• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hujah Burhan al-Inni dan Burhan al-Limm

Walaupun istilah Burhan al-Inni amat diketahui oleh mereka yang berkecimpung dengan falsafah, namun amatlah berharga jika diterangkan di sini supaya kita dapat meneruskan perbincangan kita dengan huraian yang mencukupi.

Dalam hujah Burhan al-Inni, kita pertamanya mengetahui kewujudan sebab dan pengetahuan ini membawa kepada mengetahui kewujudan akibat. Jika sebab wujud, maka kewujudan akibat pasti mengikutinya (wujud). Dalam Burhan al-Limmi, kaedahnya adalah kebalikan daripada kaedah Burhan al-Inni. Di sini kita mengetahui kewujudan akibat dahulu dan kemudian beralih kepada kewujudan sebab, kerana akibat tidak akan ada tanpa keberadaan sebab. Marilah kita mengambil satu contoh: Kita melihat langit terbuka dan menyaksikan awan hitam bergerak di suatu arah yang jauh. Kita kemudian berkata hujan akan turun di situ. Apa yang menyebabkan kita kenal keberadaan awan di suatu arah di langit adalah kerana penglihatan langsung kita terhadap awam tersebut. Lantaran kita menyedari hubungan sebab-akibat di antara awan dan hujan, maka kita menambahkan tanggapan kita terhadap kedua-duanya dengan yang ketiga iaitu hujan yang akan turun. Maka inilah yang kita katakan Burhan al-Limmi, iaitu tanggapan tentang keberadaan akibat melalui pengetahuan tentang keberadaan sebab.

Sekarang marilah kita mempertimbangkan contoh yang lain. Pada suatu malam di musim sejuk tatkala kita sedang duduk di sebuah bilik, menutup semua pintu dan tingkap dan menurunkan langsir, tiba-tiba kita mendengar bunyi hujan turun mengenai atap rumah kita. Tatkala kita menggambarkan hujan sedang turun mencurah-curah, kita juga menyedari awam hujan sedang berarak melintasi rumah kita. Ini adalah satu contoh Burhan al-Limmi; iaitu mengetahui keberadaan sebab melalui pengetahuan tentang keberadaan akibat.

Jika kita memperolehi pengetahuan tentang kewujudan dengan cara pertamanya mengenal tentang makhluk-makhlukNya, dan mengikuti pengetahuan ini, terhasillah satu pemikiran bahawa makhluk-makhluk ini pastilah ada Penciptanya yang juga memiliki sifat-sifat berkenaan, maka proses kognitif ini yang bergerak daripada pengetahuan tentang akibat untuk memperolehi pengetahuan tentang sebab, merupakan pemahaman dari sudut logika. Dan ini, sudah pasti merupakan Burhan al-Limmi. Namun jika kita pertamanya kita mengenali tentang Tuhan dan Sifat-sifatNya melalui pengetahuan langsung yang dirumuskan daripada pengetahuan bahawa Tuhan memiliki Sifat-sifat tersebut sudah pasti mempunyai makhluk-makhluk sedemikian, walaupun kita tidak mempunyai pengetahun langsung bahawa makhluk yang seumpama itu wujud, kemudian kita mengenali tentang kewujudan makhluk-makhluk tersebut daripada pengetahuan tentang keberadaan sebab. Ini juga satu bentuk pemahaman yang bersifat Burhan al-Inni.

Nasir al-Din Tusi berkata bahawa jalan yang diambi oleh Ibn Sina berhubung dengan pengetahuan tentang Asal Wujud (Penyebab Mutlak) dalam kitabnya Isharat misalnya hujah Siddiqin adalah sebenarnya hujah yang bersifat Limmi seperti kata Allamah Hilli dalam kitabnya Kashf al-Murad fi Sharh al-Tajrid al-I tighad [59], turut menjelaskan bahawa hujah Siddiqin Ibn Sina merupakan hujah al-Limmi. Walau bagaimanapun, Sadr Muta allihin tidak beranggapan hujah Siddiqin sebagai hujah, dan tidak membahaskan sama ada ia Inni atau Limmi.

Dalam kitabnya Asfar, selepas menjelaskan beberapa contoh dari sudut falsafah untuk membuktikan kewujudan Tuhan, berkata:

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini membuktikan kewujudan Wajibal Wujud, maka tidak ada hujah yang benar-benar dipanggil hujah. Dan apa sahaja yang dikemukakan tidaklah berkaitan secara langsung untuk membuktikan kewujudan Wajibal Wujud. Bagi membuktikan kewujudan Tuhan ada satu hujah[60] yang hampir sama dengan Burhan al-Limmi.

Pada nota kaki bahagian di atas dalam Asfar, Allamah Tabatabai menyatakan:

dan di sini amat jelas bahawa keberadaan Wajibal Wujud adalah wajib dan prinsip yang tidak dapat dinafikan, dan hujah yang dikemukakan untuk membuktikan keberadaan Wajibal Wujud merupakan satu bentuk peringatan (dan bukan hujah) .[61].

Kita yakin bahawa kajian yang teliti tentang hujah Siddiqin , malahan menurut Sadrul Muta allihin menunjukkan bahawa kaedah ini sama ada bukan merupakan hujah sepenuhnya atau pun sepenuhnya bukan merupakan satu hujah. Hujah Siddiqin mempunyai tiga aspek perbahasan seperti berikut:

A. Pengetahuan tentang Asal Wujud (Tuhan) melalui kefahaman yang lebih baik tentang wujud.

B. Pengetahuan tentang Sifat-sifat Asal Wujud melalui kesempurnaan kefahaman tentang wujud.

C. Pengetahuan tentang tanda-tanda dan kesan-kesan Asal Wujud melalui pengetahuan yang luas tentang wujud.

Dengan aspek pertama dan kedua, akal kita akan memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang wujud tanpa membuktikan kewujudan sesuatu melalui kefahaman tentang kewujudan sesuatu yang lain.

Tetapi bagi aspek yang ketiga, akal kita akan menemui kesan pertamaNya; iaitu melalui ilmu pengetahuan yang luas dan tepat tentang Penyebab Mutlak (Tuhan), bagi memahami realiti yang sebenarnya. Kemudian dengan melanjutkan kaedah ini kepada kesanNya dan perbuatanNya yang lain, kita akan mengetahuinya satu persatu. Malahan, kita mengaplikasikan satu hujah dalam bahagian ini sama seperti hujah Burhan al-Limmi, kerana memahami kewujudan akibat melalui pemahaman yang lengkap tentang sebab. Justeru, hujah Siddiqin Sadrul Muta allihin adalah berkaitan dengan pemahaman tentang kewujudan Penyebab mutlak dan Sifat-sifatNya, ia merupakan satu bentuk pengetahuan yang dikembangkan tentang suatu benda yang kita telah ketahui, iaitu wujud walaupun ia tidak boleh dipanggil sebagai satu hujah. Tetapi bahagian yang dikaitkan dengan pengetahuan tentang Asal Wujud, Sifat-sifat dan PerbuatanNya iaitu pembuktian tentang kewujudan melalui akal dan ruh dalam pengertian falsafah dan sesuatu yang luhur dalam istilah mistik. Justeru, tidak diragui bahawa ia merupakan satu hujah dengan cara kita memahami kewujudan akibat

melalui pemahaman yang menyeluruh tentang sebab. Justeru hujah ini dipanggil Burhan al-Limmi.

21. Hujah Yang Manakah Lebih Hampir Kepada Pendekatan al-