• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Dan Sisihan Piawai (Sp) Untuk Aktiviti Cetakan

Petunjuk skala pencapaian

5. Amat baik dan cemerlang dalam pelbagai kriteria 4. Baik dalam banyak kriteria

3. Memuaskan, masih perlu peningkatan 2. Sederhana, masih boleh diperbaiki 1. Lemah, banyak yang perlu diperbaiki Petunjuk Aktiviti Cetakan:

AK 1- Flora dan Fauna AK 2- Ikan

AK 3-Kotaku

Jadual 5 menunjukkan nilai min dan sisihan piawaian bagi aktiviti cetakan. Terdapat 3 aktiviti cetakan yang terdapat dalam modul pengajaran. Penyelidik telah menyediakan beberapa templat untuk kegunaan responden untuk membuat capan. Antara bahan yang digunakan seperti bahan kitar semula dan juga bahan-bahan yang murah dan mudah didapati sekeliling. Bahan seperti polisterin, kertas kotak, sponge, cop yang terpakai, kertas dan sebagainya. Penyelidik mencipta beberapa bahan yang boleh dianggap sebagai alat improvisasi yang memudahkan responden

Aktiviti R AK 1 AK 2 AK 3 MIN Responden 1 3.00 3.00 3.00 3.00 Responden 2 4.00 3.00 4.00 3.67 Responden 3 3.00 2.00 2.00 2.33 MIN 3.33 2.67 3.00 3.00 SP 0.58 0.58 1.00

membuat cetakan. Contoh seperti kertas kotak dipotong atau digunting seperti rupa atap rumah dan dilekatkan di cop terpakai.

Tajuk Flora dan Fauna dipilih bagi aktiviti 1 yang menggunakan pelbagai bahan cetakan. Penyelidik telah memberi beberapa bahan cetakan untuk digunakan oleh responden. Sebelum itu responden telah ditunjukkan kesan bahan cetakan kepada responden. Walaubagaimanapun re-sponden perlu dibimbing untuk menghasilkan karya bagi aktiviti 1 ini. Secara keseluruhannya responden mampu menghasilkan karya dengan baik dan memuaskan. Responden mampu menyapu warna di bahan cetakan dan mencetak di kertas. Responden 2 mendapat pencapaian tahap baik yang membawa min 4.00 manakala responden 1 dan 3 mendapat min 3.00. Min kese-luruhan bagi aktiviti 1 adalah 3.33 dan yang tertinggi di antara 3 aktiviti cetakan ini.

Aktiviti ke-2 iaitu menghasilkan karya cetakan yang bertajuk Ikan. Bahan cetakan bagi tajuk ini banyak menggunakan bahan polisterina, kertas kotak, plastik, gumpalan kertas dan se-bagainya. Antara objek yang dicetak iaitu ikan, hidupan laut, karang dan sese-bagainya. Untuk memulakan aktiviti ini, responden perlu mewarnabubbleplasticsebagai warna latar belakang dengan warna biru muda. Responden perlu menyusun atur bahan yang hendak dicetak di atas kertas lukisan yang telah diwarnakan sebelum proses cetakan bermula. Setelah berpuas hati dengan susun atur, barulah templat ikan, hidupan laut dari pelbagai bahan cetakan akan dicetak di atas kertas lukisan yang telah kering. Semua responden dapat menghasilkan karya bagi aktivi-ti ini. Hasilnya responden 1 dan 2 mendapat min 3.00 manakala responden 3 mendapat min 2.00. Min keseluruhan bagi aktiviti cetakan ini adalah 2.67.

Aktviti cetakan yang terakhir adalah membuat cetakan yang bertajuk Kota Ku. Bagi ak-tiviti cetakan ini, penyelidik telah membuat templat dari pelbagai jenis bahan seperti polisterina untuk membentuk rupa bangunan, span yang telah dikoyak-koyak untuk membentuk pokok, putik kapas untuk menghasilkan bunga, dan pelbagai bahan yang lain. Peringkat awal, responden perlu mewarna latar belakang dengan menggunakan cat air menggunakan teknik basah atas basah. Penyelidik tidak akan menghadkan hanya warna biru sahaja sebagai warna latar. Malahan warna yang pelbagai seperti merah, kuning dan sebagainya boleh digunakan. Walau bagaimana-pun, pada masa mewarna latar belakang, responden perlu dibimbing sepenuhnya. Didapati kesemua responden berjaya menghasilkan karya cetakan ini dengan menggunakan pelbagai jenis templat. Hasilnya responden 2 mendapat min 4.00 manakala responden 1 mendapat min 3.00 dan responden 2 mendapat min 2.00 Min keseluruhan bagi aktiviti cetakan yang bertajuk Kota Ku adalah 3.00.

