• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 2: Bilangan dan peratusan responden mengikut aspek elemen KBAT dalam peda- peda-gogi yang dapat dikenalpasti

3.3 Amalan Guru

Temu bual telah dijalankan kepada 27 orang responden yang terdiri daripada 20 orang guru per-empuan dan tujuh orang guru lelaki bagi mendapatkan maklumat tentang amalan guru. Ciri-ciri aspek pembelajaran aktif dalam elemen pedagogi KBAT dapat dilihat apabila responden menyatakan mereka memberi kebebasan murid membina kefahaman sendiri melalui aktiviti yang dirancang. Ramai responden menyatakan mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Re-sponden R15 menyatakan ‘Kerja kumpulan menggalakkan murid membantu rakan’ dan ‘kita dapat lihat kemenjadian murid lebih baik dalam aktiviti berkumpulan berbanding dengan kerja bersendirian manakala R66 menyatakan ‘apabila dalam kumpulan mereka saling tolong-menolong’. Ada responden yang mengagihkan murid berdasarkan kepelbagaian pencapaian dan ada juga yang mengagihkan murid dengan pencapaian yang sama. Ada yang menetapkan ahli kumpulan, namun ada juga yang mengubah-ubah ahli kumpulan setiap kali aktiviti dijalankan. Teknik ini merupakan salah satu strategi yang memupuk pemikiran KBAT dalam kalangan murid (Conklin 2012).

Dalam aspek PdP berpusatkan murid, dapatan temu bual mendapati guru beranggapan mereka memainkan peranan penting sebagai pemberi maklumat terutama pada awal pengajaran. Ini dinyatakan oleh responden R05 ‘pada awal pengajaran. guru perlu juga amalkan teacher centered ..terutamanya untuk memulakan tajuk baru’. Peranan guru sebagai pemberi maklumat juga ditekankan apabila melaksanakan PdP dengan kumpulan murid berpencapaian rendah. Menurut responden R01 ‘KBATuntuk kelas belakang..tak boleh harap sepenuhnya pada murid..guru kena lebih bagi maklumat’. Dan responden R12 ‘kita tak boleh salahkan murid ka-lau mereka tak boleh kuasai KBAT’. Amalan ini tidak seiring dengan salah satu kriteria pem-belajaran KBAT di mana guru sepatutnya hanya berperanan sebagai pemudah cara (moderator). Dalam aspek persekitaran pula, guru berpendapat mereka bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran bilik darjah kondusif sebagai mewujudkan satu persekitaran yang membantu me-rangsang pembelajaran murid. ‘kita guna konsep parking lot untuk papar hasil kerja murid un-tuk bantu merangsang pembelajaran mereka’ (R60) ‘kita pamerkan hasil kerja unun-tuk cambah idea mereka’ (R68).

Seterusnya dalam aspek strategi pula, terdapat responden yang menyatakan bahawa strategi pembelajaran yang sedia diamalkan sebelum ini masih boleh terus diguna pakai namun

kebanyakan guru mengkategorikan strategi-strategi yang telah biasa diamalkan sebelum ini bukan pedagogi KBAT. Walau bagaimanapun, terdapat istilah baharu yang disebut oleh re-sponden seperti ‘mind and combine’ dan ‘north to west’. Guru juga mengaitkannya KBAT dengan menggalakkan murid berfikir di luar kotak seperti kenyataan responden R06 ‘Guru tid-ak membataskan tugasan, terpulang murid untuk menyiapkan mengikut daya kreativiti, bebas berfikir‘. dan mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian seperti dinyatakan responden R36 ‘Di dalam pengajaran KBAT murid dilatih untuk kreatif dan dapat berfikir dengan baik se-hingga dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan aktiviti di rumah’.

Akhir sekali, dalam melihat amalan guru tentang penggunaan soalan, tugasan dan alat berfikir, peta minda merupakan alat berfikir yang kerap disebut oleh guru. Peta minda i-THINK yang dinamakan adalah peta berganda, peta bulatan , bubble map, traffic light dan parking lot. Seterusnya responden bersetuju bahawa soalan yang dikemukakan di dalam pdp biasanya adalah jenis soalan terbuka. Guru bersetuju bahawa soalan yang dikemukakan perlu merangsang pemikiran murid tetapi perlu setara dengan tahap mereka. Responden R60 menyatakan ‘Kelas pandai tak sama dengan kelas lemah, jadi guru kena mudahkan dan sesuaikan soalan supaya sesuai dengan kemampuan murid’.

