• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sains Sebab; Meninggalkan Konsep-konsep Tahayul

BAB V. Tawhid Atau Beriman Kepada Keesaan Tuhan 1 Tawhid

11. Sains Sebab; Meninggalkan Konsep-konsep Tahayul

Salah satu daripada ajaran al-Qur an yang berharga berkenaan sebab- sebab dan kesahannya diterangkan seperti berikut:

Ketika mengkaji untuk mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesannya, kita hendaklah bergantung semata-mata kepada ilmu pengetahuan yang jelas, tidak kabur dan terbukti benar, iaitu kita bergantung kepada bukti- bukti yang konlusif yang mampu menghilangkan segala kekaburan dan tidak bergantung kepada rumusan yang tidak berasas dan tidak pasti. Percaya kepada faktor fizikal secara bayangan semata-mata, akan menyebabkan kemunduran dalam sains teknologi dan kesedaran yang kebelakang dan ketidakmampuan untuk mengekploitasi sumber-sumber semulajadi seperti mana yang berlaku dalam masyarakat zaman purba yang akan mengalami penderitaan dan penyakit tetapi tidak berusaha untuk menemui secara saintifik sebab penyakit tersebut sebalik mengambil jalan yang salah secara tahayul dan tidak berasas misalnya percaya kepada kesan bintang tertentu ke atas nasib manusia, dan hasilnya menggunakan Astrolab (jam matahari) untuk meramal kesannya ke atas nasib manusia dan mengabaikan penggunaannya untuk tujuan saintifik. Mempercayai tenaga tahayul dalam lingkungan metafizik lebih berbahaya lagi kerana ia akan melencungkan manusia daripada prinsip Tawhid dan memerangkap mereka dalam gejala syirik. Lantaran itu, al-Qur an dengan tegas menyatakan bahawa seseorang itu hendaklah menjauhkan diri pendapat yang berasaskan kepada prasangka semata-mata.

Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang hal itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran. (53: 28)

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang (beragama) Yahudi atau Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar. (2: 111)

Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah; Dia Yang Maha Kaya; kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujah tentang ini. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (10: 68)

Katakanlah: Sesungguhnya aku (berada) di atas hujah yang nyata (al- Qur an) dari Tuhanku) sedang kamu mendustakannya. Bukankah wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk segerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik. (6: 57)

Ayat-ayat di atas menekankan ilmu pengetahuan saintifik iaitu berasaskan bukti, kesimpulan, penghujahan, keterangan bukti dan pengesahan.

12. Doa

Doa adaalah salah satu sebab yang berkesan dalam kebanyakan urusan hidup manusia, iaitu memohon kepada perhatian Tuhan dengan keseluruhan kewujudan seseorang mengharapkan pertolonganNya. Tidak ada keraguan bahawa Tuhan amat mengetahui dan sedar tentang keperluan manusia dan kehendak peribadinya. Namun, Dia telah menetapkan hukum yang mentadbir hubungan manusia dengan fitrah kehidupannya, iaitu tidak ada yang dapat dicapai melainkan dengan usaha dan tindakan dan setiap tindakan akan mendatangkan hasil. Dia menetapkan prinsip bahawa tidak ada kekayaan tanpa tungkus lumus dan tidak ada balasan yang diberikan tanpa hak yang sewajarnya begitu juga dengan hubungan langsung manusia dengan Tuhan, satu tatacara doa dan penerimaannya telah ditetapkan oleh Tuhan.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (2: 186)

Maka tidak ada orang yang berkata:

Adakah Tuhan akan berubah dengan doa kita, sebagaimana Dia meminta kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya? Adakah Tuhan boleh berubah-ubah?

Soalan ini menyamai soalan tentang usaha pada satu sisi dan kehendak Tuhan (qada dan qadar) pada sisi yang lain, yang menimbulkan kontroversi tentang qada, qadar dan kedudukan di antara keduanya (amr bayn al-amrayn).

Dalam hubungan ini juga dikatakan: Tidakkah setiap benda sudah ditetapkan kepada manusia oleh Tuhan sejak azali lagi? Atau adakah qada atau apa juga yang telah ditetapkanNya sejak azali dapat diubah sebagaimana manusia mula berubah sebagai hasil daripada usaha dan tindakan manusia? Dalam hal ini, kita membuat kesimpulan bahawa usaha dan tindakan pada sisi manusia pada hakikatnya mendatangkan kesan. Kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan jalan berikut:

Tuhan memberikan kuasa kepada manusia sejak azali untuk bebas membuat pilihan dan tindakan dan mencapai tujuannya menurut kehendaknya. Dalam hal ini kita juga membuat kesimpulan yang sama tentang doa dan kedudukannya seperti berikut:

Tuhan adalah Kekal, maka KehendakNya adalah kekal dan KehendakNya yang tidak berubah yang menetapkan benda-benda berada dalam keadaan akan bersedia berubah dan tidak kekal dalam keadaan keberadaan. Dalam hal ini benda-benda wujud pada setiap ketika, satu keadaan baru akan muncul dan dalam proses yang berkesinambungan ini faktor pendahulu memainkan peranan penting. Sebagai contoh, dalam keadaan-keadaan tertentu kerja-kerja saya, atau doa, yang juga dianggap sebagai usaha saya, berkesan dan memainkan peranan yang penting, iaitu satu peranan atau tugas yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada kita sejak azali lagi.

Lantaran Tuhan adalah Kekal dan IlmuNya dan KehendakNya juga Kekal dan pada masa yang sama dan pada bila-bila masa, satu keadaan baru akan muncul di dunia ini, dan perbuatan manusia, kehendak dan doa memainkan peranan yang berkesan dan penting dalam hal tersebut.

Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam urusan. (55: 29)

Jika anda mengalami kesusahan, janganlah anda susah hati. Janganlah meninggalkan kerja anda tetapi berusaha lebih keras dan memohon pertolongan Allah, kerana anda tidak akan menjangka akan adanya jalan yang akan mengeluarkan anda dari keadaan tersebut. Setiap waktu Dia dalam urusan (kekuasaanNya). Maka bagaimanakah anda menganggap diri anda dikalahkan seratus peratus. Kemungkinan keadaan akan berubah pada hari esok yang memberikan keuntungan kepada diri anda.

Terdapat banyak keadaan-keadaan baru wujud yang disebutkan dalam al-Qur an yang berlaku tetapi bertentangan dengan jangkaan manusia. Sebagai contoh, ketika Nabi Musa AS (20: 25-26) memohon pertolongan kepada Allah SWT; Nabi Zakaria AS memohon seorang putera (19: 19) dan sebagainya. Ia merupakan sebab yang memberi kesan sebagaimana sebab-sebab lain dalam hukum sebab-akibat secara alami. Misalnya Allah menetapkan kualiti-kualiti tertentu kepada cahaya, kepanasan, tenaga elektrik, graviti dan sebagainya atau menetapkan herba tertentu dengan kandungan kimia tertentu yang memberikan

kesan penyembuhan ke atas sesuatu penyakit. Demikian juga Dia menetapkan peranan dan kesan tertentu dalam doa yang dapat memenuhi kehendak manusia. Keberkesanan doa tidak hanya pada kesan psikologi semata-mata. Secara psikologi doa mempunyai kesan yang banyak sama ada kesan yang diketahui atau tidak diketahui. Sebagai contoh, doa menghidupkan harapan, kekuatan, kehendak dan mengukuhkan potensi yang tersembunyi dalam diri manusia, malahan ia menggalakkan manusia mampu memikul tugas-tugas yang tidak dijangka dari dirinya. Tetapi al-Qur an telah menerangkan keberkesanan doa yang meliputi aspek yang lebih besar daripada apa yang kita bincangkan di atas. Penjelasan yang terbaik tentang keberkesanan doa menurut al-Qur an adalah seperti berikut:

Doa adalah satu bentuk sebab yang mendatangkan akibat atau kesan; tidak semestinya psikologi seperti menguatkan semangat dan sebagainya .

Doa dalam agama-agama lain juga dianggap memberi kesan kepada kehidupan dan urusan manusia. Pandangan ini tidak hanya dibentuk dalam kitab-kitab agama semitik tetapi juga dalam kitab-kitab agama Aryan. Kitab Avesta menyatakan dalam hal ini:

Oh, Mazda Ahura, kepada orang-orang yang Engkau anggap bijaksana, benar dan baik dalam agama, berikanlah kejayaan, kerana aku percaya bahawa menyatakan kehendak di hadapan Engkau akan mendatangkan hasil dan kejayaan demi keselamatan seseorang. (34: 10, Avesta)

Perbezaan asas antara pandangan-pandangan al-Qur an dan Avesta dan juga lain-lain kitab agama ialah kitab-kitab agama selain al-Qur an tidak menujukan doa kepada Yang Maha Pencipta alam ini seperti dalam doa berikut:

Wahai Mazda! Ahura! Aku, Oh, Urdibehisht Aku Oh, Bahman! Semoga hamba-hambaMu yang baik tidak menyebabkan sebarang perkara yang Engkau tidak sukai membolehkan kami menyampaikan hajat kami kepadaMu. Engkaulah yang lebih berkuasa daripada semua manusia di dunia ini agar dapat memberikan kejayaan kepada orang-orang yang baik dan meninggikan kedudukan mereka di alam ruh. (34: 9, Avesta) Terdapat banyak contoh seperti itu dalam kitab Avesta, tetapi dalam al- Qur an doa dan memohon pertolongan hanya ditujukan kepada Tuhan semata-mata. Al-Qur an menekankan bahawa kita hendaklah mengangkat tangan berdoa kepada Allah dan menjauhkan diri daripada mendapatkan pertolongan selain daripada Allah, kerana tuhan-tuhan lain tidak akan dapat melakukan sebarang perkara secara bebas. Mereka tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada sesiapa juga dan juga tidak dapat mengambil sesuatu daripada sesiapa pun.

Katakanlah: sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku, dan aku tidak mempersekutkan sesuatu denganNya. (72: 20)