Secara keseluruhannya min bagi setiap individu bagi 3 aktiviti cetakan ini adalah 3.00. Re-sponden 1 secara keseluruhannya mendapat min 3.00 dan reRe-sponden 2 mendapat 3.67 manakala responden mendapat 3.33.

9.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Modul Pengajaran PSV Asas Menggambar dianggap sebagai modul yang lengkap kerana telah melalui kajian rintis dalam kalangan responden autisme sendiri dan juga telah melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan daripada pakar. Menurut Sidek dan Jamaludin (2005) sesebuah modul yang bermutu dan lengkap dapat dikenal pasti setelah diuji kesahan dan kebole-hpercayaannya. Penilaian kesahan dan kebolehpercayaan terhadap sesuatu modul merupakan proses yang perlu dilakukan untuk membina modul dalam pendidikan, walaupun proses melaksanakan adalah rumit dan memakan masa yang panjang.(Alif et.al 2015).

Selain itu aktiviti dalam seni visual juga bermanfaat untuk membantu mengembangkan perasaan dan emosi anak autisme. Latihan dan aktiviti seni visual bermanfaat untuk melatih daya

tahan, kesabaran individu autisme dalam menyelesaikan suatu tugas seni selain membantu memperbaiki ekspresi dan perasaannya. Malahan kegiatan dalam bidang menggambar ini sebagai satu kaedah terapi seni yang dapat membantu merangsang minda kreatif individu autisme malah sekaligus menonjolkan personaliti sebenar dalam diri mereka melalui hasil-hasil karya seni ciptaan mereka sendiri.

Golongan autisme ini masih mempunyai peluang yang cerah dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang seni visual. Individu autisme yang mempunyai bakat dan potensi wajar diberi latihan yang khusus dan berterusan agar bakat mereka dalam bidang seni visual dapat dicungkil dan diperkembangkan sebaik mungkin.Hal ini dikatakan demikian berdasarkan kepada beberapa perkara seperti kemampuan modul untuk memupuk minat pelajar menguasai kegiatan seni visual, meningkatkan kemahiran psikomotor, dan kreativiti.

Berdasarkan pandangan dan cadangan guru-guru terhadap modul pengajaran Pendidikan Seni Visual Asas Menggambar, mereka mendapati bahawa pembelajaran yang menggunakan modul mampu menarik minat pelajar autisme terutama ketika aktiviti membancuh dan mewarna warna. Menerusi penggunaan modul ini, guru memperolehi pengetahuan baharu tentang teknik-teknik dalam menggambar serta manipulasi bahan. Modul ini telah berjaya menambahkan penge-tahuan dan meningkatkan kemahiran serta membantu guru yang tiada asas dalam seni visual. Modul Pengajaran Pendidikan Seni Visual Asas Menggambar ini menarik minat dan mudah dii-kuti serta bahan bantu mengajar memudahkan proses PdP. Secara keseluruhannya, kesemua guru bersetuju dengan menyatakan bahawa modul Pengajaran Pendidikan Seni Visual Asas Meng-gambar adalah sangat sesuai untuk diintegrasikan dalam kurikulum Pendidikan Khas yang sedia ada.

Rujukan

Abdul MutalibMohdZain.(1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke ArahPengisian Wawasan Pendidikan Untuk Semua Bahagian Sekolah: KementerianPendidikan Malaysia. Al Hurwitz & Michael Day (2007) Children & Their Art Methods for the ElementarySchool : Thompson Higher Eduction 10, Davis Drive Belmont CA USA

Akta Pendidikan 1996 .Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II Para 4:30 Disember 1997. [KP(PPU)S 10075/07/1/Jld.II;PN.(PU2)569]

Anida Abu Bakar (2008). Mengenali Kanak-kanak Autistic oleh pkppdlms Web untuk Pendidikan Khas :SK Selayang Jaya & Pendidikan Khas Laut Matang & Selama

AzmanNordin (2007) Perkhidmatan Sokongan bagi Kanak-kanak kecelaruan SpektrumAustitik Program Integrasi Pend Khas Bermasalah Pembelajaran di Melaka . Universiti Malaya.

Buku Maklumat Pendidikan Khas(2005).Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. Buku Panduan (2010) Kreativiti– Pembangunan dan Amalan dalam Pengajaran dan Pembelaja-ran Sekolah Rendah :Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian PelajaPembelaja-ran Malaysia. Chapman,L.H (1978). Approaches to Art in Education. New York: Harcout Brace Javanovich. Craft,D.H. (1994). Arts Education.Journal of Art Education Research Development.

