• Tidak ada hasil yang ditemukan

Allah: Pencipta dan Penghapus Sebab

BAB V. Tawhid Atau Beriman Kepada Keesaan Tuhan 1 Tawhid

9. Allah: Pencipta dan Penghapus Sebab

Justeru, mengikut pandangan al-Qur an, hukum Sebab dan Akibat adalah satu tenaga yang kuat dalam sistem alam ini. Ia amat bernilai.

Manusia yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan berbagai fakulti, ilmu pengetahuan dan meningkatkan kuasa manipulasi dan melakukan perkara-perkara yang menakjubkan dalam dunia ini. Namun demikian, walaupun dia mempunyai usaha dan tindakan, dia hendaklah menyedari hukum sebab-akibat, dalam bidangnya itu kerana hanya dengan hukum ini dia mampu melakukan pencapaiannya tersebut. Jika tidak, semua usahanya akan menjadi sia-sia. Namun, sistem sebab dan akibat ini berada di bawah penguasaan kehendak Allah SWT. Ia bermaksud, ketika ada satu kerangka untuk manusia dan lain-lain makhluk melakukan tindakan dalam lingkungannya; tetapi tidak ada had demikian kepada Tuhan dan kerangka ini tidak memberi bekas kepada Penyebab Mutlak sistem ini kerana Dia dengan Kekuasaan dan PengetahuanNya telah mencipta semua sebab dengan kesan tertentu atau pelbagai kesan dan sifat-sifatnya. Pada bila-bila masa dengan KehendakNya, dia boleh mengeluarkan sesuatu sebab atau mencipta satu aturan sebab dan akibat-akibatnya.

Mereka berkata: Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak. Kami berfirman: Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim. Mereka hendak membuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi. (21: 68-70)

Maka apabila Dia hendak menghapuskan kemampuan api untuk membakar, Dia berkuasa melakukan hal itu dengan perintah yang sama yang telah mencipta alam ini.

Jika manusia yang bijaksana dan berkuasa pada abad ini telah mencapai kemampuan untuk menghentikan satu letupan bom, atau lombong atau alat-alat letupan yang lain yang dicipta olehnya dengan menggunakan alat kawalan radio atau pesanan elektronik, justeru mengapakah tidak kepada Tuhan yang berkuasa untuk menukarkan akibat kepada perkara yang telah diciptakanNya?

Pendekatan yang sama turut dkemukakan oleh lain-lain agama, seperti mana yang terkandung dalam Upanishad apabila Brahma menghapuskan kesan api yang membakar: Sekarang Brahma berjaya memenangi untuk tuhan-tuhan. Dengan kemenangan Brahma ini, tuhan- tuhan bergembira.

Mereka berkata kepada diri mereka: kemenangan untuk kita, kepada kita kebesaran ini!

Mereka berkata kepada Agni (Api): Jatanedas, siasat apakah makhluk yang istimewa ini. Maka dia lari keluar. Dia berkata kepadanya:

Siapakah anda?

Sesungguhnya aku adalah Agni , dia berkata, Sesungguhnya, aku adalah Jatanedas.

Apakah kuasa yang anda miliki? Sesungguhnya, aku boleh membakar setiap benda di sini dan apa yang ada di muka bumi ini. Maka dia meletakkan sebatang ranting kayu di hadapannya Bakarlah ia! Dia mara ke arahnya dengan pantas tetapi tidak mampu membakarnya. Kemudian dia kembali dan berkata: Aku tidak berupaya untuk mengetahui apakah makluk yang istimewa ini. (362/363/Upanishad)

Maka Brahma telah menghapuskan kuasa membakar Agni (tuhan api) sehingga dia tidak mampu membakar walaupun sebatang ranting kayu. 10. Mukjizat dan Peristiwa Luar Biasa Menurut Pandangan al-Qur’an Tidak ada pertentangan antara mukjizat dan hukum sebab-akibat yang telah kita bincangkan tadi. Menurut hukum sebab dan akibat, tidak ada kejadian yang wujud tanpa disebabkan oleh sesuatu sebab . Menurut pandangan al-Qur an terdapat juga sebab daripada mukjizat dan sebab mukjizat adalah kehendak khusus bagi Allah SWT. Justeru, kejadian mukjizat tidak saja sesuai kepada prinsip umum sebab-akibat, tetapi ia juga sesuai dengan hukum saintifik, dan amalan yang dikaitkan dengan, sebab-akibat kerana manusia dalam mengamalkan hukum-hukum saintifik yang ditemui dalam lingkungan sistem sebab-akibat dalam alam fizik, tidak terkecuali daripada menemui hukum mutlak alam semulajadi dan tidak mengizinkan sebarang pengecualian kepada semua para pengkaji dalam bidang sains empirikal, mengetahui bahawa hukum saintifik yang ditemui sebagai hukum alam semulajadi adalah berada di bawah hukum relativisme. Para pakar dalam bidang sains semulajadi yang menyedari dan tidak bersikap sombong tidak percaya kepada kemutlakan dan keyakinan seratus peratus tentang hukum saintifik ini. Kenderaan yang digunakan oleh orang-orang yang bijaksana di dunia ini untuk sesuatu perjalanan seperti kereta, keretapi, kapal laut dan kapal terbang yang dikawal oleh para ahli teknik yang mahir dan dipandu oleh para pemandu yang mahir dan mendapat cukup latihan seperti kapten, pilot kapal terbang, namun mereka ini walaupun mempunyai

pengetahuan yang cukup tetapi tidak akan membuat jaminan bahawa kenderaan yang dipandu oleh mereka berada dalam keadaan 100 peratus selamat. Pada ketika yang tertentu, kemungkinan berlaku mala petaka yang tidak diundang dan masalah teknik yang akan membawa kepada kemalangan.

Ahli-ahli sains, dalam penyelidikan mereka, turut mengikuti jalan yang sama. Setiap ahli sains yang berpengalaman amat menyedari bahawa setiap ujikaji baru dan peralatan baru yang dijalankan, akan membawa kepada penemuan dan hubungan baru di antara berbagai objek yang mungkin mendorongnya untuk menolak rumusan dan menolak hukum saintifik yang terdahulu atau mungkin akan membuktikan bahawa formula terdahulu adalah tidak benar akibat daripada keadaan-keadaan tertentu atau keadaan terkecuali kerana wujudnya faktor-faktor yang tidak diketahui yang akan mengatasi formula terdahulu. Pada peringkat pertama, percubaan untuk menyemak rumusan yang diterima dan cubaan untuk memperbaikinya. Pada peringkat kedua, cubaan untuk mencapai kesahan tertinggi kepada hukum yang telah diperbaiki dengan kemungkinan peratusan yang tertinggi, sebagai contoh 999999/1000000 dan seterusnya mereka akan bergantung kepada hukum ini dalam kerja- kerja mereka. Maka kebarangkalian kepada keadaan yang bersifat keajaiban dan fenomena luarbiasa yang berlaku dalam kes-kes terkecuali dengan kehendak dan perintah Allah SWT adalah amat kecil kurang daripada 1/100000 maka kita membuat kesimpulan bahawa dengan ini menerima kemungkinan berlakunya fenomena keajaiban dengan kehendak dan perintah Allah tidak akan menolak kesahan saintifik tentang prinsip umum sebab-akibat tersebut.