• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tawhid Sebagai Ibadah:

BAB V. Tawhid Atau Beriman Kepada Keesaan Tuhan 1 Tawhid

13. Tawhid Sebagai Ibadah:

Sebagaimana yang telah dibincangkan terdahulu, Tawhid dalam al- Qur an menjadi asas kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan Tawhid sebagai ibadah. Ia merupakan satu konsekuen yang logik dengan Tawhid dalam Penciptaan dan Perintah. Adalah jelas bahawa hanya kehendak dan perintahNya yang berlaku ke atas semua urusan di dunia ini misalnya penciptaan, pentadbiran dan kekuasaan dan setiap benda dan setiap orang bertindak dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada satu benda yang bertindak bebas di dunia ini kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila kita mengetahui bahawa semua sumber pergerakan adalah di bawah kekuasaan dan kehendak Tuhan seperti matahari, bulan, bintang, awan, angin, hujan, kilat, petir, tanah, air, jin dan malaikat dan sebagainya, maka menyembah dan memuji makhluk tersebut tersebut adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebaga hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui. (2: 21-22)

Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong

(dengan mengatakan): Bahawasanya Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan , tanpa (berdasarkan) ilmu pengetahuan) Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan. Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakanm segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. (6: 100-102)

Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah. (41: 37)

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan- tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagai mana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal). (2: 165)

Katakanlah: Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudaratan kepada kita .. (6: 71)

Jika ibadah bermaksud merendah diri, cinta dan kehendak dari makhluk yang tidak memiliki kesempurnaan terhadap kesempurnaan, kecantikan, keagungan Wujud Yang Maha Sempurna, maka ia hendaklah ditujukan kepada Tuhan semata-mata, kerana Dialah yang wajib menjadi tumpuan kepada cinta dan kehendak yang sedemikian.

Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah (2: 165) Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.. (1: 2-5)

Beriman kepada Tuhan Yang Esa Yang Maha Berkuasa, Pencipta, menjadi sumber kepada penciptaan yang mengatasi segala sesuatu, ditemui dalam kebanyakan agama, aliran-aliran falsafah dan mazhab- mazhab sufi. Lebih lanjut, kebanyakan aliran fikiran dan agama, di samping percaya kepada Tuhan Yang Esa, juga berpandangan bahawa tidak ada wujud di dunia ini yang setanding dengan Tuhan, Pencipta mutlak.

Seterusnya, Dia adalah Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, tetapi konsep tawhid menurut al-Qur an tidak hanya berhenti setakat itu sahaja tetapi

al-Qur an menyatakan bahawa Pencipta mutlak bukanlah Tuhan kepada tuhan-tuhan, tetapi Dia adalah sahaja Tuhan dan tidak ada Tuhan selain Dia. Justeru itu, dalam lain-lain agama, konsep beriman kepada keEsaan Tuhan tidak selari dengan penyembahan kepada banyak tuhan dalam ibadah yang mereka lakukan iaitu memohon pertolongan dan menyembah tuhan-tuhan lain yang mereka percayai. Tetapi menurut al- Qur an, Tawhid dan pengiktirafan kepada Keesaan Tuhan menjadi bermakna hanya apabila ia diamalkan dan diterjemahkan ke dalam Tawhid dalam ibadah, doa, puji-pujian dan Tawhid dalam ketaatan.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan .Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. (1:1-5)

Bagi memahami secara mendalam doktrin Tawhid dan ayat-ayat dalam Surah al-Hamd, kami membawa perhatian anda kepada petikan daripada kitab Avesta:

O, Ahura Mazda! Anugerahkan kepadaku dengan rahmat Urdibehist yang memberikan manusia yang baik,

kebajikan dalam dua dunia, alam fana dan baqa;

aku dengan sifat yang baik mendekatinya. (Avesta, 32: 2,3)

O, Urdibehish aku memujiNya dan Bahman dan Mazda Ahura dan Sipant Armadh dalam akhlak yang baik kerana Engkau dan mereka yang telah melapangkan dan menghiaskan alam baqa kepada mereka yang

baik. Dan aku memohon pertolongan dariNya apabila aku memerlukan pertolongan.

O, Urdibehist limpahkan kepada kami segala rahmat, anugerah dan kurnia Goshtasp, O, Spinat Armadh, penuhilah kehendak dan keperluan kami.

O, Urdibehisht, atau Tuhan anugerahkan kekuatan ke atas utusanNya (Avesta, 23)

Adalah benar bahawa Ahuramazda dianggap oleh Avesta sebagai Tuhan yang paling besar yang menjadi sumber kepada semua , dan bukan Ahriman atau malaikat yang paling tinggi sama kedudukan denganNya. Tetapi dalam puji-pujian, doa dan memohon pertolongan, Ahuramazada[5], Brahman[6], Urdibehisht[7], Spinat Armadh[8], dan sebagainya juga merupakan tujuan kepada kehendak dan keperluan manusia. Tetapi al-Qur an secara mutlak melarang segala bentuk ibadah dan doa ditujukan kepada wujud-wujud yang lain selain daripada Allah SWT.