• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bukan Ta’til atau Tashbih Tetapi Ilmu Pengetahuan Secara Relatif Kedudukan yang betul yang boleh kita nyatakan ialah Dia bukan Ta til

BAB VI. Nama-nama Dan Sifat-sifat Allah Menurut al-Qur’an

7. Bukan Ta’til atau Tashbih Tetapi Ilmu Pengetahuan Secara Relatif Kedudukan yang betul yang boleh kita nyatakan ialah Dia bukan Ta til

atau Tashbih. Manusia tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang sempurna tentang sumber kepada kewujudan tetapi melalui tanda-tanda kebesaran penciptaanNya yang boleh ditatapi oleh manusia dalam kehidupan yang mereka lalui, maka manusia dapati memperolehi ilmu pengetahuan yang berharga tentang Tuhan. Walau bagaimanapun contoh-contoh ilmu pengetahuan tersebut tidaklah sempurna atau mutlak.

Dia memiliki semua sifat-sifat positif yang menunjukkan menggambarkan kesedaran kepada kita. Dalam masa yang sama Dia bebas daripada semua keterbatasan sifat-sifat negatif yang mengiringi semua sifat-sifat positif.

Seterusnya, nama-nama dan sifat-sifat yang terbaik tidaklah cukup untuk menunjukkan sifat kewujudanNya yang tidak terbatas. Lantaran itu kita boleh menggunakan nama-nama dan sifat-sifat yang terbaik dengan syarat setelah kita membersihkannya daripada aspek-aspek negatif dan aspek-aspek keterbatasan yang wujud padanya. Jika tidak, ia akan

memberikan kepada kita gambaran yang salah dan terbatas terhadap Tuhan yang tidak sesuai dengan kewujudanNya. Maka dengan pandangan ini kita katakan:

Tuhan adalah lebih tinggi daripada semua nama dan sifat. Dia tidak boleh disifatkan dan ilmu pengetahuan yang tertinggi tentang diriNya adalah menganggapNya lebih tinggi daripada sebarang ilmu pengetahuan.

...kesempurnaan beriman kepada KeesaanNya adalah menganggapNya suci dan kesempurnaan kepada kesucianNya adalah dengan tidak menyenggutukanNya dengan sifat-sifat....[9]

Maka, menurut slogan Dia adalah nama-nama yang terbaik. Maka kita hendak sedar supaya tidak menyimpang daripada landasan yang dinyatakan ini.

Hanya milik Allah asma-ul-husna (nama-nama yang terbaik dan agung) maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma-ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (7: 180)

Di sini bukanlah soal nama-nama apakah yang terbaik sama ada nama ini atau nama itu. Maka tidaklah bermanafaat mendebatkan tentang perkara tersebut.

Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai asma-ul-husna... (17: 110) Seterusnya, fakta utama adalah untuk mengelakkan sebarang nama atau sifat Tuhan yang mempunyai gambaran yang negatif. Dan ia juga tidak selari dengan kesempurnaan dan ketidakterbatasanNya yang mutlak. Maka lantaran sebab ini, seseorang hendaklah berhati-hati dalam penggunaan kata-kata ketika menerangkan tentang perbuatanNya, dan sifat-sifatNya supaya ia tidak menjejaskan kebesaranNya di samping tidak mengkaburi kemutlakanNya dan ketidakterbatasanNya.

Apabila kita berkata Tuhan melihat dan Dia melihat segala perbuatan kita, malahan kita menggunakan perkataan melihat dengan membawa makna yang sama (seperti yang difahami oleh manusia) tetapi dengan makna yang luas daripada makna yang difahami dalam penggunaan biasa.

Apabila anda berkata: Ahmad melihat perbuatan anda, anda bermaksud dia menyaksikan sepintas lalu perbuatan anda. Iaitu, satu gambaran tentang perbuatan anda telah drakamkan dengan matanya. Gambaran ini kemudian dipindahkan ke pusat penglihatan pada otak melalui urat saraf, dan melalui cara ini Ahmad dapat menanggap gambaran tentang perbuatan anda dan menyedarinya.

Sekarang, katakan Ahmad buta. Maka anda mungkin bertanya: Jika Ahmad buta, bagaimanakah dia dapat melihat perbuatan anda? Di sini

anda mungkin menukar kata-kata anda dan berkata: Saya salah. Tetapi jika kaedah perubatan mampu mecipta mata palsu elektrikal bagi membolehkannya menerima gelombang penglihatan dan kemudian dapat memindahkannya ke pusat penglihatan di otak tanpa perlu melalui mata. Maka dalam hal ini, masih adakah keraguan tentang jawapan kepada soalan tadi?