Di dalam membincangkan kekuatan pedagogi berasaskan KBAT, dapatan temu bual mendapati aspek PdP berpusatkan murid paling kerap disentuh oleh responden. Ini seiring dengan dapatan Bahagian C di mana aspek tersebut merupakan aspek yang paling mudah dikenal pasti. Menurut responden R02 KBAT dalam pedagogi dapat menambahkan keseronokan murid ‘murid seronok dan tertunggu-tunggu apa yang akan dibuat di dalam kelas’ dan lebih merangsang murid untuk berfikir. Responden R50 menyatakan ‘Soalan yang dikemukakan beraras tinggi, murid secara tidak langsung akan berfikir untuk mendapat jawapan yang sepatutnya membantu murid menja-na idea’.Pedagogi KBAT juga menggalakkan murid berfikir dan mencabar minda murid. Re-sponden R06 menyatakan ‘KBATdapat melahirkan murid yang tidak terlalu berfikir mengikut bukudanhasil tugasan murid melangkau aras yang sepatutnya...tidak buat sesuatu yang simple sahaja’. Responden R50 menyatakan ‘Sebelum ini, murid lemah hanya mendengar apa yang guru cakap dan menyalin apa yang guru tulis. Dengan KBAT sedikit sebanyak akan merangsang untuk murid berfikir untuk cari jawapan’. Selain itu, guru dapat mengesan kefahaman murid dengan segera.Responden R01 menyatakan ‘kita mudah mengesan kelemahan dan pencapaian murid’

Dalam membincangkan tentang kekangan yang dihadapi, guru menyatakan fasiliti di sekolah masih terhad. Responden R54 menyatakan ‘Guru banyak guna duit sendiri untuk penyediaan bahan’ dan responden R42 berpendapat ‘Peruntukan bahan, kewangan menyebab-kan sukar untuk merealisasimenyebab-kan kelas Abad ke 21’. Responden R54 juga menambah‘guru ban-yak guna duit sendiri untuk penyediaan bahan. Hanya dua LCD yang boleh digunakan. Tiada duit untuk penyelengaraan. Makmal komputer ada komputer yang dibekalkan tetapi tidak dapat menampung sejumlah murid yang ada’. Kekangan lain adalah berkaitan kekurangan masa untuk menghabiskan silibus. Responden R08 menyatakan ‘biasanya buat pada permulaan saja, selainnya ajar teori sahaja sebab tak cukup masa’. Terdapat juga kekangan dari segi faktor tahap pengetahuan murid seperti dinyatakan oleh responden R01 ‘banyak soalan KBAT tahapnya terlalu tinggi melangkau ke soalan Tingkatan 3’dan responden R06 ‘terlalu ramai murid lemah dalam kelas menyukarkan kami menjalan pdp KBAT’. Di pihak guru pula, masa yang terhad dan pengetahuan tentang KBAT merupakan antara kekangan yang dihadapi. Responden R41 menya-takan ‘guru terlibat dengan pelbagai kursus, sukan, perkhemahan’ dan ‘banyak clerical works, kerja sampingan’. Responden R50 menyatakan bahawa ‘tidak pasti sama ada pengajaran yang

dijalankan KBAT atau tidak’ malah responden R54 pula menyatakan ‘Guru tidak didedahkan dengan KBAT tetapi pihak atasan memantau, mengkritik dan memberi komen di samping mene-gaskan tentang aplikasi KBAT dalam pdp..kami tertekan…’.

Berdasarkan kekangan, responden mencadangkan modul berkaitan KBAT secara menye-luruh disediakan. Selain itu, mereka mencadangkan melantik pakar untuk dirujuk dan memberi pendedahan kepada pelaksanaan pdp PAK21 dalam situasi sebenar. Responden R16 men-cadangkan ‘Wujudkan mentor yang betul-betul expert tentang KBAT untuk djadikan pakar rujuk sekurang-kurangnya dua orang’. Terdapat juga responden yang meminta menganjurkan kursus. Responden R41 menyatakan ‘Guru perlukan kursus dari orang yang betul-betul mahir tentang KBAT’.

Akhir sekali responden mencadangkan PIBG memainkan peranan dalam pelaksanaan KBAT dari segi mendapatkan sumber kewangan dan pendedahan yang lebih meluas. Responden R36 menyatakan ‘Sekolah tiada peruntukan yang mencukupi. Mohon penglibatan ibu bapa untuk me-nyumbangkan tenaga selain wang’ dan responden R32 menyatakan ‘Terapkan pengetahuan tentang KBAT secara menyeluruh kepada guru. Ibu bapa juga perlu tahu melalui mesyuarat PIBG, buat fliers, mural tentang KBAT’.

4.0 PERBINCANGAN

Dalam aspek pengetahuan, hanya lima daripada 23 item menunjukkan pengetahuan responden tidak seiring dengan saranan pelaksanaan elemen KBAT dalam PdP. Oleh itu, boleh dianggap-kan bahawa pengetahuan responden dalam aspek elemen KBAT dalam pedagogi berada pada tahap yang baik. Dapatan ini seiring dengan dapatan Uminur Atikah dan Effandi (2017). Dalam aspek kemahiran pula, peratus responden yang dapatmengenal pasti aspek elemen KBAT dalam pedagogi dan situasi adalah rendah. Hal ini mungkin disebabkan responden beranggapan situasi dan aspek elemen KBAT yang dinyatakan bukanlah sebahagian daripada elemen KBAT dalam pedagogi sebaliknya adalah amalan pedagogi rutin yang mereka laksanakan dalam bilik darjah. Hal ini bertekalan dengan kajian yang dilakukan oleh Rajendran (2001) yang mendapati bahawa guru-guru kurang bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran terhadap KBAT. Walau bagaimanapun dapatan ini tidak bersamaan dengan kajian Uminur Atikah dan Effandi (2017) yang mendapati kemahiran pelaksanaan guru terhadap KBAT adalah tinggi.

