• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nama-nama dan Sifat-sifat Allah

BAB VI. Nama-nama Dan Sifat-sifat Allah Menurut al-Qur’an

3. Nama-nama dan Sifat-sifat Allah

Kita menemui pelbagai nama dan sifat-sifat yang ditujukan kepada Allah dalam perbahasan Ilmu Kalam. Tetapi sebelum kita pergi lebih terperinci tentang isu ini, adalah lebih baik, pertamanya membahaskan satu isu lain yang merujuk kepada anthropomorphismse.

Tema kepada perbahasan ini ialah sama ada pengetahuan kita tentang Tuhan sampai kepada asas di mana kita dapat memberikan nama-nama tertentu kepada Tuhan dan ciri atau ciri-ciri atau pengetahuan kita tentang Tuhan sehingga kita hanya dapat menyatakan bahawa Dia adalah Dia dan hanya setakat itu sahaja.

3.Ta til

Sekelompok pemikir menekankan bahawa seorang manusia dalam usahanya untuk mengetahui asal wujud dapat mencapai pengetahuan ini hanya sekadar dapat menyatakan ada asal bagi dunia ini dan ada satu sumber kewujudan, tanpa mempunyai pengetahuan khusus tentang asal

dan sumber wujud [3]. Dengan perkataan lain, pelbagai nama telah diberikan kepada realiti yang tidak diketahui ini , tetapi semua perkataan ini hanyalah nama-nama suatu wujud dan nama khas , iaitu ini hanyalah pentunjuk-petunjuk tentang beberapa konsep tentang kewujudanNya, iaitu asal wujud. Asal wujud yang ketika ketahui adalah wujudNya. Kita menyedari bahawa Dia dan Dia bukanlah wujud pada bayangan akal. Tetapi kita tidak mempunyai pengetahuan sedikitpun tentang keadaan diriNya. Semua nama-nama ini hanyalah memberikan petunjuk tentang kewujudanNya, tidak lebih dari itu. Maka itulah sebabnya mengapa pengucapan atau nama kepada asal wujud dalam bentuk istilah Dia dan pengucapan yang membawa makna yang sama dalam bahasa- bahasa lain seperti Dia (

)

, ( ) dan seterusnya, yang bukan sahaja menunjukkan kewujudanNya tetapi juga menunjukkan keadaanNya yang tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kita hendaklah faham bahawa istilah-istilah seperti Khuda, Allah, God, Brahma, Ahuramazda dan sebagainya tidaklah lebih terang daripada istilah Dia dan istilah-istilah yang menyamainya.

Menurut para pemikir ini, sebarang nama atau sifat yang dibuat untuk merujuk kepada asal wujud, dengan pandangan untuk menerangkan Dia dengan lebih baik, bukan sahaja akan menjadi asing kepadaNya tetapi juga akan membawa kepada impresi yang salah tentang asal wujud. Seterusnya menurut pandangan ini, peringkat yang tertinggi kepada ilmu pengetahuan tentang asal wujud adalah untuk membuat pengakuan bahawa Dia Maha Besar dan mengatasi semua konsep yang manusia perakukan.

Wahai Engkau yang yang melampaui semua imaginasi akal; dan Maha Besar daripada yang apa yang telah diperkatakan, dan apa yang pernah terdengar tentang apa yang ditulis tentangNya.

Seterusnya menurut pandangan ini, ilmu pengetahuan tentang asal wujud , selepas beriman kepada asal wujud, berkembang pada satu arah, hanya bahawa kesucian dan kemuliaan mengatasi semua benda yang tergambar dalam fikiran manusia. Ahli-ahli falsafah dan mutakallimun menamakan doktrin ini sebagai doktrin ta til (tergantung) kerana ia menggengam kemampuan daya kefahaman dan daya intelektual manusia mencapai sekurang-kurangnya ilmu pengetahuan tentang Dia, justeru ia tergantung.