Dewan Bahasa (2011) Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Donovan R Walling (2005) Visual Knowing: Connecting Art & Ideas Across the Curicul-lum:Corwin Press A Sage Publications Company

Elliot W. Eisner (1994)Cognition and Curriculum Reconsidered: Teachers College Press; 2 edi-tion

Edmund Burke Feldman (1995)Philosophy of Art Education: Prentice Hall Upper Saddle River NJ

Garis Panduan Latihan Pemulihan OKU Dalam Komuniti.(2003). Jawatan Kuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2008) Jabatan Pendidikan Khas, Ke-menterian Pelajaran Malaysia.

SukatanPelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendahdan Menengah (2000)Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Ma-laysia

Jamilla K.A (2006) Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa: Kuala Lum-pur.PTSProfessionalPublishing.

Joan BouzaKoster (2001). Bringing Art Into The Elementry Classroom: Wadsworth / Thompson Learning 10 Davis Drive Belmont CA

K.A Razhiyah (2008) Apa itu Autisme? PTS ProfessionalPublishing

Lokman Tahir (2009) Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Disertasi Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Marilyn Friend (2004) Idea 2004 Update Edition Special Education Contemporary Perspective for school profesionals. Pearson Education.Inc The University of North Carolina at Greensboro Mary Kear and Gloria Callaway (2000) Looking a fresh at the primary curriculum series. Im-proving Teaching and Learning in the Arts:Falmer Press 11 New Fetter Lane, London.

Martin Hanbury (2005), Educating Pupils with Autistics Spectrum Disorders A Practical Guide:Paul Chapman Publishing.

Mohd.AzharAbd.Hamid, Othman A. Kassim&MuhammedFauzi Othman (2005).Ciptaan Idea Baru: Bentong :PTS Publication

Modul Pengajaran Seni Kreatif(2010) Tahun 1 KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul Pengajaran Seni Kreatif (2011) Tahun 2 KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nor Fishah Mat Rabi (2009) Pemprofilan Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-kanak Autistik. Universiti Sains Malaysia

OmardinAshaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Osman Lebar (2009). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Paula Kluth& Patrick Schwarz (2008) Just Give him a Whale: 20 Ways To UseFascinations, Ar-eas of Expertise and Strenghs to Support Students With Autism:Paul H. Brookes Publishino. Bal-timore Maryland USA.

Roger Pierangelo and George Giuliani (2008) A Step By Step Guide For educators Teaching Students With Autism Spectrum Disorders:Corwin Press A Sage Company Thousands Oaks CA Sidekmohd Noah, Jamaluddin Ahmad (2015) Pembinaan Modul Bagaimana Membina Modul Latihan Dan Modul Akademik: Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Wolf, D.P. (1982) “Becoming Knowledge: The Evolution of Art Education Curriculum”.In Handbook of Curriculum Change.

Hubungan Etnik Di Kalangan Pelajar Pra-Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Kamaruddin Ilias, Ph.D Mubin Md Nor Roshidah Abdul Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Kolej Matrikulasi Perak kama.ilias@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap hubungan etnik di kalangan pelajar IPG Kampus Ipoh. Sampel kajian secara rawak mudah yang melibatkan seramai 70 pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk Tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik hubungan etnik oleh Mohd Rizal Mohd Said & Thay Cheow Yin (2012) yang mengandungi 30 item yang melibatkan tiga dimensi iaitu kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokuriku-lum pelajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap hubungan etnik adalah tinggi. Dari segi dimensi hubungan etnik pula,tahap kehidupan seharian pelajar dan kegiatan pembelajaran pelajaradalah tinggi, manakala tahap kegiatan kokurikulum pelajar adalah sederhana.Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik dengan demografi iaitu jantina dan kaum, Ini bermak-na tahap hubungan etnik di kalangan pelajar IPG Kampus Ipoh adalah baik.

Kata Kunci: Hubungan Etnik,Pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan. PENGENALAN

Latarbelakang Kajian

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat. Ini kerana hubungan etnik dapat mencerminkan sifat sesuatu struktur sosial masyarakat, mencerminkan keadaan sosial dan ikatan sosial keseluruhan dalam masyarakat, memberi pemahaman mengenai darjah plural-isme sosial dan kebudayaan serta punca konflik, mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah komuniti, memahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara, menggambarkan peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat dan mempengaruhi dasar sosial serta perancangan sosial (Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim & Ruslan Zainud-din, 2006).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum (plural society). Ini kesan daripada zaman penjajahan British yang telah melakukan cam-purtangan dalam struktur sosio-politik masyarakat Melayu. Di samping itu kewujudan masyara-kat majmuk di negara ini adalah berpunca dari faktor migrasi khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk menjalankanaktiviti perlom-bongan bijih timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu.

Laporan Barnes (1950) merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang

berasaskan pelbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan di-gantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional. Laporan Razak (1956) melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan tersebut telah menunjukkan bahawa sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkem-bangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.