Ahmad buta. Bagaimanakah dia melihat perbuatan anda?

Adakah anda akan menyerah dan berkata saya salah? Tidak sama sekali kerana jawapan anda adalah betul ketika belum dicipta mata elektrikal dan bukan ditujukan pada masa sekarang. Penglihatan tidak terbatas hanya untuk mata asli. Maka jika ada seseorang buta tetapi secara prinsipnya dia tidak buta kerana dia boleh melihat dengan menggunakan alat lain iaitu mata elektrikal.

Dengan penciptaan mata elektrikal maka keterbatasan kita tentang penglihatan telah dicabut iaitu had yang hanya dapat dicapai melalui mata asli. Maka dengan penciptaan mata elektrikal, seseorang yang tidak mempunyai mata atau menutup kelopak matanya masih dapat melihat di sekelilingnya.

Jika analisa ini diperluaskan, kita akan dapat melihat kebanyakan keterbatasan yang muncul dalam minda kita dengan istilah penglihatan , sama ada ia tidak mencampuri mekanisme penglihatan , atau sekiranya ia mencampurinya, ia tidak menyentuh isu asas tentang

Isu asas berhubung dengan istilah penglihatan ialah ia dapat menyediakan kita kesedaran yang sahih dan langsung yang tidak mampu dicapai melalui jalan lain (misalnya mata elektrikal tadi).

Oleh sebab itu, istilah melihat dan kata terbitannya digunakan untuk membawa maksud kesedaran sebagai contoh, kita katakan:

Apa yang orang mud melihat dalam cermin, seorang tua dapat melihat perkara yang sama dalam lumpur keras.

Orang muda dapat melihat dalam cermin dengan bantuan matanya tetapi apakah yang dimaksudkan orang tua dapat melihat dalam lumpur keras? Jawapannya ialah dia dapat melihat dengan penglihatan kebijaksanaan dan pengalamannya bukan dengan mata kasarnya. Hal ini sesuai dalam hal pendengaran , bau , dan sentuhan . Tetapi dapatkah saya melihat suara singa dalam hutan? Jawapanya ialah negatif. Di sini saya katakan saya mendengar suara singa. Mengapa? Kerana suara hanya boleh ditanggap melalui deria pendengaran dan bukan melalui deria penglihatan. Deria pendengaran dan penglihatan adalah berkaitan kepada kemampuan capaian. Capaian melalui penglihatan dan pendengaran.

Maka adalah jelas bahawa terdapat prinsip yang lebih luas kepada istilah penglihatan. Pertama, kita mengemukakan berbagai istilah kepada maksud pencapaian dalam usaha untuk mengetahui kepelbagaiannya yang berkaitan kepada anggota fizikal iaitu perbezaan deria. Kemudian,

kita meluaskan kepada perkataan yang sama. Tetapi ia membawa kepada lanjutan lain iaitu:

Ilmu pengetahuan langsung yang dapat dicapai dengan mata kasar yang dipanggil penglihatan dan juga melalui telinga yang dipanggil pendengaran. Kedua-duanya dipanggil sedemikian sama ada ia dicapai dengan anggota yang berkaitan atau dengan cara lain.

Dalam maksud yang serupa kita katakan: Tuhan melihat, Tuhan sedang melihat, Tuhan mendengar, Tuhan sedang mendengar dan sebagainya. Maka Tuhan sedang melihat bermaksud Dia menyedari apa yang dicapai melalui deria penglihatan. Tuhan sedang mendengar bermaksud Dia menyedari apa yang dicapai melalui deria pendengaran.

Dalam ayat-ayat berikut:

Tuhan pemurah, Tuhan menyayangi, Tuhan tidak sayang, Tuhan marah, Tuhan menghendaki, Tuhan tidak berkehendak dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam bentuk yang munasabah tetapi mengabaikan had-had yang lazimnya datang dalam akal kita ketika menggunakannya. Lantaran itu mengapa sama ada ta til atau tashbih tidak dapat diterima mengikut pandangan Islam dan al-Qur an. 8. Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dalam al-Qur’an

Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Pemerintah, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (59: 22-24)