kepada kesatuan perseorangan. Dalam hal ini, kita mendakwa bahawaTuhan juga memiliki kesatuan perseorangan, kerana Dia adalah Wujud yang berbeza dengan wujud-wujud yang lain. Tetapi kesatuan perseorang adalah wajib kepada wujudNya. Justeru, identitiNya ialah dengan kewujudanNya manakala identiti dan kesatuan perseorangan wujud yang lain bergantung kepada yang lain. Hanya Tuhan yang menganugerahkan kepada mereka identiti dan kesatuan perseorangan. Sadrul Muta llihin dalam kitabnya Arshiyyah berkata:

Tidak ada kecuali wujudNya sendiri yang menentukan identitiNya...tidak ada hujah bagi kewujudanNya melainkan ZatNya. KewujudanNya adalah hujah dan kesaksian kepada KeesaanNya. Sebagaimana yang dikatakan Allah menyaksikan tidak ada tuhan melainkanNya , kerana KeesaanNya bukan seperti satu nombor pada satu makhluk sebagaimana yang kita fahami dengan kesatuan perseorangan. Ia juga bukan kesatuan generik khusus atau kesatuan relatif. KesatuanNya tidak dapat diketahui. KesatuanNya menjadi asas kepada semua bentuk kesatuan. KesatuanNya adalah daripada bentuk yang berbeza pada ZatNya yang mulia sama dengan KewujudanNya pada WujudNya, yang menjadi sumber kepada semua wujud. Justeru, tidak ada yang kedua bagiNya... (Arshiyal, hlm. 220-221)

2. Aspek lain tentang “Tawhid Pada ZatNya”: Penafian kepada pecahan-pecahan sifat Tuhan; Penafian kepada sifat-sifat melampaui ZatNya, dan Penafian kepada Berbilangan Sifat atau KeesaanNya:

Aspek lain tentang Tawhid pada ZatNya ialah Dia adalah Wujud yang Esa, Satu, ZatNya bukan terdiri daripada pelbagai bahagian atau WujudNya adalah kandungan daripada Zat dan Sifat-sifatNya yang melampaui ZatNya.[12].

Kesimpulan:

Dalam kajian falsafah dan irfan, lazimnya ada empat jenis Tawhid yang dibahaskan: Tawhid pada Zat, Tawhid pada Sifat, Tawhid pada perbuatan dan Tawhid pada ibadah.

Dariapda empat jenis Tawhid, Tawhid yang berkaitan dengan perbuatan dan ibadah adalah mudah difahami daripada ayat-ayat Qur an, dan secara asas ajaran al-Qur an bergantung kepada dua bentuk Tawhid ini tetapi Tawhid pada Zat dan Tawhid pada Sifat tidaklah secara mudah dapat dibuat kesimpulan daripada al-Qur an. Jika kita mengkaji al-Qur an tanpa terikat dengan pemikiran falsafah dan agama, seharusnya kita tidak akan menemui walau sepotong ayat Qur an yang secara langsung dapat dihubungkan dengan dua bentuk Tawhid ini. Tetapi jika kita kembali kepada al-Qur an dengan pandangan falsafah dan agama dan berfikir secara mendalam, maka kita akan temui beberapa ayat Qur an yang relevan kepada dua bentuk Tawhid ini[13]. Maka di atas alasan ini, untuk memahami tentang ayat-ayat ini, seseorang memerlukan ilmu pengetahuan yang lebih besar daripada kebiasaannya. Hanya pada peringkat yang lebih tinggi, ayat-ayat yang merujuk kepada Tawhid pada Zat dan Sifat dapat ditanggap dan tidak terlihat sebagai sesuatu yang asing kepada doktrin al-Qur an tentang Tawhid. Dengan perhatian yang lebih besar dan bijaksana, ayat-ayat sedemikian dapat difahami bersesuaian kepada Tahwid yang disebutkan tadi.

Nota: (Bab V)

1. Sejauh manakah penggunaan istilah Izad dan Yazd bertepatan dengan istilah Allah dan sesuai pula dengan makna asal istilah-istilah tersebut dalam Avesta? Dr. Muin dalam A Persian Dictionary (Farhang-e, Moin, Vol. 1) berkata: Izad (Yazd) bermaksud: 1) Firishtah, Malak iaitu malaikat; (penjelasan): Dalam agama Zorastrian ia digunakan untuk malaikat di bawah Amishapand . Jumlah Izadan adalah banyak dan dibahagikan kepada dua: Minawi dan Jahani , Ahuramazada adalah ketua Yazdan. Istilah Yazdan adalah dalam bentuk jamak dari Yazd, tetapi dalam Bahasa Pahlavi dan Parsi ia digunakan dalam bentuk mufrad untuk Tuhan (2). Khuda, Afardegar iaitu Pencipta, Allah, ia adalah jamak kepada Yazdan.