Tetapi istilah ta til dalam tradisi shi ah digunakan dalam makna yang lain. Dalam tradisi mereka, ta til sebagai kepercayaan bahawa Pencipta alam ini tidak dapat ditanggap oleh akal dan istilah Tuhan tidak mempunyai sebarang sifat samasekali.

Al-Kulaini dalam kitabnya al-Kafi meriwayatkan daripada Hasan ibn Sa id:

Abu Ja far Kedua AS (Imam yang kesepuluh) ketika ditanya: Adakah boleh dikatakan bahawa Allah adalah sesuatu. (syai). Beliau menjawab, boleh. Kerana konsep (Tuhan) diletakkan di antara dua ekstrim: Ekstrim ta til dan ekstrim anthropomorphism.[4]

Dalam riwayat yang lain kata-kata ini diriwayatkan oleh Imam Ja far al- Sadiq AS:

...Oleh kerana penafian (sifat-sifat) membawa kepada kekaburan, iaitu menafikan wujud sebenar Allah; dan arah kedua membawa kepada anthropomorphisme.[5]

Shaykh al-Saduq dalam kitabnya Asrar al-Tawhid memetik riwayat berikut:

Abd al-Rahman al-Qasir berkata ketika aku mengirimkan soalan-soalan kepada Abu Abd Allah (Imam A ayan) seperti berikut:

,,,Berkenaan wujud Tuhan Yang Maha Suci diharapkan tuan dapat menjelaskan kepada saya sama ada Dia memiliki sesuatu bentuk dan sifat-sifat? Allah menciptakan aku dan demi Allah..dapatkan tuan menulis kepada saya tentang keimanan yang sebenar Tawhid. Maka (Imam al-Sadiq AS) menjawab surat saya melalui Abd al-Malik ibn

ayan seperti berikut:

Semoga Allah merahmatimu. Engkau bertanya tentang keimanan yang sebenar tentang Tawhid dan keimanan agama-agama terdahulu kepada Tuhan. Tidak ada sesuatu yang menyamaiNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat. Dia lebih besar daripada apa yang diperkatakan tentang Dia oleh para penganut agama tashbih (anthropomorphisme). Mereka menjadikanNya seperti Makhluk- makhlukNya dan memberikan sifat-sifat yang tidak benar tentang Allah. Semoga Allah merahmatimu. Mengetahui keimanan yang sebenar tentang Tawhid adalah sama seperti yang diterangkan dalam al-Qur an ketika ia menerangkan tentang sifat-sifat Allah. Oleh yang demikian jauhkan diri daripada mempercayai kepada perkara-perkara yang mustahil dan sia-sia dan begitu juga tashbih. Tidak ada penafian mutlak

atau perbandingan. Dia Wujud yang Abadi. Allah Maha Berkuasa daripada apa yang mereka katakan tentang diriNya. Janganlah melampaui apa yang diterangkan dalam al-Qur an kerana kamu mungkin akan tersesat.[6].

Maka doktrin ta til pada peringkat tanggapan pertama akan membawa kepada yang kedua. Apabila wujud kecuali Dia. Sekarang soalan lain akan muncul: siapa dan apakah yang menjadi rujukan kepada ungkapan Dia. Kita mungkin menggunakan dia untuk menerangkan orang tertentu atau benda tertentu yang telah kita ketahui dan dapat dibezakan daripada benda-benda yang lain. Lantaran itu, jika kita katakan tidak mengetahui sesuatu tentang asal wujud kecuali Dia , kita hanya menggunakan suatu nama yang tidak mempunyai rujukan atau dalam perkataan lain mempunyai rujukan dalam kotak fikiran kita dalam bentuk andaian. Kritikan seperti ini banyak dilakukan oleh para pemikir materialis zaman kini tentang doktrin teologi. Maka, jika Tuhan benar- benar wujud, sekurang-kurangnya kita mempunyai sebarang idea yang kita ketahui supaya kita tidak terkeliru tentang Dia dengan benda-benda lain.