Banyak program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam meningkatkan perpaduan iaitu Rukun Tetangga, Pelan Integrasi Nasional, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Juga usaha dalam mempromosikan perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama. Pengenalan kursus Hubungan Etnik di institusi pengajian tinggi adalah sebagai satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara (Kamarulzaman,2007).

Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmanahubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar IPG yang terdiri daripada pelbagai kaum. Adakah terdapat budaya dan nilai tersebut da-lam diri pelajar untuk mewujudkan persefahaman antara pelajarberbilang kaum. Dada-lam erti kata lain adakah terdapat unsur-unsur perpaduan yang diterjemahkan dalam kehidupan harian di kampus. Kajian ini penting selaras dengan niche areas IPG Kampus Ipoh yang memfokuskan bidang Pengajian Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Ting Chew Peh (1987) pendidikan berfungsi sebagai alat untuk memupuk integrasi. Namun sekarang pergaulan di kalangan pelajar lebih terhad kepada sesama kaum walaupun di dalam kelas terdiri daripada pelbagai kaum. Juga dalam aktiviti kokurikulum, sesetengah aktiviti dan permainan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Keadaan tersebut berterusan hingga ke IP-TA (Berita Harian, 28 Julai 2006). Perangkaan dari Jabatan Perpaduan mengenai insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1% dari semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial, agama, keselamatan, politik dan ekonomi, banyak meli-batkan faktor atau pelaku dari kumpulan etnik yang berbeza (Kamarulzaman,2007).

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Melihat tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

ii. Melihat perbezaan hubungan etnik berdasarkan demografi iaitu jantina dan kaum dalam kalangan pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Hipotesis Kajian

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik dengan jantina di kalangan pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik dengan kaum di kalangan pela-jar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Kajian Lepas

Kajian Mohd Rizal dan Thay (2012) yang berkaitan hubungan etnik dalam kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pela-jar. Dapatan kajian menunjukkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar semuadimensi-dimensi adalah pada tahap sederhana. Kajian Halipah Hamzah (2016) kebanyakan responden mempunyai tahap hubungan etnik yang baik dengan melibatkan hubungan dengan pelbagai kaum dan bangsa. Namun, masih terdapat segelintir remaja Muslim hanya menjalin hubungan dengan rakan sesama agama sahaja atas alasan saling memahami kerana persamaan agama.

Kajian Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Salma Ishak (2004) mengenai hubungan kaum menunjukkan suasana interaksi di kalangan pelajar dalam kampus berkecenderungan kepada keadaan yang positif berdasarkan peratus situasi yang lebih positif sebanyak 57% berbanding situasi yang negatif iaitu sebanyak 43%. Kajian Abdullah (1984) untuk melihat kadar interaksi di kalangan pelajar pelbagai kaum di tiga buah universiti menunjukkan darjah interaksi yang tinggi hanya wujud sesama etnik jika dibandingkan dengan kadar interaksi antara etnik. Interaksi sesama etnik didorong oleh faktor pembelajaran seperti berbincang mengenai pelajaran atau menyiapkan tugasan.

Kajian Mohsin (1991) menunjukkan kadar interaksi di UKM dan UM adalah seragam dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan responden di UTM. Selain itu, pelajar universiti tidak menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh universiti dengan sepenuhnya untuk ber-interaksi dengan kaum lain walaupun kehidupan di kampus yang banyak memberi ruang dan peluang yang luas untuk pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi dan seterusnya boleh membentuk integrasi. Di antara pelajar-pelajar yang berbeza etnik, mereka masih lagi terus dengan sikap prasangka dan stereotaip yang lama.

Kajian Marimuthu (1978) di universiti tempatan mendapati bahawa integrasi sosial dan persahabatan dalam kampus diasaskan atas faktor ciri etnik 46%, kedaerahan 22%, kelas sosial 12%, lain-lain faktor 4 % dan bebas bergaul 16%. Kajian Mansor dan rakan (2001) tahap atau darjah etnik seseorang individu itu akan menentukan tingkahlakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang tebal batas etniknya akan mengutamakan perkiraan etnik di dalam tingkahlakunya. Berbeza dengan individu yang nipis atau pupus batas etniknya akan menguta-makan perkiraan bersifat non-etnik hingga boleh berhubungan dengan individu-individu lain berdasar silang kumpulan. Menurut kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa ke-banyakan kajian hubungan etnik menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar inte-grasi. Kadar integrasi dalam satu-satu komuniti ditentukan oleh faktor samada ahli-ahli komuniti itu berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli kaum lain. Pelajar-pelajar yang berada di kampus mempunyai peluang dan kebebasan untuk bercampur gaul antara satu sama lain.

METODOLOGI KAJIAN