2. Berkenaan dengan asal-usul perkataan ini, terdapat banyak pandangan yang berbeza iaitu ada 20 atau 30 pandangan. Anda boleh merujuk Taj al-arus, V 1 hingga 9, perkataan illah dan pecahan-pecahannya.

3. Kebanyakan ahli falsafah dan pemikir mempunyai intepretasi istilah ciptaan (khalq) dan perintah (amr) sebagai satu bentuk yang merujuk kepada dunia fizikal dan yang kedua merujuk dunia idea atau abstrak. Untuk memahami istilah-istilah ini seseorang bolehlah membuat rujukan kepada rencana saya yang diterbitkan beberapa tahun dahulu di Maktab-eTashayy u. 4. Ayat 85: 20 mempunyai kaitan kepada ilmu pengetahuan dan

menafikan kebenaran Ilahi. Tetapi Sadr ul-Muta allihin telah memberikan pengertian umum bagi meliputi perkara-perkara ini. 5. Mazda, Ahura, Mada ahura dan Ahuramazda adalah nama-

nama Tuhan Yang Maha Pencipta menurut agama Zorastrian (Avesta, nota kaki. Hlm.32) Ahuramazda, Ahurmazda, Hurmazd, Urmazd, Hurmuzd (Pahlavi; Ohramzd). Ahuramzda Tuhan Yang Bijaksana, Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam tradisi Iran purba dan Zoroastrian adalah Pencipta kepada langit dan bumi, Amishaspand dan Izadian juga diciptakan olehNya. DiriNya kuasa dan kebijaksanaan dan menjadi sumber kepada kebaikan, kesucian dan ketaqwaan.(Kamus Parsi, Farhang-e Mo in,Vol, 5). 6. Malaikat pertama yang paling tinggi kedudukannya yang mewakili pemikiran, kebijaksanaan, ilmu pengetahuan Ahuramazda dan mengajar manusia ucapan yang benar. (Avesta, nota kaki, hlm. 32)

7. Malaikat kedua tertinggi mewakili Ahuramazda dalam kebenaran dan kesucian, dia bertanggungjawab kepada lingungan langit dan Tuhan api di bumi. (Avesta, nota kaki, 32)

8. Malaikat keempat tertinggi menjadi simbol kepada kesucian, kebenaran dan baik hati. Malaikat ini mewakili persahabatan dan sifat baik hati Ahuramazda di langit dan menjadi penjaga kepada dunia, kebajikan dan kemajuan dalam dunia nyata. Ia adalah perempuan yang menggalakkan orang ramai melibatkan diri mereka dalam pertanian dan mengusahakan tanah. Ia dipanggil anak perempuan Ahuramazda seperti mana Auhar dimuliakan sebagai anak lelaki Ahuramazda. (Avesta, nota kaki, hlm. 32)

9. Adi ibn Hatam (w.68H) adalah salah seorang sahabat Nabi SAWAW yang datang dari Syria ke Madinah dan memeluk Islam.

10. Tawhid dalam penyerahan diri dan ketaatan kepada Allah merupakan salah satu aspek bernilai dalam Tawhid Islam yang memainkan peranan penting dalam sosio-ekonomi dan masyarakat. Dalam perbincangan kita, kita telah menjuruskan diri kita kepada pendedahan tentang prinsip-prinsip asas Tawhid dalam Islam sahaja, dan tidak pergi jauh kepada pelbagai aspek yang ada hubungkait dengan sistem sosial Islam, sistem ekonomi dan sistem pendidikan Islam.

11. Dalam hal yang sama sila rujuk kepada ayat-ayat berikut: 2: 120, 145, 5: 77, 13: 56, 119, 150, 37, 25: 43, 26: 29, 38: 26, 42: 9, 15, 45: 18, 23, 53: 14, 23.

12. Sadr ul-Muta allehin dalam al-Shawahid al-Rubbubiyyah telah memberikan hujah-hujah asas tentang Keesaan Tuhan dengan hujah ini sahaja. Dalam hal ini dia berkata: Perkara kedua yang lahir daripada Wahdaniyyah (Keesaan) Wujud Yang Wajib: ini adalah perkara yang berharga iaitu yang paling penting pada pandangan golongan Urafa, dengan pengetahuan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada kami, kami mempunyai hujah yang tinggi (Burhan-e Arshi) dan kuat dang tidak dapat dibantah....

13. Penerangan yang mendalam tentang perkara ini telah diberikan dalam Bab Kesebelas dalam kitab falsafah, dan sesiapa boleh merujuk kepada al-Asfara, Vol 6, hlm. 100-105)