Seterusnya, guru menunjukkan adanya amalan pegagogi KBAT dalam pelaksanaan rutin PdP mereka.Walaupun mereka tidak dapat mencirikan aspek dengan tepat, namun melalui dapa-tan temu bual menunjukkan mereka mengamalkan pedagogi KBAT dalam pelaksanaan PdP ber-dasarkan pengetahuan mereka yang berada di tahap baik. Mereka juga sedar tentang kekuatan pedagogi KBAT namun masih mencadangkan beberapa perkara berdasarkan kekangan yang dihadapi.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan PdP berasaskan pedagogi KBAT seharusnya telah dilaksanakan di sekolahdengan jayanya memandangkan keperluan yang amat mendesak ke arah melahirkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara. Sekiranya pedagogi KBAT tidak dil-aksanakan dengan sewajarnya, sistem pendidikan yang kompetenke arah meletakkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju tidak akan berja-ya.Fenomena ini mendatangkan cabaran besar untuk kerajaan dan pihak-pihak tertentu di dalam memastikan guru-guru sentiasa peka dengan pengetahuan, perkembangan, penambahbaikan dan bertindak dalam memperkasakan sistem pendidikan negara bagi mencapai taraf pendidikan yang

lebih baik dan progresif. Pendedahan mengenai KBAT sepatutnya menjadi suatu agenda besar di dalam sistem pendidikan negara kita agar guru dan pelajar menghayati kepentingan dan kegunaan pendekatan KBAT.Justeru, kajian ini mencadangkan kursus atau pendedahan tentang pedagogi KBAT dijalankan secara mantap dan berterusan. Mewujudkan pasukan pakar rujuk pedagogi KBAT yang terdiri dari kolaborasi pihak sekolah bersama pensyarah daripada institut pendidikan guru, dan memberi pendedahan kepada ibu bapa melalui Sarana tentang pelaksanaan KBAT.

RUJUKAN :

Bahagian Pembangunan Kurikulum, BPK. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bakry, Md. Nor Bakar, & Firadaus (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah Pertama di Kota Makassar. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 172-175. Ball, A. L., & Garton, B. L. (2005). Modeling Higher Order Thinking: The Alignment Between Objective, Classroom Discourse and Assessments. Journal of Agricultural Education, 46 (2), 58-69.

Conklin, W. (2012). Strategies for Developing Higher-Order Thinking Skills. California : Shell Education

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM. (2012a). Buku Panduan Program i-THINK. (2012). Pu-trajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. (2012b). Laporan strategi mencapai dasar 60: 40 ali-ran Sains/Teknikal: Sastera. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah) (PPPM 2013-2025). Putrajaya: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM. (2015). Buletin Anjakan Mac 2015 (Buletin Transfor-masi Pendidikan Malaysia). Putrajaya: Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), KPM.

Noor Haniza Abdul Halim, &Effandi Zakaria (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Ting-gi Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Universiti Ke-bangsaan Malaysia.

Nooriza Kassim, &Effandi Zakaria (2015). Intergrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru (Integration of Higher Or-der Thinking Skills in the Teaching and Learning of Mathematics: Teachers' Needs Analysis). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (1), 1-12(2015) ISSN: 2231-9425.

Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, & Noria Munirah Yakub (2015). Pembelajaran Berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 2015 Volume 1.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengen-dalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja dibentang pada Seminar Projek KBKK : Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan 2001.

Rosnani Hashim, & Suhailah Hussein (2003). The Teaching of Thinking in Malaysia (1st Ed.). Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill-building Approach.(4th ed.). New York: John Wiley& Sons.

Uminur Atikah Ramli, & Effandi Zakaria (2017). Persepsi Guru Matematik Terhadap Kema-hiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Dar-jah. Seminar on Transdisiplin Education (STEd2017). 16-17 Januari. Fakulti Pendidikan, Uni-versiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Nor Shairah Sharuji, & Norazah Mohd Nordin (2017). Guru Dalam Pelaksanaan Kema-hiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan diPeribadikan : Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

W. A. Wan Ismail, W.I.Muhammad, M.A. Lubis, & M. I. Hamzah (2016). Kesediaan Guru Pen-didikan Islam Sekolah Rendah di Selangor terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Readiness of Islamic Education Teacher in Selangor’s Primary School in the Im-plementation of KBAT in Teaching and Learning). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Research in Applied Sciences and Engineering Technology. ISSN (online): 2462-1943

Pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri dan Tingkah Laku Kerja Inovatif Guru terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak.

WONG SIEW LANG (Dr)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG