• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan Kita Tentang Wujud Hanyalah Melalui Ilmu Hudur

Apabila kita melihat sebatang pohon kayu maka kita sebenarnya mengggambarkan kewujudannya dalam kotak fikiran kita. Berserta dengan gambaran ini, kita juga sedikit-sebanyak mengetahui identitinya. Pengetahuan tentang identiti sepohon kayu mestilah disertai sama ada secara gambaran sempurna atau tidak sempurna tentang pohon tersebut yang telah menjadi satu tanggapan dalam fikiran kita. Gambaran ini menjelaskan kepada kita tentang identiti sepohon kayu dan ia mewakili diri kita dan orang lain tentang pengetahuan tersebut. Hubungan di antara gambaran dalam fikiran kita tentang pohon kayu yang disebutkan itu umpama sekeping gambar sepohon kayu yang dirakamkan oleh sebuah kamera dan pohon kayu yang sebenarnya atau di antara pohon kayu dan sekeping gambar yang dilukis dengan sempurna. Apabila gambaran yang wujud dalam kotak fikiran anda muncul dalam fikiran anda, ia menjelaskan kepada anda identiti tentang sebuah objek yang dirujuknya tetapi ia tidak boleh menjelaskan kepada anda tentang kewujudannya dan kebenarannya melainkan ia menjalin hubungan kefahaman langsung di antara anda dan pokok kayu tersebut. Dan melalui hubungan inilah, anda akan mengingati kewujudan

sepohon kayu yang anda ketahui selama ini. Jika hubungan ini tidak dijalin dan ingatan kita tentang pokok kayu itu tidak dipulihkan dalam fikiran kita, maka anda akan serta merta meragui tentang kewujudan pokok kayu tersebut dan akan menambah dengan satu pertanyaan: Adakah pokok ini wujud?

Kita boleh membuat kesimpulan daripada hal ini bahawa gambaran yang terhasil dalam fikiran kita tidaklah secara langsung menjelaskan tentang kewujudan sesuatu objek yang ia wakili, dan pengetahuan kita tentang objek tersebut dicapai hanya melalui pengetahuan dan kefahaman secara langsung terhadap objek tersebut.

Sekarang, setelah menghuraikan fakta-fakta ini, marilah kita kembali kepada perbahasan yang telah dikemukakan oleh Sadrul Muta alllihin. Beliau menyatakan bahawa perkara pertama yang kita fahami adalah tentang kewujudan itu sendiri, dengan syarat kita tidak membingungkan fikiran kita dengan perbahasan pseudo-falsafah.

Dengan merenungkan ilmu pengetahuan kita tentang kewujudan yang dicapai melalui pemahaman langsung, maka kita akan menemui bahawa mustahil wujud (tidak wujud) tidak mungkin mencapai wujud. Dengan lain perkataan, kewujudan sentiasa dan tidak mungkin menjadi mustahil wujud. Maka dengan ini kewujudan sentiasa wajibal wujud kerana mustahil wujud tidak mungkin mencapainya.

Fakta lain yang dapat diketengahkan di sini, ialah pencapaian pertama kita dengan realiti apa yang kita gambarkan adalah wajibal wujud

(wujud yang wajib), dan kefahaman kita tentang munkin wujud (wujud yang munkin) dicapai hanya selepas kita menggambarkan kewujudan tentang benda tersebut, yang muncul daripada tiada dan kemudian digarap kepada bentuk-bentuk yang dikenali, dan merupakan gambaran kepada kewujudan. Dan jika wujud ini tiada, semua benda-benda akan menjadi tidak ada. Maka perbahasan yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa dalam kaedah Sadrul Muta allihin untuk mencari sebab mutlak, maka seseorang itu tidak perlu tenggelam dalam konsep- konsep kewujudan atau bergantung kepada argumentasi ketidakmungkinan tasalsul atau daur dalam kaedah sebab dan akibat. Selepas perbahasan yang panjang lebar tentang munkin wujud dan hubungannya dengan wajibal wujud dan selepas menjawab semua persoalan dan masalah-masalah yang ditimbulkan tentang perkara ini, Sadrul Muta allihin berkata:

Maka kewujudan Wajibal Wujud dibuktikan dengan hujah ini, seperti mana juga sifat-sifatnya telah dibuktikan, kerana kewujudan itu adalah satu realiti dalam zat yang tidak ada ruang untuk sebarang kelemahan atau kecacatan. Dan ketidakterbatasan dan sifat azalinya tidak memungkinkan ia mempunyai sekutu atau bersifat banyak. Seterusnya dengan hujah yang sama maka ilmunya dan kehidupannya sebagaimana apa yang mungkin kepada dirinya, kerana ilmu dan kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan kewujudan. Seriringan dengannya, kuasa dan kehendak Wajibal Wujud juga dibuktikan kerana keduanya memerlukan kehidupan dan ilmu. Maka wujudnya yang bersifat kendiri dibuktikan dengan wujud yang keberadaannya adalah mutlak dan sempurna, sudah semestinya merupakan sumber kepada

semua benda-benda yang wujud yang berada di bawahnya (makhluk). Maka Wajibal Wujud itu tidak lain adalah Allah, Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Hidup dan Khaliq; Maha Menyaksikan dan Maha Berkuasa. Dan kerana semua makhluk yang wujud tunduk kepada Wajibal Wujud menurut tahap kemampuannya, maka dengan itu, Dia Yang Maha Mencipta, Tuhan dan Pemilik, telah dibuktikan.

Maka kesimpulan yang hendak diambil adalah kaedah yang kita pilih itu lebih kuat, mudah, dan lebih baik daripada kaedah lain yang digunakan untuk mengetahui sebab mutlak. Orang yang mengikuti kaedah ini untuk mencapai pengetahuan tentang Tuhan, ZatNya, Sifat-sifatNya, PerbuatanNya, tidak perlu bergantung kepada benda-benda lain selain daripada Tuhan, atau tidak sahnya daur dan tasalsul dalam hubungan sebab dan akibat untuk membuktikan KewujudanNya. Dia akan mengetahui Allah dan Sifat-sifatNya melalui wujudNya sendiri (mengenal Allah dengan Allah):

Allah menyaksikan bahawa tidak Tuhan melainkan Dia . [3: 18]

Dan mendapat ilmu pengetahuan tentang benda-benda lain dengan cara berikut:

Tidak cukup dengan Tuhan kamu,

Jalan ini memuaskan orang-orang yang inginkan kesempurnaan dalam pencariannya terpada Kebenaran, Sifat-sifat dan Perbuatan- perbuatannya. Tetapi kerana setiap orang tidak mempunyai kemampuan untuk mencapai kesimpulan-kesimpulan daripada satu prinsip, maka kita tidak ada pilihan selain daripada mengemukakan lain-lain jalan yang membawa para pencari kebenaran untuk mencapai pengetahuan tentang Kebenaran, walaupun semua kaedah ini mungkin tidak mempunyai kekuatan dan keberkesanan dalam memandu mereka kepada Tuhan [58] .